5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee 2


Hari ni Cik Lisa nak cerita tentang 5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee.

 

Cuba fikirkan satu benda ni untuk Cik Lisa. Atau cuba absorb info ni masuk kepala awak seminit dua. Hadam. Pastu cuba pulak make sense out of it. Tengok. Sama tak kita punya mindset atau wavelength. Cara kita fikir. Cara kita comprehend / fahami satu satu isu tu. Dah sedia tak?

 

Rasa rasa awak kan, ada berapa orang sebenarnya Pengedar Shaklee di Malaysia? Ratusan? Ribuan? Atau dah cecah juta juta orang? Cik Lisa tak tahu jugak sebenarnya the exact amount. Tapi, yang pasti Cik Lisa sedar dan yakin bukan satu atau dua. In fact, awak ada banyak nau nauuu pilihan di hati.

 

So, kenapa WAJIB untuk pilih Cik Lisa jadi Pengedar Shaklee awak? Apa bestnya Cik Lisa ni sampai awak perlu tutup mata dan lupakan mereka semua tu? Syiok sangat ke Cik Lisa ni sampai awak tak perlu kisahkan mereka yang beribu ribu lemon ada di mana mana? Kenapa Cik Lisa yang jadi pujaan dalam hati awak yang comel tu?

Ha, ni lah Cik Lisa nak cerita kat awak 5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee.

 

Chup!

 

Superstars Shaklee?

 

Apa tu? Tak pernah dengar pun sebelum ni?

 

Cik Lisa ialah antara mereka yang super ohsem di Group Superstars Shaklee. Group ni diketuai oleh Mami Bisnes Shaklee Cik Lisa; Mami Salwa. Mami Salwa ni ialah seorang Pengedar Shaklee yang paling cepat dan pantas naik rank sebagai Master Coordinator dalam Shaklee Malaysia taww!

 

Cuba bayangkan hebat ke hebat bila Mami Salwa cuma amik masa selama 7 bulan untuk naik rank yang tertinggi sekali dalam Shaklee; Master Coordinator. Although Mami Salwa dah duduk dalam Bisnes Shaklee selama almost but not quite 4 tahun ni; Mami Salwa masih lagi the fastest one naik ke puncak okeh!

 

Cik Lisa; semestinya rasa sangat teruja dan eksaited habis lah weh! Sebab diatur oleh ALLAH untuk duduk di bawah naungan Mami Salwa. Honestly speaking, Cik Lisa rasa eksaited tak henti henti until now sebab Mami Salwa tu lah merupakan Mami Bisnes Shaklee Cik Lisa ni tahu tak? Selebriti Shaklee tu taww!

 

Best ke best?

 

Pasni, awak baca pulak tentang 5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee. Fuuhh! Makin tak sabar lah awak nak Daftar Jadi Ahli Shaklee atau Beli Produk Shaklee dengan Cik Lisa kannn.

 

Jadi, jom kita tengok apa dia sebenarnya 5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee yang Cik Lisa dok pot pet dari tadi:-

 

🐯 Cash on Delivery (COD)

Macam yang Cik Lisa dah explain tadi, Cik Lisa ni kan Pengedar Sah Shaklee. Kiranya; boleh nak kata lah Cik Lisa sekarang ni boleh nak masuk kategori ‘kakak kawasan’ untuk Pengedar Shaklee Wangsa Maju, Pengedar Shaklee Setiawangsa dan Pengedar Shaklee Hulu Klang.

Dalam masa yang sama, Cik Lisa sendiri ada anak anak bisnes yang sangat aktif di merata tempat taww! Ada Pengedar Shaklee Cheras, Pengedar Shaklee Ampang, Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Sg. Besi, Pengedar Shaklee Shah Alam, Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Sarawak (mainly in Sarikei)!

 

Cik Lisa punya team bisnes sendiri (cabang dari susur galur yang sama; main group di Superstars Shaklee) yang dikenali sebagai The Orchids’ & Warriors. Since Cik Lisa baru mula bina Bisnes Online Shaklee tahun lepas (November 2016), team Shaklee kami masih baru di pasaran.

 

Having said that, tak lah bermakna yang team Cik Lisa ni kecik dan tak se’ohsem team yang lain. Kami sedang ‘membesar bagai JOHAN!’ Cuba imagine; takkanlah pokok mangga tepi rumah Cik Nona tu bila mangganya berbuah, dan dan tu jugak tumbuh dan berputik langsung terus jadi besar gajah?

 

Sama lah dengan team Cik Lisa. “One step at a time”, omongnya mat salleh tepi jalan sebelah jambatan.

 

Selain khidmat COD yang memangnya dah tersedia depan mata, Cik Lisa boleh jugak hantar produk thru postage either through Shaklee ataupun Cik Abang Posmen yang tolong deliver kan untuk elak awak nangis sedu sedan sebab produk tak kunjung tiba!

 

Kalau tak, cemana Cik Lisa boleh ada anak bisnes Sarawak dalam team kita? Jarak dan lokasi tak jamin apa apa. Sebab sapa berminat, dia lah yang dapat! Kan?

 

Selagi nyawa Cik Lisa dikandung badan dan selagi alamat berdaftar awak masih di Lembah Kelang dan berhampiran.

 

InshaALLAH, Cik Lisa boleh je pi deliver ke rumah dan diam diam tunggu kat gate otomatik awak tu.

 

Tahu kan?

 

🐯 Direct Access Dengan Pakar Nutrisi Shaklee

Group Superstars Shaklee ni ada direct access ke Pakar Nutrisi Shaklee. So, apa apa sekalipun cara makan ke, isu isu berkait dan apa apa berkenaan produk Shaklee adalah berasaskan nasihat dan recommendation dari pakar. Daftar Shaklee

Bukannya Cik Lisa acah acah bagi advise. Atau Cik Lisa memandai kata awak makan yang ini dan itu lepas tu, pepandai lah kau survive. Haha. Cik Lisa bukan suka suka hati taww suggest produk kat awak tu. Ke awak ingat, bila awak minta pendapat. Cik Lisa cuma suggest seronok sendiri sebab nak awak teruskan membeli?

 

Ha. Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee dan Beli Produk Shaklee dengan Cik Lisa sebab ni. Bukan senang taww nak dapat advantage yang eksklusif macam ni!

 

Besttt kannn?

 

🐯 Ahli Superstars Shaklee Super Ohsem

Ehem, ehem! Bukan hanya Cik Lisa sorang je yang ohsem taww, tapi satu Group Superstars Shaklee ni amazingg nau nauuu! Kami bukan calang calang Pengedar Shaklee macam yang lain tu. Tapi spesis yang luar biasa, tak mungkin pernah awak jumpa selalu.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Kami semua ni peramah, mudah mesra dan sekali jumpaa mesti rasa macam kita dah kawan lama! Awak takkan rasa terpedaya, tapi lelama rasa suka nak kenal lagi dan borak borak sakan macam hari raya!

 

Haha. Tak rugi kenal kenal dengan kami. Lagi seronok dan riang ria aidilfitri. Cuma takde sate berlidi lidi. Hahaha… tapi berbotol vitamin C boleh lah lagi.

 

🐯 Pakar Dalam Group Superstars Shaklee Dari Pengalaman Sendiri

Memang tadi Cik Lisa beritahu awak yang kami ada akses secara langsung dengan Pakar Nutrisi Shaklee. Jadi, maklumat cara makan ke, nutrisi dalam setiap vitamins dan supplements as well as apa apa masalah yang berkait rapat dengan Shaklee kami boleh bagi solusi.

Vivix Shaklee

Tapi, di samping tu… tahu tak yang Cik Lisa dan adik beradik Superstars Shaklee yang lain ni pun, boleh nak dikatakan pakar jugak untuk semua set yang Shaklee sendiri dah himpun?

 

Contohnya: 

SET KURUS SHAKLEE

Takyah nak cari retis, tapi diri sendiri pun boleh jadi dan amik sebagai kajian kes. Macam Cik Lisa awak ni kan, Cik Lisa dulu suka nau nauuu nak makan. Tapi, bila dah makan tak berhenti henti, baru lah rasa macam nak pengsan lagi dan lagi. Lepas tu lah Cik Lisa tekad dalam diri, kena struggle nak kurus dan cantik baru rasa senang hati!

 

Cik Lisa pun mula lah serius dengan mission nak kecilkan diri, tu yang lelaju pi sambar Set Kurus Shaklee.

 

Alhamdulillah, walaupun bukan kurus dalam 7 hari, tapi Cik Lisa berjaya reduce 13kg dalam masa 4 bulan setengah cam gittew jer tapi tak skip makan nasi waktu tengahari! Best ke best?

 

SET CANTIK SHAKLEE

Dulu Cik Lisa ni nak pi kedai mamak beli kelapa parut segala, gigih nak tepek compact powder nak tutup semua lubang lubang kat muka. Elok elok Mama nak cepat, konfem lah jadi lambat! Sah sah jugaklah Mama bersungguh bebel tak henti, time tu lah rasa apalah nasib ku ini!

 

Tapi Cik Lisa konsisten makan supplement Set Cantik Shaklee, ha amekkk! Capai tudung and kunci keta je sekarang ni. Apa barang nak kalut tepek bedak, keluar direct rilek rilek jer, fuhh selamba badak! Tetap ada orang tegur kat kedai mamak,

 

“Eh, amoi! Cantik lah kulit you. Pakai bedak brand super elegan? Atau pi spa bulan bulan kasi bikin itu muka kasi cantik menawan?”

 

Mana tak sengih, mana tak senyum meleret leret!

 

🐯 Servis Tip Top

Cik Lisa ni boleh buat kawan. Cik Lisa tak pilih bulu dan layan orang orang kenamaan. Semua pun sama rata. Yang penting sekali, sapa customer yang beli dengan Cik Lisa, gerenti tak rasa rugi. Cik Lisa bagi eksklusif konsultasi. Cik Lisa jaga awak dari awal awal lagi, monitor cara awak amik vitamins pagi pagi. Semua pun Cik Lisa masuk dalam list servis khas yang special ni.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Orang ingat bila bina Bisnes Online Shaklee, mesti nak huntongg! Dah jual produk, bye bye so long farewell. Biar awak nampak pelik diri situ sorang, dok diam siap mata terkebil kebil. Eh, tak mungkinlah! Sebab semua Cik Lisa layan sama adil.

 

InshaALLAH, Cik Lisa takkan buat awak rasa menyesal. Tapi, awak akan rasa huntongnyaa dapat jumpa Cik Lisa awal awal. Sebab Cik Lisa offer servis yang tip top, sebab Cik Lisa tahu bila kita buat baik kat orang, itu kan lebih afdal!

 

Awak takkan rugi, Cik Lisa gerenti dan pasti!

 

 

NOW DAH TAHU KELEBIHAN CIK LISA DARI GROUP SUPERSTARS SHAKLEE KAN?

So, apa pendapat awak hari ni? Rasa seronok kan dan dah terjawab persoalan dalam hati sanubari? Kenapa WAJIB untuk pilih Cik Lisa jadi Pengedar Shaklee Sah awak dan bukan mereka yang memang juga ahli? Kenapa Cik Lisa yang HARUS jadi satu satunya pilihan hati?

Masih tak yakin dan rasa nak borak borak dulu before decide nak beli? Atau nak tengok betul ke Cik Lisa ni memang betul betul seorang orang yang happy? Nak cuba dengar soraa or sembang sembang santai dulu dengan Cik Lisa kita ni?

Boleh sangat!

 

CARA CARA NAK HUBUNGI CIK LISA

Ni cara cara dia, ikut betul betul setiap steps kat bawah ni SEGERA!!!

 

  1. Whatsapp Cik Lisa di 012-2195 363 (atau lebih mudah untuk KLIK CEPAT CEPAT!!! gambar telefon hijau kat bawah tu taww!)

  2. Taip “SEMBANG SANTAI”

Daftar Shaklee

 

Nanti, lelaju Cik Lisa reply awak okay?

 

Terima kasih, awak.
Assalamualaikum.

 

Salam sayang ❤️,

Cik Lisa Wangi


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “5 Kelebihan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Beli Produk Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee

  • Mami Salwa

    alhamduliLLAH

    Tahniah Jiha

    Blog ni sangat cantik

    Sangat professional look

    Dan content / penulisannya tidak sapa dapat nafikan sangat2 best dan bermutu

    alhamduliLLAH

    Tahniaaaahhhh wahai Jiha

    You are really amazing

    Sobs sobss

    Sebak terharu melihat berlian yang semakin bersinar cemerlang

    • CikLisaWangi Post author

      Salam Mami. Hihi.

      Terima kasih sebab suka blog kedua saya ni. Alhamdulillah, Mami yang awal awal dulu sedar yang saya ni “boleh menulis” dan berkat usaha Mami push saya dengan tabah, hihi… saya menulis tak henti henti. Sampai tak reti nak stop! Haha.

      Terima kasih Mami dan semua yang baik baik tu pujian pada ALLAH tentunya.

      Muahsss! Sayangggg Mami! 😉