Seminar Bisnes: Gila Membazir Dan Buang Duit Semata Mata!


Semua tahu Cik Lisa suka gilaaa pi seminar, workshop, kelas dan semacam yang gittew kan? Memang dasarnya, untuk kaut ilmu tapi tahu kan yang selain tu kita boleh jugak kenal reramai orang yang satu wavelength dengan kita dan nak berjaya sesama kita berganding bahu dan tangan? Ceewah!

Majalah Niaga

Biasa ni mat salleh panggil, “NETWORKING”. Kalau kita orang Melayu ni panggil suai kenal. Berkenal kenalan. Merapatkan silatulrahim katanya. Sebab kan Cik Lisa selalu kata, bila kita masuk dalam kolam yang positif dan sama visi macam kita, barulah senang kita nak terpedaya untuk berjaya sama sama.

 

Itu lah yang dah berlaku kat Cik Lisa dulu masa mula pi seminar sana sini. Awal awal tu rasa,

 

“Ish, tak mungkin lah nak kenal sapa sapa kat sini? Depa ni mungkin dah buat bisnes dari dulu lagi. Boleh lah nak berjaya. Kita ni terkedek kedek macam anak itik, memang ke laut lah jawabnya!”

 

Negatif. Gitu lah. Tak habis habis nak fikir yang bawak masalah. Yang tak munasabah. Semua pun rasa salah.

 

The Protege Hasbuls' Brothers

 

Padahal, bukan cuba pun lagi. Bukan ada pengalaman yang kata,

 

“Weh! Kau tokleh buat lah! Kau nak ngengada ‘menceburi’ bidang’ bisnes ni dah kenapa? Kau rasa kau bagus ke?”

 

Ha. Yes. It’s true.

 

Ada je kawan sendiri yang kata macam tu. Kawan yang kita rasa dia lah kawan kita sehidup semati, sahabat dunia akhirat. Eh, eh! Nampaknya kita silap. Silap beribu kali silap weh! Sebab golongan kengkawan yang macam ni lah yang boleh buat kita mula rasa bibit bibit saiko menguasai diri. Ceewahhh!

 

Majalah Niaga

 

Sebab tu Cik Lisa selalu kata, nak mula gedik gedik bina Bisnes Online atau Bisnes Offline atau apa apa saja aktiviti meniaga, jual barang atau servis: plish sado kan diri dan hati sanubari awak tu. Boleh baca tips yang Cik Lisa kongsi dengan awak kat Blogspot Cik Lisa di 7 Tips Kekal Positif Eksklusif Untuk Bilis Bilis Comel Yang Baru Mula Bisnes

 

Majalah Niaga

 

Fuuhh! Panjang nau nauuu Cik Lisa punya intro kan? Mukadimah nya. Itu lah dia. Padahal nak cerita pasal Seminar MLB baru baru ni (tak berapa nak baru lah jugak: 15 April 2017 di Hotel Flamingo, Ampang.

 

 

🍿 SEMINAR MLB?

 

Chup, chup!!!

 

Apa tu Seminar MLB? Seminar MLB tu ialah Seminar Marketing Luar Biasa anjuran Majalah Niaga. Dulu Cik Lisa pernah kupas sikit, secubit rasa tentang Majalah Niaga, The Protege, The Hasbuls’ Brothers (Tuan Hasbul Ariff dan Tuan Hasbul Aqill) dan seangkatan dengannya. Kisah yang dulu dulu dikupas dan recap hikayat tu kat sini Kelompok Positif Di Hujung Minggu: Kisah Inspirasi Buat Saya Terinspirasi

 

Majalah Niaga

 

So, MLB ni sebenarnya ialah lanjutan dari MBK Finale tu. MLB ni kira macam second stage untuk seminar yang awal awal tu dulu. Macam more like in-depth, further kupasan dan kalau acah acah kelas bisnes kat kolej; ni kira macam kelas advance lah kot?

 

Eh. Ya ke?

 

Haha. Tapi, benda penting yang Cik Lisa nak pot pet kan dengan lebih lanjut ni is that: kenapa NETWORKING tu penting? Dan kenapa pegi seminar, workshops dan classes tu semua penting although it is not WAJIB? Kira it is more like tepuk dada, tanya diri sendiri worth ke tidak  kinda moment!

 

Tapi kenapa???

 

 

🍿 NETWORKING DALAM DUNIA BISNES

 

Masing masing ada preference tersendiri. Contohnya; setengah orang mungkin suka makan patin tempoyak, but mungkin ada sekelompok lain yang tokleh langsung makan patin tempoyak although durian tu macam feveret fruit sebenarnya? Cik Lisa pun salah sorang dalam kelompok yang kedua lah tu!

 

Majalah Niaga

 

Ada orang pulak suka coklat bagai nak gila, tapi orang tu pulak benci gila coklat? Makan coklat boleh migraine sampai tahun depan? How does it works then?

 

Atau this one: ada orang mungkin bila banyak duit suka nak beli kereta because memang suka beli kereta best. Macam Camaro ke kan? Tapi mungkin ada certain group of people pulak tak suka beli kereta, but rather spend on jenjalan tengok dunia luar, lagi seronok katanya?

 

Majalah Niaga

 

Lain orang, lain ceritanya.

 

Sama macam NETWORKING atau interest untuk pegi KELAS, WORKSHOPS, SEMINAR, etc.

 

Ada orang mungkin tak rasa best nak pegi duduk diam diam atas kerusi sampai keras kejung bila hujung hujung tu nak berdiri. Sebab dah duduk lelama dari pagi sampai Maghrib hari. Pastu tengahari pun dah sipi sipi dok salin nota, sebab dah mula sleepy and mimpi mimpi?

 

Majalah Niaga

 

Tapi mungkin ada orang rasa tak sesabar nak pi sebab rasa seronok dan super teruja nak kaut ilmu lelaju dan apply pada bisnes sendiri sebab sama tak sabar nak sepantas kilat untuk buat duit dan pastu kira duit sampai senyum meleret?

 

Itu jenis yang nak kaut ilmu.

 

Kalau jenis yang mungkin dia dah tahu selok belok yang basic dan sesaja nak pi kelas dan semua tu untuk serap aura positif mereka yang baru first time jejak kaki? Sebab bila pi majlis ilmu yang macam tu, one thing for sure yang kita tahu… they pay for it, they would really want to mingle and bernetworking sesama setiap yang ada. Kan?

 

 

 

Kalau tak kenal pun, boleh jadi kenal: sebab masing masing datang, masing masing bayar untuk duduk dan tunggu sampai petang. Kalau tak kenal sapa sapa sekali pun; satu benda yang konfem betul is that semua yang datang tu konfem nak cuba cari cahaya di hujung terowong yang gelap gelita. Semua yang datang tu konfem kongsi sama sama satu visi.

 

Visi nak berjaya!

 

 

🍿 THE PROTEGE

 

Cik Lisa tak tahu orang lain, tapi yang paling Cik Lisa tahu reason Cik Lisa join The Protege tu mungkin tak sama dengan yang lain? Entah. Itu tak pasti. Tapi awak boleh je nak komen komen pasni dan kata sama ada, adakah kita sama reasonnya, atau completely lain yang beria ia?

 

Awal awal dulu Cik Lisa join The Protege, sebab Cik Lisa ni tak tahu apa apa tentang dunia bisnes. Dulu ni Cik Lisa sekadar dok panjat tangga sana sini, dok kira batu bata nak buat bangunan yang tinggi tinggi. Mana nak tahu selok belok dunia bisnes? Mana nak tahu marketing strategy atau copywriting segala?

 

Majalah Niaga

 

So, niat nak cedok ilmu banyak banyak dan tokleh nak bergantung harap pada Shaklee semata mata kan? Takkan nak jiwai dunia kura kura sampai mati dan susahkan mereka yang sepantas arnab dalam team sendiri kan? Sebab tu beranikan diri cari inisiatif sendiri untuk majukan diri. Itu lah masuk The Protege.

 

Sama jugak dengan alasan: NETWORKING.

 

Nak kenal orang ramai. Nak buat kawan and ofkos tak mahu cari lawan. Nak tambahkan ilmu di dada dengan mereka yang sebaya (eh, takdok lah sebaya sangat since The Protege tu banyak anak anak muda! Haha).

 

Alhamdulillah, instinct Cik Lisa tak salah langkah. Langsung tidak!

 

Mula mula tu, ada suara suara sumbang yang tahu nilai The Protege dalam wang ringgit sampai cecah ribu riban, semua cuma jeling jeling tak puas hati kata kita takde duit tapi perasan, acah acah konon boleh jadi ohsem dan lelama buat kita berubah jadi seorang usahawan?

 

Haha. Awal awal dulu, kalau ikut rasa hati dan hasutan syaiton kiri kanan memang boleh jadi marah dan nak meroyan! Lama lama lepas tu, pujuk hati sendiri dan lepas satu satu berulang kali dok jadi, Cik Lisa dok sengih tak henti sendiri. Kesian kat mereka ni. Takdok keje lah tu, dok sibuk nak cari pasal nak ambik tahu pasal kita satu satu kan? Sian dok?

 

MBK Disember 2016

 

Nasib lah mereka. Semoga ALLAH tunjukkan mereka ke jalan yang benar, aminn.

 

But for now, tak pernah sikit pun nak rasa ala ala menyesal kemudian tiada gunanya bila Cik Lisa join The Protege ni. Tapi, malam ni malas Cik Lisa nak pot pet lebih pasal rahsia kami #GengProtege kat dalam The Protege tu, sebab kalau nak tahu lebih lebih WAJIB lah join kami dulu, ye dok?

 

Kalau tak, tak berapa nak fair lah kan?

 

Tapi, Cik Lisa nak share gambar kami ahli ahli The Protege (dari mula entri sampai bawah ni) sebab mat salleh kan selalu kata, photos don’t lie. So, here goes. Cik Lisa ada letak beberapa gambar kami sepanjang duduk dalam kelas sama sama in January 2017 hingga hari ni. Tengok lah sendiri, syiok ke tak syiokk kami sekawan.

 

Majalah Niaga

 

Ha! Sifu sifu kami pun sempoi dan cool kan?

 

Ok dah. Sampai sini je untuk malam ni dan sampai jumpa lagi di lain entri.

 

Assalamualaikum.

 

Nota kaki: Entri blog ini bukan entri berbayar atau iklan berbayar untuk Majalah Niaga. Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *