Ini Realiti – Tak Semua Impian Boleh Jadi Kenyataan


Ini bukan mitos atau acah acah pembuka kata nak bagi awak rasa teruja nak membaca. Ini realiti dan hakikat dalam kehidupan sebenar hari hari. Ada satu masa sekumpulan orang bersorak sorai keriangan dan dalam masa yang sama, sekumpulan yang lain jatuh merudum menangis bagai nak rak di lantai. Ini Realiti – Tak Semua Impian Boleh Jadi Kenyataan.

 

Daftar Shaklee Wangsa Maju

Awak berkali kali check alamat blog kat atas tu ke? Nak cecepat periksa, betul ke Cik Lisa yang menulis entri yang camni rupa? Kalau hari hari biasa, Cik Lisa konfem tulis yang positif dan penuh dengan warna warni kehidupan. Tapi, eh eh kenapa pulak hari ni lain macam posting yang digarapkan?

 

Risau ke Cik Lisa berubah arah bila cuba cuba baca gaya penulisan dan semacam meroyan?

 

Haha.

 

Taklah. Cerita yang sebenar benarnya camni, come here… mai Cik Lisa bagi mukadimah. Dalam hidup ni, Cik Lisa memang paling setuju yang kita mesti selalu cuba untuk diri elok elok kat atas paksi paksi positif daripada sibuk nak tenggelamkan diri masuk kolam anasir anasir negatif.

 

Bukan apa, takmo lah satgi berkeladak di jiwa semua benda yang negatif bagai.

 

Dah lah celarukan pikiran sendiri. Eh, alih alih… silap haribulan dengan orang sekeliling kita pi rosakkan fikiran sana sini. Elok ke lagu tu? Berwibawa ke peribadi camtu?

 

Dah lah diri sendiri kita rosakkan, takkan kengkawan sendiri pun kita nak porak perandakan?

 

Tapi.

 

Kena jugak kita ni berpijak di bumi yang nyata. Kalau dah langit tu terang terangan kaler dia biru muda, terbentang luas di angkasa. Tak elok sangat lah kalau beria kita dok defend dan kata it’s yellow and I knew it! Itu bukan je hipokrit namanya, tapi separuh gilaaa pun logik jugak nak dikata!

 

Eh. Faham ke motif perumpamaan yang beria Cik Lisa dok bagi example tu?

 

Ke masih rasa samar samar dan blur macam selalu?

 

===

 

 

Macam biasa, Cik Lisa tak berapa nak suka nak reka reka cerita walaupun dalam hati ni seronok nau nauuu nak bercerita. Nak kasi satu stori tapi tak syiok kalau saja saja nak reka stori kekonon itu diri sendiri. Lagi best dan seronok nak menulis, bila ianya eksklusif dari hati sanubari Cik Lisa sendiri, si bilis.

 

Nampak je kita ni kecil molek (lepas dah turun 15kg lah, sebelum ni PAUS BERHATI BILIS! Haha… Sekarang ni je mula menjiwai watak bilis sepenuhnya, internally dan externally! Ceewah!), tapi Alhamdulillah banyak dan merata dah dua tapak kaki si bilis ni dah jejak. Dari setiap pengalaman tu jugak lah Cik Lisa belajar erti kehidupan.

 

Bukan nak kata sebelum ni tak reti nak bernafas dan survive dalam kehidupan tapi lain asasnya bila kita di perantauan.

 

===

 

 

Kalau few days ago Cik Lisa ada pot pet kat entri blog satu lagi tentang Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan dan stori kat situ masa zaman dolu dolu pengalaman Cik Lisa di Dublin, Ireland dan cemana Cik Lisa usaha gigih kerja mop lantai bagai jadi Sales Assistant kat kedai sabun sebab ada another semester nak pulun before dapat segulung ijazah yang kedua?

 

Ini Realiti Kehidupan

 

(I know, I know. Muka bilis comel ni macam tokleh nak percaya yang kita ada dua degree kan? Macam serius ke weh? Budak hingus ni? Minah senget ni ada dua degree? Serius lah? Haha… Just DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER lah weh!)

 

Kali ni, Cik Lisa nak cerita part Cik Lisa halfway thru amik course Master in Construction Contracts Management (Construction Law) tapi di’terminate kan di tengah jalan – tinggal last semester je taww! Tapi, dibuang oleh pihak uni sebab katanya Cik Lisa tokleh nak commit sebab berada di luar negara.

 

===

 

 

⭐️ TAK SEMUA IMPIAN BOLEH JADI KENYATAAN

 

Hancur ke hancur hati time tu? Pecah berderai dan musnah ranap semua lah, siap beria ia jadi cebisan luka halus di setiap surface hati time tu tahu dakkk?

 

Cik Lisa memang grad Quantity Surveying atau Jurukur Bahan. So, sebab tu Cik Lisa dulu kerja dok kira batu bata bangunan. Tapi, yang syioknya course / kerja ni, sebab ada banyak cabang kita boleh specialised dan masuk pi. Dan sila percaya (taknak pun takpe sebab I know looks can be soooo deceiving sometimes! Haha) Cik Lisa minat sesangat bila masuk part kontrak!

 

Contract means LAW. Law means boleh pot pet and you have licence for it!

 

Gila syiok! Pastu, mana lah Cik Lisa tak seronok? Even time keje dulu dulu, mana ramai kekita yang group gegadis ayu? Konfem konfem mesti at least sepuluh nisbah satu, Cik Abang Sado monopoli kawasan tu. Bila kita sorang je yang cecomels kat situ, haa… tak ohsem ke gittew?

 

Ini Realiti

 

Bukan sebab kehidupan glemer atau kalut nak jadi attention seeker yang tak semenggah mana. Tapi, lebih kepada martabat wanita kat atas sana. Baru lah depa tahu, tokleh nak memain dengan kita walau kita ni gegadis cecomel semata mata. Sebab kita ni ialah those girls with not just a pretty face but with brain too!

 

Kannn?

 

===

 

 

Tapi, on my final year (time tu buat part-time) dan bersungguh dok tala ke laptop menulis bagai nak rak rangka thesis berkajang kajang tiap malam. Sapa buat thesis untuk Masters, mesti tahu betapa seksanya hidup nak cari tajuk pun boleh tersengguk sengguk tahu dok? Bukan acah acah main macam zaman degree dedulu tu. Kali ni macam nak buat presentation kat Perdana Menteri pun gayanya, gila haru biru!

 

“Ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari…”

 

Bos kata projek oversea (Abu Dhabi) ada masalah, rasa rasa kena antor Cik Lisa untuk pi redah. Sebab staff yang ada tokleh tahan pressure kerja sana, so rasa rasa Cik Lisa kena pi pas baton, harapnya agar jadi lebih baik dari si dia! Bila kita tanya berapa lama ke sana, katanya tengok dulu performance awak kat sana cemana.

 

Kisah Cik Lisa di Abu Dhabi ada Cik Lisa pot pet di Jangan Pandang Rendah ‘Me Time’ Anda, Nanti Menyesal Tak Sudah dan Apa Kata Isi Hati?

 

Akhirnya, Cik Lisa mulakan dengan Bismillah dan terus ke Abu Dhabi untuk berperang.

 

Nota penting:-

  1. Itu projek sakit yang bertahun tak sudah. Isu dengan klien, konsultant, etc. Info projek lopong sana sini. Pendek kata camni lah. Cik Lisa kira dihantar berperang tanpa seurat benang perisai di dada. Tunggu pihak musuh nak toreh pisau kat muka dan badan kita jer!

  2. Cik Lisa pi Abu Dhabi lepas 2 hari keluar hospital sebab Denggi.

 

===

 

 

⭐️ INI REALITI

 

Life kat Abu Dhabi dahsyat. Hari hari rasa penat sebab mana taknya, asal meeting dengan Pak Arab tak sah tak bersilang kata. Ada je yang tak kena di mata dia. Kerja dah macam orang gila. Muka nampak sengih sengih sentiasa, tapi dalam hati dah macam orang sakit jiwa.

 

Atas paper kita kata habis kerja waktu petang ala ala senja. Tapi sebab ni projek special dan luar biasa, paling koman pun mesti sampai ke malam baru nak kemas kemas kerja.

 

Kalau ikut mata halus, dah nampak bola besi berat terikat kat kaki kiri kita. Hari hari dok hamba abdi kan diri dengan kerja. Ingat seronok ke dok berteriak sepanjang masa bila ada meeting dengan Pak Arab yang kaya raya dan ego setinggi gunung sentiasa? Pengsan! Lagi lagi bila Cik Lisa ni ialah seorang perempuan!

 

===

 

 

⭐️ THAT IS WHEN THINGS GET TOUGH

 

Dah sibuk berperang, rasa rasanya bila pulak ada masa nak mula duduk diam diam kat kerusi dan mengarang? Masa tu dah celaru dan obviously life jadi haru biru. Thesis entah ke mana dan nak buat cerita pulak, kita beratus ribu batu nak cross lautan selambak!

 

Mana nak dapat one to one session dengan supervisor yang jaga kita. Lama lama dia naik bosan terus kata kita tak ikut arahan.

 

That is when things get tough. 

 

Pihak Uni naik angin. Sebab tengok student ni macam main main. Orang suruh siapkan thesis elok elok, tapi dia pi overseas jenjalan dan nampak seronok! Takdak warning, takdak nak kasi surat kaler pink. Tahu tahu dapat surat kata

 

“Maaf, awak diberhentikan…”

 

 

Logik ke logik kalau Cik Lisa time tu jadi tak tentu hala dan meroyan berbulan bulan?

 

Daftar Shaklee Wangsa Maju

 

Kita hantar surat rayuan (tapi Cik Lisa selalu gelak ketawa bila ingat kisah silam, sebab instead of surat rayuan patutnya selamba lah kita tulis surat meroyan kan? Mungkin baru tu nak terima alasan? Haha) ke pihak Uni. Bukan satu atau dua, tapi tiga! Tiga tiga kena tepis mudah gittew jer. Macam takde nilai langsung bagi mereka!

 

Cik Lisa bukan lah pandai mana, tapi taklah jugak bodoh piang sangat tahu ke? CGPA time tu 3.6 kot. Tinggi jugak kan? Sebab Masters kena ada carry CGPA sekurang kurangnya 3.0 ke atas.

 

Sayangnya kan?

 

===

⭐️ BERPERANG DI ABU DHABI

 

Perang di Abu Dhabi?

 

Cik Lisa boleh lah nak di kata Pahlawan yang layak nak dapat cap mohor sendiri jugak lepas perang dahsyat kat sana. Banyak jugak benda yang team berjaya selesaikan dengan mereka yang serius susah gila nak kata.

 

Tapi, sebab satu projek yang masalah gegila, Cik Lisa hilang peluang nak ada segulung Masters yang tinggi nilainya.

 

Daftar Shaklee Setiawangsa

 

Satu satunya yang Cik Lisa impikan selama ni. Benda yang Cik Lisa tahu Cik Lisa boleh pi jauh dengan karier Cik Lisa kalau Cik Lisa managed untuk habiskan course dan thesis itu hari.

 

But I did not.

 

===

 

 

⭐️ LET’S PLAY THE BLAMING GAME!

 

Menyesal? Meratapi kehilangan tu semua? Rasa nak marah kat dan mula nak ajak ‘let’s play the blaming game’ dengan semua orang?

 

I did. Memang ada rasa camtu memula. Rasa tak puas hati gila gila. Macam duduk diam diam dan pikir sorang sorang,

 

“Kenapa malang sangat diri aku ni? Apa salah aku sampai asyik bernasib malang sentiasa? Memang kena tulah ke hape aku ni?”

 

 

Tapi tu lah dia, it would be a different story kalau setiap kita ni cuba view setiap perkara tu on the other side of the scenery. Apa yang Cik Lisa memula rasa dan fikir dalam hati, ialah bila Cik Lisa mati mati dok usha the glass as half empty.

 

But, kalau Cik Lisa perati betul betul dan mula see it as glass half full… then, baru Cik Lisa akan nampak the beauty of Allah’s plan untuk kita semua hadapi hari hari. Cik Lisa tak dapat habiskan study, tapi Cik Lisa dapat peluang pi Abu Dhabi. Cik Lisa tak dapat segulung Master tapi Cik Lisa dapat pengalaman kerja dengan Arab durjana*! (Eh! Haha…)

 

 

Nota penting:

  1. Orang kata kalau kita dapat peluang kerja dengan Arab, then kita boleh ‘tick’ dalam buku ACHIEVEMENT IN LIFE UNLOCKED sebab mereka adalah antara yang paling masalah untuk bekerja dengan. If we managed, macam wahhhh! Haa, gittew. Haha.

 

===

 

 

⭐️ BERPIJAK DI BUMI NYATA

 

Jadi, pot pet panjang beria ia malam ni… motif stori Cik Lisa hari ni ialah kita ni WAJIB untuk berpijak di bumi nyata. Regardless apa orang nak kata, kekal positif dan segala benda yang baik baik aja. Tapi kena spare sikit volume dalam kepala otak kita, untuk tak mengada ngada nak elak benda negatif tu like that  jer.

 

Daftar Shaklee Hulu Klang

 

Sebab nak atau taknak, Ini Realiti – Tak Semua Impian Boleh Jadi Kenyataan.

 

===

 

 

⭐️ INI REALITI – TAK SEMUA IMPIAN BOLEH JADI KENYATAAN

 

Dapat ke apa yang Cik Lisa cuba sampaikan? Ke awak rasa Cik Lisa dok pot pet sesaja meroyan? Haha.

 

Cik Lisa harap harap sesangat, awak yang baca hari ni dapat manfaat dari perkongsian kisah benar Cik Lisa ni. Macam Cik Lisa kata, bila bercerita Cik Lisa paling suka citer kat awak kisah sebenar dalam hidup Cik Lisa sendiri.

 

Mungkin silap dalam diri Cik Lisa tu, boleh jadi iktibar untuk awak amik kisah dan tak ulang kesilapan Cik Lisa yang dulu dulu tu dan inshaALLAH jadi lebih baik dari Cik Lisa ni.

 

Terima kasih awak sebab setia membaca dan nanti kita jumpa lagi dalam perkongsian Cik Lisa next time!

 

Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *