Sepetang Bersama Blogger 2017


Hari tu Cik Lisa beranikan diri untuk join event besar gilang gemilang, Sepetang Bersama Blogger 2017 anjuran bersama Denai Hati Network dengan kerjasama nama nama tersohor antaranya Matic, Ministry of Tourism and Culture Malaysia, Misi Viral; media rasmi oleh Kumpulan Media Karangkraf; jurufoto rasmi oleh CVG Production; penaja bersama Denai Sell, Yeo’s, e-Qurban dan beberapa nama yang mesti awak semua tahu siapa mereka!

 

Cik Lisa Wangi

Terkejut tak si bilis comel ni pi event jerung jerung yang ada. Masa memula tu ada jugak rasa macam ala ala gundah gulana. Yelah kan, dalam hati dok kalut pikir… siapa lah kita ni. Tapi, tak cuba tak tahu. Masa ni lah nak kenal jerung jerung blogger kat luar sana tu.

 

Alhamdulillah, detikan kecil yang berlaku dalam jiwa sanubari Cik Lisa tu berbuah hasil. Sebab Cik Lisa dapat peluang untuk jumpa macam macam orang. Dan seharusnya dan semestinya, ramai kawan yang Cik Lisa dapat kenal kenal masa event sepanjang hari kat sana.

 

Event ni ada dua sesi. Mula dari pukul 2 petang dan berakhir di malam hari. Di siang hari penuh dengan macam macam perkongsian ilmu dari mereka yang hebat hebat buat Cik Lisa memang teruja dan bersyukur buat pilihan nak datang dengan penuh semangat!

 

Cik Lisa Wangi

 

Antara mereka yang ohsem dan femes hari tu berkongsi ilmu ialah Datuk Ibu Hanim, Cik Lily Putih (blogger yang semua orang pun kenal sebab dia best tu!), Tuan Norman Danish, Dr. Wan Yusof Wan Jeffrey, Tuan Mahadi Mohamed Arifin (Maha Mahu).

 

Dan ofkos lah ramai blogger blogger ternama yang lain dari seluruh Malaysia! Nak kata Cik Lisa kenal semua, agak mustahil dan konfem lah itu cuma mengada adakan cerita!

 

Sebab Cik Lisa ni masih lagi si bilis comel yang baru memula dok berenang gaya kuak dada cuba nak berenang renang manja di lautan yang penuh dengan ombak yang super besar gila!

 

 

 

❤️ SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017 – SESI PETANG

 

💕 SESI IBU HANIM

 

Rugi ya amat sebab hari yang hujan penuh berkat tu buat Cik Lisa tiba lambat ke destinasi. Bila sampai sampai, menyesal tak sudah sebab terlepas sesi forum awal awal yang mereka mula sejak petang hari yang santai.

 

Cik Lisa Wangi

 

Tak sempat Cik Lisa nak dengar Cik Lily Putih dan Tuan Mahadi Mohamed Arifin punya sesi tentang blogger dan usahawan yang memang patut pi dengar dan serap semua yang sepatutnya.

 

Cik Lisa Wangi

 

Masa Cik Lisa sampai, Datuk Ibu Hanim baru je mulakan sesi. Syukur Alhamdulillah, sempat nak mensyukuri nikmat untuk dengar wanita hebat bagi kata kata semangat. Antara yang dibincangkan oleh beliau ialah selain daripada fakta yang kita patut kenal siapa pelanggan kita secara dasar.

 

Kita jugak perlu amik tahu generasi mana sasaran pelanggan / pembaca blog kita tu asalnya. Macam jenis jenis manusia yang ALLAH jadikan berbeza beza, setiap generasi juga ada pengkelasannya. Lain generasi, lain inti dan cara nak pikat hati. Sebab tak semua generasi tu kita boleh amik mudah dan pukul rata secara berjemaah!

 

Ini fakta baru yang Cik Lisa julung julung kalinya tahu, memang ternyata berbaloi usaha Cik Lisa tergerak hati nak sampai sini walaupun memula tu agak haru biru!

 

 

💕 SESI NORMAN DANISH

 

Dalam sesi bersama Tuan Norman Danish dari Misi Viral (tak mungkin awak tak tahu siapa Tuan Muda yang tak asing lagi dari dunia online ni kan?), beliau berkongsi ilmu tentang perkara yang tak asing lagi di mulut semua yang tahu: Personal Branding!

 

Antara tiga konten penting yang Tuan Norman Danish usulkan untuk Personal Branding yang ternyata mudah untuk kita semua lakukannya ialah; KONSISTEN, FOKUS dan PASSION (baca: minat yang mendalam untuk usahakannya).

 

Cik Lisa Wangi

 

Selain tu, ada satu lagi benda yang kita selalu terlepas pandang. Rata rata orang sangka, ada banyak formula. Tapi sebenarnya, perkara yang penting sekali ialah repair profile kita kat FB tu cecantiks! Ha! Terkejut tak? Bukan lah nak suruh mula daftar diri untuk kelas asas cara cara nak pakai mekap atau mula nak masuk kelas jadi model dan bayar ribu riban!

 

Tapi, hanya dengan placing gambar yang cantik dan kiut miut dan serlahkan aura aura positif untuk diserap para visitors pun dah cukup cantik untuk mula mengorak langkah membentuk Personal Branding yang positif, gittew!

 

 

💕 SESI DR. WAN YUSOF WAN JEFFREY

 

Okay, sesi kali ni sesi yang serius sikit dan penuh berisi. Kiranya ni antara sesi yang sangat teknikal dan Cik Lisa pun agak terkial kial. Tapi, selagi nyawa di kandung badan, selagi tu Cik Lisa bersedia sepenuhnya untuk tetap kat situ lakukan serapan!

 

Kata Dr. Wan Yusof, dalam dunia media ni sebenarnya ada tiga saluran iaitu OWN (sendiri), PAID (berbayar) dan EARN (diberi). OWN ialah apa yang kita miliki, kepunyaan kita sendiri. Contohnya macam blog kita ke, Facebook personal page kita atau apa apa saja yang memang kepunyaan diri kita dan bukan sapa sapa.

 

PAID ialah apa yang kita usahakan dari segi kita keluarkan wang ringgit untuk memilikinya. Contohnya macam FB Ads yang kita dok iklankan hari hari, Google Ads yang kita bayar untuk dapat sesi jual beli atau apa apa saja yang kita keluar duit sendiri untuk berada di luar sana.

 

EARN ni bagi Cik Lisa ialah yang paling bernilai antara semua yang ada. Sebab ini bukan isu kita syiok sendiri, tapi orang lain yang nampak nilai diri. Orang lain yang bagi review dan rekomendasi sebab mereka sungguh sungguh pasti, kita takkan hancurkan hati. Orang suka dengan kita, tapi bukan untuk jadi isteri. Tapi sebab nilai diri terpampang kat personaliti kita sendiri.

 

Macam review atau rekomendasi tak langsung dari mereka yang lagi best, kalau kita tak kenal pun sapa mereka tapi mereka sedar dan tahu siapa kita. Cik Lisa tak tahu lah pandangan awak semua cemana, tapi Cik Lisa paling suka yang ini.

 

Itu antara kata kata Dr. Wan Yusof yang Cik Lisa suka sangat sangat, lelaju Cik Lisa salin penuh semangat!

 

 

 

❤️ SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017 – SESI MALAM

 

Bila malam menjelma, masing masing bagaikan puteri putera kayangan lagaknya. Cik Lisa ada lah jugak sekelumit rasa di dada macam pi Grammy Awards acah acahnya! Semua cantik cantik dan hensem segak bergaya belaka!

 

Malam ialah Gala Dinner and Awards 2017 untuk event Sepetang Bersama Blogger 2017 dan tema yang mereka pilih untuk malam penuh makna ialah Glitters and Glamour! So, dah boleh bayangkan kat ala ala berjalan ktukkk ktakkk ktukk ktakkk dengan high heels yang tinggi gila dan memasing dashing sungguh rupanya!

 

Cik Lisa Wangi

 

Banyak banyak event yang Cik Lisa pernah pergi, Cik Lisa rasa rasa paling suka dan win ialah yang ini. Nak tahu sebab apa? Sebab although rata rata mereka ialah blogger blogger Malaysia yang femes dan terkenal beria ia, tapi ya ALLAH humblenyaaa mereka! Takdok lah mereka ni nampak daif dan menyedihkan sampai Cik Lisa kata rendah dirinya mereka semua ni kan.

 

Tapi, it shows dari segi semua memasing pun tak lokek senyumannn walaupun bila mereka nampak Cik Lisa mesti konfemlah dalam hati terdetik rasa nak question:

 

“Sapa lah minah ni tak pernah tengok pun time event event sebelum ni”

 

 

But despite all those confusion, serius lah ni tapinya… semua pun senyum macam dah kenal lama! Secara tak langsung, Cik Lisa rasa senang hati dan diam diam rasa diterima pihak umum (again, yang rata ratanya ialah blogger femes dan bukan calang calang orang okeh!).

 

Faham ke apa yang Cik Lisa cuba sampaikan atau rasa rasa Cik Lisa ni dah mula nak merapu meraban?

 

Cik Lisa Wangi

 

Maksud dia gini: sometimes bila kita ke event besar besaran macam yang satu ni, takkan semudah tu kita nak terlepas dan diterima oleh mereka yang terdiri dari otai otai high class dan ternama.

 

Cik Lisa Wangi

 

Mesti ada jelingan dan pandangan yang tak berapa nak syiok dipandang kan? Tapi, awak takkan dapat semacam tu atau vibes / aura yang cenggitu kat sini. Nadaa.

 

 

 

❤️ BUFFET DINNER

 

Dah katanya ‘GALA DINNER’, mesti lah ada session makan makan ye dok? Gala Dinner tu was held in Saloma Bistro (grand kan tempatnya? Cik Lisa masih lagi amazed dan kagum dengan event ni berhari hari tak sudah tahu dak?)

 

Gala Dinner and Awards 2017

 

The food were amazing! Buffet style dan macam macam ada dan Cik Lisa memang kenyang sungguh. Nak buat cerita lagi menarik, Cik Lisa duduk semeja dengan kawan kawan baru yang sangatlah sekepala although kami kenai dan dan tu jugak!

 

Kecuali sorang tu Mudy yang buat Pakej Percutian ke Pulau Perhentian (Perhentian Kravers) yang Cik Lisa jumpa masa event Marketing Bisnes Kecil anjuran Majalah Niaga di bawah pimpinan Tuan Hasbul Ariff dan Tuan Hasbul Aqill.

 

Gala Dinner and Awards 2017

 

Masing masing dah macam lama kenal, tu yang seronok berbual dan bergelak ketawa sakan kami semeja!

 

 

 

❤️ APA LAGI BENDA YANG BEST DI SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017 KALI INI?

 

Di event yang sangat best ni jugak, mereka tak lokek hadiah langsung tahu tak? Ada berpuluh puluh cabutan bertuah dan memang bertuah sungguh lah bila tengok semua hadiah hadiah! Berjurai jurai air mata Cik Lisa bila banyak banyak nama yang dipanggil, aisehhhh… nama kita tak naik pong! Haha.

 

Cik Lisa Wangi

 

Ada hadiah handphone beribu ribu (okay, ni tipu! Tapi, bukan lah satu dua tahu?), TV besar gedabakkk okeh, pakej percutian yang ohsem, emas (yes, you read that right bebeh! EMAS!). So, sekarang dah boleh imagine tak grand dan ohsem cemananya event ni?

 

Eh chup! Tapi ni lah event paling sempoi sekali, bila time hi-tea, mereka jamu kami dengan eskrem kon Upin Ipin yang syiokkk gila! Nak amik second round, eh eh… dah SOLD OUT!

 

Cik Lisa Wangi

 

 

 

❤️ HARAPAN CIK LISA LEPAS NI?

 

Sebab dah cucuh kaki masuk air sebelah untuk event syiok cenggini, Cik Lisa dah rasa makin eksaited untuk pegi dan join lagi event networking yang seangkatan macam ni. Kalau pegi seminar bisnes, Cik Lisa akan bersua muka dengan mereka yang positif dan dengan bisnes masing masing… aura yang tak ternilai.

 

Cik Lisa Wangi

 

Tapi, dengan event yang camni; crowd yang ada ternyata berbeza. Ini terdiri daripada mereka yang menulis dengan santai dan bersahaja tapi semua otai otai sebenarnya!

 

HUMBLE. Ini yang pikat hati Cik Lisa sampai tak henti henti dok kagum berhari hari. Win. Paling win dan tokleh nak disangkal lagi.

 

Totally!

 

Jadi, Cik Lisa rasa setakat ni jer perkongsian Cik Lisa untuk hari ini. Cik Lisa harap sesangat awak dapat manfaat daripada penulisan Cik Lisa malam malam ni, inshaALLAH.

Cik Lisa Wangi

Terima kasih awak.

 

Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *