Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu untuk setiap wanita yang bergelar Ibu. Seseorang yang dah melahirkan zuriat buat suami tersayang. Semua orang tahu kan, last wiken ialah Hari Ibu. Although ramai kata tak patut kita celebrate Hari Ibu tu sebab kiranya pengaruh budaya barat yang lagha (betul ke eja camni?). Dan Hari Ibu yang disambut sebenarnya ialah hari memperingati Mother Theresa.

 

Hari Ibu itu juga dikatakan ialah hari perayaan yang disambut oleh orang kafir yang kebanyakkannya ialah orang Kristian. Mula lah sesetengah orang lelaju nak melatah dan kata semua tu bukan budaya kita dan sapa yang sambut tu tak sopan!

 

Shaklee Wangsa Maju

 

Sebab tu rata rata orang kat Malaysia banyaknya yang tak berapa berkenan nak menyambut Hari Ibu. Walaupun sebenarnya kita memangnya nak sambut dan meraikan para ibu. Wanita yang dah lahirkan kita sejak awal awal dulu.

 

Posting Cik Lisa hari ni ada kena mengena dengan kisah seorang wanita dan naluri seorang ibu. Ini sebenarnya recap blog entri Cik Lisa tak lama dulu.

 

Waktu awal awal Cik Lisa mula Bisnes Online Shaklee, Cik Lisa dapat tajuk entri untuk tuliskan apa yang terbuku di hati. Apa yang Cik Lisa harapkan sebagai seorang ibu untuk anaknya yang dibesarkan.

 

Susahkan? Sebab semua pun tahu yang Cik Lisa bukannya dah kawen atau isteri kepada sesapa. Lagi lagi untuk ada anak walaupun seorang, memang tak ada.

 

Masa tu rasanya tu lah task paling sayu nak mula tulis. Asyik asyik tulis sikit, delete all. Tulis tulis lagi, tak puas hati dan delete all.

 

Cik Lisa Wangi

 

Masa tu jugak bukannya pandai nak berkata kata. Nak menulis pun asal ikut apa yang kita rasa. Reader pun tak berapa nak ada. Tak tahu lah kalau ada yang baca dan kata Cik Lisa ni mengada ngada? ?

 

So, sempena Hari Ibu last wiken kan… Cik Lisa nak ajak awak baca hasil nukilan. Masa awal awal dulu bila Cik Lisa baru bermula. Tapi serius nak cerita, ini betul betul apa yang Cik Lisa rasa.¬†Sampaikan diri sendiri terusik dengan kata kata yang tertulis buat Cik Lisa tak segan silu menangis.

 

Jadi, cuba amik masa dua tiga minit hari ni. Dan cuba baca apa yang Cik Lisa tulis dalam entri Masih Belum Tiba Masanya¬†Ini lah yang dinamakan menulis dari hati, menusuk kalbu di jiwa sanubari… ikhlas dari hati Cik Lisa Wangi.

 

Cik Lisa Wangi

 

Selamat membaca dan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu di setiap pelosok dunia.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *