3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi


Hari ni Cik Lisa nak cerita pasal 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi.

 

❤️ APA ITU “SUPERFRUITS”?

 

Tapi, sebelum tu nak tanya lah dulu. Awak tahu ke Superfruits tu apa? Superfruits ni sebenarnya takdak definisi rasmi pun tentangnya. Tapi, ia lebih kepada pengkelasan oleh mereka yang bijak pandai (doktor doktor betul yang bertauliah dan pakar nutrisi) untuk buah buahan yang ohsem sifatnya!

 

Cik Lisa Wangi

 

Kalau manusia kita ada Superheroes macam Thor, Iron Man, Superman, Batman dan lain lain yang tak kurang hebatnya. Kalau buah buahan, kita ada Superfruits pulak namanya.

 

Ha, nampak tak apa yang Cik Lisa cuba nak sampaikan?

 

Kalau Superheroes ialah himpunan manusia yang ada superpower ohsem yang takdok lah orang orang biasa ni nak ada. Ha, Superfruits ni pun macam tu jugak!

 

Mereka ni kiranya macam Superheroes tu, ada superpowers yang bukan calang calang kuasa yang tiada tandingan dengan buah buahan biasa yang boleh kita ketemu. Sebab tu lah Cik Lisa memang nak sesangat kongsi tentang 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi. Eksaited tak?

 

Ceewah!

 

 

 

❤️ SUPERFRUITS MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

 

Antara kelebihan Superfruits ialah kandungan Antioksidan yang tinggi. Tapi, apa pulak seronoknya kalau kita dapat sumber antioksidan yang tak ternilai dalam diet kita hari hari? Ada beza ke dalam taraf kesihatan hidup kita lepas ni?

 

Cik Lisa Wangi

 

Antioksidan ni membantu badan kita untuk elak kandungan radikal bebas dalam badan terkumpul secara berlebihan. Apa pulak dah radikal bebas and eh eh bunyinya pun dah macam bahan kimia merbahaya pulak kan? Ala ala macam nak sebut radioaktif… dan kita semua pun tahu betapa merbahayanya bahan tu.

 

Radikal bebas ni ialah bila kandungan toksin terlalu banyak dalam badan dan secara tak langsung ia akan efek atau mempengaruhi sistem dalam badan kita. Masa tu lah berlaku pulak satu proses dalam badan kita yang dinamakan sebagai Oxidative Stress (baca: Stress Oksidasi). Antara akibat dari Oxidative Stress ni ialah Alzheimer’s Disease atau orang Melayu kita kata; Nyanyuk.

 

Dulu Cik Lisa pernah cerita dengan gaya ala ala Doktor katanya di entri blog Jus Anggur Vivix Shaklee Mampu Cegah Nyanyuk, Jus Anggur VIVIX Bantu Neutralkan Radikal Bebas Dalam Badan Kita dan Jus Anggur VIVIX Bantu Merencatkan Proses Pengaktifan Nekrosis Dalam Sistem Badan Kita

 

 

 

❤️ 3 SUPERFRUITS YANG MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

 

So, hari ni Cik Lisa nak kongsi dengan awak satu rahsia kecil pasal buah buahan. Sebab Cik Lisa tahu yang rata rata kita ni, taklah berapa nak tahu in detail pasal any fruits yang kita makan sejak dulu dulu masa kanak kanak lagi kan? Apa yang kita tahu, kalau fruits tu sedap… ha, sengih lah kita duduk mengadap. If otherwise, lelaju lari dari parents sebab mati mati tak mahu rasa walaupun mereka hanya suruh kita to taste a bit jer.

 

Betul kan?

 

Sebab tu lah Cik Lisa rasa teruja sesangat nak kongsi rahsia buah buahan kali ni, so kekita semua ni akan rasa lagi syiok nak makan mereka ni sepantas kilat lepas ni!

 

 

⭐️ PLUMS

 

Tahu kan Plum tu buah yang mana? Nampak macam anggur tapi besar dan bulat bulat bentuknya. Kalau untung dan dapat yang cukup masak, lembut isinya dan cuma dengan sekali gigitan, aummmm mereciks jus Plum tu dalam mulut kita dan hoih! Manisnyaaa rasa jus Plum dalam mulut!

 

Kelebihan Plum ni: ia adalah antara Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi dan ia mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai chlorogenic acid.

 

Cik Lisa Wangi

 

Menurut kajian yang dah dilakukan sebelum ni oleh penyelidik Perancis, Plum mampu mencegah anxiety atau sifat gemuruh / cemas seseorang. Ohsem kannn?

 

 

⭐️ TEMBIKAI

 

Sapa yang kenal Cik Lisa sebelum ni, mesti dah awal awal tahu Tembikai ialah buah feveret Cik Lisa! Bila baru baru ni dah tahu yang Tembikai pun ialah salah satu daripada Superfruits yang ada kat dunia, apalagi?  Wahhhh, seronoknyaaaa! Melonjak keriangan seperti biasa! Konfem lah Cik Lisa akan makan Tembikai tanpa henti berhari hari lepas ni!

 

Cik Lisa Wangi

 

Tembikai mengandungi lycopene Satu serving cup tembikai tu kan mengandungi dua kali ganda lebih vitamins daripada sebijik buah tomato segar taww? Dan Tembikai tu ada Vitamin A dan Vitamin C in one serving dan each serving cup (baca: kuantiti agak agak sekali makan) cuma ada 40 kalori SAHAJA!

 

So, makan lah Tembikai dua tiga bijik sehari pun kan, inshaALLAH tak mungkin akan bertambah berat badan kita untuk mereka yang nak jaga badan. Tapi, takkan lah nak mengadap Tembikai berhari hari lamanya kan?

 

 

⭐️ PAPAYAS

 

Papaya atau betik: antara buah yang kita tak sangka atau tahu kehebatannya. Kita dok eksyen nak cari buah buahan overseas, tapi buah yang tanam kat kampung rumah nenek kita pun lagi bersifat Superfruits rupa rupanya! Kalau cerita pasal Vitamin C, kita semua ni mesti lelaju nak jawab,

 

“Oranges! Itu sumber Vitamin C. Konfem! Tak syakkkk lagi!”

 

 

Tapi, terkejut dan berkerut tak dahi bila Cik Lisa kata Papaya pun kaya dengan Vitamin C. Kaya tu maknanya, melimpah ruah tak terkata! Haaa, terkejut kan kan kannn?

 

Cik Lisa Wangi

 

Selain tu, Papaya jugak ada Vitamin A dan Vitamin E – sumber antioksidan yang tinggi untuk melindungi kesihatan jantung kita dan juga dapat bantu untuk cegah potensi kanser kolon! Kagum tak dengan komponen Papaya tu sendiri sebab ia dah secara indirectly buktikan yang Papaya memang tergolong antara 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi kan?

 

 

Chup iklan!

 

Dan biji betik yang kecik kecik tu kan? Itu pulak ialah sumber terbaik untuk kita lawan parasit dalam badan. Sumber yang paling sesuai untuk sesi berdetox keseluruhan, tapi tu nanti Cik Lisa cerita kat entri lain tentang detoks, parasit dan biji betik! (Haha… dah macam tajuk box office pulak lagaknya eh?)

 

 

 

❤️ SUPERFRUITS HARIAN PILIHAN CIK LISA?

 

Sebab sometimes Cik Lisa ni tak berapa nak rajin untuk ke pasar buah buahan. Nak potong, nak blend or nak apa apa sajakan buah tu kekadang tu perlukan tenaga yang tiada tandingannya kan? So, Cik Lisa cecepat pilih jalan yang mudah! Tak payah nak berusaha pepenat atau nak facing any masalah.

 

Paling cepat dan efektif, sebab Cik Lisa cuma perlu twist the cap and gulp it all straight from the bottle (baca: buka penutup dan togak terus dari botol)!

 

Nak tahu apa Superfruits yang Cik Lisa amalkan hari hari?

 

VIVIX Shaklee!

 

Bukan Cik Lisa nak mengada adakan cerita betapa hebatnya Vivix Shaklee ni, tapi orang ramai sendiri pun mengakui superpower Vivix Shaklee! Mama Cik Lisa sendiri pun minum Vivix Shaklee sampai la ni! Cik Lisa banyak kali dah pot pet tentang ni di Supplement Shaklee Kegemaran Mama Saya, Resveratrol Dalam Vivix Shaklee: Berita Baik Untuk Pesakit Kanser? dan Set Cantik Shaklee Pilihan Saya

 

 

 

❤️ NAK BELI VIVIX SHAKLEE?

 

Nak dapatkan Vivix Shaklee dan nak amalkannya macam Cik Lisa hari hari?

 

Daftar Jadi Ahli Shaklee

 

Kalau awak rasa BERMINAT NAK BELI PRODUK SHAKLEE yang Cik Lisa cerita tu kan, boleh CEPAT CEPAT BUAT PROSES DI BAWAH NI SEKARANG!!!

 

 

CARA 1 (PAKEJ TERMASUK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE)

🦋  BUAT PEMBAYARAN PENUH SEBANYAK RM 475 (Semenanjung / Sabah / Sarawak) melalui ONLINE BANKING / KIOSK DEPOSIT TUNAI di mana mana ATM ke nombor akaun di bawah ini

Daftar Jadi Ahli Shaklee

 

🦋 WHATSAPP CIK LISA DI 012-2195 363 LAJU LAJU dengan details lengkap yang berikut:-

NAMA:

NO. KAD PENGENALAN:

ALAMAT PENGEPOSAN:

EMEL:

RESIT BUKTI PEMBAYARAN (sama ada melalui ONLINE BANKING / KIOSK DEPOSIT TUNAI)

KOD BELIAN: VIVIX SHAKLEE

 

 

 

CARA 2 (PAKEJ BELIAN DENGAN HARGA RUNCIT & TIDAK TERMASUK PENDAFTARAN AHLI)

🦋 PEMBELIAN DENGAN E-SELL (KLIK IKON DI BAWAH) DAN PILIH CARA PEMBAYARAN

(pembelian produk secara berasingan / individual ikut kesesuaian awak sendiri – pilih suka hati)

 

Beli Shaklee Online

 

🦋 PENGEPOSAN DIKENDALIKAN SECARA LANGSUNG OLEH SHAKLEE

🦋 WHATSAPP CIK LISA DI 012-2195 363 LAJU LAJU selepas pembelian dengan Shaklee selesai untuk rekod pembelian disemak lengkap.

 

 

 

SIAP! Mudah kannn?

 

Okay, Cik Lisa rasa sampai sini saja untuk hari ini.

 

Semoga perkongsian Cik Lisa tentang 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi kali ini memberi manfaat pada awak hari ini. Next time, Cik Lisa akan kongsi cerita tentang Superfruits yang lain pulak untuk sesama kita tambah baik pengetahuan kita dengan info baru dan menarik cam ni kan?

 

Syiok tak?

 

Sekarang bila dah tahu at least ada 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi, dah rasa membuak buak dalam hati macam lagi lah teruja beria nak tahu Superfruits lain pulak yang mungkin sama atau sipi sipi sifatnya. Betul kan?

 

Cik Lisa pun rasa camtu jugak. Especially, masa memula tahu pasal isu ni lelaju Cik Lisa decide dan buat keputusan paling pantas seumur hidup 35 tahun plus plus ni taww!

 

“Eh! Aku kena tulis ni. Seronok kot nak share info ohsem cenggini kan? Sebab Cik Lisa sendiri pun eksaited nak tahu dan konfem mesti awak pun kongsi perasaan nak tahu jugak, kira kita ni sama kannnnn? Sapa taknak tahu Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi tu memang ada masalah dalaman!”

 

Haa… nampak tak? Macam yang Cik Lisa dah declare awal awal hari tu, untung awak dapat Cik Lisa sebagai Pengedar Shaklee awak taww! Sebab Cik Lisa ni yang Dulu Comot Asyik Kira Batu Bata, Now Dah Comel Dan Selalu Cerita Tentang Vitamins, Ala Ala Doktor Katanya!

 

Jumpa lagi soon!

 

Terima kasih semua dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *