Digital Nomad: Lifestyle Masa Kini


Digital Nomad. Awak pernah dengar ke terma ni? Masa sekolah dulu, cuma tahu bila Cikgu cerita kisah dulu dulu dan katanya mereka semua dikenali sebagai nomad. Maksud nomad tu sendiri ialah berpindah randah dan tak ada yang fixed atau kekal.

 

Semalam Cik Lisa rajin dari biasa. Rasa macam dah lama dah tak melawat wall sifu/guru/cikgu/mentor yang memang Cik Lisa follow rapat rapat sejak dari awal Cik Lisa mula.

 

Terhenti di wall Dato’ Roslan Ab Hamid; seseorang yang tak asing lagi bagi rata rata orang sebagai seseorang yang sangat dihormati. Beliau ialah mentor public speaking dan setiap posting beliau tak pernah gagal buat Cik Lisa kagum. Posting beliau semalam ialah mengenai “Digital Nomad”.

 

Shaklee Wangsa Maju

Perkara Asas Untuk Digital Nomad – Kopi, Laptop dan Wifi

 

 

❤️ APA ITU DIGITAL NOMAD?

 

Mengikut definisi lengkap dari Wikipedia,

 

“Digital nomads use wireless internet, smartphones, Voice over IP, and cloud-based applications to work remotely wherever they live or travel. Digital nomads also often use coworking spaces, cafes, house sitting agreements, and shared offices in major cities around the world…”

 

 

 

💕 DIGITAL NOMAD – LIFESTYLE MASA KINI

 

Dalam erti kata singkat, Digital Nomad ialah golongan mereka yang bekerja tapi taklah kerja macam dulu dulu lagi. Ia lebih ringkas dan open sebab seseorang tu tak perlu kerja dalam ofis di sebalik empat penjuru dinding dan rasa terkurung, kaku dan terperangkap (trapped) dalam sebuah ofis hari hari.

 

Shaklee Wangsa Maju

Kedai Kopi Yang Tenang Ialah Kunci Utama, Obviously!

 

Digital Nomad adalah mereka yang lebih moden, bersikap terbuka dan bukan mereka yang percaya,

 

“Kalau kerja, harus dan wajib duduk diam diam dalam ofis 9-5 macam dulu dulu”.

 

 

Bukan kena pi ofis, punch card setiap kali keluar dan masuk ofis, mengadap monitor desktop seharian dan keluar lunch exactly waktu yang dah ditetapkan supaya tak kacau bilau atau cipta keadaan yang haru biru.

 

 

💕 DIGITAL NOMAD TAK PERLU PUNCH CARD LAGI

 

Kalau dulu, setiap ofis pun dah ada jadual waktu kerja, jadual waktu rehat, jadual waktu meeting nak buat dan di mana tempatnya. Jadi, setiap orang pun dah disusun atur secara tak sedar sebab itu cara tradisi untuk seseorang tu untuk kita kata dia sedang bekerja. Tapi Digital Nomad ialah completely the opposite! Sesuatu yang sememangnya berbeza secara keseluruhannya!

 

Shaklee Hulu Klang

Donut Pun Antara Menu Wajib Especially Kalau Hari Rasa Lapar!

 

Boleh ke cara Digital Nomad tu pastikan seseorang tu akan bekerja ikut masa? Atau itu akan buka peluang untuk seseorang itu curi tulang dan buat kerja secara acah acah dan sambil lewa saja?

 

 

 

❤️ MAT SALLEH DAH LAMA PRAKTIS CARA HIDUP DIGITAL NOMAD!

 

Rasa rasanya, sekarang ni awak pun dah tahu sejarah silam Cik Lisa dulu pernah kerja dengan company luar negara kan? Cik Lisa kerja kat Europe, bila tetiba si bilis comel ni dapat peluang untuk kerja kat negara orang! Masa tu seronok tak terkira, sebab kita ni bukannya pandai mana. Tapi, bila tahu yang bulan dah jatuh ke riba… syioknya rasa bagai nak gila!

 

Cik Lisa dapat kerja kompeni Quantity Surveying (baca: Jurukur Bahan) di Dublin, Ireland. Dapat kerja kat sana tu rezeki ALLAH nak bagi untuk Cik Lisa cuba hidup sendiri di perantauan! Kompeni Cik Lisa dapat tu ialah sebuah kompeni tempatan, pejabat konsultan. Serius masa dapat tahu, Cik Lisa tak ubah macam kera kena belacan!

 

Shaklee Wangsa Maju

Temple Bar, Dublin

 

Peluang kerja kat sana buat Cik Lisa lebih berfikiran terbuka. Tapi, bukan lah nak kata cuba cuba nak lupa daratan… but bila kita boleh tengok cara kerja mereka berbanding dengan negara kita. Walau budaya mereka dan kita banyak beza, satu benda yang Cik Lisa takkan lupa sampai bila bila ialah cara mereka treat pekerja pekerja.

 

Memang respek sampai tak tahu nak kata apa!

 

 

💕 MAT SALLEH BERSIKAP LEBIH TERBUKA DAN MUDAH NAK TERIMA LIFESTYLE DIGITAL NOMAD

 

Kalau orang kita kat sini, huish… suka sungguh nak banding banding diri. Lagi tinggi kita kat atas sana, lagi buruk dan hodoh perangai yang kita ada (baca: bukan semua, tapi mostly. Trust me!). Kekononnya, suka sangat nak kata,

 

“Kita ni patut ikut resmi padi… lagi kita di atas sana, lagi kita bersifat humble dan tunduk menyembah bumi alkisahnya”

 

 

Ya ke? Betul ke itu apa yang mostly kompeni kita kat sini praktiskan? Sepanjang pengalaman Cik Lisa lah kan, rasa rasanya peribahasa lama tu kena tukar kepada,

 

 

“Kita semua ni ikut resmi burung merak… lagi kita di atas sana, moh lah kita sama sama mendabik dada dan terus berlagak!”

 

 

Haha.

 

Shaklee Setiawangsa

Library di Trinity College, Dublin

 

Tapi ini lah realiti kehidupan kan?

 

 

 

❤️ DIGITAL NOMAD DI DUBLIN, IRELAND

 

Masa kat Dublin dulu, percaya ke kalau Cik Lisa kata walaupun ia adalah sebuah kompeni yang medium-size, tapi pangkat dan darjat bukanlah segala galanya? Area kawasan staff bekerja bukan termaktub dengan office cubicles yang serius dan tertutup. Ia jugak bukan satu area yang senyap sunyi yang takdak sapa pun takut nak berbunyi! Bukan sebuah library!

 

Shaklee Wangsa Maju

Liffey River, Dublin

 

Boss boss sangat cool dan ohsem sebab area staff kerja adalah based on satu space yang besar dan terbuka! Takdak dinding penghalang antara satu dengan yang lain. Kita nampak muka dia, dia nampak muka kita. Dan semua orang pun memang riang ria gembira bekerja!

 

Nak kejutan lagi?

 

 

 

❤️ DIGITAL NOMAD DI DUBLIN, IRELAND

 

💕 BUDAYA BARAT JADI IKUTAN

 

Kompeni tu ada lima orang Director dan cuma dua Director pertama (Owner + Director pertama) yang ada bilik sendiri while the rest of the Directors duduk bekerja dengan kita kita ni semua! Cuba fikir fikirkan, rasa rasanya ada ke kat negara kita nak cuba cuba adapt budaya mereka yang ohsem tu untuk orang atasan bekerja dengan bilis bilis comel macam kita ni kat sini?

 

TOKSAH NAK HARAP!

 

Orang ramai sibuk nak kata,

 

“Budaya Barat tu menyesatkan! Kita tak patut ikut budaya Barat sebab nanti tak pasal pasal kita senang nak lupa daratan!”

 

 

Tapi, budaya Barat yang ni Cik Lisa rasa sangat best. Bila boss boss sendiri sanggup nak bertepuk tampar dan bergelak ketawa dengan kita sambil kerja sama sama. Tak rasa ada barrier tapi dalam masa yang sama, kita still hormat mereka. Apa salahnya?

 

Itu masih di ofis, awak akan kata. Itu bukan Digital Nomad tapi hanya cara kerja yang berbeza tapi tentunya lagi best dari kita kat Malaysia.

 

 

 

❤️ DIGITAL NOMAD DI DUBLIN, IRELAND

 

💕 DIGITAL NOMAD – MEETING DI TAMAN BUNGA PUN BOLEH?

 

Apa awak akan kata pulak, bila Cik Lisa cerita pasal meeting dengan klien selalunya kita cuma diskas santai di kedai kopi berdekatan. Kadang kadang, meeting santai sambil jalan jalan bagi itik makan di taman tepi ofis hanya sebab cuaca nampak cantik dan bila jenguk luar tingkap nampak mereka di luar bergelak ketawa keriangan?

 

Shaklee Wangsa Maju

Herbert’s Park, Dublin

 

Kenapa nak duduk dalam bilik meeting tertutup rapat bila kita boleh keluar hidup udara segar sambil diskas apa yang perlu nak selesaikan secara segera untuk projek berjalan seperti yang kita jangka? Lelaju kita semua dengan baju ofis dan kasut tumit tinggi bawak satu buku nota nak catit agenda.

 

Seronok tak?

 

 

💕 DIGITAL NOMAD – SAMBIL DISKAS, SAMBIL MAKAN ESKREM

 

Sambil diskas, nampak orang jual eskrem. Director ketiga kompeni lelaju lari lari ke arah penjual eskrem dan beli untuk kami semua, setiap sorang pun ada. Pakai suit dan skirts, kasut tumit tinggi dan buku nota kecil. Sekarang ada satu batang eskrem pula.

 

Sambil diskas serius pasal projek atau any issues yang berbangkit, sambil jilat eskrem perisa lemon dan kunyah kunyah eskrem hancur dalam mulut sikit sikit.

 

Projek ni bukan projek versi kuman, tapi projek besar besaran. Bukan calang calang atau sebarangan.

 

 

💕 DIGITAL NOMAD – CUACA CANTIK, BOSS LELAJU SURUH BALIK!

 

Hari lain pulak, patut kerja mula 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Sapa yang pernah pegi Dublin, Ireland mesti tahu sangat cuaca sana tu tak menentu. Patut negara empat musim, tentu sama macam negara Eropah yang lain.

 

Tapi, Ireland ni pelik dari biasa. Kalau musim summer, patut matahari riang ria pukul 8 atau 9 malam baru nak gelap senja.

 

Kalau kat Ireland, mungkin pukul 3 petang di musim summer matahari keluar dan rasa panas kan macam biasa? Tapi, jangan tak tahu yang pukul 3.30 petang ianya tak mustahil kalau tetiba hujan turun dan angin ribut tak pasal macam tak mungkin sekarang ni ialah summer! Cuaca kat sana berubah setiap masa!

 

Like, SETIAP MASA!

 

So, boss boss sana memang sangat best gila. Sebab banyak kali je tak pasal pasal bila jam masa tu baru pukul 4 petang, tapi boss dan dan tu jugak lepas diskas berkumpulan, terus kata;

 

“Eh! Cantiknya cuaca kat luar sana? Matahari dah keluar lagi nampaknya! Rugi tak enjoy keadaan best ni dengan keluarga. Pegi lah balik sekarang semuanya. Buat kerja tu bebila tapi yang pasti esok mesti sedia!”

 

 

Ha. Tu nak kata apa? Digital Nomad ke cemana?

 

 

 

❤️ DIGITAL NOMAD DI ABU DHABI, UAE

 

By this time, awak pun mesti dah tahu? Cik Lisa pun dah pernah jugak kerja di negara Arab dulu dulu. Almost dua tahun dan memang cukup betul nak tahu selok belok otak mereka yang macam kayu! Eh. Haha.

 

Orang selalu kata, kalau nak tahu tahap kesabaran kita ni dah achieve target maksima ke tidak kita kena cuba untuk kerja dengan orang Arab kononnya. Memula dulu rasa yang teori tu merapu. Tapi, bila dah few years jugak kerja dengan mereka, uish… betul lah tu apa yang orang selalu kata.

 

Shaklee Hulu Klang

Ferarri World, Abu Dhabi

 

 

💕 DIGITAL NOMAD – TAK KIRA DI MANA KITA BERADA SEBENARNYA

 

Although Cik Lisa kerja kat sana, tapi Cik Lisa kerja kompeni Malaysia. Cuma kami ada projek binaan di Abu Dhabi dan klien tu ialah orang local mereka. Orang atasan kompeni kita, masih orang Malaysia. Agak agaknya sebab di perantauan, kami semua pun boleh geng dan sekepala termasuklah mereka yang duduk kerusi atasan.

 

Kerja situ tak kira masa. Kekadang, serius rasa macam orang gila sebab kerja tak pernah nak habis tak kisah efisyen cemana pun kita kita ni semua. Tapi yang syioknya, ofis duduk betul betul tepi projek site.

 

 

💕 DIGITAL NOMAD – BUDAYA ARAB LAIN DARI YANG LAIN!

 

Tadi kan Cik Lisa dah cerita yang Cik Lisa tak berapa nak suka kerja yang ulang ulang benda yang sama dan hari hari tengok komputer? Dan Cik Lisa pun dah cerita jugak camana stressnya kerja dengan mereka yang durjana semua pun ikut suka mereka (baca: Arab) so ia bukan perkara yang luar biasa kalau Cik Lisa ni hari hari pun bergaduh dengan setiap mereka (baca: klien atau subkontraktor yang ikut suka rasa dia nak buat kerja cemana). 

 

Shaklee Hulu Klang

Abu Dhabi Skyline

 

Kalau nak tahu, stress tu dah macam benda normal kat sana. Tak sah kalau tak sakit hati atau kadang kadang tu sampai nangis pi belakang ofis dan lepas perasaan marah kononnya! Haha. Bila asyik bergaduh jer, mahu tak nangis? Tapi bukan sebab rasa penat dan tak semangat. But lebih kepada rasa nak marah yang amat sangat!

 

💕 LARI MASUK TAPAK PROJEK ATAU MOHON KERJA SANTAI DARI RUMAH BEBILA RASA SUKA PUN ADALAH CONTOH DIGITAL NOMAD KAN?

 

Apa Cik Lisa buat nak buang rasa tak best dalam hati hari hari stress melanda?

 

Cik Lisa capai topi dan sarung kasut but untuk masuk site dan laju laju lari ikut pintu belakang ofis dan mula mengorak langkah ke arah tapak projek (baca: projek site). Haha. Kadang kadang bawak satu buku nota dan ajak sesapa Engineer kita yang available untuk ikut serta.

 

Bukan apa, masa kerja sana… tak ramai perempuan sebab kami kurang dari 5 orang jer. Tak semua yang masuk site dan rata rata buruh binaan tu pantang nampak perempuan! Haha.

 

Shaklee Wangsa Maju

Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi

 

 

💕 KERJA LUAR DARI OFIS JUGA ADALAH DIGITAL NOMAD

 

Jalan jalan tengok site, tengok workers buat kerja, tengok bangunan kalau ada cacat cela… semua tu bagi Cik Lisa rasa tenang dan reda. Dah macam terapi tanpa bayaran yang konfem boleh buang rasa marah dan gundah gulana. Kadang kadang, buat jer kerja kat sana cuma tak mahu stuck kat dalam ofis yang fully air-cond dan stress sepanjang masa!

 

 

💕 ADA HARI SUPERLAZY, JADI CIK LISA PILIH LIFESTYLE DIGITAL NOMAD DAN MOHON KERJA DARI RUMAH!

 

Ada jugak time Cik Lisa buat hal tak mahu pegi ofis tapi nak duduk rumah dan buat kerja dari rumah. Yang syioknya, boss paham sangat sebab dia tahu cemana stress kita kerja sebab hari hari pun selalu penat. So, Director akan selalu mudah nak berbicara dan dia akan kata okay saja sebab yang penting Cik Lisa tak pernah buat kerja sambil lewa.

 

Ha. Itu pun Digital Nomad. Cik Lisa cuma perlu handphone, laptop dan jaringan internet dan eh, eh! Semua pun dah settle sekejapan tu jer. Best ke best?

 

 

 

❤️ DIGITAL NOMAD DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA

 

Bila balik sini, nak mula cara dan gaya hidup Digital Nomad semula tu adalah MIMPI! Cik Lisa tak tahu kisah kompeni awak, tapi yang Cik Lisa tahu kompeni Cik Lisa tu toksah nak melawak! Mana mungkin. Lebih mustahil nak apply nanti dikatanya kita ni tak serius tapi main main. Tapi, itu masa dulu dulu bila Cik Lisa masih kerja kat kompeni tu.

 

Sekarang kan Cik Lisa dah lama berhenti kerja dan dah mula bina Bisnes Online Shaklee. Antara banyak benda yang Cik Lisa suka lepas benti kerja, ialah perasaan dup dap dup dap seronok dalam hati bila boleh mulakan gaya hidup Digital Nomad kembali!

 

Dan awak pun dah tahu Cik Lisa dah mula aktif menulis sekarang kan dengan munculnya e-book pertama Cik Lisa bertajuk Jom Lompat Bintang With Me tu?

 

 

 

 

❤️ KINI, CIK LISA ADALAH DIGITAL NOMAD DAN SANGAT SANGAT SUKAKANNYA!

 

Cik Lisa tak suka rasa terperangkap, tapi awak mesti laju laju nak cakap nanti bila dalam kubur pun akan rasa sempit dan sendat. Itu pun macam tertangkap dan terperap!

 

Yes, memanglah. Tapi sekarang ni Cik Lisa cerita hal sekarang dan kalau boleh elak, kita elak untuk tak timbul masalah. Contohnya; sebab tak suka ‘rasa terperangkap’ tu, manalah tahu boleh efek cara Cik Lisa berfikir dan buat sesuatu. Tak ke akan timbul kacau bilau yang boleh bikin haru biru?

 

Shaklee Hulu Klang

Setenang Air Di Kuala, Ialah Kedai Kopi Yang Sunyi Sepi

 

 

💕 DIGITAL NOMAD DENGAN BISNES ONLINE SHAKLEE

 

Bila dah kerja sendiri dan mula Bisnes Online Shaklee dari rumah, Cik Lisa senang sesangat nak pegi memana untuk mula mengolah! Semua tahu Cik Lisa ada blog kan? In a way, Cik Lisa juga ialah seorang blogger who writes whatever she thinks boleh bagi manfaat dan kebaikan. Tapi nak tulis tu tak mudah dan kalau mula rasa cemas dan lemah, apa pun takkan terolah!

 

 

💕 DIGITAL NOMAD MUNGKIN MAMPU REALISASIKAN IMPIAN CIK LISA NAK JADI PENULIS, SIAPA TAHU?

 

Selain daripada tu, awak sendiri mungkin dah tahu yang Cik Lisa dah mula menulis dengan gigih? Alhamdulillah, 17 Julai baru baru ni Cik Lisa dah launched e-book pertama bertajuk Jom Lompat Bintang With Me. Memang Cik Lisa bukan penulis terkenal lagi, tapi… mana tahu satu hari nanti?

 

Percaya tak yang Jom Lompat Bintang With Me tu amik masa less than 2 weeks sebenarnya? But most of the time, memang Cik Lisa spend time kat either Starbucks, Coffee Bean dan some other coffee shops sebab memang Cik Lisa rasa lagi tenang bila nak menulis kat open space rather than rasa terperangkap dalam bilik kecil actually taww?

 

 

Awak dah dapatkannya? Kalau belum dan teringin nak dapatkannya pada harga promosi RM 10, boleh lelaju picit Jom Lompat Bintang With MeHarga akan kembali ke harga asal pada 24 Julai 2017 (12.01am).

 

 

💕 TAK SUKA TERPERANGKAP DI ANTARA EMPAT PENJURU DINDING ADALAH MINDSET DIGITAL NOMAD!

 

Tak suka bila ada dalam keadaan confined in four walls atau terperangkap dalam satu bilik kecil dengan empat penjuru yang tak best langsung, tak tahu nak cakap! Dalam keadaan gittew, hoih… cemana nak derived ideas yang mencurah curah dari kepala otak untuk mula menulis riang? Bila tak ada curahan idea, cemana nak hasilkan blog entri yang ohsem hari hari?

 

Tak kisah jugak lah awak nak kata apa, tapi Cik Lisa adalah Digital Nomad sesangat. Cik Lisa suka kopi dan Starbucks memang pilihan di hati hari hari. Kadang kadang bosan dengan rasa kopi Starbucks, Cik Lisa berpaling arah dan kekadang cari Coffee Bean pulak. Ikutlah apa rasa nak buat, dan dan tu jugak Cik Lisa pecut dan cari lokasi rahsia untuk mula menulis cepat cepat.

 

 

💕 DIGITAL NOMAD BUKAN UNTUK SEMUA ORANG

 

Orang selalu kata,

 

“Tak suka lepak Starbucks atau Coffee Bean atau memana kedai kopi yang lain. Internet Wifi mereka slow! Lagi mudah nak kerja di ofis sendiri dan Wifi konfem ada untuk kita surf the net hari hari!”

 

 

Terpulanglah. Awak mungkin rasa nak duduk di bilik air-cond dalam ofis lebih mudah, tapi Cik Lisa paling tak suka dan menyampah! Cerita pasal internet connection, Cik Lisa tak guna pun Wifi yang mereka dah sediakan.

 

Cik Lisa cuma teether (baca: guna hotspot) dari phone yang kita ada. Tak luak mana kuota bulanan kalau setakat nak menulis dan surf memang boleh sangat tanpa halangan!

 

 

 

❤️ KESIMPULANNYA: ADAKAH AWAK JUGA SEORANG DIGITAL NOMAD?

 

So, dah baca pot pet Cik Lisa panjang lebar, agak agaknya awak tahu dan faham tak konsep sebenar seorang yang aplikasikan gaya hidup Digital Nomad hari hari? Atau awak masih kabur dan tak jelas tentang isu yang Cik Lisa tengah diskas?

 

Digital Nomad

Nampak Tak Betapa Pentingnya Donut Dalam Hidup Cik Lisa?

 

Adakah awak juga merupakan seorang Digital Nomad atau awak lebih selesa untuk bekerja secara konventional di dalam ofis yang tertutup rapat? Tak salah pun mana mana satu pilihan yang awak nak, sebab yang penting ialah selesa atau tidak awak nak mulakan sesuatu kerja tu jugak.

 

 

💕 DIGITAL NOMAD ATAU TIDAK, BERGANTUNG PADA TAHAP SELESA KITA SENDIRI

 

Bagi Cik Lisa, regardless mana pun tempat yang kita pilih untuk buat kerja, asalkan ia mampu buat kita tenang dan selesa untuk siapkan satu satu perkara. Itu dah cukup sebagai pilihan yang terbaik yang kita boleh buat untuk realisasikan impian kita untuk bekerja dengan penuh minat yang ada!

 

Setuju ke setuju?

 

 

 

❤️ TERIMA KASIH!

 

Cik Lisa berhenti setakat ni dan terima kasih untuk singgah baca hasil pot pet Cik Lisa hari hari.

 

Nanti Cik Lisa sambung lagi lain kali, inshaALLAH.

 

Terima kasih awak dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *