Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam


Hari ni Cik Lisa nak cerita tentang Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam.

 

Tapi bekam tu apa sebenarnya? Bekam atau dalam Bahasa Inggeris disebut cupping ialah kaedah rawatan tradisional untuk buang toksin dari dalam badan kita melalui pengeluaran darah kotor yang disedut keluar melalui kulit!

 

Dan lepas beberapa bacaan ringkas dan diskas bersama Tuan Abdullah Ramly, Cik Lisa baru tahu yang wujudnya Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam!

 

Persediaan Sebelum dan Selepas Rawatan Bekam

Pusat Terapi Bekam De Ieman, Hulu Langat, Selangor

 

Sepanjang hidup Cik Lisa kat dunia ni (ceewah!), Cik Lisa tak pernah lagi terdetik nak jalani rawatan bekam sebab bila Cik Lisa tahu the fact that darah kotor akan disedut keluar melalui sedutan guna gelas kaca di beberapa titik kat badan kita… takutnya!

Ada few friends Cik Lisa yang dah memang biasa dengan aktiviti rawatan bekam ni dan mereka sendiri pernah cerita yang memang ada Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam rupa rupanya. Bila fikir fikir balik,  logik lah nak ada Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam tu kan. Sebab ianya proses nak keluarkan toksin melalui darah!

 

Rawatan Bekam Holistik

Kursus Bekam Holistik oleh Pusat Terapi Bekam De Ieman

 

Mestilah nak kena sedia semua mental, emosi dan fizikal ye dok? Eh, tapi pernah terfikir tak kalau kalau proses rawatan bekam tu sebenarnya ada rasa sakit atau sebenarnya nampak jer darah kotor tu disedut keluar tapi tak rasa apa pun sebenarnya?

 

 

 

⭐️ RAWATAN BEKAM – APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BEKAM?

 

Bekam ni ialah proses keluarkan toksin dari dalam badan kita. Macam yang Cik Lisa pernah pot pet dalam entri sebelum ni: bila toksin mula menguasai sistem dalam badan kita, kita akan mudah nau nauuu nak terdedah dengan macam macam jenis penyakit dan lagi lagi, penyakit kronik yang makin berleluasa sekarang ni.

 

Dulu Cik Lisa pernah cerita di entri blog bertajuk Jus Anggur VIVIX Bantu Merencatkan Proses Pengaktifkan Nekrosis Dalam Sel Badan Kita

 

Proses rawatan bekam ni pun bertujuan nak suck off (baca: keluarkan) semua toksin dalam badan kita untuk jadikan kita segar semula. Sebab tahu kan yang antara sebab kita selalu letih dan tak larat buat kita terus tak bersemangat tu adalah sebab toksin yang dah duduk diam diam dalam badan kita dengan senang lenang?

 

Since rawatan bekam ni dah pun bermula kat setiap pelosok dunia ni sejak dulu lagi, jadi ramai yang dah biasa dan memang pilih untuk buat rawatan bekam regularly. Nak tahu cerita lanjut sejak bila bekam bermula boleh cecepat pi baca entri blog Cik Lisa satu lagi bertajuk Rawatan Bekam Holistik.

 

 

 

⭐️ PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN BEKAM

 

Ni tajuk yang syiokk sebab Cik Lisa tak sangka pulak yang rawatan bekam ni lengkap dengan tatasusila siap ada Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam! Detail sungguh rawatan bekam ni, sampai perlukan Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam dan kata Tuan Abdullah Ramly lagi, perkara ni tokleh nak buat main main dan pesakit yang jalani rawatan bekam tu kena follow rules ni bebetul tahu ke?

 

 

? PERSEDIAAN SEBELUM RAWATAN BEKAM

 

Sebelum nak mula rawatan bekam, pertama sekali pesakit perlu akan diberikan masa setengah jam untuk bertangas sebab nak pastikan setiap liang liang roma tu terbuka dan senang untuk proses keluarkan darah kotor berlaku. Ini ialah proses mandi wap atau lebih dikenali sebagai proses steaming ala ala sauna gittew.

 

Pembekam juga akan sambil sambil tu bagitau kat pesakit tu setiap proses yang akan dijalankan masa rawatan bekam tu dimulakan. So, takdelah pesakit tu satgi terkejut tak pasal pasal sebab tak tahu menahu apa nak buat lepas satu satu. Dalam masa yang sama jugak, untuk pesakit yang first timer (baca: rawatan pertama kali) digalakkan untuk bersedia secara mental dan emosi. Bukan apa, keadaan yang tenang dan terkawal tu penting untuk rawatan bekam dijalankan dengan aman damai.

 

Rawatan Bekam

Ruang di Pusat Terapi Bekam De Ieman

 

Pesakit digalakkan untuk tidak makan terlalu banyak sebelum rawatan bekam dimulakan. Tapi, harus jamah sikit makanan untuk alas perut sebab persediaan untuk kejadiaan yang tak diingini (contoh: muntah, loya) sewaktu rawatan sedang dijalankan. Tapi, kalau takut beria ia pengsan atau seangkatan jangan lah pulak kita pi bedal semangkuk mee sup sebelum rawatan! Itu tak akan membantu proses rawatan tu tapi lebih memudaratkan!

 

Tidur yang cukup sebelum hari rawatan pun adalah sangat digalakkan. Sebab bila rawatan bekam bermula, ia perlu untuk pesakit adalah dalam keadaan bersedia dan segar. Tapi bukan keletihan dan tambah tambah pulak baru first time, haih! Masalah yang timbul nanti bila emosi mula menguasai diri!

 

Kulit di mana tempat point point (baca: titik bekam) yang dah dikenalpasti untuk mula rawatan bekam nanti, perlu dibersihkan malam sebelumnya. Kalau ada bulu di kawasan tu, kena pastikan ia dicukur bersih bagi mudah nak jalankan rawatan.

 

Sama jugak dengan usus, mereka lebih galakkan untuk usus awal awal dah dicuci dan untuk pastikan takde usus yang tersangkut untuk mudahkan rawatan dijalankan tanpa sebarang komplikasi yang memudaratkan.

 

 

? PERSEDIAAN SELEPAS RAWATAN BEKAM

 

Lepas rawatan bekam, bahagian kulit yang jadi titik bekam (baca: point bekam sewaktu cupping dijalankan) yang dah kena titik dengan gelas kaca tu, akan mula rasa tegang dan kekadang tu rasa tak selesa untuk sesetengah pihak. Jadi, pesakit digalakkan untuk bersabar dan sakit tu akan hilang dalam masa beberapa hari.

 

Kadang kadang, ada pesakit yang akan rasa tak selesa dan lapar sepanjang masa. Ini sebab masa rawatan dijalankan, pesakit tak cukup makan atau air jadi rawatan bekam tu dah buatkan sistem badan terkejut sebab tu rasa lapar all the time dan buatkan mereka rasa lemah dan tak bermaya.

 

Ia takkan lama dan pesakit kena cuba jalani kehidupan macam biasa sebab ia takkan berpanjangan.

 

Sesetengah pesakit akan rasa loya atau tak sedap badan sebelum atau selepas rawatan. Ini disebabkan pesakit ada rasa takut dan cuak sebelum rawatan dijalankan. Sometimes, sebab bila nak mula rawatan mereka tak sempat / tak alas perut dan mula dengan perut kosong. Atas sebab tu jugak perasaan loya tu datang secara tetiba.

 

Tak perlu risau sangat sebab perasaan tu akan hilang pelan pelan dan ia bukan sesuatu yang akan kekal sepanjang masa, inshaALLAH.

 

 

 

⭐️ PROMOSI RAMADHAN 2017 SEMPENA RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017

 

Untuk julung julung kalinya dan sempena koloborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Tuan Abdullah Ramly dari Pusat Terapi Bekam De Ieman  telah sudi untuk menawarkan:-

 

PAKEJ RAWATAN HOLISTIK BEKAM (TERMASUK URUTAN)

So, tunggu apa lagi? Ini lah the right moment nak cuba cuba cemana agaknya rasa Rawatan Bekam Holistik yang kita dok asyik dengar dengar before ni kan?

Rawatan Bekam Holistik

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh terus hubungi Tuan Abdullah Ramly sendiri di:

.

011-2906 6915 (Abdullah Ramly)

011-2906 6915 (Abdullah Ramly)

011-2906 6915 (Abdullah Ramly)

Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam

.

Atau boleh refer entri blog Cik Lisa bertajuk Rawatan Bekam Holistik untuk detail lanjut Pusat Terapi Bekam De Ieman

 

 

⭐️ APA PENDAPAT CIK LISA TENTANG RAWATAN BEKAM HOLISTIK NI?

 

Toksah pikir lelama dan jom cecepat hubungi Tuan Abdullah Ramly untuk book slot dengan segera atau boleh jugak kalau sekadar ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang Rawatan Bekam Holistik tu hari ini. Takkan lah kita nak dok acah acah wonder sorang diri tak malu nak tanya sana sini?

 

Rawatan Bekam

Antara perawat di Pusat Terapi Bekam De Ieman

 

Elok amik peluang yang ada hari ini dan dapatkan konsultasi dari Tuan Abdullah Ramly tu HARI INI JUGAK! Betul ke betul?

 

Macam Tuan Rafiq Sharman untuk slot Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 semalam, Tuan Abdullah Ramly jugak merupakan #GengProtege Cik Lisa under The Hasbuls’ Brothers Protege tahu kan?

 

Ha. Kami memang camni, bantu membantu sesama insan… ceewah!

 

 

===

 

Baiklah. Cik Lisa rasa sampai sini dulu entri blog Cik Lisa untuk hari ini. Nantikan review untuk produk dan servis seterusnya esok dan hari hari yang mendatang.

 

Terima kasih untuk Tuan Abdullah Ramly sebab bagi peluang Cik Lisa untuk selitkan bisnes Tuan dalam entri blog Cik Lisa hari ini. Cik Lisa doakan semoga kita semua dilimpahi rezeki dan diberkati-Nya.

 

Terima kasih semua.

 

Aminnn.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *