Baju Muslimah Eksklusif – Sameera Muslimah Boutique


Wah, wah, wahhhh! Cemana awak hari ni hari pertama kita semua berpuasa? Sapa yang tak bangun sahur konfem sekarang ni dah terlepek depan tv dok tunggu masa beduk berbunyi! Sambil dok fikir nak berbuka apa hari ni, sambil tu jugak Cik Lisa ni tak henti henti dok nganga mulut ralit belek belek online Baju Muslimah Eksklusif koleksi Madeena dari Sameera Muslimah Boutique!!!

 

Baju Muslimah Terkini

Eksklusif kurung dokoh! Bestnya!

 

Rambang mata okeh! Nak nak pulak sekarang ni tengah posa kan? Nak buat kalut kat dapur, macam tak logik sebab lambat nau nauu lagi waktu nak berbuka. Nak keluar pi jenjalan, panas terik boleh bikin kita tak pasal pasal  meroyan. So, buka laptop dan klik klik klik… wah! Semua pun macam syiok lah dok jamu mata!

 

Tak ada satu pun yang tak menarik! Semua kaler dan semua pattern pun macam wajib ada dalam lemari kita especially untuk nak jenjalan hari raya! Cik Lisa dok belek lepas satu dan satu dan satu lagi dari tadi tak henti henti!

 

Haa, ni lah dia koleksi Baju Muslimah Eksklusif dari Sameera Muslimah Boutique.

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH EKSKLUSIF – SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE

 

Sameera Muslimah Boutique ni dimiliki oleh Cik Puan Mira, salah seorang dari #GengProtege Cik Lisa sendiri. Cik Puan Mira dah lama dah buka Sameera Muslimah Boutique dalam 8 tahun, since 2009.

 

Baju Muslimah Terkini

Cantiknya kaler purple ni!!! Nampak classy sangat kan?

 

Mula mula dulu, beliau hanya bermula dengan Bisnes Online untuk jual koleksi Baju Muslimah Eksklusif tapi sekarang Cik Puan Mira dah pun memiliki sebuah butik di Sri Kembangan, Selangor (sila rujuk di bawah untuk peta lokasi).

 

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH EKSKLUSIF – KOLEKSI MADEENA

 

Sedang Cik Lisa asyik terpesona dengan website Sameera Muslimah Boutique ni dari tadi sebab dok ralit klik klik klik tanpa ku sedari… ceewah! Baru Cik Lisa realized, banyak betul koleksi Baju Muslimah Eksklusif dari Sameera Muslimah Boutique ni sebenarnya.

 

Baju Muslimah Terkini

Ada baju sedondon untuk Mommies dan Dotter! Comeyyy kann?

 

Lagi lah kalut Cik Lisa dok serabut kepala sebab setiap kali tengok pattern baru, setiap kali tu jugak debaran di hati tak henti henti bergerak laju nak cecepat klik ORDER NOW tanpa rasa malu malu! Haha. Cantikkk weh! Semua pun nak beli sebab dah senyap senyap dok imagine nak pakai time raya satgi!

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH EKSKLUSIF

– KENAPA RAMAI CUSTOMER SUKAKAN KOLEKSI MADEENA?

 

Dalam banyak banyak koleksi tu, Cik Lisa terpaku tengok koleksi mereka under nama Madeena. Cantik nama tu kan, secantik setiap design koleksi Madeena tu sendiri.

 

Ada apa dengan koleksi Madeena dari Sameera Muslimah Boutique ni sebenarnya? Bukan ke ramai dah sekarang ni dok jual Baju Muslimah atau ada jugak orang refer sebagai Blouse Muslimah lately? Kiri, kanan, depan dan belakang… semua pun jual barang yang sama.

 

Apa bezanya koleksi Madeena dari Sameera Muslimah Boutique ni dari mereka yang lain?

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – MATERIAL IRONLESS

 

First of all, Cik Lisa nak confess satu benda ni. Cik Lisa ni pemalas sungguh nak gosok baju. Nak iron baju kalau nak pi memana, memang susah nau nauuu nak dapat tengok Cik Lisa menggosok baju bagai seorang isteri mithali. Sebab tu kalau lah diizinkan ALLAH Cik Lisa bertemu jodoh soon kan, harap harap dia tak kisah nak pakai baju kedut. Tak pun, kena pepandai lah gosok baju dia sendiri! Haha.

 

Baju Muslimah Terkini

Eishhh, cantikknyaaa! Lain dari yang lain!

 

Koleksi Madeena ni guna material ironless (baca: tak perlu digosok)! Uishh! Itu je pun dah pun Cik Lisa terpesona sampai rasa nak beli lima! Haha. Awak basuh baju, sidai kat ampai. Bila dah kering, awak cuma perlu sangkut kat hanger dan gantung dalam lemari. Nak kuar dating tu, amik baju dan sarung dan cecepat pi tengok cermin… OMG! Terus nampak puteri bidadari dok tengok dari dalam cermin! Ohsem!

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – MATERIAL COTTON

 

Madeena ni guna material: cotton so tahu sangatlah kan yang cotton merupakan material yang serap peluh dan tak panas! Kita kat Malaysia ni dengan cuaca yang tak menentu, kalau salah pakai baju boleh buat jadi haru biru! Bayangkan pakai baju salah material, berpeluh seharian… mahu tak meroyan?

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – NURSING FRIENDLY

 

Mommies pun suka jugak nak pakai koleksi Madeena ni sebab design dia ialah nursing friendly! So, nak menyusu senang tak perlu nak bersilat dengan baju sendiri bila baby dah hungry. Tak perlu jugak nak tersangkut, terkehel dengan baju sendiri masa nak menyusu baby.

 

Baju Muslimah Terkini

Fesyen terbaru! Cantik kan?

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – WUDHU’ FRIENDLY

 

Nak tambah lagi best, baju ni pun wudhu’ friendly so bila kita nak pi solat lepas seronok shopping kat KLCC tu, takde lah rasa sesak nak tarik lengan baju yang sendat dan ketat. Tapi, tarik dengan mudah sebab design baju tu sendiri dah direka untuk memudahkan kita nak berwudhu’… takyah kalut nak tersangkut lengan sendiri, macam biasa berlaku tu kannn. Tenang ialah seelok eloknya. Ceewah!

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – SOLAT FRIENDLY

 

Kadang kadang tu, kita balik kampung… nak singgah surau bersolat. Kain telekung dalam luggage, so dok pikir… pakai surau punya lah. Tapi, bila nak mula sarung tu, ya ALLAH! Mana nak kusyuk bersolat, mana pulak nak tahan nafas bau kepam telekung wakaf tu pulak.. tak ke haru biru tu?

 

Baju Muslimah Terkini

Kanak kanak pun boleh cantik bergaya okeh?!!

 

So, Sameera Muslimah Boutique dah tolong awak pikir siap siap pasal tu. Sebab tu Baju Muslimah koleksi Madeena ni, depa awal awal dah design untuk solat friendly. Meaning, baju dah design untuk longgar dan selesa. Cukup panjangnya dan sesuai sangat nak terus dibuat solat dan tak perlu nak tahan nafas waktu bersolat.

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – CUTTING BLOUSE BERBENTUK ‘A’

 

Lagi satu yang paling Cik Lisa suka, design mereka tu sendiri. Memang banyak Baju Muslimah kat luar sana, tapi design semua sepesen je. Kekadang tu, tersendat tak pasai. Tak syiok nak pakai. Rasa tercekik pun ada jugak kadang tu. Tapi, Baju Muslimah dari Sameera Muslimah Boutique ni special on its own way.

 

Cutting blouse koleksi Madeena ni berbentuk ‘A’ atau mat salleh referred to as A-shaped blouse (ceewahh!). Maksudnya, regardless saiz apa pun kita ni, kita boleh fit in dan masih nampak cantik bergaya dan takde nak nampak isi perut atau spare tyre kita tu menonjol ke mana mana.

 

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – ADA SAIZ UNTUK SETIAP ORANG

 

Eh, chup! Lupa nak kata. Yang lagi best dan syiokkkk gilaa… koleksi Baju Muslimah dari Sameera Muslimah Boutique ni ada saiz tau dan bukan datang in one size fits all! Ha, best ke best? Sebab Cik Lisa tahu mostly Baju Muslimah yang depa jual selalu tu, masuk kategori one size fits all.

 

Baju Muslimah Eksklusif

Carta saiz untuk koleksi Madeena! Bestnyaaa!!

 

Hapenya fits all, sebab dulu masa zaman Cik Lisa ialah sekampit beras, Cik Lisa tahu koleksi one size fits all tu hanyalah kata kata semata mata! Tak muat okeh! Haha.

 

Dan yang menariknya koleksi Baju Muslimah Ekslusif dari Sameera Muslimah Boutique ni, saiz baju adalah dari saiz XS hingga ke saiz 6XL! See??? Semua orang boleh pakai baju cantik cantik untuk raya! Best kannn?

 

 

? BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA – DESIGN CUN BERTUKAR SETIAP MINGGU

 

Dan untuk koleksi Madeena ni, design yang baru (including kaler yang cun cun dan ohsem!) bertukar setiap minggu! Rugi sangat lah kalau awak tak terasa nak terbeli satu, dua dan tiga macam Cik Lisa ni. Serius weh!

 

Baju Muslimah Eksklusif

Mommy dan Dotter siap sedondon, comeyyy kannn?

 

Best ke best?

 

 

 

? PROMOSI RAMADHAN 2017 SEMPENA RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017

 

Untuk julung julung kalinya dan sempena koloborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Cik Puan Mira telah sudi untuk menawarkan:-

? BELI 3 HELAI BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA UNTUK RM 110!!!

? TAMBAHAN CASH VOUCHER RM 25 UNTUK PEMBELIAN SETERUSNYA!!!

? HADIAH 25 X PACKET RAYA YANG EKSKLUSIF DARI SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE!!!

Baju Muslimah Eksklusif

Raya Packet eksklusif ni, cantikkkk kannn?

So, tunggu apa lagi? Ini lah masa yang sesuai untuk shopping Baju Muslimah yang cantik, anggun lagi bergaya HARI INI JUGA!!!

Eh chup! Awak tahu kan promosi kat atas tu hanya special Cik Puan Mira bagi eksklusif untuk koloborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 kan? Kalau awak beli kat website, offer ni tak ada tahu? Haa, nampak tak eksklusif ke idokkk promosi ni? Best ke best?

.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh terus hubungi Team Sales Sameera Muslimah Boutique sendiri di:

011-4000 5585 (Deena)

011-4000 5585 (Deena)

011-4000 5585 (Deena)

? BAJU MUSLIMAH EKSKLUSIF – MAKLUMAT TAMBAHAN SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE

 

 

Anyway, kalau awak lebih suka nak pi kedai dan belek belek baju tu depan mata sendiri kan, boleh jemput jemputkan diri ke Sameera Muslimah Boutique di:-

 

SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE

5-2, Jalan 18/34,

Taman Sri Serdang,

43300 Seri Kembangan,

Selangor

03-8938 5839

 

Baju Muslimah Eksklusif

Lokasi Sameera Muslimah Boutique

 

 

 

Dan waktu operasi ialah seperti yang tertera di bawah ini:-

WAKTU OPERASI bulan RAMADHAN

ISNIN-JUMAAT – 10.00 pagi – 6.00 petang

SABTU – 10.00 pagi – 5.00 petang

AHAD – TUTUP

 

 

Untuk yang berminat untuk shopping online, boleh lelaju klik laman web mereka di Sameera Muslimah Boutique atau klik ikon di bawah dan selamat bershopping ya?

 

Butik Muslimah Terkini

KLIK IKON UNTUK KE WEBSITE SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE

 

Sameera Muslimah Boutique juga ada Facebook Fan Page di Sameera Muslimah Boutique

 

===

Baiklah. Cik Lisa rasa sampai sini dulu entri blog Cik Lisa untuk hari ini. Nantikan review untuk produk dan servis seterusnya esok dan hari hari yang mendatang.

 

Terima kasih untuk Cik Puan Mira sebab bagi peluang Cik Lisa untuk selitkan bisnes Cik Puan dalam entri blog Cik Lisa hari ini. Cik Lisa doakan semoga kita semua dilimpahi rezeki dan diberkati-Nya.

 

Terima kasih semua.

 

Aminnn.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *