Impian Sejuta Ringgit


Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa? Setiap kita mesti ada impian untuk sesuatu yang kita idam idamkan sejak dari dulu lagi. Sebab dari kecik lagi kita dah diasuh untuk punya impian:

 

“Nak kawen dengan anak raja”

 

“Nak ada rumah dan kereta besar macam dalam TV tu”

 

“Nak baju cantik cantik macam Cinderella pergi Ball yang gilang gemilang”

 

Daftar Shaklee Online

Setiap orang ada impian masing masing, sama jugak dengan Cik Lisa

 

Itu semua impian tapi tak semua impian boleh jadi kenyataan. Lagi lagi zaman sekarang ni sebab semua pun nak pakai duit dan rata rata kita tak dapat nak realisasikan impian masing masing sebab kekangan wang ringgit yang WAJIB nak ada kalau ianya ada libatkan proses jual beli?

 

Apa impian Cik Lisa kalau Cik Lisa ada Ringgit Malaysia 1juta (bebas cukai) hari ni dalam bank? Apa sebenarnya Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa Wangi rasa rasanya?

 

 

IMPIAN SEJUTA RINGGIT – APA NILAI IMPIAN KITA MASA KECIK KECIK DULU?

 

Masa kecik kecik dulu, mesti ada antara awak semua yang main masak masak, main Mak Mak, main princess princess kan…? Tak kurang jugak untuk permainan yang agak lasak macam polis sentri, you’re IT dan jenis jenis seangkatan.

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Riang ria tapi tak tahu apa impian dalam hati sanubari tu?

 

Dalam setiap permainan yang ada, kita mesti simpan impian untuk pegang satu satu watak yang available – nak jadi princess yang paling cantik dan bergaya, atau Mak yang paling cool gila, tukang masak yang paling hebat compared to others, polis yang paling cekap nak kejar dia… and so on.

 

Itu impian lah juga. Impian ni percuma. Kita tak perlu nak ada duit banyak untuk bermimpi nak dapatkan apa apa saja. Actually, kita tak perlukan seringgit even pun untuk nak simpan impian dalam diri kita. Sebab tu namanya, impian – untuk kita bermimpi.

 

Shaklee Wangsa Maju

Kita tak tahu apa di depan, tapi kita kena awal awal sediakan road map nak achieve sesuatu perkara kan?

 

Bermimpi tu tak akan dapatkan kita sesuatu yang kita betul betul nak tapi cuma mampu bagi kita ‘keriangan dalam hati’ sebab kita tahu yang kita ada cita cita untuk nakkan sesuatu. Tapi mimpi jer lah. Setakat impian yang disimpan dalam fikiran. And that’s it lah, sebagai simpanan dalam akal fikiran.

 

Sebab tu orang selalu relate dengan statement Impian Sejuta Ringgit, sebab impian memang perlukan wang ringgit kan?

 

 

 

IMPIAN SEJUTA RINGGIT – IMPIAN PERLUKAN WANG RINGGIT UNTUK JADI KENYATAAN

 

Itu impian masa kita kecik. Bila dah besar, setiap impian kita berubah ikut apa yang kita kejar. Contohnya: kalau sekarang kita suka menulis, mungkin impian kita nak jadi penulis. Bukan lagi nak jadi polis sentri yang paling cekap nak tangkap pencuri lagi. Kalau sekarang kita suka travel sana sini, tak mungkin impian kita nak jadi princess yang paling cantik sekali!

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Apa nak buat kalau ada sejuta dalam tangan?

 

Impian berubah mengikut siapa diri kita hari ini, tapi impian masih lagi acara kita bermimpi untuk dapatkan sesuatu yang sangat dear di hati. Still. Perlukan duit yang banyak lagi. Nak capai impian kita satu hari nanti. Ye lah, nak menulis perlukan modal nak gerak. Bukan setakat tulis dalam buku dan harap harap ada publisher terjumpa buku tu dan kata nak beli dan dan tu dengan nilai sejuta? Mimpi lah weh!

 

Impian nak travel sana sini – boleh ke nak naik flight tapi nak bayar tiket guna dua tiga helai rambut yang dok ada ni? Tokleh kan? Mesti nak cari duit ribu riban. Lagi lagi kalau nak travel pi overseas dok berejam rejam dalam flight sebelum nak sampai kat certain places kan? Kan dah kata impian tu nak kena ada duit baru boleh jadi kenyataan!

 

Impian Sejuta Ringgit yang baru boleh buat setiap impian tu jadi kenyataan, dah ada sejuta ringgit dah mula boleh berimpian yang bakal jadi kenyataan.

 

 

 

IMPIAN SEJUTA RINGGIT – APA IMPIAN CIK LISA WANGI?

 

So, apa sebenarnya impian Cik Lisa? Apa Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa sebenarnya? Apa impian Cik Lisa kalau tetiba sekarang ni Cik Lisa dapat sejuta ringgit dalam tangan untuk realisasikan impian di hati yang hari hari kufikirkan?

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Syiokkk lah ada sejuta kan?

 

Kalau dan dan ni Cik Lisa terima sejuta ringgit dalam tangan khusus nak spend untuk impian yang dah lama terkubur peram dalam hati kita yang kecil molek ni… ini apa yang Cik Lisa dah lamaaa impikan untuk jadi kenyataan.
Tapi, sebelum tu wajib lah Cik Lisa asingkan untuk tiga perkara penting ni:-

 

 

? SEDEKAH / SUMBANGAN / CHARITY

 

Sumbangan untuk satu charity body, tapi bukan setakat satu sumbangan dan babai so long dan farewell. Tapi, dari dulu lagi Cik Lisa teringin nak bina satu foundation tahu ke? Dulu Cik Lisa rasa benda ni cuma jadi mimpi semata mata. Kalau ada duit sejuta ringgit, hoihhh! InshaALLAH dah boleh sangat nak buka foundation sendiri kan?

 

Cik Lisa nak buka foundation untuk bantu mereka yang mengalami masalah anxiety attack atau depression kat negara kita ni. Memula dulu nak buat rumah anak anak yatim, tapi rasa macam dah bercambah macam cendawan.

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Dah lamaaa ada cita cita nak buka foundation untuk anxiety dan depresi…

 

Negara kita tak ada banyak NGOs yang cater untuk mereka yang depresi dan tak kuat semangat nak teruskan hidup etc. Kat overseas bersepah society cenggini, sama laku macam yang bantu golongan wanita yang lemah dan anak anak yatim semua ni. Sebab mereka tahu, psikologi tu penting untuk kita amik tahu… bukan setakat nak cakap cakap, ‘stay positive’ gittew ajer. It doesn’t work that way!

 

So, ha’ah. Cik Lisa nak sesangat bantu masalah psikologi kat negara kita ni. Memanglah Cik Lisa tahu Cik Lisa bukan pakar psikologi, tapi bukan Cik Lisa nak keluarkan preskrispi ubat ubatan pun… tapi support group untuk make sure keluhan mereka ada yang amik peduli. Tahu kan, small things matter sebenarnya?

 

Walaupun cuma jadi pendengar yang setia.

 

Kenapa tak mahu fokus untuk wanita semata mata? Sebab bukan wanita jer yang alami masalah depresi berganda ganda. Ada jugak lelaki yang ada masalah sama. Takkan nak fokus wanita dan harap orang lain usahakan untuk lelaki tetiba?

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Cik Lisa nak sangat bantu mereka yang ada masalah anxiety, sebab I know how it feels.

 

Tak mahu dan Cik Lisa kekal nak buka (inshaALLAH) untuk lelaki dan perempuan sama sama. Nak bantu mereka yang alami depresi dan anxiety sebab I know how it feels bila orang mula tak amik peduli. Ini antara Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa jugak!

 

 

? TRAVEL

 

Ofkos. One of my passion ialah berjalan jalan ke sana ke mari. Sapa dah kenal Cik Lisa dari dulu lagi, mesti dah tahu ni antara feveret hobi Cik Lisa ni. Dulu dulu masa kat overseas, mudah nak jalan sana sini. Sebab tiket tak semahal kita kat sini.

 

Kat Europe dulu lagi lah, asal ada cuti jer… hilang ke negara entah memana. Syiok gilaaaa kehidupan lagu tu masa tu tahu ke? Travel jer dan redah ikut suka. Ada satu time tu, memang gamble pi train station (masa first time jugak travel solo seorang diri jer) kat Barcelona dan beli tiket seterusnya, yang mana yang pop up ‘NEXT TRAIN’ masa tu juga! Gila tak gila?

 

Hikayat tu Cik Lisa pot pet dulu di entri ni 5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel

 

Tapi dulu tak habis pusing dunia lagi. Cik Lisa tak puas nak berjalan sana sini. Next one in line: rasa semua dah naik cemuih nak amik peduli? Haha. Cik Lisa nak pi Finland. Cik Lisa nak pi tengok Aurora Borealis, ciptaan ALLAH yang tiada tandingannya. Cantik!

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Aurora Borealis ni lah cita cita Cik Lisa nak pi tengok satu hari nanti!

 

Menyesal dulu masa kat Europe tak spend time pi Scandinavian countries – sebab satu pun tak jejak kaki pun lagi. Kali ni, memang Cik Lisa aim nak pi Finland dan mana mana negara yang kiri kanan tepi tepi Finland tu sekali. Alang alang orang kata kan?

 

Dan tentunya dalam TRAVEL punya allocation, nak hantar Mama pi Haji guna duit Cik Lisa sendiri. Ceewah! Dia mungkin kaya raya dah, tapi nak bagi lah dia hadiah! Nak pi reramai satu family pi Haji. Syiok kan? Ini WAJIB nak buat dan termasuk lah obviously, dalam Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa.

 

 

? PELABURAN DALAM BISNES

 

Bila dah kaya dengan sejuta ringgit dalam tangan, antara Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa ialah untuk mulakan pelaburan. Pelaburan dalam bisnes untuk jangka panjang. Sesuatu yang Cik Lisa dah impikan sejak dulu masa kecik kecik lagi.

 

Tapi tokleh nak stori mori lagi, sebab orang kata tak lama lagi dok cerita sana sini nanti jinx (baca: disumpah terus tak jadi!) susah jadi. Nak buat sesuatu dan yang pastinya bukan lah produk kesihatan sebab Cik Lisa dah yakin dengan Shaklee dan tokleh nak beat pun clinical studies semua tu kan… buat apa nak susah susah kan badan.

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Pelaburan masa depan untuk hari tua

 

Nanti dah boleh mula dengan Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa tu, tentu lah nak luaskan bisnes untuk dapatkan pulangan yang lumayan. But bukan nak buat sesuatu yang beria ia sangat tapi setanding dengan passion dalam diri kita ni. Benda yang kita suka dan inshaALLAH boleh sustain sampai hari tua.

 

Ceewahhh!

 

 

 

IMPIAN SEJUTA RINGGIT – KESIMPULANNYA?

 

Itulah dia: Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa yang memang dah lama dok pikir dari dulu lagi. Cuma nak dapat sejuta ringgit dalam tangan, macam cuma semata mata impian. Tapi, orang pernah kata,

 

“Nak seribu daya, bila taknak tu yang mula nak berdalih dalih!”

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Takkan hari hari nak makan jagung ajer kalau tak nak usaha? Haha

 

So, doa doakan Cik Lisa berjaya satu hari nanti dan bila dah ada sejuta duit dalam tangan, akan Cik Lisa realisasikan Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa tu dan jadikan satu kenyataan!

 

Dan Cik Lisa pun pernah pot pet dulu dalam entri Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan

 

Terima kasih awak sebab sudi baca Impian Sejuta Ringgit Cik Lisa yang panjang lebar nau nauuu hari ni ya? Sampai masa nanti kita sambung lain hari.

 

Okay dah.

 

Bye.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *