Baju Melayu Baby


Hari raya dah nak menjelma dan sekarang ni sibuk dah orang start shopping sana sini. Ada yang beli baju raya untuk mak bapak budak. Ada jugak yang sibuk berbelanja baju raya untuk anak anak kecil mereka pulak. Marsya BabyShoppe ada sediakan Baju Melayu Baby untuk baby boy yang comel comel dan Cik Lisa yang tak kawen atau ada anak kecik pun rasa eksaited gila tengok design mereka tahu tak?

Baju Melayu Baby 2017

Comelnya baju melayu baby ni semua kannnn?

 

BAJU MELAYU BABY

 

Rasanya, zaman dulu baby boy atau baby girl takdak pun baju cecomels macam sekarang yang penuh di pasaran. Dulu dulu, bebudak kecik pakai baju baby yang normal tu jer, yang takde tema raya ke, tahun baru cina ke… pendek kata, cuma baju baby yang biasa.

 

Romper Baju Melayu 2017

Bestnya nak tengok baby boy pakai cute camni!

 

Sejak zaman dah jadi semakin moden lately dan nak nak pulak sekarang ni bulan posa dan raya bakal menjelma, Cik Lisa tengok bersepah design yang comel dan cantik untuk baby boy dan baby girl sebagai persediaan hari raya. Ada Baju Melayu Baby, baju kurung baby dan baru baru ni siap ada baju kebaya untuk baby girl!

 

 

 

BAJU MELAYU BABY DARI MARSYA BABYSHOPPE

 

Semua dah tahu yang Cik Lisa adalah sebahagian daripada #GengProtege kan? Pemilik Marsya BabyShoppe ialah pasangan suami isteri yang jugak kawan Cik Lisa dalam kelompok usahawan yang Cik Lisa kenal dalam #TheProtege. Marsya BabyShoppe ni menyediaakan baju baby dan untuk hari raya yang akan tiba tak lama lagi, mereka ada sediakan Baju Melayu Baby!

 

Baju Melayu Baby 2017

Awww… comelnya masing masing!

 

Comel sungguh design design mereka untuk Baju Melayu Baby ni kan? Rambang mata nak pilih kaler apa dan corak cemana sebab semua pun nampak menawan!

 

 

 

BAJU MELAYU BABY UNTUK RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017

 

Sempena Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 tahun ini, Marsya BabyShoppe berminat untuk turut serta dan sebab tu lah Cik Lisa buat entri ni untuk kenal kan baju baju koleksi hari raya untuk baby boy ni.

 

Cantik dan cecomels semua design ni kan? Bayangkan selfie nanti aduhai comelnya mereka semua dalam gambar tu nanti!

 

Romper Baju Melayu 2017

Comeynyaaaaa siap samping bagai!

 

So, cemana nak dapatkan koleksi Baju Melayu Baby dari Marsya BabyShoppe ni? Boleh KLIK ke entri blog Cik Lisa bertajuk 3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy dan details untuk mendapatkan koleksi Baju Melayu Baby ada Cik Lisa explain kat situ okeh?

 

===

 

 

Di sini, Cik Lisa jugak nak amik kesempatan untuk ucapkan terima kasih bebanyak kat Tuan Rizalman dan Cik Puan Shafinaz; pemilik Marsya BabyShoppe sebab sudi turut serta dalam Projek Ramadhan 2017 Cik Lisa yang first time Cik Lisa anjurkan tahun ni.

 

Maklumlah, kan Cik Lisa tak sampai setahun jagung pun blogging? In a way, awak berdua dah bantu Cik Lisa untuk menulis dengan lebih konsisten lagi lepas ni.

Dan untuk awak yang lain, rugi kalau lepaskan peluang untuk be Baju Melayu Baby dari Marsya BabyShoppe ni sebab tengok je lah gambar gambar ni semua: cantik dan comel kan? Tak tipu kan? Sangat comel semua tu kan? Haihh! Nak beli selori je bila tengok design cecomels gini.

 

Romper Baju Melayu 2017

Awwww… comeyyyy nya kan?

 

Yang single mingle macam Cik Lisa tu, boleh jugak beli untuk anak sedara ke cemana, apa salahnya beramal jariah di bulan posa bulan yang mulia ni, inshaALLAH.

 

Okay, sampai sini saja. Sekali lagi, sapa nak dapatkan Baju Melayu Baby ni boleh dapatkan details di 3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy tu ok?

 

Romper Baju Melayu 2017

Siap masing masing nampak comeyyy jer!

 

Terima kasih dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *