Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat! 2


Pagi ni Cik Lisa nak kongsi Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat! Pernah tak rasa pinggang di badan sendiri dah okay dah tapi bila nak beli seluar jeans rasa macam tokleh nak sarung? Sebabnya, peha dan punggung kita tu besaqqq giler dah macam kapal cruise Titanic yang karam di lautan dulu dulu tu?

 

Shaklee Wangsa Maju

Minum jus segar boleh kurangkan saiz peha dan punggung yang besar!

 

Frust kan bila kena beli seluar jeans saiz besar dan pakai belt sebab bila pakai saiz yang betul, seluar tak muat nak sarung sampai atas buat kita rasa nak menangis sayu? Sangkut di pertengahan jalan buat kita rasa nak sorok muka kat fitting room kedai sebab extremely malu!

 

Cik Lisa pun pernah rasa gittew and sebab tu lah hari ni Cik Lisa nak share Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat!

TIPS KECILKAN PEHA DAN PUNGGUNG YANG BESAR DENGAN CEPAT – BILA BADAN MULA NAIK MEMBESAR BAGAI JOHAN SEBENARNYA?

 

Orang kata, lepas bersalin berat badan yang dah naik payah giler nak turun tu kekadang peha dan punggung tetiba membesar bagai johan?

 

Tapi, Cik Lisa ni tak perlu nak bersalin pun but still pernah jer mengalami zaman peha dan punggung yang besar yang memalukan! Dan pengalaman sayu kat kedai bila tokleh nak sarung seluar yang memang Cik Lisa mati mati nak beli is the ultimatum moment lah untuk koyakkan dan hancurkan my hati dan perasaan!

 

Shaklee Wangsa Maju

Sekali sekala, kopi tak apa. Asalkan kita dah siap siap tahu bila nak exercise!

 

Lagi nak buat haru biru, seluar tu ada satu saiz tu jer time tu! OMG! Rasa nak teriakkk jer dalam fitting room sebab frust beria ia but at the same time, fuhhh MALU! Sebab tu Cik Lisa nak sesangat pagi ni kongsi Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat!

 

Lagi satu: awak tahu kan yang cara untuk kecilkan perut buncit untuk jadi selim melim dan Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat ialah dua proses yang berbeza dan bukan satu module yang sama?

 

Sekarang ni, alhamdulillah lepas amalkan tips yang Cik Lisa nak kongsi dengan awak pepagi hari ni, peha dan punggung Cik Lisa kembali ke saiz normal. Kalau Cik Lisa boleh, awak mesti lagi BOLEH!

 

 

3 TIPS KECILKAN PEHA DAN PUNGGUNG YANG BESAR DENGAN CEPAT

 

Sapa kata nak selim melim tak perlu nak bersenam adalah mereka yang hidup dalam dunia sendiri. Sebab apa yang mereka dok canang satu Malaya tu tak betul langsung, unless depa guna bahan bahan yang bahaya untuk kecilkan badan awak tu tanpa henti (baca: bahaya means boleh kiokkk dan mati!).

 

Peha Dan Punggung Yang Besar tu nak bela bukan senang kan? Bukannya kita makan nasi lemak sebungkus untuk bersahur, esok pagi tu bangun bersiap nak pegi kerja, tengok cermin peha dan punggung dah jadi besaqqq giler dah macam saiz tempayan?

 

Shaklee Wangsa Maju

Bila peha dan punggung tak besar melampau, takde lah penat nak pi jenjalan!

 

Ia bukannya proses yang cuma amik masa semalaman. Tapi, berminggu dan berbulan bulan kan? Sama lah jugak bila kita nak kecilkan peha dan punggung yang dah jadi besar giler yang hari hari tengok boleh buat kita meroyan!

 

Apa yang buat awak fikir dengan makan ubat ubat yang jual kat pasaran sekarang boleh lawan kaedah Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat Cik Lisa? Sebab ianya berdesup pantas sebab boleh kecil jadinya hanya dalam masa 7 hari intake?

 

Kalau ada racun tikus mungkin lah kot ye dok? Sebab racun tu yang makan isi dalaman kita senyap senyap seronok! Pastu konfem lah tetiba badan kita jadi kuruih cengkung segala sebab dok salurkan racun dalam badan kekonon nak achieve badan yang ala ala montok? Tapi 2 bulan pastu, KIOKKKK!

 

So, mai sini Cik Lisa kongsi dengan awak pagi ni Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat, okeh? Dulu Cik Lisa rajin sikit tapi lately ngada ngada lazy nau nauu! Haha. Now, jom tengok apakah 3 tips ohsem Cik Lisa ni:-

 

 

 

BUAT EXERCISE SPECIAL NI!

 

Dari dulu Cik Lisa praktis ni tapi tak diligently lah. Ikut suka hati jer bila nak buat sebenarnya. Tapi bila moment terpikir the possibility untuk membesar dan jadi Gorilla Tua, lelaju Cik Lisa jadi berdisiplin dan buat laju kejap sekali dua. Haha, pastu lazy datang melanda. But it works obviously. Sebab Cik Lisa takdok peha dan punggung besar giler dah sekarang ni. Phew!

 

Antara yang jadi feveret Cik Lisa sampai sekarang (but please be warned, awak akan menyumpah Cik Lisa sehari dua lepas tu dan meroyan! Sebab sakit seluruh badan!):-

 

 

NAIK TURUN TANGGA

 

Ini yang paling basic dan tipulah kalau kata awak tak larat nak cuba yang ini? Cuma perlukan tangga dua flight (baca: dua deretan tangga). Macam rumah dua tingkat, akan ada tangga dua flight. Mungkin satu deretan ada dalam 10-12 anak tangga, so dua flight ada 24 anak tangga.

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Bukan selfie kat tangga je taww!

 

Exercise ni nak kuatkan peha (dan kecilkan) dan bulatkan punggung supaya ada shape yang pejal dan mantap. Bukannya susah nak naik dan turun tangga, lelama nanti konfem cekap!

 

Shaklee Wangsa Maju

Okeh! Ni exercise paling memenatkan! Tengok lah saiz tangga tu jer pun?!

 

Buatlah dalam 5 kali ke and that means 10 flights? Pastu selow selow, tambah lah bilangan set tu. Senang kan?

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Tangga ni masa zaman dedulu keja. Hihi. Eh, tapi masa kerja dulu Cik Lisa pernah buat site valuation naik tangga 47 tingkat okeh?

 

 

 

SQUATTING (MENCANGKUNG)

 

Buat gini dalam 30-50 per day, tapi jangan lah buat hari pertama tu dah tibai sampai 50 squats dengan semangat yang beria ia! Konfem awak tak bangun esok tu sebab satu badan akan lenguh dan sakit giler!

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Squat ni paling mudah tapi serius sakit satu badan pastu!

 

But percayalah, the reward tu akan rasa amazing dan kehidupan akan rasa lebih ceria! Dan obviously, peha dan punggung akan mula mengecil secara ohsem dan menawan tahu ke?

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Memula jer rasa stress, pastu senang jer taww!

 

Mula mula, awak akan rasa susah. Sebab nak squat dan turun habis bawah, akan buat awak marah Cik Lisa diikuti dengan sebakul sumpah seranah! Haha. Toksah gatai nak achieve cangkung sampai bawah awal awal ni. Mula dengan takat mana yang selesa di kaki. Sebab ni bukan kerja yang nampak hasil lepas sehari tapi setiap hari (atau selang sehari, depends kekuatan kaki).

 

Shaklee Wangsa Maju

Try lah challenge diri sendiri dan buat Squat Challenge ni! 😉

 

Mulakan dengan 2 set (5 per set) untuk hari pertama. Lepas tu tambah lah sikit demi sikit untuk biasakan diri dengan selesa. Lama lama nanti, mudah nak buat lagi dan lagi. Sebab kaki dah biasa, so kurang lah sikit sakitnya.

 

Sini Cik Lisa kongsi 6 Minute Super Squat Workout sebagai panduan. Good luck!

 

 

LUNGES (GERAK MAJU)

 

Ini another exercise yang fokus kat peha dan kaki. Dan percayalah cakap Cik Lisa, yang ini pun lebih kurang jugak sakitnya sebab akan rasa berhari hari. Toksah kata Cik Lisa tak inform awak ya, ni Cik Lisa dah bitau awal awal beria! Haha.

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Lunges – ni sakit jugak! Tapi, it’s soooo worth it!

 

Sama dengan squatting, yang ini pun sama penting. Again: tokleh push diri sendiri too hard jugak, sebab kalau awak dah sakit tenat nanti, susah lah pulak! Senaman lunges ni akan kunyah peha dan kaki awak secara bersungguh sungguh dan percayalah awak akan rasa super lenguh. Tapi untuk awal awal jer lah!

 

Shaklee Wangsa Maju

Sila cuba dulu baru kata okay atau tak. Sebab memula memang emosi, tapi pastu rasa nak buat lagi!

 

Jadi, bertabah lah!

 

 

 

BYE BYE SUGAR!

 

Pernah tengok kartun Disney kan? Yang selalu ada watak nenek kebayan yang evil dan menakutkan? Haa, sugar (baca: gula) tu sama lah karakter dengan gula yang nampak kekonon baik dan bersopan. Langsung takkkk tahu ke? Gula lah yang akan jadi spoil untuk semua benda dan usaha kita nak guna Tips Kecilkan Peha dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat!

 

Shaklee Wangsa Maju

Okay! Kekadang takpe taww!

 

*Tahu cerita kartun Disney Frozen tu kan? Sila pasang kuat kuat dan nyanyi sama sama dengan penuh keyakinan! Now! Lupakan gula tu, kita tak perlukan gula dalam kehidupan. 

 

Sebab tu salah satu Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat ialah untuk say bye bye sugar! Haha. Bukan lah tokleh nak makan benda manis manis tu langsung seumur hidup dan sepanjang masa. Tapi, biar lah berpada pada. Again, bila nak bermula kita tokleh mula lelaju terus sebab nak bagi body sesuaikan diri.

 

Mula pelan pelan: mungkin kopi toksah letak gula, benti amik sweets atau mints macam dulu kala, kurangkan sikit makan kueh feveret macam contohnya kueh seri muka (eh!) dan kiranya, cuba lah babai gula tu sebab besar nau nauuu manfaatnya!

 

 

 

JAGA MAKAN!

 

Ehem!

 

Awak ingat dah exercise bagai dan benti minum / makan apa apa bergula, dah cukup ke Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat cam gittew jer? Boleh dengan selambanya simpan cita cita nak makan ayam panggang dan daging salai sambil cicah mayonis penuh merumbu giler? Sebab rasa rasa macam dah boleh makan apa apa jer?

 

Mimpi lah weh! Sapa kata kalau exercise dan jaga gula, awak boleh magically susutkan badan dan sekaligus jadi Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat? Siapa yang tipu awak dengan penuh bersemangat? Haha.

 

Shaklee Wangsa Maju

Cukupkan nutrients dalam badan, kalau taktau mai call Cik Lisa kita sembang sembang! 😉

 

WAJIB jaga makan. Kalau boleh, sila belajar masukkan serat dalam diet harian. Macam macam in between memana buah buahan dan sayur sayuran. Sebab lagi banyak kita makan serat, kita akan mudah kenyang dengan cepat. So, takdok lah gatai nak makan benda benda merapu. Kurang sikit pengumpulan lemak lemak tepu, especially kat peha dan punggung kita tu!

 

Selain tu, as always lah please untuk eat healthily. Takmo makan processed food, sebab kita semua tahu susah nau nauuu nak cernakan makanan yang gittew bila dah masuk ke perut. Makin payah nak kecilkan peha dan punggung satgi! Kan?

 

So, berusaha lah okeh?

 

 

 

TIPS KECILKAN PEHA DAN PUNGGUNG YANG BESAR DENGAN CEPAT – LAIN TEMPAT, LAIN CARANYA

 

Now, dah rasa syiokk nak mula kan sebab dah tahu Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat?

 

Tapi, dalam dunia ni ada jer orang / budaya yang sukakan peha dan punggung yang besar! Lagi beria ia dia duk bela peha dan punggung suh jadi lagi besar sebab for some reason, itu memang requirement dia! Haha.

 

Ikut awak lah. Kalau awak rasa peha dan punggung awak tu dah okay, then alhamdulillah. Tapi, kalau rasa boleh kecilkan sikit jer lagi… sila amalkan Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat!

 

Eh chup!

 

Lupa nak cerita. Tips Kecilkan Peha dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat ni bukan hanya nak fokus untuk kecilkan saiz semata mata. Tapi tips ni jugak adalah untuk dapatkan peha dan punggung yang pejal dan mantap so takdok lah kulit gelebeh tak tentu hala melepekk kat peha dan punggung kita macam lemak ayam yang tua di desa!

 

 

 

TIPS KECILKAN PEHA DAN PUNGGUNG YANG BESAR DENGAN CEPAT – KESIMPULANNYA?

 

Nak dapatkan peha dan punggung yang pejal dan mantap kalu, yes yes yes… sila sila amalkan Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat ni okeh?

 

Pastu, kalau rasa nak borak borak santai dan nak update Cik Lisa pasal awak punya progress pun, boleh lah sangat! Boleh cari jer Cik Lisa, okeh?

 

Then, Cik Lisa nak jemput awak (kalau rajin!) nak baca pot pet Cik Lisa semalam tentang Tips Minum Air Kosong since dalam entri tu lah Cik Lisa cerita kisa hikayat Cik Lisa zaman dulu kala. Masa tu Cik Lisa dari kecil molek, berubah jadi kampit beras okeh? Dan cemana Cik Lisa ubah segala galanya. Phew!

 

Baiklah. Rasanya sampai sini jer perkongsian Cik Lisa di pagi hari ni untuk entri Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat. Semoga awak dapat manfaat dari tips Cik Lisa ni ya?

 

Macam biasa, kalau awak ada rasa rasa nak cari vitamins atau supplements Shaklee, please jemput Whatsapp Cik Lisa di 012-2195 363 cecepat okeh?

 

Sampai sini dulu buat masa ni, nanti kita jumpa lagi di lain entri, inshaALLAH.

 

Tengs awak!


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat!

    • CikLisaWangi Post author

      Hahaha… kita dah cuba taww! Nanti kalau dah cuba, bitau lah apa hasilnya.

      Yang squatting tu, memang sakit seminggu (kalau buat hari hari although 10 kali je sekali buat), but lama lama pas tu dah okay dan it works wonder! Nanti memang nampak beza after 2 weeks je. Tetiba akan rasa eh, mantap plak badan kita. Try lah! 😉