5 Tips Pilih Kasut Untuk Travel 2


Sapa antara awak kat sini yang suka travel merata rata? Bila dah mula nak berjalan sana sini, benda paling penting sekali ialah kasut apa yang kita nak pakai untuk nak ke sana ke mari! Sebab tu petang ni Cik Lisa nak kongsi 5 Tips Pilih Kasut Untuk Travel based on pengalaman Cik Lisa sendiri.

 

Butik Ijmal

Kasut yang super selesa yang Cik Lisa pernah try!!!

5 TIPS PILIH KASUT UNTUK TRAVEL – PENTING KE KASUT YANG BETUL UNTUK NAK PI TRAVEL?

Cik Lisa syiokkk sangat bila mula nak diskas pasal travel sebab Cik Lisa memang hantu jenjalan especially time dulu masa Cik Lisa kerja oversea.

 

Kekadang kita rasa tak berapa nak penting kasut ni kan? Lagi penting nak jenjalan mana? Nak buat aktiviti apa? Nak visit monumen monumen penting yang mana? Dan so on?

 

Butik Ijmal

Sekali sarung jer, wahhhhhh!

 

Tapi, pernah tak terfikir yang kalau sekali kaki kecil kita tu dah kena ‘blisters’ atau lenguh seluruh kaki dari tapak kaki ke peha… rasa rasanya seronok ke lagi nak berjalan sana sini?

 

Mood terus hilang dan nak jalan pun dan engsot engsot macam setiap langkah tu bagaikan penderaan yang takde kesudahan. Ceewah!

 

 

 

5 TIPS PILIH KASUT UNTUK TRAVEL – BLISTERS DI KAKI IALAH PEMUSNAH JIWA SEORANG TRAVELER!

Eh but betul ni: awak pernah tak kena ‘blisters’? Pernah cuba jalan satu ke dua kilo kat atas jalan ‘cobblestone’ (baca: batu batu besar disusun rapi, biasanya macam dalam cerita dulu dulu ada bantak set filem yang tunjuk jalan ‘cobblestone’ ni)?

 

Butik Ijmal

Ini lah ‘cobblestone’ pavement. Cuba jalan dengan high heels, mungkin nangis lagi kuat!

 

Kalau jalan flat biasa pun kita dah merengek kesakitan, apatah lagi nak gigih berjalan atas jalan ‘cobblestone’ yang langsung tak rata ni! Meleleh air mata wehhh!

 

Sebab tu petang ni Cik Lisa nakkk sangat kongsi 5 Tips Pilih Kasut Untuk Travel.

 

 

 

5 TIPS PILIH KASUT UNTUK TRAVEL

❤️ KENALPASTI AKTIVITI UTAMA

Bila kita nak pi travel, kita mesti lah identify siap siap apa aktiviti utama kita kat sana. Sebab lain lain aktiviti, lain lah jenis kasut yang kita nak bawak pi.

 

Takkanlah kita nak pi Switzerland nak main ski, tapi kita dok kalut packing high heels macam nak pegi majlis tari menari??? Pastu dok serabut tak henti kata beg tak muat nak isi apa apa lagi?

 

Tak perlu nak bawak benda yang tak relevan dengan aktiviti trip tu sendiri. Rata rata orang selalu termasuk perangkap packing excessively (baca: pack barang yang tak perlu tak semena mena).

 

Contohnya: kalau kita plan trip nak pi Barcelona, maksudnya akan ada banyak aktiviti berjalan (city walk). So, cari kasut yang sesuai untuk kaki berjalan dengan riang ria sentiasa.

 

 

❤️ GIGIT KASUT SEBELUM DIA GIGIT KITA

Kalau boleh, elak beli kasut baru in between dua to tiga hari sebelum bertolak. Sebab nanti tak cukup masa nak

 

“Gigit kasut tu, sebelum dia gigit kaki kita nanti!”

 

 

Haha. Apa maksud ni? Cik Lisa suruh makan kasut ke cemana? Makan kasut sebelum travel ke? Serius lah?

 

Butik Ijmal

Lain lain design dari Butik Ijmal

 

Dok aih! Camni: bila kasut baru, kaki kita mesti sesuaikan dulu dengan situasi dalam kasut tu nak bagi familiar dan kaki dah kenal kasut tu sendiri.

 

Advisable sesangat: bila beli kasut tu, pakai selalu kasut tu dalam rumah dan jalan ke sana ke mari dulu dengan kasut tu. Untuk sesuaikan kaki dan kasut sebelum kita bawak dia jenjalan pi travel sesama dengan kita nanti.

 

 

❤️ PILIH KASUT YANG ADA ‘SOLES’ YANG SELESA

Kasut cantik: yes, betul. Memang best bila nak berjalan, kita pakai kasut yang cantik. Nanti amik gambar pun, boleh nampak kita pakai kasut cantik. Superwin lah kiranya kan?

 

Tapi, cuba pikir ni pulak: kasut dah cantik, memang yang tercantik antara semua. Lepas amik gambar, rata rata gambar tak menjadi sebab muka awak masam mencuka tak tahu kenapa.

 

Butik Ijmal

Pilihan yang banyak dari Butik Ijmal

 

Alih alih, tahu lah satu cerita. Muka awak tak berapa nak gembira, sebab kaki sakit beria ia. Setiap langkah tu rasa nak keluar air mata berlinangan tak tahu nak kata.

 

Sebab tu, bila pilih kasut kena pastikan pilih ‘soles’ yang selesa untuk kaki kita adapt especially untuk trip yang perlukan kita untuk berjalan sepanjang masa.

 

 

❤️ CARI MATERIAL YANG ‘BREATHABLE’ ATAU KAKI BOLEH BERNAFAS

Dah jalan jauh sana sini, seluruh badan mesti berpeluh sampai ke kaki. Kalau pi travel kat negara yang tengah winter, mungkin badan tak berpeluh tapi kaki usually masih lagi.

 

Sebab tu nak cari kasut wajib cari yang ‘breathable’ atau yang rongga rongga kasut tu allow kaki kita bernafas dengan selesa.

 

Butik Ijmal

Selesa betul kasut dari butik Ijmal ni, sungguhhhh!

 

Fuuhh! Apa pulak term kaki bernafas ni?

 

Camni: bila kita jalan berjam jam, kaki kita terperuk dalam stokin dan kasut dengan lama. Kalau kasut tu tak ‘breathable’, dengan peluh lagi dan kepam beria dalam stokin tu… hoih! Pengsan lah fungus / kulat seronok nak berkampung kat kaki kita.

 

Bila dah jadi camni, kaki kita akan mula berbau horror dan nanti masuk kedai pun orang akan pandang kita beria ia… dari jauh dah boleh bau kaki kita!

 

Fungus / kulat pun boleh buat kaki kita kena jangkitan kuman dan eh… entah entah tak pasal kuman merebak dan kaki kita terpaksa dipotong tak semena mena? Oh nooooo!

 

So, sila pilih kasut yang betul untuk travel okeh?

 

 

❤️ BELI SAIZ YANG SESUAI DENGAN KAKI SENDIRI

Kekadang, ada fesyen orang ni dia suka beli kasut one size bigger tak tahu kenapa. Sebab bila nak travel, awak kena pakai kasut yang sedap dipakai… bukan longgar dan pastu nak kena seret beria.

 

Butik Ijmal

Cantik kan kasut dari Butik Ijmal!

 

Dan obviously, tokleh lah nak beli kasut yang ketat giler! Sebab satgi belum apa apa, kaki awak dah ‘blisters’ merata. Nak jalan pun dah tak syiok dah lepas tu. Sebab sibuk dok “uuhhh aahhh uuhhh aahhhh” dari mula mula berjalan since kaki dah pedih dan sakit tak menentu!

 

That’s why kena cari kasut yang saiz molek molek dengan saiz kaki kita sendiri. Baru selesa dan gembira nak jenjalan sana sini sambil berselfie!

 

 

 

RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 – BUTIK IJMAL

Sempena Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ni, Butik Ijmal yang dimiliki oleh Tuan Burhanudin buat Cik Lisa jadi happy tak terkata bila nak turut sama join Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 kali ni.

 

Butik Ijmal

Awak cuba pegang salah satu kasut dia, terus boleh jatuh cinta!

 

Untuk yang tak kenal mereka, Tuan Burhan aka Tuan Ijmal ni ialah salah seorang dari peserta HOT SEAT bagi #TheProtege untuk Majalah Niaga dan achievement Tuan Burhan dan success story dia yang konfem buat awak semua meleleh air mata pastu terinspirasi dengan sendirinya! Haa, power ni Tuan Burhan ni tahu ke?

 

Sempena Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 ni, Butik Ijmal hadiahkan sepasang kasut kat Cik Lisa untuk direview. Masa nak bagi kasut tu, mereka dah tanya Cik Lisa siap siap nak yang mana dan nak ikut preference Cik Lisa sendiri sebab kata Tuan Burhan sendiri,

 

Butik Ijmal

Cik Lisa dan Tuan Burhan di MBK Finale, Mac 2017

 

“Cik Lisa pilih lah yang mana berkenan di hati, sebab bila nak buat review nanti baru boleh feel dan rasa sendiri kehebatan kasut Ijmal ni di kaki Cik Lisa nanti”

 

 

Ha, suweet dakkk Tuan Burhan dan Butik Ijmal ni? Mereka memang betul betul mementingkan keselesaan pemakai kasut Ijmal kan?

 

 

 

REVIEW CIK LISA – IJMAL PLAIN

.

.

Produk: Ijmal Plain

Berat: 0.89kg

Ukuran: 12 x 10 x 15cm

Kod warna: Yellow mustard

Saiz: US 4 hingga US 10 (EU 35 hingga EU 41)

Kemasan: Jahitan kemas keliling kasut

Material: Genuine cow leather

Kelebihan: Anti-slip rubber + anti-blister technology

 

===

Cik Lisa pilih yang ini sebab Cik Lisa tertawan dengan kaler Yellow Mustard (baca: kuning mustard). Kemasan kasut memang tip top dan cantik bersahaja. Tak nampak macam nak pushing it way too much, tapi dah comey as it is.

 

Butik Ijmal

Rugi sapa tak dapatkan kasut super ohsem oh so amazing ni!

 

Kaler ni sendiri jer Cik Lisa dah bagi 5 out of 5! Sebab vibrant sangat dan tak boring macam kasut yang lain. Ada kelainan dari segi pilihan warna dan sapa yang kenal Cik Lisa, mesti tahu Cik Lisa tak berapa nak ordinary type of person sangat kan? So, kaler ni pun dah tawan hati Cik Lisa berkali kali!

 

Santai dan boleh pakai dengan anything jer. Tapi, Cik Lisa suka pakai dengan seluar santai yang cerut tu? Tahu kan seluar yang sarung dan pakai hari santai kat rumah tu?

 

Kalau dengan simple jeans pun, matching jugak! Sebab design kasut ni yang style sempoi dan nice as it is buat dia senang nak masuk dengan semua baju yang kita fit in!

 

 

APA PERASAAN PERTAMA CIK LISA MASA MULA MULA BERSUA MUKA?

 

Mula mula masa first time nak sarung ke kaki, fuhhh! Nervous giler serius tak tipu! Sebab dah banyak kali dengar mereka dok cerita pasal kasut dari Butik Ijmal ni tapi setakat dengar cerita, apa apa pun boleh direka! Haha. Skeptikal tak statement Cik Lisa? Tapi betul kan? Apa apa pun orang boleh buat cerita, tapi pengalaman sendiri tu yang akan tentukan benar atau tak sesuatu perkara!

 

Butik Ijmal

Cepat weh! Rebut lah peluang ohsem nak menang 12 pasang kasut super selesa ni weh! Haha.

 

CIK LISA HAPPY PAKAI KASUT DARI BUTIK IJMAL!

 

Lepas dah sarung dan berjalan sana sini, tak henti henti Cik Lisa senyum meleret panjang!

 

“Ya ALLAH!!! Selesa sungguh kasut ni rupanya!!! Padanlah peminat merata tempat! Kaki rasa selesa dan duduk dengan senang hati kat dalam kasut ni!”

 

“Kalau camni gayanya, nak balik Ganu for hari raya nanti and Karak Highway tu nak jem teruk sangat, boleh beli kasut dari Butik Ijmal sorang satu! Kita balik Ganu jalan kaki pun tak sakit ni!”

 

Butik Ijmal

Kemasan kasut yang sangat cantik!

 

YAYY SCORE UNTUK IJMAL PLAIN DARI BUTIK IJMAL – REVIEW DARI CIK LISA: 5/5

 

 

 

BUTIK IJMAL – APA PILIHAN YANG ADA DAN CEMANA NAK BELI KASUT DARI BUTIK IJMAL?

 

Selain Ijmal Plain, Butik Ijmal ada lagi dua fesyen kasut yang tidak kurang hebatnya dari Ijmal Plain ni iaitu Ijmal Emboss dan Ijmal Wedges. Details untuk setiap produk tu awak boleh view kat website mereka, BUTIK IJMAL WEBSITE untuk jamu mata dan klik BUY NOW. Haha.

 

Dah rasa super teruja tak nak cecepat beli kasut dari Butik Ijmal ni? Kalau rasa dah tak sabar sabar nak dapatkan kasut super ohsem dan selesa ni dari Butik Ijmal ni boleh sepantas kilat klik menjamu mata pilih yang mana satu berkenan di hati di:-

 

FACEBOOK FAN PAGE – BUTIK IJMAL

BUTIK IJMAL WEBSITE

dan dapatkannya HARI INI JUGA!

 

 

 

PROMOSI BUTIK IJMAL 2017

 

Butik Ijmal

Promosi Butik Ijmal sedang berlangsung!

 

Psst psssttt!!!

 

Ada satu lagi benda Cik Lisa nak bagitahu ni. Butik Ijmal ni ada buat promosi yang tengah berlangsung sekarang. Mereka nak bagi kat 12 pemenang bertuah untuk memenangi 12 pasang kasut tahu ke??? Baru baru ni pemenang pertama dah pun diundi, ada lagi 11 pemenang bertuah kalau tak silap Cik Lisa taww (tarikh hari ni: 7 Jun 2017)!!!

 

Jangan lepaskan peluang ni!  12 kasut untuk dimenangi kot!

 

Good luck!!!

 

 

TERIMA KASIH TUAN BURHAN DAN BUTIK IJMAL

 

Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih untuk Tuan Burhan sebab beri kepercayaan kat Cik Lisa dengan kesanggupan Tuan dan Team Butik Ijmal untuk turut serta dalam Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ini.

 

Semoga kita semua diberkati-Nya, inshaALLAH.

 

Terima kasih dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “5 Tips Pilih Kasut Untuk Travel

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Titan,

      Sandal pun kalau selesa, syiok nak jalan tak sakit kaki pun adalah the best kan untuk travel?

      Lain lah kalau jenis sandal yang berselirat penuh merumbu detailing sampai bila jalan kejap jer pun dan sakit sakit kaki. Haa, tu sila lah jangan bawak untuk pi travel. Satgi terus spoil mood kita nak berjalan kan?

      Dulu dulu kalau tak pakai sandal pakai apa? Kasut comey comey untuk berjalan eh? Hihi. Share lah sikit.

      Anyway, terima kasih singgah blog Cik Lisa. 😉