Destinasi Impian: Finland, Aku Datang! 4


Setiap orang ada impian: nak bercuti ke mana, hala tuju bisnes apa cerita, nak jadikan dia suri hati hidup forever and ever tu bilanya dan macam macam lagi. Setiap orang mungkin ada impian yang sama, mungkin jugak berbeza. Destinasi Impian: Finland, Aku Datang!

 

Shaklee Wangsa Maju

“I’m leaving on a jet plane, don’t know when I’ll be back again…”

 

Dua tiga hari ni Cik Lisa dok terbayang bayang impian Cik Lisa yang satu ni. Seronoknya kalau impian tu jadi kenyataan satu hari nanti. Impian untuk pegi travel dan jenjalan untuk tengok negara orang sana sini. Satu destinasi impian Cik Lisa yang memang dok saban hari menggamit hati Cik Lisa lately.

 

 

 

❤️ DESTINASI IMPIAN: FINLAND, AKU DATANG! – KENAPA FINLAND?

 

Kenapa Finland?

 

Apa yang ada kat Finland tu sampai kalut nau nauuu nampaknya dok bercerita pasal Finland tak habis habis dari awal tahun sampai hari ni? Ada apa yang seronok kat sana yang dah buat Cik Lisa terpikat dan tertawan? Sampai hari hari pun bila tetiba jer terbayangkan Destinasi Impian ni, lelaju jer Cik Lisa boleh tersenyum riang ria gembira ibarat orang bercinta!

 

Dulu pun Cik Lisa pernah cerita kat entri Aurora Borealis, Aku Datang!

 

Shaklee Wangsa Maju

Cantikkkk kannnnnnn?

 

Aurora Borealis atau ada jugak antara mereka yang panggil Northern Lights. Ini untuk kawasan di Utara (Alaska, Canada, Norway, Finland, Greenland, etc.) dan Aurora Australis untuk kawasan di Selatan yang berlaku mostly di benua Australia juga dipanggil Southern Lights.

 

Nota kecik: Cik Lisa akan refer discussion lepas ni kepada Aurora Borealis taww!

 

Shaklee Wangsa Maju

Bangun pagi dan nampak view yang ohsem gini? Pegi sorang pun Cik Lisa okay

 

Apa sebenarnya Aurora Borealis yang ada di Finland tu sampai Cik Lisa syiok sungguh nak pegi sana beria ia? Menurut Wikipedia,

 

“Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya “aurora kutub” (atau “aurora polaris”). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena dewi fajar Rom, Aurora, dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas”

 

 

 

❤️ DESTINASI IMPIAN: FINLAND, AKU DATANG! – TAPI, KENAPA FINLAND???

 

Baiklah. Although Cik Lisa dah explain berjela jela kenapa Destinasi Impian Cik Lisa ialah Finland, tapi Cik Lisa sendiri dah bagitahu yang selain Finland ada banyak other places yang kita boleh pegi untuk tengok Aurora Borealis kan? Tapi, kenapa Finland?

 

Shaklee Wangsa Maju

Finland, aku datang!

 

Ada apa dengan Finland yang Cik Lisa WAJIB nak pegi Finland dan bukan yang lain?

 

Bila mula mula Cik Lisa terpikat dengan Aurora Borealis ni, being me Cik Lisa pun bersungguh cari info sana sini pasal benda ni. Like, kat mana yang kita boleh view dia, negara mana, waktu sesuai bila, flight ticket nak pegi tu naik airplane mana, accommodation yang paling syiok ialah yang mana dan macam macam lagi lah.

 

Shaklee Wangsa Maju

Ini lah Finland!

 

 

💕 SESETENGAH TRIP, TAK PERLU NAK PLAN BERIA IA. TAPI, TRIP UNTUK TENGOK AURORA BOREALIS DI FINLAND WAJIB PLAN DARI MULA!

 

Memang most of the times Cik Lisa boleh jer on the spot buat plan sesingkat dua minit, angkut bag dan pegi macam yang Cik Lisa selalu buat dulu kat Europe (boleh baca kisah dulu di entri bertajuk 5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel

 

Tapi, untuk trip nak tengok Aurora Borealis yang konfem ramai orang akan pegi at certain time yang paling cantik Aurora tu ada… mesti lah nak kena cecepat plan sebab takut takut nanti accommodation, ticket, etc. semua sold out camtu jer!

 

Based on kajian Cik Lisa berbulan bulan: Aurora Borealis ni usually kaler hijau, ini macam kaler tipikal dia. Tapi, for some reason (maybe sebab location wise atau pun betapa sucinya negara Finland ni sebab takdok banyak development kan?) kat Finland ni, Aurora dia bukan hanya ada kaler hijau tapi ada jugak kaler lain dan salah satunya ialah purple!!!

 

Hoih! Cantiklah!!!

 

Shaklee Wangsa Maju

Oh so amazing kannn tempat ni? Macam tak mahu balik dah!

 

The first moment Cik Lisa terpandang imej Aurora Borealis yang ada combination colours of green, purple pastu ada hint of blue-ish dengan white kot… ohhhh!!! Air liur meleleh kat tepi bibir and I’m in awe of it. Terpegun. Dan terus kata kat diri sendiri,

 

“I want to go there!!!”

 

 

 

❤️ DESTINASI IMPIAN: FINLAND, AKU DATANG! – KONONNYA NAK SAVE TEMPAT BEST NI UNTUK HONEYMOON, TAPI…

 

Haaa… dah lah ada cerita di sebaliknya.

 

Dulu dulu, Cik Lisa rajin travel sana sini. Sebab dulu Cik Lisa kerja merata: Europe lah, Middle East lah. So, sempat lah jugak had a fair share untuk jalan ke sana ke mari. Tapi, of course lah tak habis keliling dunia lagi kan?

 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Subhanallah! Cantik kannn?

 

Ada orang tanya jugak,

 

“Dulu kerja Europe kenapa tak grab the chance dan pegi Finland? Dah dekat tu kan?”

 

 

Ada dua jawapan untuk ni: satunya, dulu dulu masa kerja di Europe masih muda belia so tak berapa nak venture into tempat tempat menarik yang eksklusif macam ni. But rather travel to places yang mudah dan city walk jer mostly. Obviously lah a spot on icy cold padang jarak padang terkukur will not ever wujud dalam list of places to go kan? Haha.

 

Yang keduanya, bila dah tahu pulak the place… tetiba gatai nak save the best place for the best event lah. Kononnya, satu hari bila Cik Lisa dah berjumpa dengan putera idaman hati sanubari (ceewahhh!). Finland lah tempat kami nak pi untuk honeymoon nanti!

 

Daftar Shaklee Wangsa Maju

Angan angan konon tempat special untuk honeymoon? Haha.

 

Suweet dakkk, suweet dakk?

 

 

💕 KADANG KADANG, IMPIAN TAK SEMESTINYA JADI KENYATAAN

 

Tapi, ini lah dia salah satu impian yang tak mungkin jadi kenyataan – jadi my honeymoon spot, sebab bakal somi entah tak tahu sapa dan di mana and… Cik Lisa sendiri dah umur berapa? Haha.

 

Regardless, Cik Lisa tetap nak pi jugak and walaupun tak lagi jadi tempat honeymoon idaman hati Cik Lisa… ia tetap Destinasi Idaman Cik Lisa sampai bila bila! So, yes… I am going jugakkkk! Haha.

 

 

 

❤️ DESTINASI IMPIAN: FINLAND, AKU DATANG! – SO, BILA SEBENARNYA CIK LISA NAK PEGI?

 

Ikut kajian, Aurora Borealis ni best between Januari hingga April-ish. So, Cik Lisa dah awal awal plan nak pi bulan Mac, 2018. Percaya atau tidak, Cik Lisa dah check ticket dan accommodation nak pi sana taww? Dah check seawal Januari baru baru ni dan yeppp! Ianya bukan murah, percayalah! Haha.

 

Shaklee Wangsa Maju

Takkan pernah jemu dengan view camni hari hari

 

Dan recently, banyak accommodation pun dah SOLD OUT! Tapi ada jer lah yang lain tu, so Cik Lisa tengah check lagi dan lagi. Cemana sekalipun, ini lah Destinasi Impian Cik Lisa satu satunya buat masa ni. Nak pegi dengan sapa? Actual date nak fly bila? Tak ada jawapan untuk semua soklan soklan tu lagi. Especially nak pi dengan sapa?

 

Shaklee Wangsa Maju

Macam macam kaler yang ada kan? Amazing giler kan?

 

Haha. Most probably pegi sendiri: apa ada hal. Travel secara solo inshaALLAH okay kalau kita dah sedia dan tahu nak buat apa. Dates nak pegi tu, haa… itu kena cecepat lah dari sekarang ni sebab flight dan accommodation kan kena side by side gittew.

 

So, yep. Cik Lisa akan ke Finland pada bulan Mac, 2018.

 

 

 

❤️ DESTINASI IMPIAN: FINLAND, AKU DATANG! – DOAKAN CIK LISA, YA?

 

Jadi, Cik Lisa mintak sesangat untuk awak doakan semoga Cik Lisa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk Cik Lisa capai impian Cik Lisa kali ini untuk ke Destinasi Impian: Finland, Aku Datang!

 

Shaklee Wangsa Maju

Doakan Cik Lisa ya?

 

 

Aminnnn.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Destinasi Impian: Finland, Aku Datang!

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Jaja! 😉

      InshaALLAH. Doakan kita ya? Sebab kita betul betul nak pegi sana. Cantik kan?

      Ini lah orang kata impian jadi kenyataan kalau kita boleh pi sana soon!

      Kan? Btw, tengs singgah blog Cik Lisa ya. Muahs!

      Love ❤️,
      Cik Lisa.

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Spanar 12,

      Hihi. Haaa… syiok kan? Cantik kan? Dan super oh-so-amazing kan? Ni ada kat few places jugak tapi Cik Lisa suka yang kat Finland ni and they said kat Finland ni paling selalu mudah nak nampak. Yang lain tu ikut nasib badan.

      Tapi, ya ALLAH mahai nau nauuu accommodation dan flight tickets dan etc. Pengsan! Kena kerja kuat kuat ni nak pi sana, inshaALLAH soon! Spanar 12 doa doa untuk Cik Lisa k?

      Btw, macehhh singgah ya?

      Saya,
      Cik Lisa. 🙂