5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya 4


Selamat hari raya! Malam ni, Cik Lisa nak kongsi 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya. Ye lah, cuba awak pikir this thing ni sekejap tapi dengan perasaan yang bersungguh dan beria ia. Pejam celik pejam celik, tahu tahu hari ni dah masuk raya keempat.

 

Tips Makan Sihat Shaklee

Cik Lisa, Mama, baby sister dan kekazen kat rumah Toks!

Lepas dah posa sebulan hari tu, konfem lah dari first day raya hari tu dah bermacam jenis hidangan lah yang selamat masuk perut kita tu! Dari rendang ayam dan daging, ketupat pulut dan nasi impit, soto dan lodeh, hoih! And the list goes on and on kan?

 

So, pagi pagi raya keempat ni lah Cik Lisa rasa macam nak berkongsi 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya untuk make sure kita boleh beraya dengan senang hati dan tak perlu nak risau sakit itu dan ini. Dah ready?

 

Oh yes, yes. Balas dendam.

 

Bila sebulan berpuasa dan off food lamanya, mesti lah hati meronta ronta bila nampak makanan penuh semeja! Semua nampak lazat dan menyelerakan jiwa dan raga. Kalau boleh, nak makan setiap satunya… mesti (at least!) nak rasa sikit pun tak apa. Punya lah buruk perangai kita, tapi let’s admit it guys… itulah hakikatnya!!!

 

 

 

? 5 TIPS MAKAN SECARA SIHAT DI HARI RAYA

 

So, jom sesama kita menghayati 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya yang Cik Lisa dah siap sedia nak kongsi sesama ni untuk elakkan dari kena sakit yang tak semena mena kan? Ye lah, syiokkk ke nak raya bila dah sakit sakit segala dan tokleh nak berjalan dan beraya sakan?

 

Shaklee Di Hari Raya

Lemang dan ketupat memang food staples di hari raya kan?

 

Haa, it’s not too late sebab kita masih di hari raya keempat going for hari yang kelima kan? Lagipun, bukan ke mostly mereka dok kata: raya tu sebulan lamanya? Jadi, mai baca 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya cecepat joms!

 

 

 

? MAKAN DALAM KUANTITI YANG SIKIT

 

Kita baru jer selesai posa, so clearly perut kita pun masih lagi terkial kial nak kejar rentak makan kita. Kalau masa posa, kita makan dua kali sehari kan: berbuka dan bersahur di awal pagi. Tapi, bila dah raya ni beria ia lah pulak nak makan setiap ketika!

 

Mana lah tak terkejut perut tu, seminit dua… ada ada jer masuk makanan kat perut kita. Rasa rasanya, tak jem ke isi perut tetiba kena berusaha nak proses setiap masa?

 

Bayangkan: mesin tebu kat Pasar Ramadan kan? Kalau mesin tebu tu proses tebu 24/7 tanpa henti, rasanya rosak tak mesin tu satu hari nanti? Meletup tak mesin tebu tu lepas tak off berhari hari?

 

Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Cik Lisa dan adik kecik kita ni… posing sikit untuk raya! Haha.

 

Sama lah macam perut kita. Bila dah disuruh proses makanan non-stop sepanjang masa, konfem konfemlah rosak dan jem semua sistem pencernaan kita! Mula lah nak sakit perut dan senak tak tentu hala. Syiok ke nak berjalan sana sini ke rumah sedara? Mesti lah dah efek mood raya.

 

So, nak elak perkara tak seronok camtu jadi, Cik Lisa nak ajak awak semua jom lah kita berhati hati. Maksudnya: kita makan catu catu lah kuantiti. Toksah nak bubuh penuh pinggan, kalau boleh semua benda nak telan. Cukup cukuplah kalau acah acah rasa, so perut tak terkejut beria! Kurang peratus nak sakit perut or senak… baru lah seronok nak berjalan raya.

 

 

? MINUM AIR KOSONG

 

Rata rata kita ni semua, bila time raya… suka sangat dok jamu air manis beria ia. Biasanya sirap ais tak pun kordial yang manis melenting rasanya. Kalau pegi 10 buah rumah, 10 jenis air yang berlainan… rasa rasanya, apa konten isi perut kita?

 

Memula tu mungkin boleh rilek rilek lagi dan tak rasa apa apa. Tapi, apa kisahnya bila malam dah menjelma dan perut dah penuh dengan macam macam segala? Time nak tido tu lah nanti, time perut meragam dan senak tak henti henti.

 

Sunburn Shaklee

Air kosong ni nampak je pfftt, tapi banyak weh kepentingan. So, let’s minum air kosong okeh?

 

Sebab tu lah kita kena make sure yang kita minum cukup air kosong. Bukan masa posa atau raya semata mata, tapi bebila masa dan ketika sebenarnya. Sedar tak bila kita minum air manis, kita akan makin terdorong untuk minum lagi dan lagi dan lagi. Bukan makin hilang dahaga tapi makin dahaga tak lega lega!

 

Bila minum air kosong, kita akan cukupkan hidrasi dalam badan kita. Kuranglah potensi untuk kita sakit tak semena mena. Dan air kosong baik untuk kita sebab boleh lawaskan setiap apa yang dah masuk perut kita. Takkan semua nak makan manis, masin dan setiap rasa yang ada? Susah nak cerna nanti apa cerita pulak sistem badan kita?

 

So, jangan lazy minum air kosong okeh?

 

Untuk yang tak suka sangat dengan air kosong tu (sama macam kita dulu and jom seppp sikit!), boleh pi baca entri awal Cik Lisa dulu tentang Tips Minum Air Kosong.

 

 

? ELAKKAN DARI MAKAN MERAPU ESPECIALLY SAMPAI KE TENGAH MALAM

 

Mengunyah kudapan dan hari raya memang tokleh nak dipisahkan lagi! Ini kiranya memang tradisi dari zaman dulu kala lagi. Ye dok?

 

Makan Secara Sihat

Ketupat palas ni super yummm okeh!

 

Tapi, tahu ke yang makanan rapu tu kita panggil nama dia makanan rapu sebab ianya memang merapu untuk badan kita? Kekadang ada kumpulan makanan rapu ni kita panggil ‘cekedis’. Untuk yang golongan klasik sikit, depa suka dok mengadap kerepek sebagai bahan kudapan kan?

 

Bayangkan. Kalau seharian dok ligat kunyah kerepek masin sambil tengok tv citer Fattah Amin feveret Cik Lisa tu berlakon… sambil dok teguk air Coke lepas satu satu. Ecececehhh! Rasa rasanya, apakah akibatnya kat perut kita by the end of the day?

 

Tips makan Secara Sihat

Kami macam jakun habis nak posing kat pintu ni ala ala hipster lah konon! Haha.

 

Air kosong memang tak suka katanya: sebab yucks tak suka rasa dia?

 

Bukan tokleh makan kerepek (atau cekedis) actually, tapi why not kita praktis in moderation boleh ke? Makan kerepek tapi make sure togak air kosong jugak!

 

So, sodium (baca: garam) yang overloaded kat tiap tiap keping kerepek (atau cekedis) tu, boleh lah wash down dengan air kosong sikit kan? Takde lah tekak tu berkeladak penuh dengan garam masin ya Rabbi, yang tak pasal buat sore throat kong keng kong keng lepas ni.

 

Got it?

 

 

? KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN MANIS

 

Dodol, wajik dan tart nenas… haih! Ni femes dan feveret juadah hari raya kan? Mana mana rumah yang sambut raya di desa, konfem konfem lah ada tersusun these yumms kat atas meja berderet deret semuanya. Lepas satu, persatu masuk ke mulut directly ke perut setiap masa dan setiap ketika!

 

Taste bud (baca: deria rasa) kita ni, bila rasa manis di lidah… makin bertambah tambah selera kita. Padahal, perut dah kenyang giler. Lepas semangkuk soto, sepinggan ketupat dan rendang pulak disambarnya. Nak kata lapar, memang tak lah ceritanya. Tapi, lebih kepada rasa mengada ngada nak makan semua yang ada.

 

Tips Makan Secara Sihat

Nampak dakkk tokleh nak lepaskan pintu ni so amik gambar beribu ribu kat spot yang sama! Haha.

 

Bila makanan kumpulan manis manisan ni berkumpul dalam perut kita, dengan perangai ohsem yang malas nau nauuu nak flush out dengan air kosong or plain water tu namanya… tak ke berkeladak keadaan dalam tu?

 

Cemana agaknya situasi bila sungai tercemar dengan plastik sampai sampai penuh merumbu merata rata? Berjalan tak arus air sungai tu rasa rasanya?

 

Ha… sama lah dengan perut dan sistem pencernaan dalam badan kita. Bila dok sogok jer makanan manis pagi, petang, siang dan malam… cuba awak pikir pikir kan lah apa kisahnya dalam perut kecil kita tu?

 

 

? MAKAN BUAH DAN SAYURAN UNTUK MUDAH LAWAS

 

Sedar tak setiap kali hari raya menjelma, mesti macam buah dan sayur di anak tirikan beria ia? Ada tak bila kita pi rumah sedara mara untuk beraya, depa hidang buah buahan yums penuh semeja? At least, dua tiga pinggan buah potong pun macam lahai mimpi lah nak ada!

 

Tapi, ketupat, rendang dan segala macam yang lain toksah nak cerita lah! Ini memang konfem lah bersungguh tuan rumah dok hidang ke kita. Tak habis lagi kat atas meja, eh eh… bawak lagi pinggan lain nak top up yang ada, takut takut satgi tetamu mai serbu bagai nak giler!

 

Shaklee Wangsa Maju

Sila makan buah buahan untuk mudah lawas, plis!

 

Memula tu memang lah okay dan tak ada masalah or apa apa. Cuba tunggu sampai malam satgi, time time nak lelap dan tido konfem mula lah macam macam hal nak jadi! Paling tak syiok sekali, bila perut mengada ngada nak sakit, memulas tak henti henti. Rasa macam nak pi toilet buang air besar, tapi pastu tak pasai dok main acah acah hide and seek lah pulak dengan kita!

 

Tak tido sampai ke pagi lah jawabnya!

 

Sebab tu, nak elak perkara similar cenggitu terjadi… elok sangat lah kita prepare buah buahan dan sayur sayuran segar in betweens juadah raya yang biasa. Bukan apa. Nanti baru lah stress-free raya kita. Tak ada lah rasa kejap kejap jer dah nak kena pi toilet. Dok sat sat jer, dah kena bangun lagi nak pi toilet sebab tak tahan sungguh lah!

 

Tips Makan Secara Sihat

Sesi ‘menyulam’ ketupat palas!

 

So, sila rajin rajin untuk makan buah buahan dan sayuran untuk mudah ke toilet dan lawas ya?

 

 

 

? SELAMAT HARI RAYA

 

Itu lah dia so far 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya yang Cik Lisa teringin sangat nak kongsi dengan awak di pagi hari ni. Mungkin ada yang kata, eh… dah nak masuk raya kelima dah pun esok, 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya ni kiranya dah outdated lah sebenarnya? Tokleh nak guna pakai kiranya?

 

Bukan raya orang kata sama lama dengan bulan posa ke? So, maksudnya ada lagi banyak hari sebelum hari raya ni nak declare tamat camtu jer. Kannn kan kann?

 

Haha.

 

Apa apa pun, Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk wish awak (sebelum terlambat!): selamat hari raya maaf zahir dan batin. Cik Lisa nak mintak ampun dan maaf, kalau kalau ada mana mana penulisan Cik Lisa selama ni dah guris hati atau calarkan jiwa raga awak tanpa disedari.

 

Tips Makan Secara Sihat

Aci dak kekonon posing gambar raya untuk majalah Mangga! Haha. Bajet retis lah ni.

 

Maklumlah, Cik Lisa tulis apa yang time tu yang dirasa, mana lah tahu kot kot ada yang tersilap kata atau tersalah budi bicara yang unintentionally dah buat awak emosi especially dengan diri kita ni.

 

Ampun dan maaf ikhlas dari hati Cik Lisa.

 

 

 

? KESIMPULANNYA…

 

Anyway.

 

Semoga perkongsian Cik Lisa malam ni tentang 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya ada beri manfaat kepada awak semua dan bukan mudarat, harap harapnya.

 

Okay, tu jer kot untuk masa ni dan kita jumpa lagi for the next entri inshaALLAH.

 

Terima kasih.

Selamat hari raya.

Assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya