Bila Period Bocor! 2


Bila kita period, ada tak timbul rasa stress? Makin stress Bila Period Bocor kan! Hari ni Cik Lisa nak cerita pasal haid (baca: datang bulan) atau period.

 

Bila Period Bocor

Pelbagai kaler ni syiok kan?

 

Biasanya, cik abang sado mesti mula nak rasa kekok dan tak comfortable. Kononnya ni cerita untuk cik puan cik puan kita je? Aiseh, apa kata awak teruskan membaca? Mana lah tahu boleh belajar sesuatu? Dan yang dah berumahtangga, maybe boleh mula amik tahu untuk buat wife makin sayanggg lepas ni?

Bila kita period, semua benda jadi tak kena kan? Ada je yang boleh buat kita snapped dan emosi tak tentu hala. Ada je benda yang buat kita nak marah and semua benda pun nampak macam masalah! Ni belum masa Bila Period Bocor. Lagi bikin haru biru bila ia terjadi kat luar dan kita tak berapa nak sedia.

 

OH NO!

 

Masalah besar Bila Period Bocor ni, percayalah kata kata Cik Lisa ni.

 

 

BILA PERIOD ASYIK BOCOR – SEKSANYA NAK MENANGGUNG TRAGEDI BULAN PURNAMA

 

Sapa pernah bocor?

 

Cik Lisa pun pernah juga tawww! Rasa dalam seumur hidup seorang wanita… mesti at least ada sekali kita akan mengalami peristiwa malang macam ni yang konfem konfem lah memang boleh bikin malu giler!

 

Bila Period Bocor

Emergency Kit

 

Tapi, kalau ada antara awak yang tak pernah langsung alami benda horror cenggini, serius Cik Lisa tabik dan respek kat awak ni.

 

Haha.

 

Sebab percaya lah, tahap malu tu haihhh! Memang malu giler weh! Ini lah rasa dia Bila Period Bocor – MALU GILER!

 

Masa sekolah sekolah dulu, biasalah part tetibe period  kat sekolah dan makin malang nasib kita bila later dapat tahu yang actually,

 

“Whoopsss, kita tak bawak pad!”

 

 

Itu satu hal lah kan, nak bikin lagi haru biru… Bila Period Bocor dan kita tak sedar yang kita dah ‘bertanda’ kononnya macam nak bagitau satu sekolah yang kita period hari tu!

 

Pengsan!

 

 

 

BILA PERIOD BOCOR – RASA NAK PENGSAN BILA BOCOR KAT SEKOLAH!

 

Satu hari tu… rasa masa Darjah 6 kat sekolah rendah. Cik Lisa dapat first period masa Darjah 6 tu lah! Tapi, situasi ni bukan masa first time tu but few months after. Patutnya dah bersedia kiranya. Tapi, dah benda nak jadi. Eh. Haha.

 

Cik Lisa tengah duduk dalam kelas dan belajar macam biasa. Masa tu tak ada rasa pun yang period nak ‘bertegur sapa’. Bergelak ketawa lah kita macam tak ada apa apa. Cikgu bertanya, kita jawab soklan dia. Life is as normal as it is lah ceritanya.

 

Bila Period Bocor

Banyakkkk pilihan warna! Boleh matchy matchy dengan baju ofis!

 

Pastu, rasa macam… eh, nak pi toilet lah. Rasa dah puas dok dalam kelas lama lama… so, pi toilet lah kononnya nak jalan jalan amik udara. Haha. Bangun nak pi keluar kelas nak pi toilet mula mula, masa tu tak ada sapa yang kata apa. Student lain tengah dok sibuk belajar agaknya. Toilet macam kat seberang koridor je, jadi Cik Lisa cuma perlu lintas lah ke arah sana. Kelas Cik Lisa time tu kat aras bawah, so nak pi toilet lagi lah mudah.

 

 

 

Masa tu lah tetiba one of the classmate macam jerit kat kita dengan beria ia,

 

“Wehhhhh!!! Baju kau, wehhhh!!!!”

 

 

 

BILA PERIOD BOCOR – NASIB BAIK ADA KAWAN KAWAN!

 

Thanks to her, elok elok semua tak cara kat kita… kali ni hampir satu kelas benti buat benda dan toleh kat kita! Masa tu, yang kelakornya… Cik Lisa tak paham apa yang dia dok kata. Berulang kali tu jugak lah dia nak jerit sekuat halilintar wehhh soraaaa dia!

 

Rasa nak pengsan bila dah dapat dengar akhirnya satu persatu apa yang dia cuba dok kata.

 

Homaigodddd!!!

 

Luckily, ada kawan Cik Lisa yang bawak pad  hari tu so kira boleg lah nak bagi pinjam kat Cik Lisa satu. Yelah, dulu kita kan tak ada apps untuk track period macam sekarang ni. So, asal datang period time tu… ha, itu lah hari periodnya kan? So, tak kuasa lah Cik Lisa nak bawak pad pi sekolah hari hari…

 

(Tapi, macam lah sekeping pad tu berat giler nak selit satu dalam beg sekolah kan? Haha).

 

Tragedi ni memang buat Cik Lisa malu giler dan tokleh nak lupa! Masalahnya, Bila Period Bocor tu… habis baju sekolah Cik Lisa bertanda! Rasa nak pengsan giler giler pun ada! Setompok kat baju rilek rilek gittew je!

 

Fuhhh!

 

Boleh bayangkan tak malu dia cemana? Haha.

 

 

 

REVIEW CIK LISA – CLOTH PAD DARI SWEET AND COZY COLLECTION

 

Biasanya, Bila Period Bocor adalah sebab tak ada bawak extra pad dalam handbag atau memang sebab pad tu dah penuh segantang! Mana mana pun alasannya, memang tak syiok lah cerita dia. Lagi lagi kalau time tu kita kat luar bershopping ke, jumpa orang ke or apa apa je.

 

Kalau kat rumah, tak apa lah jugak kan nak timbul masalah. Tapi, bila kat luar tu lah semuanya jadi porak peranda and clearly boleh bikin kita jadi raksaksa! Haha.

 

So, hari ni sempena sesi Review Cik Lisa, Cik Lisa bebetul eksaited ni nak kenalkan Cloth Pad dari Sweet and Cozy Collection.

 

Sweet and Cozy Collection ni diusahakan oleh Cik Puan Ayu. Kalau awak ada follow blog Cik Lisa dah lama dulu, mesti ada sedar yang masa Ramadhan hari tu Cik Lisa ada buat sesi Ramadhan Review untuk geng The Protege Cik Lisa before ni? Well, Cik Puan Ayu pun ialah salah satu dari kawan Cik Lisa dari The Protege juga.

 

Dan sempena sesi Review Cik Lisa (lanjutan dari Ramadhan Review 2017), Cik Puan Ayu dengan baik hati hadiahkan beberapa produk untuk Cik Lisa cuba sebelum buat review produk tersebut.

 

Yes, Cik Lisa dah cuba cloth pad dari Sweet and Cozy Collection dan Cik Lisa sangat berpuas hati dengan produk ni sebenarnya. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca okeh?

 

 

 

KELEBIHAN CLOTH PAD DARI SWEET AND COZY COLLECTION

 

Mula mula, Cik Lisa nak cerita apa kelebihan cloth pad dari Sweet and Cozy Collection ni, really? Sebelum tu, mai Cik Lisa brief dulu apa sebenarnya cloth pad ni sebenarnya?

 

Cloth pad ni ialah pad atau tuala wanita yang diperbuat dari kain. Kalau pad atau tuala wanita yang kita pakai dan beli kat kedai kedai, semuanya jenis yang pakai buang. Kita pakai once dan tak boleh nak re-use or ulang pakai semula kan?

 

Kalau pad biasa, ianya pakai buang je. Tapi, cloth pad ni is the other way round dan kita boleh pakai untuk jangka masa yang lama! Huntonggg sangat taww! Dah lah ‘perasaan’ Cik Lisa sendiri kannn… bila kita dah cuba cloth pad hari tu sekali, fuhhh! Konfem awak tak mahu pandang dah pad yang selalu awak pakai selama ni!

 

 

🌸 KALIS BOCOR DAN KEKAL KERING

 

Cloth pad atau tuala wanita Sweet and Cozy Collection dibuat dari kain yang waterproof, so ianya kalis bocor. Tak akan ada moment moment bila awak sedang sibuk shopping, tak pasal pasal kain awak bertanda macam nak bagi tahu satu dunia yang period dah tiba! Sebab tak akan ada peristiwa Bila Period Bocor lagi lepas ni!

 

Cloth Pad Sweet And Cozy

Buat dari kain yang selesa. Cik Lisa memang sukakannya!

 

Baru syiok nak sakan bershopping tanpa perlu risau masalah yang tak patut nak fikir beria kan?

 

 

🌸 PILIHAN KAIN YANG SELESA

 

Kalau pakai pad yang biasa, ada sesetengah orang akan kena ruam ruam ‘di bawah tu’ atau gatal dan rasa tak selesa. Apatah lagi bila tak tukar tukar berjam lamanya! Kalau awak tu ada jenis kulit yang sensitif beria, ha… lagi seksa. Macam macam masalah timbul kat ‘bawah tu’ dan lepas satu satu.

 

Cloth Pad Sweet And Cozy Collection

Cantik kan kaler dia?

 

Dengan cloth pad Sweet Cozy and Collection, tak mungkin ada rasa tak syiok ni. Sebab kain yang digunakan untuk buat cloth pad ni sangat selesa dan tu yang Cik Lisa kata… once awak dah cuba, konfem jatuh cintaaaaa!

 

 

🌸 TAHAN LAMA

 

Satu peket pad pakai buang yang kita selalu pakai tu berapa harga? Macam Cik Lisa dulu pakai Laurier Dry tu so if tak silap, a pack of 16s macam berbelas ringgit jugak lah! Then, depends pulak flow kita masing masing cemana. Kalau yang jenis heavy flow beria… entah entah, dua tiga peket sebulan?  Ada lah dalam lebih kurang RM60 sebulan?

 

Fuhhhh!

 

Sebab ianya pakai buang, so tiap tiap bulan kena beli lagi dan lagi dan lagi.

 

Cloth Pad Sweet And Cozy Collection

Cara mudah simpan cloth pad!

 

Tapi, cloth pad dari Sweet and Cozy Collection ni tuala wanita kain yang bukan jenis pakai buang. Kita basuh dan pakai semula lagi dan lagi dan lagi.

 

Dan.

 

Ianya boleh tahan lama sehingga 5 tahun lamanya!

 

Hoih!

 

Jimat ke jimat ke jimat ke… ish!

 

Best kannnn?

 

 

🌸 CORAK CANTIK DAN MENARIK

 

Apa rupa pad yang biasa kita pakai beli kat kedai? Boring kan rupanya. Putih je selalunya, but kekadang tu ada lah yang acah acah buat kaler kat tepi dengan corak ala kadarnya. Tak berapa nak wow lah actually dak?

 

Cloth pad dari Cozy and Sweet Collection ni berwarna warni dan sangat ceria okeh! Ada banyak giler corak yang ada, boleh pilih yang mana satu pilihan hati kita. Ikut suka nak kaler apa. Semua kaler yang terang dan riang.

 

Cloth Pad Sweet And Cozy Collection

Ada pelbagai saiz untuk kesesuaian!

 

Tahu Cik Lisa cemana kan? So, boleh imagine dak betapa happynya Cik Lisa bila received parcel dari Cik Puan Ayu dan tengok banyakkkkkk lah kaler cecantiks okeh?

 

Siap dok eksaited tunggu bila lah period nak kunjung tiba sebab nak boleh pakai cloth pad ni dan rasa super eksaited sebab corak dia memang cantik okeh!

 

Haha.

 

Baru lah rasa happy bila period kita datang lagi. Tak ada lah rasa stress or emosi beria pasni.

 

 

🌸 KURANG BAU YANG TAK MENYENANGKAN

 

Sesetengah wanita, bila period dia tiba… akan wujud bau yang tak berapa nak best tetiba. Depends jugak flow jenis cemana kan? Biasanya, isu ni timbul sebab most of pad yang ada jual kat kedai tu jenis yang ‘tak boleh bernafas’ atau kita panggil ‘not breathable’.

 

Bila period terkumpul penuh dan terkepam gittew, rasanya logik tak nak pengsan dengan bau bauan tu?

 

Cloth Pad Sweet And Cozy

Kering sungguh macam tak period! Eh!

 

Haha. Makin stress lah sesapa yang period masa tu kan?

 

Huntongnya cloth pad dari Sweet and Cozy Collection ni ialah bila kain yang mereka guna ni adalah sangat sangat ‘breathable’! Awak akan definitely rasa bezanya bila pakai cloth pad ni berbanding dengan hari hari before ni.

 

Bau yang tak menyenangkan akan lebih berkurangan… so kuranglah moment moment awak nak layan emosi di waktu awak period tu nanti. Seronok taww bila kita tak perlu nak pikir benda yang tak perlu time period ni tawww!

 

Katakan tidak lagi untuk moment Bila Period Bocor, sebab tak akan ada lah!

 

 

 

REVIEW CIK LISA – APA KATA CIK LISA?

 

Jadi, apa kata Cik Lisa tentang cloth pad dari Sweet and Cozy Collection ni?

 

Sempena sesi Review Cik Lisa, Cik Puan Ayu dah hadiahkan Cik Lisa dengan ‘Emergency Kit’ yang mengandungi:-

 

🦋 1 x Medium Pad

🦋 1 x Period Panty

🦋 1 x Mini Wet Bag

 

 

Bila Period Bocor

Emergency Kit yang cukup serba serbi untuk elak moment Bila Period Bocor!

 

Usually, bila period tiba… Cik Lisa tak berapa nak ada heavy flow sangat. So, medium pad yang ada dalam Emergency Kit ni dah cukup bagus untuk Cik Lisa actually. If ada heavy flow sekali pun, Cik Lisa tetap rasa medium pad ni macam dah good enough sebenarnya.

 

Memang selesa kalau nak compare dengan pad yang tipikal dulu dulu kita pakai tu kan? Sebab dengan pad biasa tu, kita akan ada rasa plastik plastik ‘kat bawah tu’ kan? Ye lah, since memang material tu agak ber’plastik dan bukannya kain kan?

 

CARA MUDAH LIPAT CLOTH PAD SWEET AND COZY COLLECTION

 

Bila Period Bocor

Cara 1/4

 

Bila Period Bocor

Cara 2/4

 

Bila Period Bocor

Cara 3/4

 

Bila Period Bocor

4/4

 

Tapi dengan cloth pad ni, Cik Lisa rasa sedap dan selesa… tak rasa pelik langsung.

 

Surprisingly, walaupun dibuat dari kain… Cik Lisa rasa ‘kekal kering’ dan tak ada potensi pun untuk ala ala bocor or risau takut kalau ada moment nak terbocor or something like that. Tak ada moment or peluang nak rasa Bila Period Bocor lagi lepas ni taww!

 

Secara keseluruhannya, Cik Lisa memang puas hati dan two thumbs up untuk produk ni! 👍🏼👍🏼

 

Score untuk Cloth Pad dari Sweet and Cozy Collection dari Cik Lisa: 5/5

 

 

 

BILA PERIOD BOCOR – MACAM MANA NAK DAPATKAN CLOTH PAD DARI SWEET AND COZY COLLECTION

 

Rasa eksaited dan berminat untuk dapatkan cloth pad dari Sweet and Cozy Collection? Ada tiga cara mudah untuk awak dapatkannya (hanya perlu klik salah satu di bawah untuk maklumat lanjut pembelian):-

 

😍 WEBSITE SWEET AND COZY COLLECTION

😍 FACEBOOK SWEET AND COZY COLLECTION

😍 INSTAGRAM SWEET AND COZY COLLECTION

 

 

Dapatkannya hari ini!!!

 

Bila Period Bocor

Senarai harga untuk cloth pad yang comeyy!

 

Trust me, rugi kalau awak tak cuba pakai ni. Sebab Cik Lisa sendiri dah cuba taww dan Cik Lisa suka sangat sangattt! Oh, dan tak mungkin dah ada perasaan malu Bila Period Bocor lagi sebab tak akan ada moment untuk rasa Bila Period Bocor lepas ni. Best kan?

 

 

 

BILA PERIOD BOCOR – TERIMA KASIH DARI SAYA

 

Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih daun keladi untuk Cik Puan Ayu kita ni sebab sudi bagi chance Cik Lisa cuba dan review produk dari Sweet and Cozy Collection.

 

Dah tak mungkin ada lagi moment untuk rasa Bila Period Bocor lepas kenal cloth pad dari Sweet and Cozy Collection taww!

 

Apa apa pun, Cik Lisa doakan bisnes Cik Puan Ayu akan terus maju dan berjaya lepas ni dan semoga kita semua diberkati-Nya, inshaALLAH.

 

Terima kasih dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Bila Period Bocor!

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Kak Noor 🙂

      Cara basuh: boleh basuh macam biasa. Dengan air dan sabun (if nak guna sabun, if tak pun takpe). Nak lagi mudah, rendam dulu dalam air untuk beberapa minit sebab nak bagi darah senang nak basuh dari kain tu. But hari tu Cik Lisa basuh gitu je and mudah nak hilang. Tak ada masalah. Rasanya sebab kain yang digunakan tu bagi ia mudah nak basuh actually. 🙂

      Thank you Kak Noor sebab singgah baca! 😉

      Love,
      Cik Lisa.