3 Tips Hadapi Ujian Dalam Life


Hidup kita tak selalunya freeflow atau smooth sailing sepanjang masa. Mesti ada moment yang tak berapa nak syiok sebab akan ada benda benda yang buat kita rasa hidup ni tak bermakna. Rasa macam semua benda tak kena dan apa je benda yang berlaku mesti rasa tak best giler. Ini lah  yang orang panggil ujian dalam kehidupan. Silap haribulan, boleh buat kita meroyan! Sebab tu petang ni Cik Lisa nak kongsi 3 Tips Hadapi Ujian Dalam Life setiap hari.

 

Jom Lompat Bintang With Me

 

Masa tu lah kita rasa tak seronok, mula time tu rasa tak syiok! Kalau satu ujian pun rasa dah meroyan, bila bertimpa timpa segala jenis cabaran… rasa rasanya skala meroyan tu tak ke kepala rasa giler terbeban? Masa ni jugak satu persatu kita rasa semua pun tokleh nak get thru!

 

Pernah tak rasa gittew?

 

 

 

⭐️ 3 TIPS HADAPI UJIAN DALAM LIFE – LAIN LAIN HATI MANUSIA, LAIN LAIN RASANYA

 

Ada macam macam jenis ujian dalam dunia. Tak semestinya bila kita rasa satu benda tu dah ujian yang giler terbeban kat bahu kita, it may not be that bad untuk dia dan mereka semua. Ada yang kita rasa benda tu tak ada apa, tapi kat dia it is something yang serius giler. Same goes to mereka.

 

Tak semua orang akan rasa benda yang sama. Sebab priority untuk setiap hati manusia, tak mungkin serupa untuk setiap mereka. Semua tu memang depends on masing masing punya cara pemikiran atau penerimaan.

 

 

 

⭐️ 3 TIPS HADAPI UJIAN DALAM LIFE – JENIS JENIS UJIAN

 

Macam Cik Lisa kata tadi, ada macam macam jenis ujian dalam dunia kita ni. Ada yang kena retrenched (baca: buang kerja), itu dah rasa setepek kat muka mereka. Masa tu rasa nak hidup pun dah tak ada gunanya.

 

Sama macam masa Cik Lisa kat Dublin dulu bila tetiba ekonomi merudum giler. Masa tu memang Cik Lisa rasa it’s like the end of the world sebab dok pikir diri ni loser giler! Kisah ni Cik Lisa ada cerita kat dalam e-book Jom Lompat Bintang With Me in detail rasa yang terbuku kat dalam hati dan jiwa!

 

Sometimes, bila kita dah penat lelah bercinta bagai nak rak dengan kononnya life partner kita. Rasa macam nak hidup sampai tua dengan dia. Sebab semua dah klik dan hati kita dah pun matchy matchy dengan si dia.

 

3 Tips Hadapi Ujian Dalam Life

 

Tapi, mau tak rasa nak meroyan tak tentu hala bila it ended camtu je? Masa tu, another moment of ‘the end of the world’ sekali lagi sebab cemana nak hidup bila kita dah tak ada dia?

 

Ada jugak yang Cik Lisa tengok kawan kawan Cik Lisa sendiri. Dulu kita ingat, bila dah mula berkeluarga… tak mungkin ada chance nak jadi stress dan hidup tak bermakna lagi? Maklumlah, dah ada keluarga sendiri dan anak anak yang comel berderet kali ni.

 

Tapi, ada je yang dah mula bermadu bila si somi dah kawen lain lagi. Mau tak stress rasa hati? Mau tak emosi berhari hari? Ujian jugak tu kan nak hadap dalam jiwa sanubari bila everytime dia bangun pagi pagi!

 

 

 

⭐️ 3 TIPS HADAPI UJIAN DALAM LIFE – TAK ADA YANG LEBIH, TAK ADA YANG KURANG

 

Mesti at times, kita mesti nak lebih dari mereka kan? Nak kata, mereka tak apa since dah ada keluarga. Kita yang sendiri ni lagi suffer bila one day kena tepek dengan ujian yang mencabar diri? Tapi, siapa kita nak kata dia tu lebih happy bila kita sendiri tak tahu apa exactly yang dia tengah hadapi?

 

Dia pulak mungkin dah beria ia dok kata dalam hati… huntong lah kita sebab duduk sendiri, while dia yang suffer macam nak menangis tak henti henti. Sebab ada anak ramai nak kena cara, but kita hanya dengan diri sendiri… it’s just us and it’s only me?

 

Jom Lompat Bintang With Me

 

Tokleh lah gittew.

 

Masing masing pun ada rasa yang cenggitu.

 

Tapi sebenarnya setiap kita memang suffer sama rata. Biasalah, kita mesti nak rasa kita yang paling teruk nak rasa segalanya. Takkan nak kata kita cuma biasa biasa je. Dah dalam diri seorang manusia, tokleh kalah dengan setiap mereka.

 

Haha.

 

 

⭐️ 3 TIPS HADAPI UJIAN DALAM LIFE

 

So, petang ni Cik Lisa nak kongsi 3 Tips Hadapi Ujian Dalam Kehidupan kita ni. Tapi, nak clarify siap siap dulu ni. Cik Lisa ni bukanlah pakar motivasi, pakar psikiatri atau not even somebody yang positif berhari hari… tapi I just think it works for me. Jadi, hopefully it works for you too nak hadapi.

 

 

⚡️CHILL JE

 

Chill dan santai je hadapi semuanya. Memang nampak macam senang nak berkata kata dari actually nak melakukannya. But, if not what? Nak meroyan dan jadi tak tentu hala? Apa yang kita dapat kalau kita nak pilih untuk rasa loser? Selesai ke masalah dan boleh ke nak kekal tabah?

 

Jom Lompat Bintang With Me

 

Maintain dan jalankan kehidupan seharian macam biasa. Bukan nak kata untuk buat macam it’s nothing or tak ada apa. I know, mesti kita akan rasa tak syiok or tak selesa. Tapi, it’s not the end of the world lagi selagi kita masih bernyawa dan hidup kat donia ni.

 

Lama lama nanti, hilanglah rasa tak senang di hati.

 

 

⚡️ KENALI DIRI KITA SENDIRI

 

Masa ni masa yang sesuai untuk kita post-mortem kan life kita sebelum ni. Mungkin masa ni kita boleh detect apa yang kita lack of dan cuba jadi lebih baik dari siapa kita hari ini.

 

Before, kita mungkin tak sempat nak kaji apa yang kita dah lalui selama ni. Sebab dok kalut dan serabut nak hadapi life sehari hari. Then, kita guna lah moment yang ada sekarang ni untuk kita tahu apa yang kita patut buat lepas ni.

 

Tapi.

 

Ia bukan masa untuk kita cari salah diri sendiri. Setiap apa yang kita buat tak pernah salah actually, as it is all part of growing up sebelum ni. Setiap perkara yang kita buat dalam hidup kita is meant to be dan tak ada salah or silap pun sebenarnya.

 

 

⚡️ UJIAN YANG DATANG TANDA TUHAN SAYANG KITA

 

Pernah dengar kan bila mereka kata setiap ujian yang datang tu kita memang boleh nak hadapinya. Tuhan tak akan bagi kita such ujian kalau Dia tahu kita tak boleh nak face all the sorrow dan zaman kejatuhan tu sebenarnya. Kita je mengada nak kata, tamatlah riwayat kita sebab ujian yang kita kena.

 

Patutnya, kita patut happy giler bila dapat ujian yang beria ia… sebab tu maksudnya Tuhan nampak kita dan nak kita sedar tentang wujudnya Dia. Mungkin selama ni kita dah tersasar jauh giler, then ujian tu as if macam reminder untuk kita like,

 

“Hey you! Awak dah jauh ke mana mana. Plis berpijak di bumi nyata. Ini cuma reminder untuk ingatkan yang dunia ni banyak cabarannya!”

 

 

So again, chill lah.

 

It’s not the end of the world, guys!

 

Psstt… kalau rasa nak dengar Cik Lisa pot pet isu ni secara live (tapi now dah jadi recording lah kan? haha), boleh view Live FB recording kat bawah ni.

 

 

 

⭐️ 3 TIPS HADAPI UJIAN DALAM LIFE – LAST NOTE

 

Jadi, to end this entry Cik Lisa cuma nak cakap ni: let’s not berputus asa bila one day dan tetiba kita ditimpa ujian yang berganda ganda… that we suddenly thought,

 

“Mati dah aku lepas ni! Tak mungkin aku boleh nak cope up with this! This means DEAD and tak ada cara untuk aku bangkit dan happy kembali! Ever! Again!”

 

 

Chill lah, okay?

 

Kalau rasa tokleh nak chill jugak kan… why not awak sacrifice (baca: korbankan) RM10 dan beli e-book Cik Lisa bertajuk Jom Lompat Bintang With Me untuk riang dan happy kan rasa hati!

 

Jom Lompat Bintang With Me

 

Oh yes. Boleh picit icon SenangPay kat bawah ni kalau nak beli, Cik Lisa dah awal awal mudahkan kerja untuk awak senang nak membeli e-book ni. Don’t worry, bahasa Cik Lisa mudah giler… inshaALLAH terubat rasa tak syiok di dada tu dalam sekelip mata!

 

 

Haha.

 

Babai all dan macam biasa Cik Lisa dok ulang ulang dan kata, Cik Lisa sayangkan awak semua. Dan diharap perkongsian Cik Lisa petang ni ada beri manfaat untuk awak hendaknya.

 

I’ll see you guys soon in my next entry, inshaALLAH.

 

Tengs.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *