Masak Lemak Cili Api Yang Sedap 4


Helloooooo awak! Hari ni Cik Lisa nak pot pet pasal Masak Lemak Cili Api Yang Sedap kat Seremban, Negeri Sembilan. Biasanya, susah kami nak berkumpul satu keluarga. Kali ni pun, adik lelaki Cik Lisa sorang lagi pun tak ada. Walau tak cukup satu korum, tapi ni boleh lah nak kira cukup satu group.

 

Jalan Jalan Cari Makan

Nampak syiokkk kan?

 

Since adik lelaki Cik Lisa sorang ni duduk kat Nilai, so kami sekeluarga pikir why not pi jenjalan melawat dia kat sana sambil boleh lunch together gether. Before ni, dah ramai dok kata belah belah sana syiokkkk dan banyak pilihan untuk cari Masak Lemak Cili Api Yang Sedap. Maklumlah, memang asalnya kan dari sana?

 

Adik Cik Lisa eksaited lah, sebab dia memang dah selalu cari spot best makan makan bila ada masa. So, hari ni dia pun jadi tour guide untuk kita cari lunch kat belah sana. Patutnya, ada je yang kat Nilai sebenarnya… tapi alang alang dah pegi satu keluarga, dia bawak kami ke Seremban teruih cari makan kat sana!

 

 

 

MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP – HARD WOOD CAFE

 

Nama kedai ni Hard Wood Cafe (dah macam Hard Rock Cafe bunyinya kan?). Haha. Dan logo dia pun seakan akan Hard Rock Cafe tu sebenarnya, cuma tak ada lah live band or segala. But diganti dengan lunch menu Masak Lemak Cili Api Yang Sedap giler.

 

Lokasi restoran ni kat Seremban 2 dan kat sebelah nurseri pokok pokok bunga yang boleh tahan besar juga. Biasalah, sapa yang suka berkebun or bercucuk tanam… mesti dah tahu kat area Seremban ni semua memang port untuk nak beli tanah, bunga bungaan dan macam macam. Sebab harga obviously lagi murah dari KL lah ceritanya!

 

Jalan Jalan Cari Makan

Ni masa dah nak balik… nampak keriangan di situ?

 

Parking takdak masalah sebab situ bukan main road yang kereta lalu lalang. So, mudah je nak park kiri kanan jalan dan inshaALLAH ada je parking even kalau peak hours pun sebenarnya. Kompaun restoran pun besar dan sejuk mata memandang kiranya sebab ada pokok pokok kat setiap lokasi… ala ala macam makan lunch dalam hutan lah actually.

 

 

⭐️ SUASANA TENANG

 

Lokasi restoran yang strategik dan banyak pokok pokok kat keliling tu buat kita rasa tenang dan santai. So, nak makan pun tak berapa nak pressure atau stress sebab boleh menjamu selera dengan selesa. Tak ada lah rasa panas tak tentu hala dan tokleh nak concentrate makan di tengahari buta.

 

Jalan Jalan Cari Makan

Luas kawasannya kat sini… mungkin boleh book event agaknya!

 

 

⭐️ LUAS DAN TAK SEMPIT

 

Tempat tu super luas so kids boleh main main riang dan tak ganggu parents nak makan dengan senang. Jadi, bila kids happy dan tak meragam… eventually parents pun boleh enjoy makan macam macam.

 

 

⭐️ MAKANAN CARA BUFFET

 

Makanan di setkan secara buffet macam kat kantin sekolah atau mana mana kedai makan tengahari yang ada. So, kita cedok nasi sendiri dan amik lah lauk pauk dengan seronoknya. Toksah kalut dan serabut pikir apa yang nak order. Mudah dan pantas sebab cepat je dah boleh nak jamu selera!

 

 

⭐️ LAUK PAUK BANYAK PILIHAN

 

Since ni restoran Masak Lemak Cili Api Yang Sedap, so obviously ada dish Masak Lemak Cili Api Yang Sedap lah kisahnya. Tapi, ada je banyak option lauk lauk yang lain yang sesuai nak makan together gether. Takkan nak makan Masak Lemak Cili Api semata mata kan?

 

Jalan Jalan Cari Makan

Nampak tangan ligat nak makan? Kuah selambak tapi tak cukup pedas ni. Hihi.

 

Masak Lemak Cili Api Yang Sedap pun ada macam macam jenis: daging salai, ayam, ikan, siput sedut dan few others. Semua pun macam terliur bila nak ceduk tapi clearly lah Cik Lisa amik daging salai kan?

 

Lagi satu lauk yang jadi pilihan hati kat sini ialah Ayam Goreng Kampung yang ooohhhhhh-sooooo-yummmmm! Masak bila kita place order so konfem masih panas dan ohsem!

 

 

⭐️ TEMPAT DUDUK SESUAI UNTUK SEMUA

 

Memandangkan tempat dia luas, ada pilihan tempat duduk untuk kita choose nak yang mana. Macam dalam Live FB Cik Lisa ni (refer video kat bawah ni), since ada nieces yang aktif dan banyak akai… kami pilih air-cond room yang santai. Cik Lisa terpikat sungguh kat deco dia: guna tikar mengkuang punya stail untuk dinding dan roof bilik ni.

 

Mama and baby sister posing pas makan!

 

Cantik sungguh dan sejuk betul. So, takdak lah kita rasa stress or emosi tak pasal. Boleh makan dengan riang ria dan bahagia!

 

 

 

 

 

MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa suka betul makan masakan yang pedas pedas sebenarnya (although tak ada darah Negeri Sembilan pun!). But to me, Masak Lemak Cili Api Yang Sedap kat sini tak cukup standard pedas yang Cik Lisa miliki. Ceewahhh!

 

Jalan Jalan Cari Makan

Belanja gambar keriangan muka Cik Lisa untuk awak!

 

Walaupun, adik dan Papa Cik Lisa rasa dah pedas giler tadi. Cik Lisa dan adik pompuan Cik Lisa rasa biasa biasa je actually. Sebab kami siap amik sambal belacan nak makan sekali.

 

Haha.

 

But the ambience dan lokasi… memang ohsem dan rasa best jugak lah nak cerita.

 

Jalan Jalan Cari Makan

‘Paksa’ Mama dan baby sis untuk posing lagi! Haha.

 

Harga? Ada orang kata mahal tempat tu (bila Cik Lisa ada dok baca all the other reviews kat pelbagai tempat dan Facebook depa) but rasanya… biasalah kan? Mana ada nak makan luar murah lagi dah zaman sekarang ni kan?

 

 

⭐️ LIST MAKANAN YANG KAMI ORDER

 

Kami basically order the following:

Nasi x 4

Ayam goreng x 5

Masak Lemak Cili Api Yang Sedap (daging salai, siput sedut, ikan) x 5

Ulam ulaman dan sambal belacan

Sirap limau ais

Sirap ais

Limau panas

Teh ais

*lebih kurang gittew lah sebab masing masing ceduk dan letak dalam pinggan sendiri kan?

 

Jalan Jalan Cari Makan

Ayam goreng kampung yummms!

 

Total dalam more or less RM120, so agak agak dalam almost RM30 sekepala lah ceritanya. Tepuk dada dan tanya selera ikut lah memasing nak kata cemana. Tapi, bagi Cik Lisa… nak ikut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap kat sana, selain dari rasa dia tak berapa nak pedas ikut selera kita, tapi memang rasa lah setiap kali suapan tu dalam mulut kita.

 

Haha.

 

SKALA BINTANG ⭐️ BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA: 4/5

 

 

 

MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP – KESIMPULAN

 

Jadi, sesapa yang seppp sikit sama dengan Cik Lisa dan suka aktiviti makan makan dengan riang ria… boleh lah cuba sendiri dan pi tengok acaner kata awak pula bila dah terai makan kat sana.

 

To me, sedapppp dah tu dan kalau nak sedap lagi apa kata cuba masak sendiri? Kalau rasa harga tu okay dan sekali sekala nak cuba cuba rasa, boleh jejemput ke Hard Wood Cafe dan cerita kat Cik Lisa cemana awak rasa. Okay?

 

Jalan Jalan Cari Makan

Nampak tak muka ‘dipaksa’ mereka tu. Hihi…

 

But jangan lah nak makan Masak Lemak Cili Api Yang Sedap ni hari hari, satgi konfem lah berat badan bertambah dengan jayanya lepas ni! Kan main ingredients menu ni ialah santan yang berlemak… dah namanya pun Masak Lemak Cili Api kan? Haha.

 

Nanti terpaksalah baca entri Cik Lisa yang dulu tentang Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat lepas ni kalau ada rasa nak makan menu ni hari hari. Haha. Ni kita cerita pasal kita yang dulu… makan segala macam yang ada, sampai emosi bila badan dah jadi besar giler! Pengsan!

 

By the way, chupppp!

 

Ni BUKAN REVIEW BERBAYAR tawww but mainly untuk kongsi tempat makan yang Cik Lisa dah pegi tadi. Mana lah tahu awak pun tengah cari tempat nak terai makan sebab nak cuba cuba and see bagaimana.

 

Sampai sini saja pot pet Cik Lisa hari ni dan hopefully kita jumpa lagi di lain entri.

 

Jalan Jalan Cari Makan

Eskrem Mekdi penutup rasa.

 

Selamat malam dan semoga mimpi yang indah indah ya?

 

Muahs!

 

 

Love always ❤️,

Cik Lisa The Pot Pet Teller.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Rozak. 🙂

      Ha’ah, memang sedap! Boleh try nanti pastu cer bitau Cik Lisa apa awak rasa.
      Cik Lisa rasa dah cukup ohsem dah. Just that kalau lagi pedas, baru lagi uumpph!

      Thanks singgah blog kita btw. 🙂

  • Ijat

    Terima kasih sis sudi datang menjamu selera di Hard Wood Cafe. Insha Allah kami akan cuba membaiki lagi mutu makanan kami dan cuba untuk menjadi nombor 1 dalam kalangan peminat masakan Nogori. Thanks again sis! Jemput datang lagi ye

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Ijat! 😉 Thank you sebab sudi singgah blog saya. Kami sefamili seronok makan kat sana.
      Cantik tempatnya. But kalau awak boleh pedaskan sikit lagi, uishhhh! Mesti lagi syiok dan Cik Lisa
      akan dengan seronoknya nak bagi 5 stars! 🙂

      Thank you sekali lagi for having such an ohsemmmm place to makan makan ya?
      InshaALLAH saya singgah lagi nanti. Xx