3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara


Cik Lisa nak cerita tentang 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara hari ni. Yelah, Cik Lisa ni kan… bila duduk diam diam kekadang tu, mesti tak terlepas dari nak terkenang masa zaman belajar belajar dulu. Yelah, masa zaman Cik Lisa muda mudi masa tu.

 

Tak berapa sure sama ada awak dah tahu atau belum tentang kisah Cik Lisa suatu masa dulu. Cik Lisa ada dua degree actually. Satu kat Malaysia dan satu lagi kat oversea. So, hari ni Cik Lisa nak pot pet sikit apakah 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara kalau nak bezakan dengan dalam negara.

 

YES Academy

St. Stephen’s Green Park, Dublin

 

Mesti awak sambil sambil tu dah berkata dalam hati;

 

“Huntonglahhh! Boleh nak ada dua degree! Siap ada chance nak pi belajar oversea. Biasanya, orang ada ada je yang boleh belajar luar negara. Bukan semua orang yang ada peluang untuk buat benda yang sama!”

 

 

 

3 KELEBIHAN BELAJAR DI LUAR NEGARA – BAGAI BULAN JATUH KE RIBA BILA DAPAT PELUANG KERJA DI OVERSEA!

 

Eh, eh! Bukan gittew kisahnya. Ni yang Cik Lisa nak stori mori apa sebenarnya yang dah jadi. Ianya bermula masa Cik Lisa umur 25 tahun. Zaman kita muda mudi dan riang ria dok terkial kial tak tahu apa benda pun. Masa tu dah graduate dengan satu degree actually: Bsc. in Quantity Surveying atau dalam bahasa melayu; Jurukur Bahan.

 

YES Academy

Flight pi overseas

 

Bukan suka sangat course tu tapi disuruh dan memang tak diberi pilihan untuk pilih apa yang kita suka. Nak tak nak dan demi sekeping ijazah, Cik Lisa belasah saja lah! kerja pun tak berapa nak meriah dan sepanjang dua tahun lepas grad tu dok setakat acah acah. Maklumlah, tak ada hati… cemana nak rasa happy?

 

Tetiba, dapat peluang interview untuk kerja kat Dublin, Ireland. Punya lah ignorant dan jenis tak amik peduli, bukan nak tahu pun kat mana Dublin tu actually. Mati mati ingat it’s part of UK dan sebelum tu tak pernah terpikir yang Ireland tu ialah satu negara yang berbeza!

 

YES Academy

Howth Island, Dublin

 

Ngengs kan?

 

 

 

3 KELEBIHAN BELAJAR DI LUAR NEGARA – MULA BEKERJA DI NEGARA MAT SALLEH!

 

Tup tap tup tappp, nak pendekkan cerita… alhamdulillah, Cik Lisa berjaya lepas interview tu through a phone interview dengan 3 orang Director kat kompeni sana. Gila tak syiok? At the age of 25 kita dapat peluang ohsem gittew? Memang lompat bintang berkali kali lah Cik Lisa tak henti henti!

 

Pi sana, it was great! Environment kerja sangat selesa dan memang mindset Mat Salleh adalah lebih terbuka berbanding bos bos besar kat negara kita. Banyak yang Cik Lisa belajar dari mereka.

 

YES Academy

Study time ialah time yang paling syiok kan?

 

Since mereka sangat pentingkan welfare staff yang ada, mereka dok suruh Cik Lisa register sebagai Chartered Surveyor (ala ala macam Chartered Acountant lah, kena isi log book, amik exam, etc.) and only to find out that degree Cik Lisa dari Malaysia tu tak accredited worldwide – hanya valid di Malaysia je masa tu!

*Ni sebabnya Cik Lisa ialah first batch untuk course tu, but now thank God dah accredited worldwide. Tapi, Cik Lisa dah ada dua degree lah sekarang ni. Haha. Huntonggg lah! 

 

 

YES Academy

Big Ben, London, UK.

 

Disebabkan inilah, Cik Lisa dapat peluang belajar di luar negara bila bos bos Cik Lisa yang ohsem tu paksa Cik Lisa amik mana mana course untuk entitle kan diri Cik Lisa sit for the Chartered Surveyor course dan exam! Suweet kan mereka?

 

Since I had my fair share belajar dalam dan luar negara lah Cik Lisa bebetul nak kongsi 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara dengan awak ni actually. Memang banyak beza dan Cik Lisa bersyukur sebab dapat peluang yang ohsem camni.

 

Lagi kisah Cik Lisa di Dublin dalam entri sebelum ni di 5 Nilai Positif Dalam Diri Saya dan Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan

 

 

 

3 KELEBIHAN BELAJAR DI LUAR NEGARA

 

So, apakah 5 Kelebihan Belajar Di Luar Negara yang Cik Lisa tak sabar sabar nak share dengan awak ni?

 

❤️ JAUH BERJALAN, LUAS PANDANGAN

 

Bila kita bukan di negara sendiri tapi beratus ribu batu jauh dari tempat berdiri… macam macam yang kita akan hadapi and most probably seorang diri. Kalau kat Malaysia pun, adat resam dan budaya di Melaka ada yang tak sama dengan mereka yang berada di Perak atau Kelantan misalnya. Lain tempat, tentunya lain adat dan budaya.

 

YES Academy

London, UK

 

Indirectly, ia sedikit sebanyak bantu kita untuk lebih kenal dunia luar dan bukan setakat duduk di takuk yang sama. Mungkin syllabus yang sama tapi environment yang berbeza boleh buat kita jadi lebih tahu banyak benda. Luas pandangan dan obviously kita akan lebih punyai pemahaman yang berlainan.

 

It will make us better in terms of understanding others; be it culture, lifestyle, etc. yang sedikit sebanyak jadi syllabus untuk kita hadapi kehidupan kita hari hari. Dalam erti kata singkat: jadikan kita lebih baik dari siapa kita hari ini.

 

 

❤️ BINA KEYAKINAN DIRI

 

Dah study oversea, tak mungkin lah kita nak cakap bahasa melayu sepanjang masa. Lainlah kalau oversea yang kita refer ialah Indonesia… then itu lain cerita. But in most places, medium perantaraan adalah Bahasa Inggeris. Nak tak nak, kalau dah nak pi study sana… awak WAJIB untuk tahu berkata kata dan menulis tentunya!

 

YES Academy

London, UK

 

Part menulis tu tak apa lagi, but untuk berkata kata dan kita tak berapa nak biasa? Well, ini yang bakal bikin masalah kan? Lagi lagi kalau kita ni jenis yang cuak cuak sentiasa. Atau Mat Salleh refer as: lack of self-confidence.

 

Asal kena present paper kat depan, mesti kecut perut dan peluh berjurai jurai. Kalau kita ni diperbuat dari kaca lah misal kata, mesti dah jatuh pecah berderai derai!

 

Nervous kannn?

 

Bila kita dah kat sana, semua pun tahu yang aktiviti presentation kat depan tu is like perkara biasa. Kalau kita belajar dalam negara, although dalam paper kata semua kena cakap English sentiasa… tapi masa presentation lecturer sometimes bagi leeway dan kata it’s okay kalau kita cuma nak berbahasa melayu je.

 

YES Academy

LUSH Handmade Cosmetic, Dublin

 

Dah kata belajar kat Malaysia, apa ada hal? Semua faham bahasa kita so tak perlu nak dup dap dup dap dalam hati sepanjang masa!

 

Kat sana bila kita diwajibkan buat presentation in English, sekali dua mungkin gagap gagap tak lepas. But after few rounds, konfem dengan semudah tu je awak pooof pafff poofff paff speaking berhabuk dengan sangat jelas!

 

Tak ke indirectly, ia dah bantu bina keyakinan dalam diri kita?

 

 

❤️ BELAJAR BERDIKARI

 

Selain tu, kalau kita masih di dalam negara… kita tak akan ada rasa nervous bila ada any masalah yang menimpa. Biasanya, student mesti akan ada isu tentang rumah sewa, duit belanja, tak pass periksa and few others. Bila kita masih berada dalam negara, sesusah mana pun yang kita rasa… kita masih ada mak, ayah dan kengkawan kita.

 

Tak ada lah rasa berdebar debar beria bila ada anything yang menimpa diri kita.

 

But things are different bila kita kat oversea sana. In a way, kita mana ada sesapa. Cuma muka muka baru yang kita kenal je tapi bukan somebody yang dah lama kenal siapa kita. Kekadang tu lagi haru biru bila ada language barrier dengan setiap yang ada. Dah macam ayam dan itik pun ada bila memasing tak paham sesama sendiri!

 

YES Academy

St. Stephen’s Green Park, Dublin, Ireland

 

Sebab tu antara 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara ialah kita mampu bentuk diri kita (indirectly) untuk belajar berdikari dan berdiri dengan dua kaki sendiri. Especially, bila macam macam masalah yang kita hadapi hari hari.

 

Eventually, ia mengajar kita untuk jadi lebih baik dari siapa kita hari ini taww?

 

 

 

3 KELEBIHAN BELAJAR DI LUAR NEGARA  – TAPI, BELAJAR OVERSEA MAHAL GILER! ORANG ADA ADA BOLEH LAH!

 

Siapa kata belajar di luar negara hanya untuk mereka yang kaya dan result yang gempak giler? Bila dah set mind cenggitu, indirectly dah buat semangat mereka yang bukan dalam kategori tu rasa tak syiok dan terpinggir beria ia. Yelah, kalau tak kaya or tak berapa nak score setiap ketika, memang tiada maaf bagimu dan tak ke mana lah jawabnya?

 

YES Academy

Belajar di luar negara mampu dimiliki oleh semua orang! Yayy!

 

Ye ke camtu ceritanya?

 

Rasa eksaited nak tahu tak kalau Cik Lisa kata ada caranya untuk dapat peluang belajar di luar negara walaupun kita bukan dari golongan ada ada (baca: kaya raya)? Dan, sekaligus boleh dapat rasa 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara sama macam mereka yang lain juga?

 

Ini bukan hype atau Cik Lisa saja nak buat cerita pong pang pong pang tak tentu hala. Tapi, ni cerita serius dan Cik Lisa rasa offer dia sangatlah berbaloi dan best! Memang dulu Cik Lisa ada cerita yang Tak Semua Impian Boleh Jadi Kenyataantapi belajar di luar negara ni antara impian yang boleh jadi kenyataan!

 

Nak tahu?

 

Tunggu next entry Cik Lisa bertajuk Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara lepas ni okay? So, sampai jumpa lagi dalam entri blog yang akan datang, inshaALLAH.

 

Tengs awak!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *