Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara 2


Hari ni Cik Lisa nak share Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara. Best takkk?

Haritu Cik Lisa ada pot pet tentang 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara dan Cik Lisa ada masukkan life experience Cik Lisa sendiri. Tapi, bila cerita pasal Belajar Di Luar Negara je… mesti semua nak kata itu hanya untuk golongan mereka yang ada ada (baca: kaya raya). Awak rasa cemana?

 

YES Academy

 

Kalau ada baca entri blog Cik Lisa baru baru ni bertajuk 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negaraini kira sambungan kisah hari tu lah ni.

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – MINDSET TIPIKAL MASYARAKAT SETEMPAT

 

Ini lah dia mindset orang tipikal. Asal dengan luar negara, lelaju nak kata diri tak mampu. Secepat kilat nak buat kita tetiba tak rasa berapa nak semangat. Semudah tu je nak kata ianya hanya untuk mereka yang ada ada, yang kaya raya sebab nak pakai banyak duit belanja?

 

YES Academy

Tipikal mindset masyarakat kita memang boleh buat bikin pening!

 

Lagi satu perkara: kalau dengar je perkataan sambung belajar di luar negara, terus rasa rendah diri beria. Lagi lagi kalau result periksa cuma cukup cukup makan semata mata. Tak berapa nak score giler giler macam best student dalam kampus tempat awak belajar tu pulak.

 

Makin lah rasa diri tak setanding, mereka bagaikan si merak kayangan tapi diri sendiri ibarat gagak jalanan!

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – DUNIA DAH SEMAKIN MODEN

 

Sekarang ni dunia dah semakin moden dan bergerak maju ke hadapan. So, obviously lah mindset tipikal tu dah tak berapa relevan. Sebab tu, now semua orang ada peluang yang sama rata regardless awak kaya raya atau papa kedana.

 

YES Academy

Banyak betul kursus yang ditawarkan!

 

Even, kalau result SPM awak tak berapa nak gah mana, awak tetap ada chance nak sambung belajar juga. Tapi, tak lah bermakna… so lepas ni SPM boleh main main je, since Cik Lisa kata result SPM tak perlu nak dapat gempak giler pun dah boleh pi belajar kat luar negara!

 

Haha.

 

Itu figuratively speaking… andai kata result tak berapa nak ohsem giler walau awak dah cuba sepenuh kudrat tenaga yang ada, masih ada peluang untuk sambung belajar. Bukan maksudnya boleh main main je SPM pasni… sebab result cun ke tak ke, still ada chance nak sambung study!

 

Jom kita tengok apakah Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara dengan mudah?

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – YES ACADEMY ADA JAWAPANNYA!

 

Haaa…. YES Academy lah tempatnya. Last few weeks, Cik Lisa dijemput hadir oleh Yes Academy oleh Mr. Kumana Suriya untuk sesi tertutup bersama beberapa orang blogger dan sedikit jamuan raya disediakan (masa tu still minggu ketiga raya, so sakan lah kami dijamu pelbagai makanan yang yumms).

 

YES Academy

 

Dalam sesi santai bersama orang orang kuat YES Academy, kami diperkenalkan dengan YES Academy dan beberapa kursus yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM.

 

YES Academy

Nasi beriani antara sajian yang ada! Best giler taww!

 

 

YES Academy

Nampak yummm kan?

 

 

YES Academy

Ayam masak merah tu is the bomb! Syiokkk taw!

 

 

YES Academy

Samosa and popia tak boleh dipisahkan… ceewah!

 

YES Academy dah bertapak kat Malaysia ni selama 20 years already dan dah melahirkan ramai graduan yang bijak pandai since then. Antara kursus yang femes ditawarkan oleh YES Academy ialah:

 

Diploma in Business Management

Diploma in Information Technology

Diploma in Graphic Design

ACCA Certified Accounting Technician (CAT)

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – BETUL KE SEMURAH TU KOS NAK BELAJAR KAT OVERSEA???

 

Masa briefing santai sedang berlangsung, ada satu benda yang betul betul menarik minat Cik Lisa actually bila repeatedly mereka dok kata kos untuk kursus penuh selama tiga tahun (*2 tahun di Malaysia + 1 tahun di United Kingdom termasuk kos tempat tinggal / sara diri selama setahun) cuma memerlukan sebanyak RM 150,000 (approximately).

 

YES Academy

Miss Tan sedang briefing santai tentang kursus yang ditawarkan oleh YES Academy. Selepas briefing, we all berbual and Cik Lisa rasa lah kan, semua dari YES Academy ni memang sporting giler!

 

Murah ke murahhh?

*tempoh 2 tahun + 1 tahun tidak termasuk untuk Kursus ACCA Certified Accounting Technician (CAT)

 

Selain dari tu, pinjaman dan scholarship scheme pun ada jugak disediakan oleh YES Academy untuk membantu pelajar merealisasikan impian mereka untuk berjaya melalui YES Academy. Mungkin selama ni kita rasa susah, tapi YES Academy dah bantu untuk senangkan kerja kita dengan Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara kan?

 

 

 

CARA CARA SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – KELEBIHAN BELAJAR DI YES ACADEMY

 

Cik Lisa tak pernah masuk private college sebelum ni, tapi masa study dulu kengkawan Cik Lisa ada yang graduate dari beberapa kolej di sini. Paling koman sekalipun, kos untuk belajar di kolej swasta pun dah almost RM 30,000 hingga RM 40,000 satu semester (not even setahun okeh! mahal ke mahal?)

 

Itu tak campur kos untuk 3-4 tahun tempoh belajar dalam dan luar negara! YES Academy dah siapkan proper estimate agak agak dalam lingkungan RM 150,000 untuk tempoh 3 tahun (*dalam dan luar negara taww dan itu termasuk penginapan dan belanja ringkas harian!).

*kos (+/-) adalah berpandukan perbelanjaan asas.

 

Masa diberi taklimat santai oleh Ms. Tan Miang Lee (Managing Director for YES Academy), honestly I was surprised! Tak ke murah bebenor tu actually? Lagi lagi bila Cik Lisa memang tahu kos untuk belajar luar negara should be too expensive sebab tu ramai yang freak out dan tak terfikir pun untuk ke luar negara.

 

Kannn?

 

YES Academy

Antara blogger lain yang datang untuk sesi santai bersama YES Academy

 

Tapi, mesti dalam hati awak terdetik nak tahu… apa kelebihan YES Academy ni dengan kolej swasta yang ada kat luar sana (selain dari kos yang affordable yang Cik Lisa sendiri rasa it’s sooooo ahh-maaazingggg!) kan? Ni Cik Lisa nak pot pet pulak 5 kelebihan belajar di YES Academy dengan awak:-

 

 

KURSUS BUKAN HANYA BUKU TEKS SEMATA MATA

 

Dulu, kita biasa dengar orang kata,

 

“Alaahhh, nanti bila kau grad… kerja tak mungkin akan sama dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam kelas tu, lecturer cuma ajar apa yang ada dalam buku teks. Tapi, dunia luar tak sama pun!”

 

 

Kannn? Tapi, tidak di YES Academy.

 

Sebabnya, setiap syllabus atau courses yang diajar di YES Academy dah pun dikaji selidik dan mereka dah pastikan yang setiap mata pelajaran yang diajar tu bukan based on buku teks / teori semata mata.

 

YES Academy

Mr. Wyatt Yap (lelaki berkaca mata dan berbaju biru) ialah CEO YES Academy, sangat humble!

 

Ianya based on actual events atau perkara sebenar dalam dunia pekerjaan so setiap student dah boleh bersedia nak hadapi dunia sebenar lepas mereka grad nanti!

 

Tak ada lah bila dah grad, terkejut sebab tak ada pun belajar benda tu dalam kelas dulu dulu. Sebab tu setiap graduate dari YES Academy lebih berkeyakinan tinggi nak hadapi dunia luar… berbanding dengan mereka yang belajar hanya berpandukan teori semata mata.

 

 

TENAGA PENGAJAR YANG PROFESSIONAL

 

Setiap tenaga pengajar kat YES Academy ni bukan calang calang orangnya. Mereka bukan sekadar lecturer yang baru graduate dan tanpa apa apa pengalaman kerja. Tapi, they were carefully selected satu persatu dan dah cukup piawaian baru lah boleh nak jadi lecturer kat sana.

 

Sebab YES Academy menitikberatkan kualiti tenaga pengajar sebab nak bagi the best untuk student mereka. Rata rata lecturer di YES Academy adalah mereka yang dah bertahun tahun berkerja dalam bidang mereka sebelum jadi lecturer di sana.

 

YES Academy

Nampak betapa beria we all berdiskusi? Haha. Cik Puan Rosniza (berbaju kurung hijau) ialah COO YES Academy. Beliau sangat sporting!

 

So, mereka memang tahu apa yang mereka kata dalam kelas kat semua tu. Bukan sekadar dok acah acah baca buku dan repeat benda sama kat student dalam kelas macam yang lelain tu.

 

Ohsemmmm kannnnnn?

 

 

PELUANG KERJA YANG MENARIK UNTUK SETIAP STUDENT

 

Kebanyakkan student yang keluar dari YES Academy akan dapat lebih peluang kerja yang menarik since banyak kompeni di luar sana tu tertarik dengan graduate lepasan YES Academy ni.

 

Dengar dengarnya, ada antara mereka yang tak graduate (masih dalam semester terakhir!) dah dapat offer kerja yang syiok syiokkk!

 

YES Academy

Ehem, ehemmm! Yang baju merah tu kenal kan sapa tu? Haha. Bersungguh Cik Lisa dengar briefing Miss Tan – sebab terkejut RM150K untuk ke UK!

 

Seronok kan sebab dah tahu yang ada peluang bekerja although tak habis semester pun lagi? Especially, sekarang ni bila ekonomi yang tak berapa nak okay dan ramai yang kata susah betul nak dapat kerja walau dah apply sana dan sini.

 

 

GROUP KELAS BERSKALA KECIL

 

Kelas kelas di YES Academy dipecahkan ikut skala yang kecil. So, tak lah reramai nak berebut rebut kerusi meja nak belajar sama sama. Bila ada dalam kelas yang berskala kecil, student dapat concentrate dengan lebih baik dan boleh belajar dengan lebih selesa.

 

YES Academy

Sesi bersama blogger yang lain berborak santai dengan team YES Academy yang banyak membantu.

 

YES Academy purposely buat macam ni untuk beri kemudahan yang baik untuk setiap student mereka. Sebab bila student rasa senang hati dan selesa nak belajar sama sama, baru lah mereka boleh berjaya dengan cemerlang!

 

 

BONUS BELAJAR TENTANG BISNES UNTUK SETIAP STUDENT

 

Selain dari tu, YES Academy jugak ada buat kolaborasi dengan iBosses Global Platform untuk menyediakan setiap student mereka dengan ilmu entrepreneurship. So, setiap student lepasan YES Academy akan ada lebih kelebihan atau plus point berbanding dengan graduate dari kolej kolej yang lain.

 

Seronokkkk dak?

 

 

 

CARA CARA SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – BERMINAT UNTUK TAHU LEBIH LANJUT?

 

Best kan offer yang mereka tawarkan?

 

YES Academy

YES! 50% potongan harga untuk CAT course di YES Academy! Sila rebut peluang ni!

 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut (sama ada untuk diri sendiri atau kenalan / sedara mara / etc.) all about Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara, Cik Lisa cadangkan untuk awak hubungi pihak kolej di:

 

 

YES Academy

C-0-5, Block C, Megan Avenue 2,

Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2710 0180 | Fax: 03-2710 0068

www.yes.edu.my

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – SEMUA ADA PELUANG UNTUK BELAJAR KAT OVERSEA KANNNN?

 

Macam Cik Lisa dah pot pet sebelum ni, yeppp! Memang orang dok kata kita ni patutnya belanja tu biarlah berpada pada. Kalau tak ada duit or tak berapa nak mampu, toksah cuba nak belanja mahai sampai esok lusa dok sayu menangis syahdu!

 

YES Academy

Sebelum pulang, kami semua posing bajet bajet comeyyy haha… Ni bersama rakan blogger yang lain. Ala ala model YES Academy lah ni. Haha

 

Tapi, bagi Cik Lisa lah kan… kalau in regards to education dan untuk kita timba ilmu dan indirectly boleh improve our life eventually, apa salahnya kita cuba dan usaha untuk dapatkan yang terbaik?

 

Sebab ni kiranya macam investment (baca: tanam biji benih untuk hasil yang akan datang). Mungkin kita akan bertungkus lumus dari sekarang, tapi bila dah graduate dan ianya melibatkan satu tahun pengalaman belajar di luar negara? Tambahan pulak, kat any universities yang accredited worldwide pulak tu!

 

Tak ohsem ke gittew? Apa perasaan awak bila tahu mudah sungguh Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara dan YES Academy dah bantu mudahkannya?

 

 

 

CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – KESIMPULANNYA?

 

The best ever kan sebenarnya? Bagai bulan jatuh ke riba! Bukan senang kita nak dapat offer setanding apa yang YES Academy dah siapkan untuk kita. Mudah kan bila dah tahu Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara?

 

Dan ini perkara yang Cik Lisa selalu dok ulang ulang kata: jangan bagi alasan yang kita dah tua untuk mulakan semula. Sebab untuk nak belajar, tak mungkin wujud definisi dah terlalu tua untuk bermula. 

 

Rasa terdetik dan tergerak hati nak mula hari ni? Toksah nak pikir berhari hari… lelaju pi contact YES Academy hari ini jugak plis dan Cik Lisa doakan yang terbaik untuk awak, inshaALLAH.

 

YES Academy

Another one shot untuk awak semua! Haha.

 

Okay, thanks sebab sudi singgah baca pot pet Cik Lisa hari ni. Sampai kita ketemu lagi dalam next entry, inshaALLAH.

 

Tengs, awak dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara