Kak Long Adalah Seorang Pembuli


Masa kecik dulu, seronok betul dengan pangkat Kak Long sebenarnya… sebab semua benda yang kita nak, mesti boleh nak order macam ketua bebila masa. Kalau order McDonald dan ada hati nak fries lebih ke, boleh bagi ‘arahan’ kat adik adik kita dan mintak top up fries mereka! Adakah itu buli sebenarnya? Sebab tu ke yang buat orang selalu kata Kak Long Adalah Seorang Pembuli?

 

Buli

Buli ni femes sungguh lately kan?

 

The beauty of jadi seorang Kak Long camni lah ceritanya. Kita lah ketua segala perkara. Kita yang tahu apa yang sepatutnya. Tapi, ianya cuma between adik beradik kita. Bila dah ada kat dunia luar sana… it’s a whole different story!

 

Sebab instead of buli adik beradik sendiri, the Kak Long will become the knight in shining armour pulak to protect them dari anasir jahat kat luar sana actually! Kat dunia luar, kita lah superhero untuk adik beradik kita… sebab suddenly we become soooo protective sebab whatever it is, itu kan adik beradik kita.

 

Buli

Dalam adik beradik punya piagam, itu adat lah Kak Long tu ada superpower compared to others! Haha…

 

Haa… suweet kan?

 

Rasa rasanya logik ke bila orang tak putus putus nak kata Kak Long Adalah Seorang Pembuli?

 

 

 

KAK LONG ADALAH SEORANG PEMBULI – TAPI, APA SEBENARNYA MAKSUD BULI?

 

Cik Lisa dok godek godek internet dan jumpa Wikipedia kata,

 

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.”

 

 

Memang lately bila kita tengok kisah Buli yang berleluasa sekarang ni… mereka yang lemah tu ditindas tanpa henti. So, agak agaknya ada ke peluang untuk mereka bangkit dan rasa diri tak berapa nak loser setiap ketika?

 

Kalau dah tiap tiap hari asyik kena Buli bertubi tubi, akan wujud ke rasanya moment bila si tertindas nak feeling ala ala normal dan biasa sama macam mereka yang lain?

 

Typically, yang selalu jadi mangsa akan always dan kekal jadi mangsa lah ceritanya. Dan mereka yang berkuasa dan lebih sikit dari biasa… akan always jadi pembuli forever and ever. That is how it works and sadly, ini lah yang akan jadi sampai bila bila.

 

Buli

Kalau Kak Long tu seorang pembuli, takkan ajak adik dia pi jenjalan sekali kan?

 

Dah tahu definisi buli, lagi rasa tak berapa nak logik kalau nak kata Kak Long Adalah Seorang Pembuli kan? Macam tak masuk akal kan? Like, seriously? Tak mungkin lah kan?

 

 

 

KAK LONG ADALAH SEORANG PEMBULI – JENIS JENIS BULI

 

Buli ni ada macam macam jenis actually, but biasalah kita mesti kata Buli is the one yang kita nampak dengan mata kasar kita semata mata. Buli yang melibatkan physical contact ataupun sentuhan kan?

 

Buli

Okay, ni Raya 2016 masa Cik Lisa bam bam dan we all adik beradik ‘buli’ Tok kitorang berselfie… haha. Kira buli ke ni?

 

Macam kena pukul, kena sepak, kena terajang… bagi kita those are the ones yang kita definisikan sebagai Buli. Or maybe itu satu satunya maksud Buli yang kita tahu buat masa ni?

 

Nope!

 

Silap tu. Buli ada banyak jenis sebenarnya, since mengasari orang yang lemah or menindasi mereka yang lemah tu tak semestinya through physical contact saja but through many others. So, jom kita sesama tengok antara jenis jenis Buli yang ada kat dunia ni:-

 

 

😱 PEMBULI FIZIKAL

 

Pembuli fizikal ialah segala jenis bulian yang ada kena mengena dengan physical contact atau sentuhan antara dua manusia. Contoh yang paling hebat adalah the latest bully case hari tu tentang adik Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 tahun, merupakan pegawai kadet laut tahun tiga.

 

Dia ialah seorang pelajar di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) and yet ada kes semacam ni kat tempat yang sepatutnya gah dan femes dengan undang undang segala?

 

Plus, apa pulak kita nak kata especially bila post-mortem dibuat lepas dia meninggal dunia dan mereka jumpa ada banyak kesan seterika wap di serata tempat kat badan dia?

 

Apakah yang benar benar berlaku kat situ? Kes Buli tentang apa agaknya sampai nak kena tekap seterika kat serata tempat?

 

Baca kisah lanjut di Kes Buli Zulfarhan: 32 Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini  dan Lima Didakwa Bunuh, Seorang Subahat Dalam Kes Bunuh Kadet UPNM  

 

 

😱 PEMBULI LISAN

 

Ini ada kena mengena dengan conversation ataupun perbualan / percakapan (lisan). Mungkin tak ada sentuhan atau physical contact  (tumbuk, tampak, sepak, terajang, etc.) yang berlaku tapi kata kata kesat yang dilemparkan boleh buatkan mangsa yang dibuli merasa tertekan dan meroyan (who knows?).

 

Buli

Yang laki tu adik Cik Lisa taww! Although these days orang dok kata dia tu yang Abang Long. Hiks! Susah susah je nak ‘muda’ kan kita kan?

 

Ini ada kena mengena dengan kesan psikologi dalam diri seseorang yang ditindas / dibuli. Mungkin tiada luka yang timbul di badan mangsa, tapi disebabkan kata kata yang dilemparkan pembuli boleh buatkan si mangsa jadi kecewa dan lama lama snapped dan berkemungkinan bertindakbalas (sama ada ke arah pembuli ataupun diri sendiri). 

 

Ada je mangsa yang tak tahan sebab asyik dibuli secara lisan dan akhirnya jadi tak tentu hala. Banyak kes seperti ni dah mula di merata tempat dan boleh baca in details di Mangsa Buli Derita Psikologi dan Emosi Pembuli, Mangsa Tercalar – Jika Pernah Dibuli, Mereka Juga Boleh Berubah Menjadi Pemangsa 

 

 

😱 PEMBULI SOSIAL

 

Ni pulak acaner?

 

Haaa… ni mak jemah out there lah, siapa lagi. Nampak macam harmless ala ala tak merosakkan atau memudaratkan. But then again, besar impak mak mak jemah ni sebenarnya. Especially, kalau those mak jemahs ni ramai pulak followernya. Dan dan tu jugak, semua benda jadi viral dan spread around sekelip mata!

 

Ni untuk gossipers out there lah ceritanya. Yang kita dok panggil as mak jemah di luar sana. Kekadang tu, bila ada gossip atau cerita cerita sensasi yang hot habis kat merata… bukannya sahih pun ceritanya. Sebab sometimes, mereka dok kalut buat cerita, padahal tak ada yang betul pun dalam setiap kisahnya!

 

Berita pelsu orang dok kata.Saja nak jatuhkan si dia sebab ada dendam kesumat or something like that. Tak pun, si dia dah kawen dengan jejaka pilihan kalbu… so tokleh lah gittew, meh reramai buat berita sensasi lagi pelsu!

 

Ha, ni lah dia pembuli sosial. Rasanya type ni famous nau nauuu dengan dunia retis kat luar sana. Betui dak?

 

 

😱 PEMBULI SIBER

 

Haa… ni pun lebih kurang sama jugak dengan Pembuli Sosial tadi juga, cumanya yang ni lebih kepada dalam dunia siber. Ada gossip sensasi gittew, oooh… lelaju pi tepek kat media sosial so cerita dengan pantasnya reach semua orang kat memana.

 

Betul or tak cerita tu belakang kira. Yang penting, dah awal awal buat gossip sensasi sebab rasa sakit hati!

 

Tak pun, login akaun si dia dan mula posting macam macam perkara yang tokleh nak diterima akal kita. Sebabnya satu je, stress dan sakit hati dengan si dia… so ala ala nak balas dendam lah ni kiranya.

 

Apa apa pun yang dibuat oleh Pembuli Siber adalah those thing yang guna internet dan media sosial… lagi viral dan pantas lah kiranya nak compare dengan golongan mak jemah tu gamaknya! Haha.

 

 

 

KAK LONG ADALAH SEORANG PEMBULI – PEMBULI SEBENARNYA ADALAH ORANG YANG LEMAH

 

Surprise, surprise!

 

Tahu ke menurut kajian ahli psikologi… mereka yang membuli mangsa yang lemah SEBENARNYA ADALAH ORANG YANG LEMAH? Oohhh, how confusing punya kisah?

 

“… kerana pembuli tidak dapat mengurus emosi dan fizikal mereka dengan sebaiknya sehingga mereka melepaskannya kepada mangsa buli”

 

 

Itu menurut Prof Madya Dr Rozmi Ismail, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia apabila ditanya mengenai isu berkenaan. More of the same issue boleh dibaca di Pembuli Sebenarnya Orang Yang Lemah – Pakar Psikologi.

 

Haih!

 

See. Dengan tambahan definisi gini… cuba pikir sendiri. Kalau pembuli adalah orang yang lemah, tak mungkin lah Kak Long Adalah Seorang Pembuli, ye dok?

 

I mean… Kak Long (or Abang Long – depends lah awak laki or pompuan) mesti lah the eldest in the family kan? Bila kita ni yang awai awai lahir ke donia, mestilah kita ada extra superpower. Takkan lah kita ni orang yang lemah?

 

So, hoih!

 

Obviously kita bukan mereka yang lemah dan clearly dan dengan senang hati Cik Lisa nak kata that sesapa yang kata Kak Long Adalah Seorang Pembuli tu tak berapa nak betui lah sangat kan?

 

Buli

Iklan sat: Get my e-book tawww! Gerenti tak susah hati pasni. Hihi.

 

Kan dah cerita yang Kak Long / Abang Long ni ada superpower sebab tu we all yang lahir awal ke doniaaa dulu dan bukan adik adik mereka tu? Mereka yang the actual pembuli tu, mungkin adalah orang yang lemah to begin with kan? Patut dak Cik Lisa suggest depa untuk baca Jom Lompat Bintang With Me kasi hati depa happy sikit lepas ni?

 

Haha.

 

 

 

KAK LONG ADALAH SEORANG PEMBULI – KAK LONG BUKAN SEORANG PEMBULI!

 

Haa, dah pot pet pot pet panjang lebar… so ternyata Kak Long bukanlah seorang kategori pembuli pun sebenarnya. Cuma acah acah nak jadi leader sebab maklumlah, kita kan lahir bertahun awal dari adik adik kita (or Abang Long if bukan Kak Long lah awak tu). 

 

Buli

Nampak tak betapa adik beradik sebayanya kami? Haha. Takkanlah Kak Long ni pembuli? Takdok gaya pong!

 

Sebab macam Cik Lisa dok cerita tadi, bila kita masuk je ke dunia luar tu actually kita siap back up adik beradik sendiri. Maklumlah, regardless apa pun kisahnya kat rumah kita, tapi sekarang ni kena lah back up darah daging sendiri!

 

Ceewahhh!

 

But, yeah… literally it works that way.

Always is.

 

Sapa sapa yang Kak Long or Abang Long mesti faham dan tahu apa yang Cik Lisa tengah pot pet tak berenti dari tadi ni. Kat rumah tu kita ala ala macam ketua darjah.

 

Kita lahir dulu, so kita tahu apa nak buat sepatutnya. Maklumlah, kita kan yang sulung so obviously kena tahu serba serbi ceritanya. Bukannya kita niat nak jadi pembuli, just that nature kita sebagai the eldest one. Itu ajer.

 

Ye dok Kak Long and Abang Long out there?

 

 

 

KAK LONG ADALAH SEORANG PEMBULI – KESIMPULANNYA?

 

Kita bukannya seorang pembuli. So, statement (or accussation… whichever lah kan?) Kak Long Adalah Seorang Pembuli tu sesangat tokleh nak diterima dek akai so secara tak langsung, tokleh nak diterima pakai! Sebab if not, takkan lah kita boleh riang ria bergambar sakan macam Cik Lisa dan adik dalam entri 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya ni kan? Haha.

 

Buli

Okay, ni maybe lah Cik Lisa paksa dia salam untuk bergambar raya! Haha.

 

Kak Long (or Abang Long) bukan seorang pembuli. TIDAK. Langsung tak.  Tapi kita cuma kita, kan? The ohsem Kak Long (or Abang Long) as always! That is who we are.

 

Regardless.

Kannn?

 

Buli

All of us dalam satu picture! Susah taww nak amik ni! See, mana ada watak pembuli kat sini? Nadaa.

 

Haha. Nanti jumpa lagi in my next entry.

Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *