5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat


Siapa tak mahu badan macam supermodel betul kan? Lagi lagi bila belek belek magazine Cleo atau In Style dan nampak semua pompuan dalam tu macam cun melecun, terus rasa nak pengsan! Especially, kalau kita ni jenis yang terlebih lebih muatan. Cik Lisa faham exactly apa yang awak rasa tu actually. Sebab once upon a time, Cik Lisa pun alami benda yang serupa. Sebab tu hari ni Cik Lisa nak kongsi 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat!

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Yummms! Makan ni hari hari boleh kurus ke?

 

 

5 CARA MUDAH UNTUK KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT

 

Percayalah.

 

Tak ada satu pun benda yang mudah dalam kehidupan kita sehari hari. Setiap perkara yang kita nak achieve tu kan, WAJIB untuk kita usaha baru lah kita akan dapat hasil yang memuaskan.

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Buah buahan bagus untuk kita kekal sihat kan?

 

Tapi, bukan bermaksud yang kita tak akan dapat apa yang kita nak. Obviously, kalau kita dah usaha beria ia… kita akan semudah tu dapatkannya. Tak ada lah sampai nak kena masuk hutan sana sini, atau nak kena exercise bersungguh sungguh macam tak ada life lagi. Haha.

 

Camni lah. Bagi Cik Lisa tips yang Cik Lisa nak kongsi hari ni dah cukup mudah pun sebenarnya. Cuma, kita perlu istiqomah. Tak susah, hanya mereka yang rasa ianya sebagai masalah yang akan rasa susah.

 

Kalau awak nak tahu, Cik Lisa sendiri buat all these things sebelum ni tawww! Because there was one time before… memang Cik Lisa ingat tak mungkin akan kurus lagi dah. Ingat that was it!

 

But, Cik Lisa cuba jugak lagi dan lagi dan lagi. Dan akhirnya it pays off dan Cik Lisa dapat kembali bentuk badan yang Cik Lisa idam idamkan selama ni (Eh, chuppp! Nak turun lagi 2-3 kilo sebenarnya… soon. InshaALLAH!). 

 

So, apakah 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat? Jom kita baca sama sama dan cuba buat kalau ianya jadi nyata!

 

 

TETAPKAN HATI SETIAP HARI KENAPA KITA NAK KURUS

 

Macam orang selalu kata, kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita… memang tak ke mana mana lah ceritanya. Sama jugak halnya dengan isu kita nak kurus macam muda mudi dulu ni. Cik Lisa pernah cerita kan?

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Sedapnyaaa ikan ni kan?

 

Dulunya, Cik Lisa pernah capai berat badan yang super berganda! Paling berat Cik Lisa masa tu: 67 kilogram tahu?

 

Kalau setakat berat tu tak apa lagi… kononnya nak sedapkan hati sendiri dok rajin beritahu diri sendiri,

 

“Alah, tak apa. Ni baby fat je ni. Bukannya apa apa pun actually!”

 

 

Tapi, kalau dah baju pun dari saiz M ke saiz L (dan sometimes tu sampai nak kena cari XL baru nak muat elok elok baju kita tu… dah haru biru lah kisahnya!). Sebab tu kita kena tetapkan dalam hati dan amik tahu apa yang kita nak achieve.

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Bila baju dah kena tukar saiz L, memang sadis lah ceritanya!

 

Kalau kita nak kurus, then set mind kita siap siap dengan alasan; kenapa kita nak kurus. Itu semua untuk jadi pendorong kita untuk tak putus asa.

 

Sebab trust me: dalam misi nak kuruskan badan ni, akan ada moment moment kita terjelepuk berkali kali… rasa tokleh nak gi. Rasa akan tewas je bila bila masa.

 

Especially bila untuk awal awal tu, emosi kita tak berapa nak menentu. So, WAJIB untuk yakin dan tahu apa reason kita nak kurus tu sebenarnya.

 

 

ELAK MAKAN LEWAT MALAM

 

Benda mudah je nak buat ni: untuk elak dari makan lewat malam atau awal pagi (baca: tengah malam between 1 pagi hingga 6 pagi). Badan kita waktu tu patutnya nak rehat dan tidur lena.

 

Bukannya nak kena proses makanan yang kita dok makan dengan seronoknya. Lagi haru biru bila makanan yang kita makan tu bukan healthy option pulak tu!

 

 

Tahu kan yang kalau kita makan processed food (contoh: biskut, kudap kudapan, etc.) selalu… badan kita jadi lesu? Sebab tu kalau berupaya, sila elakkan makanan macam ni sepanjang masa. Itu satu hal lah kan? Another thing is, plis elak untuk makan bila bukan waktu makan.

 

Kita kena latih diri untuk makan bila cukup masa so badan kita dah ada jadual berkala – breakfast bila, lunch bila, dinner bila. Bukannya redah ikut suka hati sendiri, bebila rasa lapar beria baru nak kalut cari apa nak masuk kat perut kita! Salah tu methodnya.

 

 

MINUM AIR YANG BANYAK

 

Mesti awak letih dengan benda yang sama ni berkali kali? Haha. Cik Lisa paham part ni actually, since dulu pun Cik Lisa langsung tak jeling sikit pun dengan air putih. Dulu dulu Cik Lisa siap kata,

 

“Ish. Ruginya asyik nak kena minum air putih semata mata! Dah lah tak ada rasa apa apa. Air putih ni untuk mandi je lah sebenarnya!”

 

 

But luckily, Cik Lisa berjaya lawan diri sendiri dan mula sukakan air putih dari hari ke hari. Boleh baca entri Cik Lisa bertajuk Tips Minum Air Kosong kalau awak pun ada masalah yang sama macam Cik Lisa dahulu kala.

 

Kenapa kita kena minum air putih dengan kuantiti yang (kalau boleh!) BANYAK GILER?

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Siapa suka buah beri angkat tangan?

 

Sebab air putih ni yang akan bantu makanan yang kita dah makan tu diproses dengan kadar yang sepatutnya. So, kita mudah nak pi toilet, tak akan alami masalah sembelit atau apa apa yang seangkatannya.

 

Dalam masa yang sama, apa apa yang tak patut ada dalam badan kita akan mudah dikeluarkan bila kita minum air yang cukup setiap hari.

 

Faham kan?

 

 

KAWAL DIET HARIAN

 

Awak ingat dunia ni adalah alam fantasi? Telan lah segala macam jenis makanan dan berdoa untuk maintain je all the time berat badan? Itu mitos je sebenarnya, alat marketing ubat ubat kurus kat luar sana.

 

Cuba lah fikir logik sikit: kalau hari hari dok tibai nasi kandar Vanggey, rasa rasanya kita akan dapat berat badan idaman in no time ke?

 

Mimpi di siang hari plis!

 

Kalau kita nak kurus, kita kena lah jaga diet harian kita. Penting untuk kita pilih makanan kita setiap masa dan ketika. Tapi, itu tak bermaksud untuk kita sesuka hati nak skip meal. SKIP MEAL UNTUK KURUS adalah mitos!

 

 

Sebab kalau kita cuba untuk skip meal harian yang sepatutnya, kita akan terdorong untuk makan lebih banyak untuk the next time around kita jumpa makanan tawww!

 

Contohnya macam ni: awak tak amik breakfast atau lunch dan pilih untuk makan dinner sahaja setiap hari. Percayalah yang awak akan makan dalam kuantiti yang banyak waktu tu sebab nak cover balik makanan yang awak patut makan sebelum tu.

 

Elok ke camtu? Boleh kurus ke gittew?

 

Again: sila mimpi di siang hari!

 

So, sila kawal makan dan diet harian…pasti awak akan rasa perbezaan. InshaALLAH.

 

 

KELUARKAN PELUH

 

Kita perlu keluarkan peluh untuk bakar kalori setiap makanan yang kita makan hari hari. Tapi, tak lah bermaksud yang kita perlu daftar ahli gym dan berlari atas treadmill berjam jam setiap pagi!

 

Haha. Kita bukan hamster belaan kan yang nak kalut berlari tak tentu hala berhari hari!

 

Memula, cukup setakat buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dari badan kita. Mungkin buat lompatan guna tali skipping selama 10-15 minit je? Atau jogging di sekitar kawasan rumah kita dalam masa yang sama? Tak mahu jogging pun tak apa, brisk walk  pun apa salahnya? Asalkan badan kita ada keluarkan peluh sikit pun jadi lah!

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Sedapnya duriannnn! Tapi kena in moderation okay? Tokleh lelebih.

 

Macam Cik Lisa: Cik Lisa cuma amalkan buat basic yoga yang simple beria ia je sebenarnya. Tak masuk kelas apa apa. Cuma guna YouTube dan cari senaman yoga yang ada. Hari hari tukar yang baru memana yang Cik Lisa jumpa.

 

Pagi pagi bangun tu, terus on laptop dan mula beryoga dengan riang ria. Tak lama pun, cuma 10-15 minit gittew je!

 

 

 

5 CARA MUDAH UNTUK KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT – APA LAGI YANG CIK LISA BUAT SEBENARNYA?

 

Selain daripada semua 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat kat atas sana, Cik Lisa ada amalkan pengambilan supplement yang asas untuk kekal sihat sebenarnya. Bukan apa. Sebab walaupun kita ingat kita dah makan makanan yang cukup nutrisi semuanya, tapi makanan saja tak cukup sebenarnya.

 

Dulu Cik Lisa pernah cerita di entri bertajuk 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement.

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Supplement itu penting taww sebenarnya.

 

Sebab tu Cik Lisa amik jugak beberapa supplement asas untuk kekal sihat. Selain tu, Cik Lisa dapat pastikan yang nutrisi dah cukup dalam badan. Maklumlah, Cik Lisa kan dah ‘berusia’ since tahun ni Cik Lisa dah pun berumur 36 tahun actually. Terkejut dak? Haha.

 

Apa supplement yang Cik Lisa amalkan hari hari? Cik Lisa ada pot pet supplement tu dalam entri bertajuk Set Detox Shaklee: Awas Dengan Kesan Sampingan Yang MelampauKesan Sampingan Produk Shaklee dan Cara Saya Mendapatkan Semula Keyakinan Diri Melalui Shaklee

 

 

 

5 CARA MUDAH UNTUK KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT – KESIMPULANNYA?

 

Semua nak kurus dan cantik menawan kan? Cik Lisa pun sama jugak dulu dan berkat usaha dan semangat untuk tak cepat putus asa… alhamdulillah, Cik Lisa berjaya turun almost 17 kilogram jugak sebenarnya! Mungkin awak berminat untuk baca entri Tips Kecilkan Peha Dan Punggung Yang Besar Dengan Cepat! dan 5 Makanan Untuk Kecilkan Perut Buncit Dengan Cepat.

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Tembikai ialah feveret Cik Lisa all the time!

 

Sekarang dah tak perlu nak pakai baju saiz L lagi sebab dah bertukar ke saiz S actually. Rasa seronok taww dan serius rasa beria ia nak Lompat Bintang! Haha. Seronok punya pasal kan?

 

So, sampai sini je rasanya entri blog Cik Lisa tentang 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat. Cik Lisa doakan awak yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan tu berjaya dan semoga entri Cik Lisa kali ni ada beri manfaat untuk teruskan niat awak tu ya?

 

Kalau Cik Lisa boleh lakukannya, awak apatah lagi kan? Semoga berjaya!

 

Terima kasih dan kita jumpa lagi di lain entri, inshaALLAH.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *