Krim Kilo Homaigod!


Cik Lisa suka membaca. Tak kisah lah tentang apa, as long as ia menarik minat Cik Lisa untuk baca dan terus baca. Then, itu bermakna ada sesuatu dalam petikan atau penulisan tu yang dah cuit hati Cik Lisa untuk terus mengamati. Sama macam minggu sudah, Cik Lisa terpaut hati nak baca artikel ni lagi dan lagi. Artikel tentang Krim Kilo dan bila selesai baca semuanya, dan dan tu jugak Cik Lisa terus tersentap like, Krim Kilo Homaigod!

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – TREND MASA KINI?

 

Macam syiok je nama dia: Krim Kilo… like so stylo mylo!

 

Haha. Tapi, apa ada pada nama kalau in fact ianya adalah something yang sangat bahaya dan menakutkan kita semua sebenarnya? Cik Lisa bukan cuba nak acah acah dramatik dan buat ianya lebih horror beria ia dari yang sepatutnya… tapi ianya memang freaky pun sebenarnya!

 

Kalau tak caya, awak baca entri ni sampai habis satgi… Then you tell me sama ada awak masih rasa Cik Lisa saja mengada ngada acah acah nak derama semata mata atau ianya memang buat kita sama sama cuak giler. Okay?

 

Camni ceritanya: sekarang ni ramai nau nauuu kita tengok orang buat produk baru sana sini. Macam macam jenis produk yang ada merata rata, setiap celah dan pelosok yang ada. Memang kalau secara mata kasar, ianya benda yang bagus sebenarnya. Semua orang berlumba lumba nak berkerja sendiri. Sebab tu masing masing kalut dok berebut nak mulakan bisnes baru tiap tiap hari.

 

Bahaya Krim Kilo

Image credit: Siakap Keli

 

Benda lain tak apa lagi. Tapi, kalau melibatkan skincare dan benda yang kita nak tepek di muka… berbaloi ke kalau pakai redah selamba gittew je dengan amik produk yang entah buat daripada benda apa?

 

Semata mata untuk dapatkan untung yang berlipat, lipat, lipat kali ganda?

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – UJIAN KLINIKAL ADALAH SUPER PENTING UNTUK SAHKAN SESUATU PRODUK TU SELAMAT!

 

Macam yang awak tahu dari dulu, Cik Lisa kan ada Bisnes Online Shaklee. So, Cik Lisa terdedah dengan pelbagai informasi tentang vitamins, supplement dan ujian ujian klinikal yang perlu dan wajib untuk sesuatu produk kesihatan.

 

Lagi lagi yang ada sangkut paut dengan kulit dan sistem dalam badan kita. Sebab tu Cik Lisa selalu hati hati bila nak pilih skincare atau apa apa supplement dalam diet harian Cik Lisa ni actually.

 

Macam Shaklee, mereka ada ujian klinikal yang dijalankan bertahun tahun just nak make sure yang produk tu selamat untuk digunakan oleh pengguna pengguna. And mind you: ujian klinikal Shaklee bukan setakat 2-3 tahun je, tapi usually berpuluh puluh tahun dan bila dah bebetul disahkan selamat… baru lah produk kesihatan atau kecantikan tu mereka release kepada pengguna.

 

It is not as easy as A,B,C you know? Not at all. Kalau berminat nak baca tentang ujian klinikal Shaklee atau lebih dikenali sebagai Landmark Study Shaklee, boleh cecepat picit link ni Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan Dan Selamauntuk entri blog Cik Lisa tempoh hari.

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – PRODUK ADA KKM, SO KISAH APA?

 

Bukan nak kata apa, but rata rata produk yang melata setiap masa dan ketika kat negara kita… mostly ada ke ujian klinikal yang dikata mereka? Kalau ada pun setakat 2-3 tahun je? Awak tahu kan yang sakit apa apa kat badan kita (kulit, dalaman, etc.) tak akan nampak kesan dalam 2-3 tahun… kekadang tu lepas 10-20 tahun baru nak appear. Masa tu dah tokleh nak buat apa apa!

 

Ada jugak yang sibuk nak claim dan kata,

 

“Tapi produk aku ada KKM approval okeh? So, produk aku ni selamat. Tak ada problem. Murah pulak tu! So, apa ada hal?”

 

 

Nasihat Cik Lisa: jangan terpedaya dengan label KKM yang ada sebab ada je kes kebelakangan ni kan? Walau produk ada tertepek logo KKM kat sana, ianya masih horror jugak sebenarnya bila later to find out that produk tu pun mengandungi merkuri yang tak sepatutnya ada dalam produk produk mereka! Krim Kilo Homaigod!

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – APA KRIM KILO TU SEBENARNYA?

 

Untuk proceed dengan setiap ujian ujian klinikal sesuatu produk kan, duit yang berkepuk kepuk sangat diperlukan. Sebab bukan satu atau dua, tapi berkali kali ujian kita nak kena go thru untuk pastikan produk ni selamat untuk digunakan. Bukan acah acah satu dua, lepas tu sudah dan lelaju nak jual merata rata di setiap pelosok dunia!

 

So, sebab tu Krim Kilo ni menjadi pilihan hati memana produk owner yang rasa rasa nak cepat kaya. Nama dia dipanggil Krim Kilo sebab memang ianya dijual dalam kilo (berat produk dalam nilai kilogram). Produk Krim Kilo ni dijual merata rata sekarang ni dan tak ada sorok sorok pun actually.

 

Bahaya Krim Kilo

Image credit: Rrai from www.bajuwarnacoklat.com

 

Cik Lisa ada spotted few seller yang lincah berjual sakan di akaun Instagram dan FB yang ada. Memang suka suka je mereka jual beria ia… dan biasanya mereka yakin gini sebab konfem mereka ada buyer. Sebab tu mampu untuk buat jualan secara terbuka! Manalah Cik Lisa tak freak out dan sambil jerit jerit kecil ketakutan dan kata,

 

“Krim Kilo Homaigod!”

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – 3 CIRI CIRI PENTING KRIM KILO

 

Bila Cik Lisa dok godek godek info pasal Krim Kilo, hari ni Cik Lisa nak kongsi together gether ciri ciri Krim Kilo ni so that awak tak terjerumus dan terbeli produk ni. Bukan apa, untuk jangka masa yang panjang juga. Takkan lah satgi awak sanggup untuk dapat muka yang bukan apa yang awak idamkan dan yang sepatutnya?

 

 

KALER YANG SUPER TERANG GILER

 

Krim Kilo ni ada pelbagai kaler. Biasanya terang bersungguh setiap warna warnanya. Kekadang tu, mungkin ada a sprinkle of gold dust sikit sebab mungkin nak tunjuk ianya ekslusif dan ala ala merlip merlap glemer gittew agaknya? Haha.

 

 

WANGI MELAMPAUI AKAL FIKIRAN KITA

 

Pernah tak jumpa skincare yang super wangi sampai rasa nak termuntah pun kekadang tu actually? Sebab rasa macam sebotol perfume tumpah kat dalam bekas skincare tu agaknya? Really?

 

Ha… kalau wangi semacam tak pasai kan? Hati hati ya? Sebab mungkin awak dah terpedaya dengan salah satu dari Krim Kilo tu sebenarnya.

 

 

WAJIB PAKAI SAMPAI MATI

 

Haha. Ni citer dia: kalau awak acah acah cuba nak benti pakai produk dia, muka awak akan jadi horror giler. Jerawat akan naik membabi buta di muka. Kulit jadi tak terurus macam tak reti nak jaga. Pendek kata, nak muka cun semula… kena bergantung hayat pada produk mereka.

 

Bahaya Krim Kilo

Image credit: Rrai from www.bajuwarnacoklat.com

 

Bahaya dak? Bulan lepas Cik Lisa ada satu customer yang pernah pakai produk Txxx (nama produk dirahsiakan untuk tidak mengaibkan mana mana pihak) dan setelah 1-2 bulan benti dari pakai produk tu… kulit dia terbakar dan nampak bagaikan dia ni macam mangsa kebakaran?

 

Melepuh, kering, mengelupas dan macam macam lagi. Haih, Cik Lisa tengok pun rasa seram tengkuk segala!

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – BUAT DI MANA?

 

Mengikut kajian dan bacaan Cik Lisa tentang ni, Krim Kilo ni diambil terus dari negara jiran. Dan nama dia tu Krim Kilo sebab ianya dijual based on berapa berat yang kita nak – in kilograms.

 

Bila dah order, mereka akan poskan kepada kita dalam plastik atau container yang simple giler. Alaa… macam beli kacang hijau timbang gittew. Sama lah just dengan jerut dalam plastik dan ikat dengan getah kasi ketat ketat tak bagi tumpah agaknya. Haha.

 

Dan tak ada kilang atau apa apa warehouse yang kemas dan bersih pun untuk produce these products tawww! Cuma dok bersila kat ruang tamu dan cedok cedok masuk plastik dengan sudu sama sama ahli keluarga. Sebab setiap produk dah simpan stok berkurun lamanya untuk jualan. So, tiap kali masuk order, tiap kali tu jugak cedok dengan sudu sama sama.

 

Sudu okeh? SUDU!

 

Persoalannya: kalau dah buat banyak sekaligus dulu dulu… dan order akan datang berperingkat peringkat but bukannya reramai beli satu produk menderu deru. Jadi, expiry date untuk sesuatu produk tu nak kira acaner? Dari memula produk tu produce secara pukal? Atau cuma dikira asing asing, untuk setiap sudu yang dicedok untuk setiap order yang masuk?

 

Freaky! Lagi entri di Siakap Keli bertajuk Beli Krim “Skin Care” Dan Serum Timbang Kilo Dari Negara Jiran, Duduk Ruang Tamu Cedok Krim Masuk Bekas, Jual Atas Nama Sendiri.

 

Krim Kilo Homaigod! Pengsan dak?

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – TIPS MEMILIH SKINCARE YANG TERBAIK

 

Alang alang dah pot pet cerita yang sama, Cik Lisa nak kongsi lah dengan awak semua. Ini artikel yang Cik Lisa buat zaman dahulu kala dan kalau awak ada masa, jejemput lah untuk gi baca. Entri tu bertajuk 7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik

 

Dan please note, entri blog Cik Lisa kali ni bukan bertujuan nak cari hal dengan produk owner memana… tapi sekadar nak berkongsi cerita dan nak sama sama mengingatkan untuk hati hati bila kita pilih skincare untuk muka kita. Bukan apa… macam artikel di IIUM Confession yang bertajuk Bahaya Produk Rebrand berkata something like,

 

“Muka kita ni ada satu je. So, nanti dah rosak acaner? Tokleh nak ganti dah lepas ni… tak ke meroyan tak tentu hala?”

 

Betoi dak? Says.Com jugak ada keluarkan artikel bertajuk Beli Krim Berkilo Kilo Dari Negara Jiran, Bawa Balik Dan Jadikan Kosmetik Sendiri untuk topik yang sama tentang Krim Kilo Homaigod!

 

 

 

KRIM KILO HOMAIGOD – KESIMPULANNYA?

 

Cik Lisa harap sesangat yang perkongsian Cik Lisa hari ni ada beri awak manfaat, inshaALLAH. Dan Cik Lisa nasihatkan kalau setakat nak putihkan dan serikan wajah tu… toksah lah beli yang dok iklan kata Cerah Dalam 7 Hari atau any timeline yang tak masuk akal tu obviously!

 

Hari tu Cik Lisa ada share entri untuk 7 Tips Atasi Kulit Yang Terbakar Sinar Matahari. So, sapa sapa yang baru balik pantai ke, bercoti coti ke… toksah lah choose produk yang bahaya kat luar sana nak putih melepuk or anything yang sama. Apa kata opt for pilihan semulajadi yang ada.

 

Sama jugak yang rasa rasa nak cantik, cun melecun pasni… apa kata pilih untuk sesuatu yang dah diyakini? Boleh baca entri Cik Lisa bertajuk Bermekap Tebal: Set Cantik Premium Shaklee Solusi Terbaik!

 

Terima kasih untuk yang singgah baca pot pet Cik Lisa yang berjela jela dan kita jumpa lagi in my next entry, ya?

 

Maceh dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *