3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow 4


Hari ni Cik Lisa nak cerita tentang 3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow. Setiap kali weekend menjelma, Cik Lisa akan ditemani dua anak sedara yang kecik kat rumah setiap masa dan ketika! Adik lelaki Cik Lisa yang duduk di Nilai akan datang on Friday dan tidur semalaman sebelum balik pulak ke Nilai esoknya.

 

So, si kenit berdua tu akan dengan riangnya berkeliaran dalam rumah kita! Sebab tu Mama Cik Lisa rebus jagung untuk buat mereka tenang dari segala masalah dan rumah tak berubah jadi tongkang pecah! Haha. Dan alang alang tu, Cik Lisa nak kongsi 3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow untuk manfaat kita together gether.

 

Khasiat Jagung

Sapa suka makan jagung angkat tangan plis!

 

 

3 KELEBIHAN JAGUNG YANG SUPER WOW

 

Sapa suka jagung rebus, angkat tangan! Kalau awak angkat tangan, maksudnya kita geng lah kan? Haaa, disebabkan kita ni geng lah, Cik Lisa nak kongsi 3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow ni dengan awak tahu dakkk?

 

So, tanpa lengahkan masa… let’s see apakah 3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow ni sebenarnya:-

 

 

KANDUNGAN FIBER YANG TINGGI

 

Bila kita tengok iklan Kellogs Cornflakes yang kita guna untuk buat biskut raya tu kan, mesti dengar mereka sebut; “emping jagung rangup…” kannnn? Ha, dan macam yang kita tahu breakfast cereals mostly memang high in fiber. Atau disebut mengandungi serat tinggi! 

 

Disebabkan kandungan fiber yang tinggi dalam jagung ni lah yang bantu untuk cegah apa apa masalah pencernaan dalam sistem badan kita sebab ianya menggalakan pergerakkan usus. So, ia akan merangsang pengeluaran jus gastrik dan hempedu – sekaligus mampu mengurangkan risiko untuk seseorang tu untuk masalah sembelit.

 

Khasiat Jagung

Kasi can lah jagung nak posing sikit! Haha.

 

Satu cawan (154g per cup) adalah lebih kurang 17% untuk pengesyoran diet harian. Maklumat lanjut untuk nutrisi dalam jagung boleh didapati dalam SELF Nutrition Data.

 

 

JAGUNG ADA ANTIOKSIDAN

 

Hari tu Cik Lisa ada kupas tentang 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi kan? Haa, ni Cik Lisa dengan seronoknya nak pot pet sekali, jagung pun ada antioksidan juga!

 

Macam yang kita tahu, antioksidan mampu mencegah kanser (barah) sebab ia mampu menyahkan radikal bebas dalam badan kita. Apa itu radikal bebas? Boleh baca entri Cik Lisa dulu di Jus Anggur VIVIX Bantu Neutralkan Radikal Bebas Dalam Badan Kita

 

Jagung ni ada anti-karsinogen. Karsinogen ialah penggalak kanser. So, bila jagung ada anti-karsinogen, kita akan mampu untuk cegah kanser dari terbentuk dalam badan kita, inshaALLAH.

 

Selain tu, Cik Lisa nak bitau ni… jagung adalah antara buah buahan / sayur sayuran yang bila kita masak jagung ni, antioksidan akan lebih bertambah dan obviously lebih baik untuk kita.

 

Sebab tu Cik Lisa suka nau nauuu dengan jagung rebus ni! Nampak sempoi je kan, tapi betul tak bila Cik Lisa kata adanya 3 Kelebihan Jagung Rebus Manis Yang Super Wow tu?

 

 

MENCEGAH ANEMIA

 

Tahu dak apa itu anemia?

 

Anemia ialah kurangnya sel darah merah dalam badan kita. Bila kita didapati mengidap Anemia, kita mudah rasa nak pitam atau pengsan, tak ada selera makan, muka nampak pucat lesi dan tak bermaya and few others. Boleh baca lebih lanjut tentang Anemia di Understanding Anemia – the basics

 

Khasiat Jagung

Sebelum jagung ni nak direbus. Kami selalu cabut jaket dia sesiap!

 

Berita syioknya: jagung mengandungi zat besi, magnesium dan beberapa nutrisi lain yang memang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk cukupkan sel sel darah merah. Biasanya, doktor akan nasihatkan pesakit anemia untuk lebihkan daging merah dan sayuran hijau tapi takkan lah hari hari nak makan itu dak?

 

 

 

3 KELEBIHAN JAGUNG YANG SUPER WOW – JOM BELI JAGUNG DAN REBUS UNTUK SNEK SIHAT HARI INI

 

Haaa, lepas dah baca betapa ohsemnya jagung walaupun nampak gittew je rupa dia kan… rasa eksaited dak nak pi pasar dan beli beberapa ketul untuk direbus dan enjoy berketul ketul bersama keluarga?

 

Bukan mahai mana pun dan Cik Lisa rasa lah kan, jagung is antara buah buahan (ke sayur sayuran eh?) yang mampu milik so kita boleh sesama dapat khasiatnya. Tak perlu datang dari keluarga ada ada pun untuk dapatkan 3 Kelebihan Jagung Rebus Manis Yang Super Wow ni taww!

 

Nak buat pun mudah je: rebus air dan masukkan beberapa tongkol jagung mentah tadi… tadaaaa! Siap untuk dijamu bersama sama. Haih, ohsem dan mudah je aihhh nak dapatkan 3 Kelebihan Jagung Rebus Manis Yang Super Wow ni tahu dak? Fuhhh!

 

 

 

3 KELEBIHAN JAGUNG YANG SUPER WOW – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa kata:

 

“Jom kita makan jagung rebus sama sama dan jangan lepaskan peluang untuk enjoy kelebihan jagung manis yang super wow ni!”

 

 

Khasiat Jagung

Yummms! Tapi, ni gambar throwback ni. Haha. Tak sempat ambik gambar semalam.

 

Cik Lisa harap awak dapat manfaat dari perkongsian Cik Lisa hari ni bertajuk 3 Kelebihan Jagung Rebus Manis Yang Super Wow dan sampai kita jumpa lagi in the next entry, inshaALLAH.

 

Terima kasih dan jumpa lagi.

 

Assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “3 Kelebihan Jagung Yang Super Wow