Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi


Hellooo, awak. Semalam, letih sungguh rasa lepas seharian dok berjalan merata. Kebetulan pulak, ada tiga appointment yang Cik Lisa dah set serentak! Itu yang bila balik tu je, terus rasa macam penat gegiler. Tapi, pagi ni Cik Lisa dah segar beria ia walaupun hujan turun dengan lebatnya sejak pagi tadi. Sebab pagi ni, Cik Lisa nak cerita betapa Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi taww!

 

Asianic Halfest 2017

Beria okeh nak sengih! Haha… Ala ala model Asianic gittew! Hoho.

 

BESTNYA BILA KULIT LEMBUT MACAM BAYI – HALFEST 2017 DI THE MINES INTERNATION EXHIBITION AND CONVENTION CENTRE (MIECC)

 

Antara appointment Cik Lisa semalam ialah Halfest 2017. Ceewahhh! Syiok betoi nama dia kan? HALFEST. Ianya adalah singkatan untuk Halal Festival. Halfest merupakan ekspo halal terbesar di negara kita dan ia dah berlangsung dari hari Rabu (23 Ogos 2017) dan akan berakhir hari Ahad (27 Ogos 2017) ni.

 

Asianic

Sakit jugak lah lutut nak jalan keliling ni! Besaqqq weh!

 

Kenapa Cik Lisa pi sana actually? Haaa, sebab Cik Lisa dah dijemput oleh Asianic yang ada buka booth mereka di booth bernombor 058 kat sana. Dan alang alang dah berada di ekspo tu, Cik Lisa pun amik kesempatan untuk berjalan sakan dan tengok setiap booth yang ada. Memang beratus lah jugak booth dari macam macam bisnes yang berlainan!

 

Ada makanan, produk kecantikan, servis dan konsultasi dan macam macam lagi. Cik Lisa tak sempat nak berjalan ke semua booth kat sana, sebab memang terlalu banyak giler! Dan lagipun sebab nak kena rush ke tempat lain lagi kan? Tapi, sempat lah jugak makan itu dan ini sekali! Sebab booth makanan kot yang paling banyak kat sini! Hihi.

 

 

 

BESTNYA BILA KULIT LEMBUT MACAM BAYI – PRODUK KECANTIKAN DARI ASIANIC HALAL

 

Sampai je depan booth nombor 058, Cik Lisa disapa mesra oleh Kak Rohimah. Dia adalah salah seorang pekerja Asianic kat booth mereka. Sambil dia sedang uruskan paperwork untuk Cik Lisa isi kat sana, Cik Lisa dah mula melilau keliling booth mereka. Time ni tahu dak, mata Cik Lisa kalut jugak dok jeling jeling manja nama dan jenis produk mereka. Masa ni lah jugak hidung kembang kempis dok cuba cuba bau “aroma” dalam booth, kot kot lah boleh nak kesan bau produk mereka.

 

Haihh! Mesti lah nak tahu jugak, especially tak sesabarrr nak bau untuk tahu wangi ke takkk bila apa apa produk tu kita dah sapu!

 

Asianic

Asianic kat booth nombor 058 tawww! Pi lah sat lagi ya?

 

Biasalah kan? Mesti awak buat gittew jugak dak? Bila beli any produk kecantikan kat memana? Mesti nak tahu sama ada terlalu wangi sampai nak pengsan. Atau just nice and in moderation. Betul kan? Haha.

 

Luckily, mereka kat situ sangatlah baik melayan Cik Lisa semalam. Habis semua tester yang ada Cik Lisa try dan tepek kat tangan… dok cium lepas satu satu.

 

Hamboihhhhh makkkk! Best giler tahu dak? Dan surprisingly, banyak jugak produk yang mereka display kat sini. So, hari ni Cik Lisa nak pot pet pasal produk mereka yang konfem konfem boleh buat kita rasa Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi!

 

 

 

BESTNYA BILA KULIT LEMBUT MACAM BAYI – PELBAGAI PRODUK ASIANIC HALAL

 

Cik Lisa nak cerita kat awak hari ni semua produk kecantikan Asianic yang ada kat sini so awak boleh cecepat dan lelaju pi Halfest 2017 untuk dapatkan semua koleksi! Bukannya apa! Rugi wooo tak try produk mereka. Lagi satu, since mereka ni ialah produk tempatan, produk orang kita… dan penting sekali, produk halal dari negara kita!

 

So, let’s see apa dia produk Asianic yang ada yang boleh buat kita sengih dan tersenyum beria. Maklumlah, sebab lepas tu kita akan rasa betapa Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi lepas dah pakai produk mereka!

 

Asianic

Masing masing sangat friendly, sebab Cik Lisa pi try semua benda! Hoho…

 

Untuk rangkaian tangan dan badan (hand and body), mereka ada dua jenis iaitu Japanese Cherry Blossom (bau bunga bungaan yang suweet muweet) dan Rice Milk (bau yang lebih lembut dan syiok!). Japanese Cherry Blossom ni dalam botol kaler pink manakala Rice Milk dalam botol kaler kuning. Selain tu, mereka ada produk untuk rambut iaitu syampu dan perapi.

 

Asianic

Ada syampu, perapi rambut dan jugak feminine wash okeh?

 

Tapi, untuk review Asianic kali ni… Cik Lisa cuma akan review based on products yang Cik Lisa terima dari mereka tawww! Sebab review ni purely based on experience Cik Lisa pakai produk yang mereka bagi untuk suruh Cik Lisa try sendiri. Eksaited giler, okeh! Haha. Dah sedia?

 

 

SIRI RICE MILK (YELLOW) – LOSYEN BADAN DAN TANGAN

 

Losyen badan dan tangan dari Asianic Rice Milk dibuat dengan hasil gabungan Rice Milk Extract (baca: ekstrak susu beras) dan Licorice (baca: Pokok Akar Manis). Bahan bahan ni adalah super amazing untuk melembab dan mencerah kulit kita. Selain tu, ia juga boleh buat kulit kita jadi sangat lembut.

 

Sebab tu dengan semudah tu je kita akan rasa Bestnya Bila Kulit Lembut Macam bayi. Tak payah kalut dan serabut pun nak buat appointment kat spa on any weekends!

 

Asianic

Pink tu ialah Japanese Cherry Blossom. Bau macam feminine sikit. Suweet muweet gittew!

 

Dalam losyen tangan dan badan Asianic ni terkandung AHA dari negara Amerika untuk pastikan kulit kita sentiasa cukup lembapan. So, takde lah kerekot dan kering je setiap masa.

 

Macam mana mana losyen yang baik untuk kulit kita, Asianic juga dah siap siap pastikan setiap losyen mereka turut dilengkapkan dengan Aloe Vera dan Vitamin E taww? Sebab ye lah, kan ke kita nak rasa aduhai… Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi kannn?

 

 

SIRI RICE MILK (YELLOW) – KRIM MANDIAN

 

Memang ada macam macam jenis krim mandian di pasaran. Ada macam macam “perisa” dan claim yang mereka kata kat setiap botol yang ada. Siap tu, ada yang kata sapu sikit je… dah boleh cerah dan berseri dalam masa 3 hari? Biar betul mereka ni? Kekadang tu sampai kita tertanya tanya, betul ke apa yang mereka kata? Macam tak percaya!

 

Tapi, krim mandian Asianic ni seronok nak guna. Sebab bila kita sapu kat badan hari hari, aduhai… lembut sungguh rasa dia actually. Ia boleh hilangkan kuman dari badan sekaligus jadikan badan kita halus dan lembut macam bayi!

 

Asianic

Ini Rohimah. Haaa, yang dia pegang ialah skrub badan (yang tinggi tu) dan losyen badan dan tangan (yang pendek).

 

So, dan dan lepas tu dan boleh rasa homaigoddd… syioknya dan Bestnya Bila kulit Lembut Macam Bayi. Tak percaya lagi, wajib lah awak nak cuba sendiri!

 

 

SIRI RICE MILK (YELLOW) – SKRUB BADAN

 

Skrub badan Asianic ni pulak ada bijiran bijiran kecil dalam dia untuk kita mudah nak skrub badan kita. Bila borak dengan staff Asianic kat booth semalam, mereka ada cerita. Sebab ketulan ketulan kecil dalam skrub badan ni halus dan lembut… kita boleh jugak nak skrub kat muka actually. Since ianya tak kasar atau berpotensi nak calarkan muka kita ni.

 

Asianic

Ini Anggun. Kami dok posing tak benti okeh? Hahaha.

 

Macam skrub badan yang lain, ia mampu untuk buang sel sel kulit mati. Tup tap tup tappp… hoih! Kulit dah jadi berseri seri dan ofkos lah halus dan selembut kulit bayi! Kan Cik Lisa dah kata: tak perlu pun kita nak beria pi spa setiap dua minggu sekali! Boleh buat kat rumah je kan?

 

 

 

BESTNYA BILA KULIT LEMBUT MACAM BAYI – APA PENDAPAT CIK LISA?

 

Bagi Cik Lisa, produk Asianic ni memang best giler! Bukan apa… sebab kebanyakan produk yang ada jual kat memana, biasa selalu depa buat wangi terlalu dan menyucuk kalbu – which I don’t like it at all! Bukan nak kata tak suka wangi wangi ni, tapi… serius lah weh! Dah macam satu botol curah atas badan, apa cerita ye dak?

 

Tapi, Asianic dah berjaya pikat hati Cik Lisa sebab depa tak buat produk yang overpowering bau dia. Itulah faktor utama bila Cik Lisa nak beli mana mana produk kecantikan sebenarnya.

 

Asianic

Ini pulak Anggun dan Beth! Rohimah dok layan customer yang tak putus putus masuk sini okeh? So, terpaksa lah we all selfie dulu. Eh! Haha.

 

Then, the fact that kita tahu Asianic ni dah berada lama di pasaran… mesti lah kita rasa selamat dan totally berkesan. Kalau tak, mereka takkan boleh nak sustain dan duduk diam diam kat setiap kedai yang supply produk mereka kan?

 

Apatah lagi JAKIM sendiri dah sahkan yang produk ni selamat digunakan dan HALAL. Hoih! What more could you asked for? Sokong lah sikit produk tempatan, betoi ka?

 

 

ASIANIC DI HALFEST 2017

 

Masa Cik Lisa di sana semalam, mereka ada bagitahu since Halfest 2017 ni akan berakhir esok hari; so Asianic sedang langsungkan harga yang diskaun dia homaigoddd! Kaw kaw sungguh, tawww?

 

So, rugi sangat lah kalau awak tak luang masa sikit hari ni untuk pi check it out yourself di sana. Dan alang alang tu… boleh tengok produk lain yang ada di sana sekali.

 

Asianic

Deretan produk mereka yang wangi wangi semuanya! Haihhh, jatuh hati! Patut ada dua tiga dok pandang tak berkedip masa Cik Lisa nak balik tu! Bahahaha…

 

Mereka jugak bagi sample untuk sesapa yang nak try produk mereka actually. Kan Cik Lisa ada kata yang mereka ada dua jenis perisa iaitu Japanese Cherry Blossom dan Rice Milk. Cik Lisa chuppp dan terpikat dah dengan Rice Milk punya versi.

 

Apa kata bila awak pi sana sat lagi, pi try each and one of them. Lepas tu boleh beritahu Cik Lisa yang mana satu pujaan hati awak tu. Kita tengok sikit sama ke dak pilihan kat hati sanubari kita… hihi.

 

 

BESTNYA BILA KULIT LEMBUT MACAM BAYI – KESIMPULANNYA

 

Ada ke orang nak merungut bila betapa Bestnya Bila Kulit Lembut Macam Bayi? Hoihhh! Tak mungkin ada, ye dak? So, kalau awak nak kulit macam kulit Cik Lisa ni… selembut dan sehalus baby bummmm! Haha. Mai lah cecepat dapatkan set produk kecantikan Asianic. InshaALLAH awak akan rasai betapa ohsemnya produk tempatan ni sebenarnya.

 

Asianic

Lagi gambar produk di booth nombor 058. Pi lah sat lagi. Nyesal satgi weh. Pegi taww!

 

Yayyy untuk Asianic dan let’s kita sesama produk tempatan ni, okay? Dan Asianic ni tak main lah nak guna Krim Kilo dan pakai redah selamba gittew je dengan piawaian yang entah ke mana! Asianic dah awal awal pastikan yang semua bahan bahan dalam produk mereka selamat untuk orang nak guna. Haihhh, ohsem kannn?

 

And… hari tu Cik Lisa ada cerita tentang Krim Kilo dalam entri bertajuk Krim Kilo Homaigod!

 

Sebelum Cik Lisa babai awak untuk entri kali ini, Cik Lisa nak cakap thank you daun keladi untuk team Asianic sebab sudi jemput Cik Lisa ke booth mereka dan buat review untuk produk yang ohsem ni, really.

 

Produk Kecantikan Asianic

Tadaaaa! Haha… Special tu sengih untuk awak tatap lelama sikit. Haha.

 

Dan untuk awak pulak, thank you jugak sebab sudi baca pot pet kita pagi pagi ni. Kalau rasa tak percaya betapa syioknya Asianic ni… apa kata pi try sendiri calit sikit losyen tangan dan badan tu kat tangan… pastu cerita kat Cik Lisa apa kata awak tentangnya, taww?

 

Jumpa lagi in my next entry ya, inshaALLAH.

 

Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *