Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga 2


Ehem, ehem! Cik Lisa nak kongsi satu spot atau lokasi makanan tengahari yang syiok kat awak hari ni. Sebab tadi Cik Lisa pi makan satu famili – ada Mama, adik lelaki dan adik pompuan sekali. Kami pi makan agak lewat lah jugak, dalam 3 petang gittew! So, biasanya macam susah dah kan nak cari? Nak nak pulak bila hari Ahad camni. Tapi, Mama bawak kami pi makan Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga, okeh!

 

Restoran Pegaga Review

Semua eksaited sebab lapar giler! Haha.

 

LAUK KAMPUNG SEMPOI DI RESTORAN PEGAGA

 

Macam mana Mama boleh tahu tempat ni? Haa… terkejut dak?

 

Tapi, Cik Lisa tak lah terkejut mana. Sebab Mama memang selalu jugak ada lunch date dengan kengkawan dia. So, memang depa lagi up to date kalau nak compare dengan kita kita. Haha… Sama lah jugak dengan penemuan Restoran Pegaga ni.

 

 

Restoran Pegaga Review

Besar dan luas sebenarnya kedai ni.

 

LOKASI RESTORAN PEGAGA

 

Ia bertempat di kawasan Hulu Klang atau kalau nak lebih tepat lagi, depan Zoo Negara actually.

 

Kan depan tu ada deretan shop lots yang entah apa apa kedai yang ada? Ha… ada di antara kedai kat situ lah. Restoran Pegaga ni tak ada lah seribu satu menu dengan pelbagai dish yang kita boleh nak order.

 

Restoran Pegaga Review

Cik Lisa rasa biasanya crowd luar biasa. Sebab kenapa dia nak ada dua kedai kan?

 

Tapi, limited lauk pauk (kalau makan nasi putih), makanan cong ceng cong ceng (any gorengan – macam kueh teow ke, mee ke, nasi ke, etc.) dan beberapa jenis air pilihan.

 

Kan setengah restoran tu… beria kalau boleh semua jenis makanan dia nak tulis dalam menu yang ada. Silap silap haribulan, menu dah berat berketul ketul macam buku teks sekolah kita? Haha…

 

Tapi kalau kat sini, tak ada lah cenggitu. Sebab ia cuma hidang benda benda basic je termasuklah Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga!

 

RESTORAN PEGAGA

Ukay Boulevard, 68000 Ampang, Kuala Lumpur

Phone:+60 3-4161 6569

 

 

 

LAUK KAMPUNG SEMPOI DI RESTORAN PEGAGA – APA YANG CIK LISA MAKAN TADI?

 

Cik Lisa tak akan list out all the menu yang ada kat sana. Sebab Cik Lisa tak salin pun apa yang mereka offer. Haha. Tapi, Cik Lisa nak kongsi dengan awak apa yang Cik Lisa dan famili dah makan tengahari tadi untuk awak turut berjejeran air liur malam ni. Pastu esok, lelaju nak pi sana untuk makan tengahari! Haha.

 

Macam Cik Lisa kata, mereka tak ada banyak dishes untuk di offer. Walaupun macam tu, lauk lauk (kalau makan nasi putih lah kan) dah cukup yumsss walaupun tak banyak pilihan. Tapi, ni cuma based on dua kupang Cik Lisa. Mungkin awak lain pulak ceritanya.

 

Restoran Pegaga Review

Itu dia! Bawal Merciks!

 

Lagipun, presentation makanan mereka sangat tersusun dan berjenis (kalau kata Mama Cik Lisa lah). Ianya kemas, teratur…. nampak presentable lah ceritanya! Cik Lisa rasa tu dah cukup memadai. Betul kan?

 

 

ADA SET DAN ADA ALA CARTE

 

So, tadi kami decide untuk makan nasi putih. Jadi kami order lah the following. Ceewahhhh, cakap mat salleh tetiba? Haha.

 

Restoran Pegaga Review

Lauk biasa dan sempoi je… tapi sedap lah jugak!

 

Biasanya, kalau datang sebelum pukul 3 petang, kita boleh order Set Lunch yang ada. Boleh untuk seorang, untuk dua orang, tiga or beberapa orang. Depends lah kita nak beli yang cemana.

 

Restoran Pegaga Review

Masak lemak cili api telur itik!

 

Tapi, sebab kami tiba kat sana dalam 3.05 petang… so terlepas lah peluang! Haihhh, dah nasib gittew nak buat cemana. Kami pun terpaksa order ala carte – mahai lah sikit kisahnya! Haha.

 

 

LAUK PAUK YANG CIK LISA DAN FAMILI ORDER HARI NI?

 

Antara makanan yang kami order ni, Bawal Masak Kicap Merciks tu rasanya adalah menu feveret kat sini. Basically, dia cuma bawal goreng rangup tapi isinya dah dipotong dadu (besar lah sikit dari saiz dadu biasa tu).

 

Restoran Pegaga Review

Kerawang kerawang bawang rangup tu… aihhh! Menggoda sungguh!

 

Pastu… diserakkan atas badan si Bawal tu sambil ditemani bawang bawang halus diracik dan digoreng garing (Cik Lisa teka je yang bulat bulat tu ialah bawang… haha, tapi tak berapa nak sure sebenarnya. Bawang ke eh?)

 

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dan Masak Lemak Cili Api Telur Itik tu rasa dia okay dan not bad at all. Tapi, Cik Lisa akan suka lagi kalau mereka boleh buat lagi pedas dari yang sedia ada. Sebab bukan ke dish masak lemak cili api patut kena ada rasa pedas pedas sikit? Kan?

 

Restoran Pegaga Review

Ni santapan Cik Lisa tadi! Yummms.

 

Macam yang daging salai, pekat kuah macam dah boleh terima. But yang telur itik punya, macam ceroi sikit kuahnya. Maybe mereka memang nak buat gittew, Cik Lisa tak tahu lah kan?

 

Hari tu pun ingat dak Cik Lisa ada review Masak Lemak Cili Ap Daging Salai kat Seremban? Boleh baca entri dan tengok video di Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

 

Ayam Goreng Kicap tu macam ayam goreng kicap yang tipikal. Tak tahu kenapa Mama order yang ini but most probably dia dan kawan kawan dia order benda yang sama agaknya. So, kami pun order jugak tadi.

 

Restoran Pegaga Review

Nampak betapa comey bawang rangup tu?

 

Ulam ulaman kami order tapi rupa rupanya memang diberi percuma. So, rasa macam dah banyak order, kami pun tak order sayur apa apa. Cukuplah dengan ulam ulaman yang ada.

 

Memang syiok tengok lauk dia dan sah sah lah banyak jugak Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga ni actually. Berbaloi sebenarnya untuk dicuba cuba.

 

 

MINUMAN OHSEM CIK LISA DAN FAMILI HARI INI DI RESTORAN PEGAGA

 

Dah nama kedai pun pegaga, haruslah ada minuman Jus Pegaga kan? Tapi, Cik Lisa tak sanggup nak suruh tekak telan air hijau hijau gittew. Haha. So, Mama sorang je order Jus Pegaga dan kami adik beradik order air lain yang ada.

 

Restoran Pegaga Review

Beratuqqq ayaq nak selfie naa? Hahaha.

 

Antara air minuman yang kami order adalah Jus Pegaga untuk Mama, Asam Boi Limau Nipis untuk Cik Lisa, Sirap Bandung untuk adik laki laki dan Teh Lemon Ais untuk adik perempuan.

 

Restoran Pegaga Review

Posing dengan air Mama, air rumput! Eh! Haha.

 

Semua dihidang dalam gelas yang agak besar so memang puas hati!

 

 

BERAPA HARGA LUNCH KAMI HARI NI?

 

Lepas makan dan selesai semuanya, kami pun pi kaunter nak bayar harga makanan tengahari kami tadi. Total bayaran untuk lunch kami hari ni adalah almost RM182. So, almost dalam RM45++ sorang lah kiranya.

 

Biasalah, kalau kita makan di luar… jangan nak bandingkan dengan masak di rumah. Sebab memang konfem takkan sama. Ever!

 

So, Cik Lisa rasa kot kot sekali sekala… boleh lah nak makan kat Restoran Pegaga ni. Tapi, tak lah pilihan untuk kita makan hari hari. Apa kata awak cuba dan pastu mai bitau Cik Lisa apa yang awak rasa. Okay?

 

 

 

LAUK KAMPUNG SEMPOI DI RESTORAN PEGAGA – SAMBUTAN ORANG RAMAI

 

Walaupun Ahad, tapi ada je orang keluar masuk kedai tak benti benti. Ramai jugak yang macam kami, datang makan dalam pukul 3 petang camni.

 

Biasalah, hari Ahad agaknya. Hari santai santai dan tak mahu serabut or berebut dengan orang ramai kalau waktu orang biasa keluar makan kan?

 

Restoran Pegaga Review

Menu di Restoran Pegaga

 

Tapi hari biasa tak tahu lah. Tak pernah cuba lagi. Mama kata masa dia pi lunch dengan kengkawan dia, ramai jugak crowd yang ada. So, Cik Lisa rasa Restoran Pegaga ni macam ala ala feveret spot jugak kat neighbourhood ni sebenarnya.

 

Lagi pulak, banyak jugak office kat kiri dan kanan kedai ni. Mesti jadi tumpuan orang orang yang bekerja kat sana kan? Entahlah. Nanti one day Cik Lisa cuba semula dan update awak pulak.

 

 

 

LAUK KAMPUNG SEMPOI DI RESTORAN PEGAGA – APA KATA CIK LISA TENTANG RESTORAN PEGAGA NI?

 

Hoookayyy! So, apa kata Cik Lisa tentang Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga ni?

 

Secara keseluruhan, Cik Lisa rasa ianya not bad dan agak berbaloi untuk pi makan bersama keluarga. Especially, kalau nak rasa masakan kampung kan? Bukan mudah nak cari merata.

 

Sebab bukan semua boleh masak dan rasa sedap ala ala kampung style ye dak? Jadi, Cik Lisa rasa Restoran Pegaga ni not bad lah untuk dijadikan pilihan tempat makan tengahari actually.

 

Restoran Pegaga Review

Plis pegi order ni esok plis! Sedap sangat tak tahu nak kata!

 

Suasana kedai pun rileks dan santai. Sesuai dengan sajian Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga tu sendiri. Tak lah beria ia nak decorate, tapi kalau decoration beria but food tokleh makan… tak ada beza pun kan? Cik Lisa suka dah dengan susun atur kedai mereka. Cik Lisa rasa dah okay dan boleh terima.

 

Mungkin sebab hari ni Ahad agaknya, order yang kami order agak lama jugak nak sampai di meja. Atau mungkin sebab mereka tunggu semua dah masak serentak, baru mereka served kami di meja… sebab tu amik masa?

 

Entahlah. Tapi, bagi Cik Lisa… dari dapur nak sampai ke meja tu ada lah beberapa ketika juga.

 

 

SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN

 

But kami okay je sebab tak ada nak ke mana mana. Dan bila food dah sampai dan kami seronok je menjamu selera, so yepp! Okay je dan tak ada lah nak kata apa apa. Haha.

 

SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA: 4/5

 

So, berdasarkan (ceewahhh!) kriteria kat atas yang Cik Lisa gigih dok pot pet dari tadi, Restoran Pegaga boleh dapat 4/5 bintang bintang berkerlipan dari Cik Lisa hari ni.

 

Dan awak boleh buat keputusan sendiri untuk pegi dan cuba sendiri. Pastu, lagi syiok kalau awak boleh bitau Cik Lisa pengalaman awak makan di sana pulak.

 

Tapi, plis… order Bawal Merciks tu taww! Itu memang bisa bikin berjejeran air liur, wehhh! Dan Cik Lisa rasa tu memang trademark Restoran Pegaga ni. Syiok! Plis, try pliss!

 

Restoran Pegaga Review

Ada bilik aircond, ada tempat makan biasa biasa.

 

 

LAUK KAMPUNG SEMPOI DI RESTORAN PEGAGA – KESIMPULAN CERITA HARI NI?

 

Puas hati dengan makanan yang dihidangkan, balik tu kami singgah beli eskrem pulak! Sempat jugak Cik Lisa dan adik pompuan pi cuba eskrem Pops Malaya yang sibuk sangat dihebah sana sini tu kan? So, kami pun cuba lah!

 

Restoran Pegaga Review

Pops Malaya ni sedap weh!

 

Cik Lisa amik flavor Young Coconut (kelapa muda) dan adik Cik Lisa amik Watermelon and Lychee (tembikai dan laici) rasanya. Mama pun ada jugak. Mango and Pistachio (Mangga dan Kacang Pistachio) kot rasanya tapi dia tak usik lagi.

 

Restoran Pegaga Review

Jom cuba Pops Malaya yang sama macam Cik Lisa makan tadi. Sedap taww!

 

So, basically… memang balik tu kami sekeluarga kenyang giler dan gembira! Sebab masing masing tido petang dan tak sedar apa apa langsung lepas tu!

 

Haha… jadi kalau awak nak kenyang dan rasa riang ria lepas tu, sila ikut tutorial makan Cik Lisa hari ni ya? Haha.

 

Sampai sini je entri Cik Lisa untuk hari ini. Nanti, inshaALLAH kita berjumpa lagi.

 

Terima kasih dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Lauk Kampung Sempoi Di Restoran Pegaga