ROSE FACE SERUM ZEETA – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat


Hari ni Cik Lisa nak pot pet tentang ROSE FACE SERUM ZEETA – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat. Sebelum tu, Cik Lisa nak cerita lah sikit ni… time dulu dulu masa kat Dublin, Cik Lisa selalu juga buat rose water (baca: air mawar) sendiri.

 

Kadang kadang sebagai toner atau saja saja untuk face refresher bila muka terasa kering atau tak syiok tetiba. Antara kelebihan rose water ni adalah untuk melegakan radang di kulit muka kita macam gatal gatal ke, jerawat nak naik ke, infeksi kulit ke or apa apa yang seangkatan dengannya.

 

Rose Face Serum Zeeta

Botol yang comey dengan mudah nak bawak jalan jalan taww!

 

Sebab tu banyak produk kecantikan guna rose dalam bahan utama mereka, termasuklah Zeeta untuk ROSE FACE SERUM ZEETA – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat.

 

Pastu, kalau rajin… boleh je awak baca lain lain kelebihan rose water tu kat entri bertajuk Rose Water: Benefits and Uses

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK TANPA JERAWAT ATAU JERAGAT – PUNCA JERAWAT DAN JERAGAT DI MUKA

 

Macam makanan kegemaran kita yang lain lain di antara kita, macam tu jugak lah masalah kulit wajah kita. Ada yang jarang jarang nak naik jerawat di muka, lagi lagi bila umur dah jangkau lebih dari usia remaja.

 

Tapi, ada jugak yang mungkin sama macam Cik Lisa bila jerawat masih seronok dan ligat nak muncul di muka, tak kira berapa pun usia kita!

 

Masalah jeragat pun sama. Ada sesetengah tu di antara kita yang lepas dan beranak dua, habis penuh jeragat di muka. Pakai apa benda pun, muka tetap sama. Kekadang tu, lagi teruk pun ada!

 

Bagaimana nak hilangkan parut jerawat

Nampak betapa stylo mylo nak bawak Rose Face Serum Zeeta ni ke mana mana?

 

Sebabnya, jerawat dan jeragat ni pun berpunca dari hormon juga. Kalau kita stress dan rasa tak tentu hala, mula lah jerawat dan jeragat ni akan sakan muncul lepas satu persatu.

 

Selain tu, cuaca pun antara punca jerawat dan jeragat di muka. Tengok lah cuaca kat negara kita sekarang ni. Panas terik saban hari. Kulit kita pun tak akan tahan dengan terik semacam ni, tu lagi akan menggalakkan rasa stress kulit tu sendiri. Sekaligus buat kita terdedah untuk jerawat dan jeragat di muka. Oh pengsan!

 

Penggunaan kosmetik yang macam macam jenis di muka pun boleh jadi punca kenapa jerawat dan jeragat naik di muka. Yelah, bayangkan bila muka asyik ditepek bedak, foundation dan segala… bila agaknya muka sempat nak bernafas lega?

 

Cara hilangkan jeragat paling berkesan

Kecil kecil cili padi katanya! Hihi…

 

Bila pori kulit kita lemas dalam kosmetik yang entah apa apa, memang mudah lah untuk kita dapat jerawat dan jeragat di muka!

 

So, sebab tu Cik Lisa nak pot pet kat awak hari ni tentang ROSE FACE SERUM ZEETA – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat. Jom teruskan membaca untuk tahu apa yang syioknya tentang Rose Face Serum Zeeta ni.

 

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK TANPA JERAWAT ATAU JERAGAT – APA ADA DALAM SERUM TU SEBENARNYA?

 

Selain dari rose dalam tu, Rose Face Serum Zeeta jugak mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6. Semua nutrisi ni akan bantu untuk kita dapat kulit yang lebih cantik dan bebas jerawat dan jeragat, obviously! Boleh lah posing dengan riang ria berselfie lepas ni. Haha. Mesti awak tak sabar sabar nak tahu apa kelebihan semua nutrisi tu kan? Jom baca apa yang Cik Lisa nak pot pet kan untuk awak tentang ni:-

 

 

VITAMIN E

 

Vitamin E ni mengandungi antioksidan yang tinggi dan ini boleh bantu untuk block radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas yang berlebihan dalam badan kita ni boleh mengaktifkan proses penuaan pada kulit kita.

 

Kalau kita berjaya untuk melawan radikal bebas dalam badan kita, kita boleh elak kedutan kedutan kecil untuk berlaku di muka kita. Sekaligus, ianya boleh bantu kita untuk jaga sel kulit muka untuk kekal muda dan tak tua awal dari sepatutnya!

 

Contohnya: kita letak sebiji buah oren di tengahari yang panas lit lit dan sebiji lagi dalam peti ais dan kesegarannya dijaga sebab cukup lembab dan tak terdedah di panas matahari.

 

Kalau kulit muka kita tak dijaga, sama lah macam kita ni sebagai buah oren kat tengah panas tu tadi. Haa, faham kan? Kita perlu nak protect kulit muka kita untuk kesegaran yang berpanjangan. Sebab tu jugak kita kena protect kulit kita dari radikal bebas dalam badan kita tu.

 

Dalam Rose Face Serum Zeeta ni ada Vitamin E 30,000 iu, cukup untuk melindungi kulit kita supaya terjaga dari sinaran matahari yang evil tu nanti.

 

 

Bagaimana nak hilangkan parut jerawat

Antara kelebihan dan manfaat Rose Face Serum Zeeta. Rugi kalau tak dapatkannya hari ni!

 

 

VITAMIN C

 

Sama macam Vitamin E yang Cik Lisa baru pas pot pet tadi, Vitamin C pun kaya dengan antioksidan jugak. Salah satu fungsi Vitamin C dalam badan kita ni adalah untuk aktifkan sel kulit kita untuk hasilkan kolagen – molekul penting untuk kulit yang sihat!

 

Memang ramai dah orang keliling yang makan kolagen untuk bantu ganti kolagen yang semakin susut dari badan kita kan? Tapi, bukan ke lagi baik untuk kita supply kan Vitamin C dalam badan kita so ianya mampu nak hasilkan kolagen semulajadi instead? Kannn?

 

Lagi satu, Vitamin C ni penting dan perlu dalam badan kita untuk bantu hilangkan kedutan di muka jugak. Kan bila kita selalu terdedah dengan sinaran UV (alahhh, yang panas lit lit berhari hari tu lah), ianya mampu rosakkan kulit muka kita kan? Atau nama saintifiknya ialah photodamage!

 

So, Vitamin C akan bantu untuk pulihkan sel sel kulit kita dan mampu jadikan kulit kita kekal awet muda dan ala ala remaja riang ria, gittew! Haaa, baru lah syiok kan?  Itu lah kelebihan Rose Face Serum Zeeta – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat ni taww!

 

Boleh jugak baca entri Cik Lisa bertajuk 7 Tips Atasi Kulit Yang Terbakar Sinar Matahari kalau awak ada main panas dan kulit dah sunburn satu badan, taww?

 

OMEGA 3

 

Macam yang kita tahu,  Omega 3 ialah fatty acid yang diperlukan untuk kita kekalkan kelembapan, maintain pengeluaran minyak (sebum kulit) serta keanjalan kulit kita. Dan kita semua pun dah tahu kan yang Omega 3 ni memang berfungsi sebagai anti-inflammatory atau anti-radang.

 

So, kalau kulit kita alergik ke, merah merah kena sunburn ke atau sensitif lepas kena panas terik matahari (sunburn), Omega 3 boleh bantu untuk tenangkan radang kulit yang kita hadapi.

 

Bagaimana nak hilangkan parut jerawat

Cik Lisa memang tertawan dengan saiz poketnya tu! Superwin! Tak lah penuh merumbu handbeg kita kan?

 

Biasanya kita dapat bekalan Omega 3 dari supplement minyak ikan yang kita makan. Tapi, dengan Rose Face Serum Zeeta ni kita cuma perlu sapu di muka dan Omega 3 akan diserap oleh kulit secepatnya!

 

Sebab tu tadi Cik Lisa dah kata, Rose Face Serum Zeeta – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat ni adalah tak mustahil sebenarnya! Dan atas alasan yang sama jugak, awak kena cecepat cuba dan rasai perbezaannya!

 

 

OMEGA 6

 

Untuk Omega 6 pulak, ianya kaya dengan linoleic acid. Ianya lebih ringan dan tak rasa selepuk minyak di muka! Haha… ye lah. Kekadang ada produk yang kita beli dengan kandungan minyak kat dalam, bila spray sikit je dah rasa macam sedara jauh orang minyak! Maunya tak stress? Kannn? Mesti awak pun pernah alaminya kan?

 

Fungsi Omega 6 ni untuk elak daripada kulit kita mengelupas – kan dia ada supply minyak yang nipis untuk just nice effect kat muka kita. In moderation, kata mat salleh kan?

 

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK TANPA JERAWAT ATAU JERAGAT – CEMANA NAK PAKAI SERUM NI ACTUALLY?

 

Biasa kalau dengar je serum kat memana, mesti akan ada botol kaca kecil dan kena guna dropper (baca: alaa… yang macam cedok dan titiskan dalam tangan sebelum nak usap ke muka tu). Bila guna cara tu, kekadang leceh pulak kita nak kena cuci tangan or cemana lah cara yang seangkatan!

 

Dengan Rose Face Serum Zeeta ni mudah je caranya! Awak cuma perlu spray gittew je ke muka tahu dak? Bukan susah pun nak dapat kulit cantik, kan? Yang penting istiqomah, ceewahhhhh! Haha.

 

Lagi satu yang Cik Lisa seronok sakan nak bagitahu yang Rose Face Serum Zeeta – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat ni dipek dalam botol mudah bawa.

 

So, boleh sangat nak letak dalam handbeg kita tu dan bawak jenjalan bersama! Rasa kulit muka kering atau dek cahaya terik matahari saban hari… lelaju lah spray zas zasss kat muka sekali dua, konfem segar dan nyaman sentiasa!

 

Cara hilangkan jeragat paling berkesan

Antara testimonial dari customer mereka!

 

Dan lupa pulak lahai Cik Lisa nak bitau ni: Rose Face Serum Zeeta ni pun syiok pakai sebab bila spray kat muka, dia rilek je tak melekit sikit pun! Setiap semburan tu pun lengkap dengan semburan halus taww?

 

Seakan akan semburan nano – sebab mudah nak serap kat kulit kita dan setiap serapan tu akan lebih bermakna. Ceewahhh!

 

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK TANPA JERAWAT ATAU JERAGAT – BERAPA HARGANYA?

 

Haih! Ni lagi rasa meleleh leleh air mata terharu nak cerita kat awak harga sebenarnya! Rose Face Serum Zeeta – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat ni sangat mampu milik dan berbaloi baloi dimiliki!

 

Sebab harga dia cuma RM 50 (tidak termasuk kos penghantaran). Ia tahan untuk digunakan dalam 1-2 bulan, tapi depends jugak cara dan sebanyak mana awak nak spray hari hari tu kan?

 

Bagi Cik Lisa, ianya sangat worth dimiliki sebabnya selain kulit kita jadi cantik berseri seri dan bebas jerawat serta jeragat… haruman rose dalam Rose Face Serum Zeeta ni memang menyegarkan.

 

So, tunggu apa lagi…? Dapatkannya hari ini untuk kulit cantik hari ini!

 

Cara hilangkan jeragat paling berkesan

Lagi testimonial dari customer sedia ada mereka! Ternyata tak ada yang tak gembira kan? Semua riang nampaknya!

 

Rose Face Serum Zeeta – Cantik Tanpa Jerawat Atau Jeragat; berbaloi baloi dan rugi kalau tak dapatkannya!

 

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK BEBAS JERAWAT DAN JERAGAT – CONTACT DETAILS ZEETA

 

Mesti awak dah rasa eksaited dan seronok nak dapatkannya kan? So, kat bawah ni Cik Lisa dah sediakan contact details Zeeta untuk mudah awak nak contact mereka dan dapatkan sebotol Rose Face Serum Zeeta hari ini! Eh, nak dua, tiga botol pun apa salahnya. Ye dak?

 

Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR

Instagram: @zeetaofficial

Whatsapp untuk order: 019-220 9069

Website: www.zeeta.com.my

 

 

 

ROSE FACE SERUM ZEETA – CANTIK TANPA JERAWAT ATAU JERAGAT – KATA KATA CIK LISA

 

Terima kasih sebab sudi baca entri Cik Lisa hari ini dan macam yang Cik Lisa kata tadi… dulu dulu Cik Lisa pernah je buat rose water untuk kegunaan sendiri. Tak susah, tapi tak lah mudah! Haha… Leceh dan banyak pekerjaannya sampai nak siap sebotol dua.

 

Bagaimana nak hilangkan parut jerawat

Ada ke yang tak berkenan bau rose yang harum semerbak homaigod?

 

Rose water  Cik Lisa ni tak adalah segala vitamins dan nutrisi macam Rose Face Serum Zeeta ni… tapi, boleh lah takat nak spray spray gittew je di muka. Sebab masa kat Dublin dulu kan sejuk cuacanya. So, cepat kering lah muka kita.

 

Nanti inshaALLAH, dalam entri akan datang Cik Lisa akan kongsi tutorial cemana nak buat rose water sendiri okay? Sampai sini saja entri Cik Lisa untuk kali ini dan kita jumpa lagi di lain hari, inshaALLAH. Terima kasih dan assalamualaikum.

 

Photo credit: Zeeta Pakar Mawar dan Zeeta Be Inspired

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *