Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah


Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah? Kat mana tempat ni sebenarnya? Kenapa sakan sangat semua orang dok sibuk nak pot pet pasal kedai mereka? Menu apa yang mereka sajikan dan tawarkan kat customer yang tak putus putus nak datang?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Tenang dakk nampak kan? Syiok weh!

 

Ada siap yang datang sekali, nak datang lagi berkali kali? Dah kenapa mereka semua ni? So, kisahnya sekarang… Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah ni sebenarnya?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Pintu masuk ke BBQ Lamb KL Kemensah!

 

So, hari ni Cik Lisa nak kongsi pengalaman Cik Lisa pi sana hari tu (29 Ogos 2017).

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Sampai depan pintu, dah disambut oleh bunyi air menderu deru…

 

Kisahnya, Encik Zainuddin Yatim (pemilik restoran BBQ Lamb KL Kemensah) dengan baik hati dah jemput Cik Lisa untuk cuba makanan depa dan share review sedap ke idok makanannya. Jadi, dengan tak lengah lengahkan masa lagi… Cik Lisa berbesar hati nak pot pet sikit tentang cerita masa pi sana itu hari.

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Suasana camni susah nau nauuu nak jumpa kat KL kan?

 

Dah bersedia ke?

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – BUKAN SEMUA KEDAI MAKAN TU SAMA JE KE?

 

Bila orang dengar ada kedai makan baru, semua pun mula nak pi lelaju. Mesti nak amik tahu… apa yang mereka nak tawarkan dalam menu. Pastu, ,tak kurang jugak ada kumpulan yang kalut nak monitor harganya pulak.

 

Haruslah kan, especially bila orang dok sibuk cerita betapa ekonomi kita tak berapa nak syiok keadaannya buat masa ni.

 

Dah cukup periksa serba serbinya… kali ni nak tahu jugak, sama ada berbaloi ke tidak. Makanan tu sedap dan harga berpatutan, konfem lah mudah nak cari makan.

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Ini kitchen mereka. Cik Lisa suka sebab konsep ‘open space’ so kita boleh tengok apa depa buat.

 

Tapi, kalau makanan dah lah tak sedap, harga pulak tingginya lahai ke bulan… rasa rasanya, boleh bikin kita meroyan kan?

 

Pastu, rata rata kedai makan kat negara kita ni memang lagu tu. Harga mak aihhh, dok cekik ke leher kita berkali kali. Tapi rasa food masing masing kan, aduhai… kecewa, remuk, hancur, bocai tak tahu nak cerita lah kan?

 

Lagi lagi, bila katanya ekonomi tengah tak berapa nak stabil sekarang ni. So, kenapa kita masih pilih untuk makan di luar sebenarnya? Tokleh ke dok rumah diam diam dan masak sendiri untuk seisi keluarga?

 

Haaa… sebab tu lah Cik Lisa nak kongsi cerita dengan awak hari ini tentang Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah.

 

“Bukan semua kedai makan sama je ke? Ada kerusi dan meja. Dan ofkos lah ada makanan yang kita order? Apa bezanya? Karut lah semua tu! Tak mungkin ada apa apa yang lebih dari tu!”

 

 

Well, musti awak eksaited nak tahu kannn?

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – LOKASI DAN SETUP KEDAI YANG SYIOK DAN KONFEM IANYA LUAR BIASA!

 

First and foremost, bila kita cerita pasal kedai makan… wajib lah ada kerusi dan meja kan? Tapi, usually semua cuma dalam unit shop lots yang biasa biasa je. Asal cukup syarat katanya!

 

Kalau nak extra sikit lagi, mungkin tambah deco sana sini… ha, cukuplah ni. Tapi, satgi harga makanan yang tak seberapa tu pun tetiba jadi mahai yang menjadi jadi. Akhirnya, sapa yang rugi? Ofkos lah kita… tuan kedai sengih dengan bahagianya!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Rumah Api tempat daging daging tu disiapkan sebelum dihidang. Class sangat kan?

 

So, Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah ni yang buat ianya lain dari yang lain?

 

Memula sekali, Cik Lisa nak cerita pasal lokasi. Kat mana BBQ Lamb KL Kemensah ni sebenarnya? Asyik dok cerita betapa bezanya dia dan mereka yang ada?

 

BBQ Lamb KL Kemensah ni bertempat di Ulu Kelang je. Awak pernah pegi Zoo Negara kan? Haa… dari Zoo Negara tu jaraknya cuma dalam kurang dari 10 minit berkereta (masa Cik Lisa pegi tu exactly 7 minit guna Waze dan drive secara orang normal drive, bukan ikut pecutan yang beria ia). 

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Google Map: https://goo.gl/maps/mjJ9p4zz3fv

 

Mengikut kata owner tempat ni; Encik Zainuddin Yatim dari city centre (KL) cuma amik masa dalam kurang dari setengah jam je. Tak jauh mana dan bila awak dah sampai sana… terdetik lah dalam hati tu rasa seronoknya tak terkata!

 

Haaa, nak tahu kenapa?

 

 

SUASANA TENANG DAN DAMAI YANG OHSEM GILER!

 

Sebaik saja awak dah parking kereta (kat sini mereka amalkan parking ‘gaya bebas’ je, since ada ample space dan kawasan luas untuk parking kat luar ‘pintu gerbang’ kedai), dah boleh rasa bezanya BBQ Lamb KL Kemensah ni sebenarnya.

 

 

Instead of bangunan shop lots yang berderetan macam kat kedai makan yang biasa biasa… kat sini awak akan nampak pokok pokok hijau merata. Kiri, kanan, depan dan belakang semua pun rimbunan kehijauan yang sedap nau nauuu mata memandang!

 

BBQ Lamb KL Kemensah

 

Kalau stress dalam kereta sebelum ni, now awak dah mula rasa sikit sikit nak jadi happy. Suasana sekitar memang tenang dan damai tak terkata. Sambil tu jugak, awak boleh dengar air sungai yang laju menderu deru.

 

Dan dan tu nak teringat lah pulak zaman kita kanak kanak dulu, pi camping time masuk pengakap ke, pandu puteri ke, kadet polis ke, puteri islam ke… ikut lah yang mana.

 

 

SUSUNAN KERUSI MEJA YANG PRIVASI

 

Sebaik kaki awak melangkah masuk ke pintu gerbang / entrance BBQ Lamb KL Kemensah ni, makin kuat bunyi air yang deras dok splish splash splish splash kat sebelah kanan awak tu actually. Masa ni boleh nampak ada satu anak sungai dok sakan mengalir deras kat tepi. Nyaman tau dakkk suasana kat sana?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Owner BBQ Lamb KL Kemensah; Encik Zainuddin Yatim ni nampaknya clearly tahu dah apa yang terbuku di hati semua yang nak datang sini. Sometimes, mesti kita nak makan pun, nak jugak ada privasi. Kannn?

 

BBQ Lamb KL Kemensah

 

Seating arrangements kerusi meja tak disusun dekat dekat macam kedai biasa tu. Tapi, seating mereka ada setompok kat sini, setompok kat sana… so obviously, awak boleh ada privasi bila dah decide untuk makan di sini. Best kannn?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Tak ada lah bila kita makan, kalut kita nak dengar orang sebelah pong pang pong pang bercerita sakan! Haha.

 

 

ADA KOLAM RENANG UNTUK KITA BERENDAM DAN MAIN AIR SAMA SAMA

 

Kat sini, ada kedai makan dan ada jugak tempat untuk kita rilek rilek santai berteman! Ceewah!

 

Cuba bagitahu Cik Lisa, dalam banyak banyak kedai makan kat KL ni kan… ada ke kedai makan yang sediakan tempat kita berendam sambil makan makan? Haaa… musti lah tak ada jawapannya!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

So, Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah? Ada kolam renang untuk kita dan family (kalau pi sekali!) untuk makan dan berendam sama sama. Salah satu cara untuk kita merapatkan lagi ukhuwah dalam keluarga kita!

 

Nak masuk kolam ni, ada caj bayaran sebanyak RM5 per entry (orang muda dan tua semua sama saja harganya). 

 

Kat bawah ni, Cik Lisa belanja Live FB video hari tu nak tunjuk betapa damai dan tenangnya kawasan kat sini tahu dak? Rugi kalau awak tak pernah mai sini lagi!

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – PELBAGAI PILIHAN MAKANAN DAN MINUMAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!

 

Ingat dak tadi bila Cik Lisa cerita most of the times kita pi kedai makan, kita akan balik rumah dengan hampa dan kekadang tu rasa nak meroyan? Harga dah lah mahai bagai nak giler. Makanan pulak tak sesedap mana. Boleh bikin stress yang berpanjangan kan?

 

Tapi, awak takkan dapat kekecewaan sebegitu rupa kat BBQ Lamb KL Kemensah ni actually. Siap lepas ke sini, konfem awak akan balik, perut kenyang dan suka hati.

 

Alang alang dah cerita pasal makanan kat sana, Cik Lisa nak kongsi sikit Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah ni termasuklah beberapa makanan dalam menu mereka yang Cik Lisa cuba hari tu kan?

 

Alaaa… yang Cik Lisa dok sakan makan tak berenti tu lah (Boleh refer video rakaman Live FB Cik Lisa malam tadi kat bawah ni, ya? Hati hati, awak bakal terliur satgi dan tak sabar sabar nak pegi!)

 

Ini lah dia antara makanan yang disajikan oleh BBQ Lamb KL Kemensah untuk Cik Lisa dan kawan Cik Lisa yang pi sekali tempoh hari. Jom tengok apakah ohsem sangat makanan depa ni?

 

 

SMOKEY DUCK BREAST

 

Kat Malaysia ni bukan senang nak cari kedai yang juai itik actually. Kalau ada pun, mungkin buffet kat hotel hotel terkemuka. Jarang jarang sekali nak jumpa kedai biasa yang ada sajian itik dalam menu makanan mereka.

 

Tapi kat BBQ Lamb KL Kemensah ni, ada hidangan nama Smokey Duck Breast cuma dengan harga semurah RM30! Biaqqq betoi?

 

“Elehhh! Musti cuma hidang dua tiga helai duck breast je tu. Pastu, potong nipis nipis dan halus halus. Tak mungkin lah semurah tu depa nak juai ke kita?”

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Maaf lah kalau Cik Lisa dah hampakan awak. Tapi kan, Smokey Duck Breast kat sini dihidangkan dalam portion yang sangat sangat generous  sebenarnya. Daging itik tu berpotong potong dok rilek baring baring dalam pinggan tu ceritanya!

 

Dalam pinggan yang sama, ada pilihan sos garlic dan sos pudina. Eh! And ofkos lah sos BBQ diconteng santai atas hamparan kepingan Smokey Duck Breast yang lazat tu! Ditemani setompok salad coleslaw di sisi. Oh, yumms!

 

Rasa daging itik ni… ya ALLAH, tak tahu nak cerita cemana. Sambil taip ni, sambil kecur air liur dok terkenang kenang betapa juicy nya setiap gigitan dalam mulut ni tempoh hari. Betul lah yang Encik Zainuddin Yatim ni cerita most customer mereka selalu kata,

 

“Cair di dalam mulut!”

 

 

 

SMOKEY CHICKEN BREAST

 

Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah? Haa… another dish yang mereka hidangkan ialah Smokey Chicken Breast. Hidangan yang sama dan serupa dengan Smokey Duck Breast, cuma kali ini sajian ni disertakan dengan daging ayam.

 

Macam Smokey Duck Breast juga, daging ayam ni betapa empuk dan lembut… lagi lagi bila kita kunyah dan tenyeh dengan sos sos yang ada tu kan?

 

Masuk dalam mulut pelan pelan sebab nak nikmati rasa sedap yang berpanjangan! Hoihhh! Kalau kena tulis entri ni di bulan posa, dah batai posa dah ni konfem!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Paling win untuk both dishes ni rasanya would be rasa daging yang just nice teksturnya. Dan Cik Lisa berani nak gerenti, konfem takkan ada sisa sisa daging nak terlekat kat celah gigi. Haha.

 

Sebab, soooo lembut weh! Nak tahu, awak pegi lah sana sendiri. Then baru tahu apa yang Cik Lisa dok kalut sangat nak explain ni. Smokey Chicken Breast hanya dijual dengan harga RM25 sahaja!!!

 

 

LAMB RICE

 

Haaa… apa pulak kali ni? Lamb Rice ni apa kebenda actually?

 

Satgi bila Cik Lisa kongsi harga dish ni… konfem awak lelaju nak pi start kereta dan mintak Waze bawak pi sana! Haha. Lamb Rice ni adalah sajian yang ada nasi kaler kuning, salad coleslaw dan BBQ Lamb carik masing masing setompok dan sup kambing semangkok.

 

Specialnya sajian ni… (ada Cik Lisa highlight dalam video Live DB Review tu sekali), nasi yang kaler kuning tu ialah nasi istimewa gabungan citarasa owner tu sendiri!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Bukan nasi minyak dan bukan jugak nasi Arab. Nak kata nasi hujan panas pun tidak, apatah lagi nak kata nasi Bukhara.

 

Tapi, yang pentingnya… rasa dia sedap nau nauuu! Tak berminyak dan tak too overpowering dengan rempah ratus ramuannya. Lain dari yang lain.

 

Dah kalau kata resepi tuan rumah, tak mungkin nak jumpa kat tempat lain ye dak? Gabungan dengan carik carik Lamb tadi… hoih!!! Pengsan lah makan tak benti! Dan harga untuk Lamb Rice ni cuma RM18 sepinggan okeh?

 

Sila pengsan sekarang plis!

 

 

CREAMY LAMB SOUP

Pernah makan sup kambing kan? Macam Cik Lisa, Papa orang Penang so tahu tahu lah kan… kat belah sana, berderet deret kedai sup kambing bersepah kat sana!

 

Tapi, sup kambing kita biasanya yang jenis berempah tu je atau mat salleh panggil clear soup kan? Pastu campak campak sikit rempah dan kambing sekor dua. Ceewah!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Eh! Hahaha… Cik Lisa berubah jadi karnivor femes! Haha.

 

Kat BBQ Lamb KL Kemensah ni, sup kambing depa ialah kombinasi di antara mat salleh dan orang kita! Kalau mat salleh punya style, depa selalu buat sup berkrim disukai ramai kan? Ala ala mushroom soup yang kita makan dengan garlic bread tu selalu tu…

 

Tahu kan?

 

So, Creamy Lamb Soup ni ialah sup kambing berkrim disukai ramai! Haha.

 

Dalam hidangan ni, mereka akan sajikan awak semangkok sup dan satu ketul tulang kambing (dengan isi penuh weh!). Ala ala macam lutut gittew, tahu kan? Besaaa dakkk makan sup kambing ni? Aihhh.

 

Pastu ada dua roti (Bukan calang calang roti naa… ni roti penuh wholegrain yang sihat sihat tu. Bukan roti putih Gardenia besa besaaa tu. Roti high class gittew!) dan satu sudu. Haha.

 

Part tulang tu pulak, boleh mintak straw sebab nak sedut isi tulang tu! Fuhhhh! Layan wehhh! (Tu yang pipi pau Cik Lisa semakin besaqqq bagai johan ni, hampa nampak dak? Hihi). Rasa rasanya, berapa harga Creamy Lamb Soup ni agaknya?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Antara kriteria calon somi kita… kena pandai sedut tulang sum sum! Eh! Haha.

 

Creamy Lamb Soup ni cuma berharga RM18 semangkok! So, cuba pilih sekarang sama ada awak nak pengsan ke or nak pengsan?

 

 

KOPI ABAH KAWWW!

 

Rasa segan je bila nak order kat pelayan tu dan kata,

 

“Saya nak Kopi Abah Kawww satu”

 

BBQ Lamb KL Kemensah

 

Haha. Kopi ni dalam gelas besar tu dan Cik Lisa mintak ais punya… Kopi Abah Kawww ni cuma berharga RM6 je weh segelas! Peminat kopi kopi tegar sekalian, sila serbu restoran ni cecepat!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Sebaik nama dia tu, sehebat dan sekawww tu jugak lah rasa kopi tu. Lepas seteguk dan seteguk lagi, minum tak reti reti nak benti! Haha.

 

 

CHOCOLATE SHAKE

 

Biasanya kan kita pi chain coffee shop untuk cari kopi atau chocolate drink yang sedap dan yum yum kan? Tapi, pasni… pas awak dah rasa Chocolate Shake kat sini, plis berubah hati ya! Haha.

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Chocolate Shake dia mak datok! Creamy beria ia dan sampai Cik Lisa rasa depa patut tukar nama jadi Creamy Chocolate Shake sebenarnya! Sedapnya tak tertahan! Kawan Cik Lisa, Edza siap cerita…

 

“… penuh dengan taburan chocolate rice…”

 

 

Fuhhh! Dah macam rancangan masakan pun ada ya? Haha. Pendek kata, kalau awak adalah chocolate lover, plis plis and plis… masukkan ni dalam order awak nanti! Okay?

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Chuppp! Satu mug saiz bayi gajah untuk Chocolate Shake ni cuma bernilai RM10!!! Homaigod! Pengsan plis! (Kat sini sila bersedia untuk pengsan berkali kali taww!)

 

 

NAGA SHAKE

 

Ini super rare! Tak tahu lah kalau kat tempat awak ada kedai kedai makan berderet deretan juai air ni kan? Kot lah ada pun, tak rasa boleh dapat dengan harga sehebat kat sini!

 

Satu mug besar gajah hanya dijual dengan harga RM10 tahu dak? Tak masuk akai, weh!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Cemana lah pipi tak pau…? Semua benda Cik Lisa kata NAK! Haha.

 

Rasa buah naga tu langsung tak kedekut piang. Sebab lemak buah naga yang sedap sambil menjilat jari jemari tu boleh dirasakan untuk setiap sedutan Naga Shake ni!

 

BBQ Lamb KL Kemensah

 

Kalau masih tak percaya lah pot pet Cik Lisa yang beria panjang lebar berjela jela… jemput datang ke BBQ Lamb KL Kemensah okay? Then awak cerita kat Cik Lisa pulak experience awak sendiri kat sini. Okay?

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA?

 

Fuhhh! Panjang betul entry Cik Lisa kali ni ya?

 

Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah? Agak agaknya, dah terjawab tak persoalan yang bermain main di minda awak sejak mula tadi? Ini cuma food review based on apa yang Cik Lisa makan dan Cik Lisa tak tahu makanan yang lelain taww!

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Berselfie bersama tuan rumah. Hihi… Lady yang cantik tu ialah isteri kepada owner BBQ Lamb KL Kemensah: Puan Mi Mie 🙂

 

Ada beberapa lagi menu yang ohsem but since Cik Lisa datang cuma dengan seorang kawan, takkan lah kami berdua je nak makan beria ia kan? Mana nak muat semua jenis makanan dalam satu satu masa?!!

 

Haha. Mungkin lah pipi pau Cik Lisa dah mula membesar dari hari ke sehari. Tapi, awak datang dulu dan tengok bentuk menu! Ingat sehelai je ke? Haih! Haha. So, here goes.

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

 

Macam biasa… bila Cik Lisa buat food review atau apa apa review sekali pun, WAJIB untuk Cik Lisa bagi rating ikut skala bintang bintang berkerlipan Cik Lisa kan?

 

SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA: 5/5

 

First time ni Cik Lisa bagi full marks actually! Bukan sebab Cik Lisa nak amik hati Encik Zainuddin Yatim ni tapi there’s nothing to complaint!

 

Servis bagus, makanan sedap dan harga pun berpatutan, tempat syiok… just perfect untuk sekali sekala keluar makan bersama keluarga. Nak berkali berkala pun boleh sebenarnya! Sebab sangat sangat berbaloi dan tak lobang lah poket kita tu.

 

Tak percaya dengan review Cik Lisa kali ni tak apa. Why not awak jemput jemput mencuba sendiri… dan pastu boleh kongsi experience awak kat sana dengan Cik Lisa lepas ni. Deal?

 

But on weekends, sila booking dulu ya? Takut satgi pi tak ada seat pulak sebab usually on weekends memang full house katanya!

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – VIDEO REVIEW BY CIK LISA WANGI

 

Ini Cik Lisa nak belanja video review untuk BBQ Lamb KL Kemensah hari tu, ya?

 

 

Dan untuk sapa sapa yang berminat untuk dapatkan video review untuk produk, servis atau pun makan makan dari Cik Lisa, boleh contact Cik Lisa lelaju okeh di 012-2195 363. Nanti kita boleh borak panjang dan diskas sesama. 

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – CEMANA NAK CARI MEREKA?

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di:

BBQ Lamb KL Kemensah

Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia

Opening Hours: 6.00pm – 12.00am

 +60 12-211 4100

FB: BBQ Lamb KL Kemensah

Google Map: https://goo.gl/maps/mjJ9p4zz3fv

 

 

 

ADA APA DENGAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Encik Zainuddin Yatim dan team BBQ Lamb KL Kemensah sebab sudi terima Cik Lisa dan kawan; Edza Hamdan sepanjang kami kat sana.

 

Dan Cik Lisa bebetul recommend tempat ni untuk awak pegi dan cuba cuba sendiri semua food yang ada kat sana! (Okay, mungkin lah tak semua! Banyakkk kot makanan yang ada! Haha… Balik hari tu pun Cik Lisa kenyang tak terkata!)

 

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Bergambar kenang kenangan! Tapi, Cik Lisa pasti nak datang lagi!

 

So, Cik Lisa harap sesangat review Cik Lisa kali ni dah jawab suara suara kecil dalam hati awak before ni; Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah tu actually.

 

Oh! Dan kalau ada yang tertanya tanya, nanti dok makan kat sini sentiasa… dah acaner kalau berat badan naik berganda? Tak apa! Plis pi baca entri blog Cik Lisa hari tu bertajuk 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat okay? Haha.

 

Okay, sampai kita jumpa lagi dalam blog entri Cik Lisa yang akan datang inshaALLAH. Terima kasih dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *