3 Tips Makan Daging Di Hari Raya


Hari ni Cik Lisa nak pot pet tentang 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya.

Hamboihhh! Sakan naa bila hari raya menjelma, kita pun dengan seronoknya makan dengan beria ia. Apatah lagi bila hari raya haji yang tiba, banyak daging korban yang ada untuk diagih agihkan sesama kita.

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Hensem dakkk lembu korang?

 

Masa ni lah kita dok mengadap semua makanan kat atas meja, most of the dishes wajib ada daging untuk setiap satunya!

 

Sebab tu hari ni Cik Lisa nak kongsi 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya.

 

Mula mula, mestilah semua rumah pun ada rendang daging kan? Then, daging goreng kunyit, sup tulang dan daging, daging masak merah dan macam macam lauk pauk berunsurkan daging lepas satu dan satu dan satu lagi.

 

Mak hoihhh! Harum semerbak bau dapur tak putus putus dengan masakan daging yang pelbagai tentunya!

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Tergugat jiwa dan imanku, wahai daging goreng kunyit!

 

However, biasanya setiap benda yang kita buat, kita tokleh nak buat lebih dan tokleh jugak nak buat kurang. Orang kata, in moderation ataupun berpada pada.

 

Jadinya, sebab tu jugak Cik Lisa nak kongsi 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya dengan awak hari ni. Anyway, awak ni dah sedia ke nak baca pot pet Cik LIsa tentang 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya?

 

 

 

3 TIPS MAKAN DAGING DI HARI RAYA – KENAPA KITA TAK BOLEH MAKAN DAGING SECARA BERLEBIHAN?

 

Awak tahu kan?

 

Macam yang Cik Lisa kata tadi, kita tokleh nak buat sesuatu tu melebih lebih sebenarnya. Kita jugak tak boleh nak buat something tu kurang sesangat jugak.

 

Sebaik baiknya, buat tu bior lah berpada pada. Sama jugak macam makan daging!

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Ehemmm! Attractive ke bila kita jadi gini?

 

Tapi, apa jadi kalau kita makan daging secara berlebihan?

 

Macam macam benda boleh jadi actually. Salah satu perkara yang pasti… makan daging dalam keadaan yang overload, kita akan terdedah untuk kena darah tinggi! Sebab kandungan lemak tepu dalam daging tu, boleh buat kolestrol dalam badan kita ni naik menderu deru!

 

Awak boleh jugak baca artikel bertajuk The Truth About Red Meat untuk cedok lagi info tentang daging lepas ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan di hari raya haji ni. Kan?

 

Chup, chuppp! Tapi, sekarang ni awak tak perlu cemas lagi. Sebab hari ni Cik Lisa akan kongsi 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya.

 

Yayyy!

 

Jom kita sesama baca apakah those 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya untuk elak kita dari kena any penyakit yang merbahaya. Okay?

 

 

 

3 TIPS MAKAN DAGING DI HARI RAYA

 

Sepanjang hari kita dok mengadap juadah daging yang pelbagai rasa. Sapa lah yang ada terdetik hati nak tolak semua food yang super yummy? Walaupun ada somebody yang tengah berdiet sakan, konfem akan terpesona dengan hidangan yang macam macam tu kan?

 

Apatah lagi bila juadah yang disediakan adalah juadah yang sedapnya ya Tuhannn!

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Lauk hidangan terbentang luas!

 

Then, kalau hari ni kita ada buat sup tulang dan daging… hoihhh! Sampai berlemoihhh lah bibir masing masing dok sedut sup tak berhenti henti.

 

Mula mula, makan tengahari dengan nasi. Kot kot petang satgi, tukar selera lepas ni dan minum sup sedap sambil cicah roti benggali.

 

Diet ke mana, kita ke mana.

 

Haha.

 

Jadi, mai lah kita sesama baca sat tips yang Cik Lisa nak kongsi ni: 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya.

 

 

AGAK AGAK SIKIT MAKAN TU YA, JANGAN GATAI IKUT NAFSU SEMATA MATA!

 

Bila mula makan, toksah lah pulak bayangkan yang awak ni dalam pertandingan! Haha. Makan tu biar lah berpada pada. Cik Lisa faham betapa ohsem dan lazatnya makanan yang ada depan mata.

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Ohoi! Pulut kuning idaman kalbu! Sapa suka pulut, sila buat untuk Cik Lisa jugak plis! Cik Lisa hantu pulut tahu dak?

 

Tapi, kita kena hati hati especially dengan hidangan daging dagingan hari ni.

 

Kan Cik Lisa dah cerita betapa kalau kita makan melebih lebih nanti, macam macam penyakit yang boleh attack kita dalam sekelip mata satgi! Paling femes dan yang orang selalu dok sosek sosek setiap masa adalah high blood pressure!

 

Bahaya ke bahaya?

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Homaigoddd! Gugur jantung, ginjal, hati… semua lah! Yumss!

 

So, tanam information ni sesiap dalam kepala. Then, bila tiap tiap kali nak makan tu… kita akan sentiasa berjaga jaga.

 

Eh!

Faham ke?

 

Kalau perlukan pot pet lebih tentang daging, boleh jugak rerajin kan diri untuk klik entri bertajuk Red Meat: Good Or Bad For Health?

 

 

TOKSAH JADI KARNIVOR TEGAR PLIS!

 

Yes, yes, yes!

 

Cik Lisa tahu yang bila time hari raya haji tiba, semua orang tahu yang daging korban akan jadi dish utama kita. Sebab tu macam macam hidangan kat atas meja.

 

But, apa kata selain berpuluh, beratus hidangan daging semata mata… kita tambah juadah yang ada sayur sayuran segar dalam sepinggan dua? Sebab setiap makanan kita biarlah ada balance untuk sesuaikan dalam diet harian kita.

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Kari daging pulok dohhh! Homaigoddd!

 

Mesti awak dah tahu sekarang ni kan?

 

Kita kena ada sayur sayuran dan buah buahan jugak, baru diet harian kita sempurna. Badan pun jadi sihat dan kuranglah sikit potensi kita nak kena apa apa penyakit yang kronik dan evil.

 

Alaahh… kan macam macam penyakit dok timbul lepas satu dan satu setiap hari sekarang ni?

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Daging pun, daging jugak! Tapi sayuran jangan dilupakan taww!

 

So, plis toksah nak simpan cita cita nak jadi karnivor tegar dan makan daging je setiap ketika! Cuba jiwai watak kambing sekali sekala ya?

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Sapa suka grapes macam kita, angkat tangan plis!

 

Makan sayur sayuran tu sama. Toksah ngelat sangat! Dan percayalah, awak akan rasa bezanya bila ada masukkan beberapa helai sayuran dalam setiap hidangan.

 

Ceewah!

 

 

TAKMO JADI COUCH POTATO ALL THE TIME, OKEH?

 

Time raya maknanya berderet deretlah siaran drama kat tv tak henti henti. So, sambil kita hirup sup daging, kita sedut lemak sum sum dalam tulang yum yumm. Hamboihhh!

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Sila jangan daftar diri jadi Couch Potato okeh? Tak comey camni… untuk makan memang yums, untuk jadi depa? Hoih! NOOO!

 

Lepas satu mangkuk, tambah lagi semangkuk dua. Makin syiok cerita kat tv, makin sakan kita dok sedut sup tu tadi.

 

Ehem, ehemmm!

 

Seronoknya lahai dia duduk atas sofa tu tak bergerak gerak ya? Dari pagi sampai ke petang lah ceritanya! Bila dah kenyang, lagi parah lah jawabnya! Dok terperosok kat sofa, lembik dan layu? Dah macam bunga yang tak cukup air lah pulak lagaknya… ye you!

 

Pengsan lah camni!

 

Haha. Ha, kita tokleh jadi gittew! Bukan apa, takut takut satgi sakan pulak lelemak berjoget dan berdansa dalam badan kita. Makin lama satgi, makin payah nak get rid of those lelemak evil!

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Ni feveret dish Cik Lisa. Eh, sama jugak dengan kari daging. Dan rendang ofkos. Dan semua lah ceritanya! Haha.

 

So, Cik Lisa cadangkan untuk awak kekal aktifkan diri dan plis bergerak ke sana ke mari. Jangan manjakan diri untuk melepek je kat kerusi.

 

Kalau boleh, Cik Lisa nak suruh awak buat lompat bintang setiap berapa jam sekali. Haha… tapi satgi, terkeluar pulak segala isi perut yang kita dok sakan nyum nyum dari pagi!  Kann?

 

Jadinya, awak pikir lah bentuk exercise or gerak badan cemana pun yang awak rasa selesa. Tapi, kena lah buat sesuatu… untuk make sure kita tak jadi couch potato dan lazy semacam di hari raya haji kali ini.

 

 

 

3 TIPS MAKAN DAGING DI HARI RAYA – APA KATA CIK LISA?

 

Itulah dia 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya yang Cik Lisa nak kongsikan kat awak hari ni. Cik Lisa harap perkongsian Cik Lisa hari ni ada bagi awak manfaat ya?

 

Maklumlah, bila kita nampak makanan syiok depan mata, agak susah lah jugak nak kata takmo untuk semuanya! Cik Lisa completely understand, sebab Cik Lisa pun rasa gittew jugak! Mana mudah nak tolak makanan, lagi lagi yang sesedap homaigodddd tokleh nak tahan! Kann?

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Berjejeran lah air liur ku ini… oh!

 

Kalau mudah nak tolak sesuka gittew, takdok lah pipi pau Cik Lisa ni seronok sakan membesar bagai johan! Kann ennn ennnn? Haha.

 

Biasalah, bila penuh meja dengan macam macam makanan sedap dan menyelerakan… konfem jugak lah dalam hati dok seronok melompat suka suki kegembiraan!

 

Bukan selalu nak ada makanan yang banyak pilihan. Sebab bukan makanan yang kita dok makan hari hari, tapi makanan special sikit… lain dari hari hari yang biasa tu kan?

 

 

 

3 TIPS MAKAN DAGING DI HARI RAYA – SALAM AIDILADHA DARI CIK LISA UNTUK AWAK

 

Apa apa pun, Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk ucapkan salam aidiladha kat semua yang baca entri Cik Lisa kali ini.

 

Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Salam aidiladha dari kami sekeluarga. Eh! Ya, ya… ni gambar raya hari tu. Recycle lah sikit. Haha.

 

Dan, Cik Lisa bebetul hargainya dan semua tu tokleh nak digambarkan dengan kata kata. Ceewahhh! Tetiba sebak terharu pulak tak pasal pasal. Maklumlah, amik feel raya ala ala sebak terharu gittew!

 

But really.

Terima kasih daun keladi sebab sudi singgah dan baca entri Cik Lisa ni hari hari. Thank you tawww!

 

Eh, chuppp! Lupa pulak ni ha.

 

Kalau ada rasa nak baca tips yang seakan sama tapi tak serupa, boleh lelaju pi baca entri lagi satu yang Cik Lisa buat masa hari raya aidilfitri tempoh hari. Entri tu bertajuk 5 Tips Makan Secara Sihat Di Hari Raya.

 

Dan, kalau kalau rasa nak makan daging syiok tapi bukan musim raya korban… apa kata awak pi BBQ Lamb KL Kemensah? Mereka ada sajian daging yang pelbagai jenis! Nak tahu lebih, boleh baca pengalaman Cik Lisa sendiri pi makan kat sana dalam entri Ada Apa Dengan BBQ Lamb KL Kemensah. 

 

Baiklah, sampai kita jumpa lagi di lain entri inshaALLAH dan selamat hari raya. Terima kasih dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *