5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu


Bila balik kampung nenek kat Terengganu, musti dia dah awal awal lagi cari buah salak untuk cucu. Kat belakang rumah nenek tu sendiri, ada jugak lah a few pokok pokok salak tu actually. Kalau balik sana, konfem at least ada sebijik dua. So, alang alang nak mulakan stori mori ni. Cik Lisa nak turut sekali share tentang 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu!

 

Khasiat Buah Salak

 

5 MANFAAT BUAH SALAK YANG BELUM PERNAH KITA TAHU – UDAH LAMA TAK KETEMU!

 

Raya haji yang baru berlalu sehari dua ni, Cik Lisa tak balik kampung actually. Mama dan adik beradik je yang balik sana. Tapi, kali ni Cik Lisa cuma beraya di KL je. Mereka balik sana tak lama, so itu yang decided untuk tak ke mana mana. Buat kerja kat rumah saja.

 

But bila Mama balik sini tengah malam semalam, syiok sungguh rasa hati. Apa taknya, bila nampak buah salak dok bergolek golek dalam supik (baca: plastik) dengan penuh riang ria.

 

Khasiat Buah Salak

 

Seronok lettew dapat jumpa kita! Kita pun syiok sama naik, rasa macam nak bertempik! Haha. Tak kopek lagi kulit pun dah sakan berjejeran air liur kan? Dah macam ala ala kuasa bayangan gittew!

 

 

 

5 MANFAAT BUAH SALAK YANG BELUM PERNAH KITA TAHU – SALASILAH KELUARGA BUAH SALAK

 

Ni lah dia: buah salak yang kuasai minda kita sesuka dia! Syiok wooo buah salak tahu dak? Awak pernah cuba ke? Atau ni first time dok dengar Cik Lisa sebut sebut nama dia?

 

Hoih!

 

Rugi lah kalau awak tak pernah lagi rasa! Eh, tapi awak serius ke?

 

 

DARI MANA ASAL USULNYA?

 

Memula, mai Cik Lisa explain sikit cemana rupa buah salak ni sebenarnya dan dari mana asal usul dia. Kalau ikut informasi dari Wikipedia (dan most of all other websites kan?), buah salak ni asalnya dari Indonesia.

 

 

BAGAIMANA RUPANYA?

 

Pernah tengok pokok kelapa sawit dak?

 

Haa, sebab pokok salak ni ada lah iras iras rupa yang seakan serupa sebab mereka dari keluarga yang sama. Yes, betul tu. Pokok buah salak adalah dari keluarga palm trees jugak rupa rupanya. Kira macam sedara jauh bau bau bacang dengan pokok kelapa sawit gittew! Cousin lah kot ya?

 

Buah salak ni diselaputi dengan kulit yang agak tajam tawww! Dan kulitnya macam ekor ikan duyung… bersisik sisik bagai!

 

Khasiat Buah Salak

 

Sometimes orang suka cerita dan kata kulitnya macam kulit ular! Sebab tu mat salleh refer buah salak ni sebagai Snake Fruit. Entah, tak tahu nak kata.

 

Sebab Cik Lisa tak biasa dok pegang pegang ular sesuka rasa! So, tak sure lah rasa kulit depa tu acaner.

 

 

CEMANA RASANYA?

 

Rasa buah salak ni pulak, cemana nak cerita?

 

Y-U-M-S! Sedap sampai menjilat jari!

 

Sambil kunyah rangup buahnya, sambil mata pejam pejam dok rasa nikmatnya! Tapi, tengok jugak. Kekadang ada yang rangup giler, syiok bila setiap gigitan ada bunyi krup, krupp, kruppp!

 

Ada yang tak berapa nak rangup isi dia, tapi juicy habis isinya… sekali kunyah, berjejeran air liur kita dok hisap hisap rasa sedap masam masam manis airnya!

 

Khasiat Buah Salak

 

Gittew lah sedikit sebanyak tentang buah salak ni yang Cik Lisa mampu nak explain sebaik mungkin. So, apa pulak khasiatnya? Ha, now let’s baca sesama apa dia 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu.

 

 

 

5 MANFAAT BUAH SALAK YANG BELUM PERNAH KITA TAHU

 

Eh, seriuslah kali ni nak cerita.

 

Awak yang tak pernah rasa buah salak before ni, plis pi cari kat memana yang  boleh cari. Rugi lah weh tak pernah rasa buah klasik macam ni.

 

Especially sat lagi bila awak dah baca 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu ni… haihh, tak tahu lah Cik Lisa nak kata apa lagi. Mesti awak rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak pernah tahu buah salak sebelum ni. Kannn?

 

Khasiat Buah Salak

 

Okay, apa dia sebenarnya 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu ni?

 

Konfem awak super eksaited nak tahu kan?

 

 

JAGA KESIHATAN MATA

 

Tahu ke betapa ohsemnya buah salak ni sebab dia ada mengandungi beta-carotene, so sebab tu ianya adalah yang terbaik untuk jaga kesihatan mata kita!

 

 

BAIK UNTUK OTAK

 

Buah salak ada kandungan potasium dan pectin. So, ia mampu bantu untuk kecerdasan otak – tak nyanyuk dan lebih alert gittew! Sebab tu jugak ada orang refer buah salak ni sebagai The Fruit of Memory. Fuhh! Tak sangka ai taww!

 

 

OHSEM UNTUK DIET DAN KEKAL RAMPING

 

Ehem, ehemmm! Tajuk sensitip like always!

 

Tapi sungguh ni… buah salak ada fiber atau serat yang banyak. Jadinya, ia boleh bantu kita untuk maintain selim melim sebab bila serat cukup, kita tak akan hadapi masalah constipation (baca: sembelit). 

 

Dan serat jugak boleh bantu kita untuk jadi kenyang lebih cepat! Tak ada lah nak snacking excessively lepas ni. So, cecepat pi cari kedai juai salak. Then, bawak bekal pi ofis hari hari tawww?

 

Then, selim melim lah kita lepas ni kan?

 

 

KULIT YANG CANTIK HOMAIGODDD!

 

Sila terkejut dan pengsan serta merta lepas dengar cerita ni ya?

 

Buah salak ni ada kandungan Vitamin C dan Zat Besi (baca: iron)  yang super tinggi actually. So, kot kot lah awak ada anemia yang kurang sel darah merah tu kan? Kejap kejap pengsan. Tak pun, pucat lesi buat awak nampak giler tak healthy?!!!

 

Khasiat Buah Salak

 

Well, not anymore bebeh!

 

Sebab dengan setiap kunyahan buah salak yang superyum ni boleh bekalkan awak dengan zat besi yang cukup untuk tubuh badan. Tak ada lah nak derama swasta pengsan pengsan lagi pasni kan?

 

Kulit wajah pun maintain shinning shinning berseri. Kalau ada yang pengsan tu.. mereka yang dok tak berkedip mata tengok kita la! Maklumlah, dah kunyah buah salak berbakul bakul… terpaksalah dapat kulit yang cantik homaigoddd kan?

 

Homaigoddd!

Pi beli buah salak sekarang plis! Dan baca sini untuk Kelebihan Vitamin C Untuk Kulit.

 

 

ADA SUPER POWER MACAM BUAH LELAIN SEBAB DIA PUN ADA ANTIOKSIDAN!

 

WOWWW!!!

 

Tak sangka okay, sekecil kecil dia ni… adalah antara buah buahan yang ada antioksidan? Tahu kan setiap buah buahan yang ada antioksidan tu adalah fruits yang ada super power extra dari yang lain?

 

Dulu Cik Lisa ada pot pet tentang beberapa superfruits yang ada dalam entri bertajuk 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi

 

But plis terkejut dan pengsan if you must, sebab Cik Lisa baru dapat tahu yang buah salak ni rupa rupanya lima kali lebih super power dia nak bandingkan dengan tembikai dan mangga tu rupa rupanya???

 

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

 

Tembikai tu feveret Cik Lisa tahu dak? Ingat dia dah habis kuat dah! Little that I know, buah salak lah hero yang sebenarnyaaa! Homaigoddd!

 

Nak tahu lagi fakta hebat tentang buah salak boleh baca artikel bertajuk 20 Scientific Health Benefits of Snake Fruit dan

 

 

5 MANFAAT BUAH SALAK YANG BELUM PERNAH KITA TAHU – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa bebetul rasa kesal untuk awak yang tak pernah rasa secuit pun buah salak ni sebelum ni. Serius ke awak memang tak pernah rasa or jumpa buah salak ni?

 

Lepas baca pot pet Cik Lisa tentang 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu, ada dak rasa tik tok tik tok dalam hati tu nak pi cari kedai memana secepat kilat sebab nak rasa at least, sebijik dua pun jadi lah?

 

Khasiat Buah Salak

 

Nak tanya Cik Lisa pi beli mana, tak tahu lah pulak nak kata. Sebab setiap masa kami satu keluarga dok bawak balik dari umah nenek. Tak pernah kot kita beli kat memana.

 

Cuba Pasar Pagi or Pasar Tani kot kot lah depa ada jual agaknya. Dan plis sila dengan kadar segera pi rasa sebijik dua ya? InshaALLAH, awak takkan menyesal. Lagi lagi bila dah tahu 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu ni kan?

 

Ini pun first time Cik Lisa tahu dan Cik Lisa bersyukur ditemukan dengan buah buah salak dari umah nenek sejak dari zaman kanak kanak lagi. Dan ofkos…

 

“Thank you, Gramma!”

 

Nampak tu, spiking dengan nenek kita hokayyy? Haha.

 

Khasiat Buah Salak

 

Okay, so sampai sini dulu blog entri Cik Lisa untuk hari ni bertajuk 5 Manfaat Buah Salak Yang Belum Pernah Kita Tahu. Semoga perkongsian Cik Lisa ni ada bagi manfaat untuk kita semua, inshaALLAH.

 

Terima kasih dan sampai jumpa lagi lain hari. Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *