3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita 2


Hari ni Cik Lisa nak pot pet Cik Lisa nak kongsi dengan awak 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita!

 

Hoihhh!

 

Mencabar nau nauuu tajuk entri Cik Lisa hari ni ye dak? Ada yang kata, ini tajuk luar biasa. Sebab bukan semua ada masalah yang serupa. Kalau ada, mungkin mereka tak berapa nak rasa? Yang pentingnya, Cik Lisa tetap rasa ini masalah kecil tapi yang makin lama boleh bikin kita rasa horror!

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Ini masalah serius kann?

 

Haha… So, sebab tu Cik Lisa nak kongsi dengan awak 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita!

 

Acaner? Awak dah bersedia nak baca pot pet Cik Lisa hari ni?

 

 

 

3 TIPS MUDAH UNTUK KECILKAN PIPI SUPER PAU KITA – PIPI SUPER PAU TU APA?

 

Kadang kadang ada yang tak biasa dengan terma yang Cik Lisa guna – PIPI SUPER PAU?

 

Apa PIPI SUPER PAU tu sebenarnya? Kenapa kita prefer untuk panggil pipi kita tu pau rasanya? Kan boleh kalau kita panggil pipi capati ke, pipi canai ke, pipi roti jala ke? But why pau actually?

 

Pernah makan pau inti kacang yang putih putih dan gebu yum yumm tu tak? Alaa… yang dok beratur reramai dalam lemari kaca yang mostly found kat kedai kedai makan yang ada. Berbaris cecomels, lurus bersama.

 

Tahu kan yang mana?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Faham kan pipi super pau tu acaner? Faham dakk?

 

Nampak dak betapa gebu dan fluffy nya mereka tu semua? Ala ala toing toingg setiap satunya? Tak kira inti yang memana. Haa, itu lah dia pipi kita rupanya bila dah sakan makan tak henti every masa dan ketika!

 

And itulah basically sebabnya orang dok refer pipi chubby sebagai pipi pau tu sebenarnya… tau dak? Info baru kan kann kannn? Ini definisi Cik Lisa lah tapinya, but no idea apa clarifications orang lain tentang hal yang sama. Mungkin serupa, but mungkin jugak tak sama.

 

Who knows? Haha.

 

Now, let’s not buang masa dan sesama kita baca tentang 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Pau Kita ni okay? Literally, tips yang Cik Lisa nak kongsi ni adalah exercise untuk muscle di muka kita.

 

Cik Lisa baru je found out pasal ni dan tak sabar sabar nak cuba! Maklumlah, awak pun dah tengok betapa fluffy dan gebunya pipi Cik Lisa lately, betoi dak? Haha.

 

So, let’s baca sesama!

 

 

JOM PRAKTIS JADI IKAN EMAS

 

Aksi yang pertama ni mudah je actually.

 

Bila pipi kita ni dok membesar bagai johan dengan sakan, tu sebab lelemak syiok dok kumpul setempat kat pipi kita kan? So, nak banteras dari mereka dok berkumpul kat sana… kita kena aktifkan face muscle kita tu dengan beria ia.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Awak pandai dak buat ni?

 

Kalau perut boroi nau nauuu, kita gigih buat sit-ups endlessly sampai meracau racau! Sebab nak shed all the fats away kan?

 

Therefore, untuk muka pun sama la mekanismanya. Kena buat mereka bergerak merata, nak shed away all the fats tu sama. Dan sebab tu jom kita together gether praktis jadi ikan emas mulai hari ni plis?

 

Acaner?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Kalau expert, kena sama panjang taww atas dan bawah mulut goldfish ni! Haha.

 

Okay, ikan emas tu literally more or less sama rupanya macam duck face yang korang always posing selfie berjuta juta kali tu. Ha, sama lah! Buat exercise ni dalam 5 minit sekali dalam 3-4 kali sehari.

 

Boleh buat di mana mana. Depan tv ke, masa memasak kat dapur ke, masa drive ke, tengah layan FB ke… ikut lah bebila. Haa, mudah kan?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Menjiwai watak goldfish okeh?

 

Bukannya susah pun… ye dak?

 

 

MUNCUNGKAN MULUT SAMPAI BOLEH IKAT RIBEN

 

Musti ada terdetik kat hati awak tu,

 

“Elehhh! Ni bukan ke sama je ceritanya dengan ikan emas method tu? Muncung jugak dedua pun sebenarnya kan?”

 

 

Aihhh! Tu la dia… dengar lah dulu apa Cik Lisa nak pot pet cara caranya.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Muncungkan mulut camni… sampai boleh ikat riben taww!

 

Ada beza actually dengan yang first tadi. Untuk exercise yang ni, sebab kita tokleh buat masa drive. Kalau nak cuba, silakan… tapi konfem konfem ada potensi boleh langgar kereta kat depan! Haha.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Kiri dan kanan kena sama rata taww!

 

Memula, awak kena dongak kepala pandang kat siling atas kepala. Plis pastikan mata, hidung dan mulut kita tu selari dan hadap ke siling sama rata. Okay, bila dah sedia dan rasa selesa… now is the time ya?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Dahi, mata, hidung dan mulut… selari plis!

 

Sila muncungkan mulut kita tu semuncung yang possible! Lagi muncung kita cuba, lagi ohsem hasilnya!

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Nampak ni??? Selari okeh? Sila ukur biar tahu sama rata!

 

Ala ala macam kita nak cium ke siling tu lah kiranya! (Yes, mungkin awak rasa kelakornya lahai method Cik Lisa ni kan? But if pipi semakin hari semakin pau homaigoddd… method ni ohsem tawww!!!).

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Muncung sehabis baik! Nanti rasa face muscle tu struggle taww nak muncung sambil dok camni. Fuhhh!

 

Sila buat exercise ni sekerap yang mungkin ya? Sebab gerakan muncung mulut kita tu akan bantu gerakkan face muscle kita tu yang akan leraikan lelemak di pipi pau kita, inshaALLAH. 

 

 

SENYUM PENUH PERASAAN

 

Baiklah. Ini exercise yang paling kacang putih!

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Tokleh senyum acah acah camni! Kena senyuman yang sempurna!

 

Hasilnya, super ohsem dan memuaskan! Dah lah boleh reduce saiz pipi pau kita, dapat pulak sedekah kat orang keliling kita. Silap silap, dapat buat orang lain tak pasal pasal happy? Syiok dak?

 

Senyum.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Senyum kena sampai pejam pejam mata dan pipi bergoyang aktif!

 

Yes, bebeh!

You heard me right the first time.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Pipi super pauuu overload! Haha. Kau ada ke?

 

Yes, yes and yes.

 

Plis senyum dengan penuh perasaan sambil pejam pejam mata sakan. Wajib untuk pejam mata sekali, sebab tu lah rahsianya actually. Haha. Bila awak buat exercise ni dengan betul kan, awak boleh rasa setiap otot otot muka tu buat gerakan. Itu lah yang sebenarnya akan bantu pemecahan lelemak evil kat pipi kita tu. 

 

Berapa kali nak kena buat ni hari hari?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Belanja lagi senyuman sempurna kat awak sikit!

 

Boleh buat 3-4 kali sehari. Spend lah about 5 minit setiap kali. Kalau lebih lagi afdal actually. Mana tahu bila keluar pi shopping mall tu… dah rasa nak sengih ke kan, ha… go grazy selamba gittew jer.

 

Senyum je lah, apa salahnya kan? Sedekah jugak tu, betul kan?

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Kalau boleh, senyum sehabis boleh! Mata tu kena pejam tawww! Sebab face muscle movement tu penting.

 

And tahu kan yang everytime kita senyum… badan kita hasilkan endorfin untuk kita rasa riang ria gembira sentiasa? Happy hormones, bebeh! Haa.. Cik Lisa ada pot pet tentang ni dalam e-book Cik Lisa bertajuk Jom Lompat Bintang With Me. Awak dah beli? InshaALLAH tak rugi. Hihi.

 

 

 

3 TIPS MUDAH UNTUK KECILKAN PIPI SUPER PAU KITA – VIDEO EKSKLUSIF UNTUK EXERCISE PIPI CIK LISA

 

Sebab Cik Lisa yakin yang pipi Cik Lisa dah riang ria membesar tanpa sempadan… Cik Lisa dah siap buat Live FB untuk tutorial exercise pipi pau ni untuk awak ulang tengok berkali kali tiap tiap hari.

 

Untuk yang ada masalah sama macam Cik Lisa je lah. Untuk yang dah ada high cheekbones macam model model tu… toksah gatai naa. Haha.

 

Anyway, jemput tonton ya dan semoga bermanfaat untuk semua.

 

 

 

 

3 TIPS MUDAH UNTUK KECILKAN PIPI SUPER PAU KITA – APA KATA CIK LISA?

 

So, Cik Lisa doakan semoga kita sesama berjaya turunkan berat pipi pau kita tak lama lagi ya? Dan harap harap 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita ni boleh bantu Cik Lisa dan awak juga untuk dapat high cheekbones cam ala ala model gorgeous gittew!

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Tak lama lagi, tinggi lah tulang pipi! Seppp jommm!

 

Biaq sampai tak berkedip kedip mata depa dok tengok tulang pipi kita satgi sebab gigih buat exercise ni saban hari! Ceewahh!

 

Haha.

 

Kot lah ada yang rasa nak turunkan berat badan sekali, boleh lelaju picit entri Cik Lisa dulu bertajuk 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat.

 

Eh chup! Pastu, nak go easy on the meat tu since raya haji baru je berlalu pergi kan… boleh baca entri Cik Lisa on 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya okay?

 

 

All the best untuk awak dan sampai kita jumpa lagi dalam next entri, okay?

Terima kasih dan assalamualaikum.

 

Tips Kecilkan Pipi Tembam

Love always, Cik Lisa! Mmuahss! Xx


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita