5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu


Sapa yang sukakan kucing, kita konfem boleh jadi geng! Cik Lisa satu famili memang suka kucing dari dulu sampai lah sekarang ni. Pernah satu ketika, we all satu keluarga bela sampai 15 ekor in total semuanya! So, boleh lah nak kata Cik Lisa acah acah faham lah jugak bahasa mereka. Haha. And hari ni Cik Lisa nak kongsi 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu.

 

Fakta Tentang Kucing

Keng dan Comel bersuai kenal masa Keng baru sampai

 

 

5 FAKTA COMEL TENTANG KUCING YANG KITA TAK TAHU – KISAH SEEKOR ANAK KUCING DI ABU DHABI

 

Cik Lisa pernah cerita tak kisah kucing dari Abu Dhabi tempoh hari? Awak mesti dah tahu by now yang dulu dulu Cik Lisa dah pernah kerja di sana. Almost 2 tahun jugak lah kisahnya. Macam macam perkara juga dah jadi. Buat Cik Lisa jadi lebih baik dari hari sebelum ni.

 

Dan masa kami still kerja kat sana, ofis bagi satu villa duduk share share sesama. Cik Lisa duduk Villa 5 kot nama dia. Entah, haha.

 

Fakta Tentang Kucing

Banyak jugak perangainya sejak tiba dulu. Hadoi!

 

Dah lupa sebenarnya. Tapi, kami duduk dalam 6-7 orang saja. Seronok duduk kat sana sebab dah jadi macam satu keluarga. Staff lain jauh sikit rumah depa. But some of the weekend, kami kumpul sesama untuk makan makan.

 

Syiok lah! Maklumlah, duduk di perantauan.

 

Ceewah! Haha.

 

Masa kat sana tu jugak, ada sorang housemate dah jumpa baby kucing di jalanan. Sebab dah rasa kesian, dia pun angkut depa untuk bela lah kiranya. Rindu Mommy mereka yang entah ke mana, sekor demi sekor mati. Memula ada 4 ekor rasanya, alih alih tinggal sekor je yang survive akhirnya!

 

 

KUCING DIBERI NAMA “KENG”

 

Since Cik Lisa sendiri dah pernah bela kucing berderet deret setiap satunya, setakat sekor ni pfft.. tak ada masalahnya! Haha. Syiok jugak ada kawan nak berteman.

 

Fakta Tentang Kucing

Kenalkan Keng! Haha.

 

Kadang kadang bila housemate yang kutip tu tak ada masa nak layan dia, Cik Lisa main main jugak dengan Keng ni ikut masa. Makin hari, makin comel pulak perangai dia ni. Tapi, tak kira yang dia sakan dok cakar ke kita!

 

Fakta Tentang Kucing

Ini masa Keng masih bayi lagi.

 

Lama lama, Keng pun dah besar panjang. Makin ligat dia dok berlarian satu rumah, tak pernah tak kecah! Tapi, dia ni housecat lah. Keluar kejap kejap gittew je, amik angin dan tengok kawasan sekeliling.

 

Biasalah… ingatkan panas hingga ke petang, tapi tetiba je hujan di tengahari!

 

 

PROJEK DAH KENA STOP SECARA TIBA TIBA HOMAIGODDD!

 

Masa awal awal dulu, Cik Lisa ada tanya jugak housemate kita tu,

 

“Weh! Nanti projek dah habis acaner? Kat mana you nak letak Keng ni? Dia dah membesar dengan kita kat rumah ni. Kesian lah dia satgi”

 

 

Tak ingat apa katanya tapi itu satu masa dulu bila kita memasing ingat projek akan berjalan smoothly. But hoihhhh! Tetiba projek kena stop sebab ada masalah tak settle sana dan sini.

 

Fakta Tentang Kucing

Keng memang suka melepek dan kacau kita tengok tv!

 

Dah masing masing kena hantor balik ke kampung halaman sekali lagi. Dah tu acaner pulak dengan si Keng ni???

 

Fakta Tentang Kucing

Rumah kat Abu Dhabi air-cond satu rumah. So, menyibuk lah dia ni menepek kat kita! Haha.

 

Bila tanya housemate kita, dia kata…

 

“Takpe lah kot. InshaALLAH dia boleh survive. Dia pun dah besar. Keng tak ada masalah nak hidup kat sini”

 

 

Tapi, Cik Lisa dah rasa tak syiok pulak nak tinggal si malang ni sorang sorang! Mungkin sebab dah pernah bela berekor ekor. Cik Lisa tak sampai hati nak tinggal Keng sorang sorang diri.

 

Fakta Tentang Kucing

Asal kita duduk nak tengok tv, dia mesti menyendeng ala ala comel lettew!

 

So, apa agaknya yang Cik Lisa buat dengan dia???

 

 

BAWA KENG BALIK KAMPUNG DAN TANAM JAGUNG, OIHHH!

 

Yeppp!

 

Akhirnya, Cik Lisa decide untuk angkut Keng sama sama balik dengan Cik Lisa ke Malaysia. It was well worth it. Sekurang kurangnya, Cik Lisa tak rasa bersalah dalam hati untuk tinggal dia kat sana sorang sorang diri.

 

Fakta Tentang Kucing

Masa awal awal dia sampai KL. Sekarang dah debobbbb!

 

Berapa ongkosnya, haha… usah ditanya.

 

Satu je kata Cik Lisa tentang ni;

 

“Wang ringgit boleh dicari, tapi kasih sayang tu yang kita cuma akan jumpa beberapa kali”

 

 

Mungkin ada sebab kenapa Cik Lisa kena balik hari tu kan? Kenapa projek berhenti sebab Ini Realiti – Tak Semua Impian Boleh Jadi Kenyataan. Kalau tak jadi, Keng tak balik sini. Ye dak?

 

Fakta Tentang Kucing

Tahu ke dia pandai tengok tv jugak kekadang tu! Haha.

 

Kenapa sayang kucing sangat, now mai Cik Lisa cerita 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu. Mana tahu, lepas ni awak pulak sakan pi cari cats nak bela kan? Haha.

 

 

5 FAKTA COMEL TENTANG KUCING YANG KITA TAK TAHU

 

Kenapa sayang sangat dengan kucing tu actually? Faham ke apa yang dia dok jeling jeling ke kita tu kadangkala or berkali berkala? Bukan kucing selalunya sombong ke?

 

Haaa, so pepetang santai hari minggu ni Cik Lisa nak pot pet tentang 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu. So, lepas ni awak tahu lah gerak geri si comel tu ya? Haha.

 

 

KUCING NI PANDAI, OTAK KITA SERUPA!

 

Selalu kita dengar orang dok berkata kata,

 

“Kucing ni tak berapa pandai sangat. Bukan macam anjing, mudah je nak paham kita kata apa. Kucing selalunya melepek je dan tak berapa nak ikut arahan kan?”

 

 

Helloooo! Tahu dak sebenarnya; otak kucing lebih serupa dengan otak kita manusia??? Otak kucing ni almost 90% serupa macam otak kita semua. Mereka ni pandai agaknya, sebab tu dia malas nak layan kita dok pot pet pot pet kat dia. Mungkin dalam hati dia dah sumpah seranah ke kita,

 

“Hape benda tuan aku ni beria dok meow meow dari tadi? Pfftt! Nampak bodoh je dia dok try nak meow tak tentu hala!”

 

 

Haha. Who knows kan?

Sebab mereka tu bijak rupa rupanya! Sheesh! 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu memang tak tahu lah Cik Lisa ceritanya! Pandai ghupanyaaa mereka ni, ya?

 

Fakta Tentang Kucing

Oooh! Comel dan Keng memang suka bunga bungaan! Haha.

 

Kisah lanjut tentang otak kucing di How Smart Is Your Cat  

 

 

KUCING TIDO LIKE FOREVER AND EVER!

 

Yepp! Sapa pernah ada kucing atau masih bela kekucing… awak konfem dah sedia maklum betapa sleepyhead sungguh mereka ni kan? Tido je kerja mereka. Kalau nak ikutkan, setiap masa dan ketika!

 

Tapi, tahu ke sebab apa? Haa… lepas tahu satgi, mesti awak kagum tak henti henti!

 

Fakta Tentang Kucing

Si gelap gulimat ni nama dia Kenit. But tak kenit mana dah sekarang ni! Haha.

 

Salah satunya: hormon hormon pembesaran (baca: growing hormones) dihasilkan masa mereka ni tido. So, kita akan sedar betapa kittens (baca: anak anak kucing yang comel) akan lebih tido compare dengan mak pak dia.

 

Lagi satu sebabnya: mereka ni kategori haiwan predator. So, siang memang depa lazy macam nak mati. Tunggu sat sat gi bila bulan muncul tetiba… haa, baru tahu langit tinggi ke rendah! Habis semua benda dia geledah. Lagi lagi kalau baru amik kucing masuk rumah. Pengsan!

 

Dulu kat Abu Dhabi, Keng tido sekali. Bila pukul 3-4 pagi, rasa macam nak menangis mencurah curah air mata tak benti. Mana taknya!!! Dia kejut ke Cik Lisa berkali kali (nak suruh bangun tahajjud barangkali?). Haha.

 

5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu

Sleepyhead nau nauuu Keng ni sebenarnya!

 

Tapi stress weh! Dia tarik selimut kita, dia tepek dahi kita, dia gigit rambut kita, dia melompat atas badan kita… macam macam dia buat nak suruh bangun. Bila dah bangun, dia suruh kita kejar kejar dia pulak. Bayangkan, tetiba bangun pepagi mamai.

 

Pastu nak kena lari sana sini dalam bilik? Tak ke haru biru tu?

 

Nak baca lanjut tentang kenapa kucing tido banyak, boleh baca di Why Do Cats Sleep So Much ni. Kelakar nau nauuu bila tido rupanya adalah antara 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu kan?

 

 

KUCING DENGAR SEMUA BENDA, SO BE CAREFUL!

 

Suka dolfin tak?

 

Dolfin antara binatang yang bercakap sesama mereka atau navigate perjalanan hidup mereka dalam laut tu guna ultrasonic sound. Ini jenis bunyi yang kita tak mungkin akan dengar guna telinga kita yang ada. Bunyi yang halus yang sesama mereka je dengar agaknya.

 

So, kalau kita pi SeaWorld or Zoo Negara sebab nak tengok dolphin show or something like that, hati hati lah ya?

 

Mana tahu awak dok kutuk kutuk dolfin tu… padahal depa pun sama naik dok kutuk awak pakai tudung tak matchy matchy dengan baju ke, or rambut awak tak cukup pomade so nampak pfftt biasa biasa je… Who knows kan?

 

Fakta Tentang Kucing

Kekadang kita potong rambut dia sikit… trimming! Haha. Macam nak pi sekolah dak? Ni Comel. Haha.

 

Tapi, kucing ada pendengaran yang super tajam homaigoddd so ohsem! Meaning, setiap perkara dan semua benda mereka boleh dengar. Tak sangka hearing adalah antara 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu kan?

 

Hati hati lah bila nak kutuk ke, kata depa tak kambus najis elok elok dalam litter box ke… kecik hati pulak satgi. Sebab mereka dengar macam macam walaupun kita berbisik taww!

 

Fakta Tentang Kucing

Manja is the only boy. So, dia low profile lah sikit. Haha.

 

Oh! Boleh jugak bawak jenjalan mereka pi tengok dolphin show sekali. Cuak sikit dolfin tu nanti sebab ada yang boleh dengar mereka dok berkata kata dalam air tu. Haha.

All the best!

 

Sila klik artikel Cats Ears & Hearing untuk cerita lebih detail okay?

 

 

KUCING BERCAKAP DENGAN KITA SEBENARNYA!

 

Bila dok kalut tengok depa dok meow sesuka hati tu… toksah lah ingat tu setakat meow meow biasa tahu? Sebab kucing memang disahkan berinteraksi dengan kita ni semua. Cuak dak?

 

Ianya boleh jadi yang mereka sedang komplen dan merungut, seronok dan eksaited atau marah dan emosional dengan apa apa yang dah berlaku. Sebab kucing (mostly, tapi tak semua but Keng ya!) bersifat vokal. Maksudnya; mereka akan luahkan rasa dalam hati selamba gittew je.

 

Fakta Tentang Kucing

Si Keng masa masih muda. Haha. Yes! Sekarang berkali ganda dah saiznya!

 

Dan kucing ni boleh buat 100 bunyi yang berbeza (Cik Lisa rasa ni macam ala ala intonasi kita berkata kata lah kot persamaannya kan?) dan anjing cuma boleh buat 10 je tawww!

 

Haa… sapa pernah kena jerit dengan kucing sendiri angkat tangan! kita boleh jadi satu geng, sekumpulan! Haha. Comel kan antara 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu ni?

 

Boleh baca interpretation (baca: penerangan) dalam bentuk yang geli hati di sini Meow! Cat Facts of 100 Amazing Vocal Sounds 

 

Ohh. And sila amik perhatian okay: bila cat tu meow, dia bercakap dengan kita dan bukan orang lain. Sebab adult cats only meow to adults and no one else! Oohhhh!

 

 

KUCING BERMIMPI, SAMA MACAM KITA!

 

Kucing bermimpi tahu ke? Sama dan serupa je macam kita. Kot kot lah orang dulu dulu kata kalau kita mimpi ada unsur unsur ular dalam tu, acah acah ada orang nak masuk meminang kan? Haa… entah entah mereka pun sama jugak! Haha.

 

Kot kot lah mereka pun sakan mimpi kena kejar dengan ular sawa kan?

 

Fakta Tentang Kucing

Comel yang selalu bermimpi! Always dari dulu. 🙂

 

Pastu minggu depan tu bunting tetiba… haa, kawen lettew agaknya.

 

Ni nak cerita yang kucing pun bermimpi tapi tu lah, Cik Lisa tak tahu lah pulak in detail mimpi jenis acaner mereka hadapi setiap hari. Sweet dream ke atau nightmare… itu Cik Lisa tak tahu.

 

Mereka ni mula bermimpi bila mereka ni berusia 6 bulan ke atas. Ehhh, comey sungguh lah masa baby cat pun dah boleh mimpi kan? Haha.

 

Ini salah satu dari 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu. Tak percaya, boleh lelaju klik kat sini Do Cats Dream? 

 

 

 

5 FAKTA COMEL TENTANG KUCING YANG KITA TAK TAHU – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa memang suka kucing, so apa apa pun they win.

 

Macam sekarang ni, kami sefamili dah tak ada lah sampai 15 ekor macam sebelum ni. Tapi, still ada 4 ekor dan Keng ialah salah sekor daripadanya. Dan 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu ni buat Cik Lisa lagi sayang kat kucing sebenarnya.

 

Kami ada another two Persians; boy  dan girl.

 

Fakta Tentang Kucing

The Queen – Comel (Kucing betina memang digelar Queen)

 

 

Fakta Tentang Kucing

Tom – Manja (Kucing jantan memang kita panggil Tom)

 

Dan satu kucing adik Cik Lisa pungut beberapa tahun lalu kat tepi jalan masa tu. Hitam legam, gelap gulimat… entah cemana adik boleh nampak dia kat tepi jalan!

 

Fakta Tentang Kucing

Patriotik dakk Kenit? Haha.

 

Masa tu kecil lagi… kecik dari tapak tangan pun actually. Tapi sekarang? Hoih! Obesiti! Haha. Dia kakak kepada Keng sebab Keng paling baby sekali (tak, tak… tapi tokleh nak ukur dengan saiz badan dia sebab she’s so big dan tegap rupanya!). 

 

Fakta Tentang Kucing

Comel dan Kenit in action! Haha. Borak apa tah tu agaknya.

 

The Persians tu macam tak ada perasaan sangat: Manja (boy) dan Comel (girl). So acaner? Best kan baca pot pet Cik Lisa on 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu ni?

 

Fakta Tentang Kucing

Depa ni suka jugak borak sama sama kekadang tu. Cerita apa entahnya! Haha.

 

 

DASAR KUCING ARAB! OHHH!

 

Ohh! By the way, Keng tu ialah Egyptian Mau breed. Ini pun tahu masa sibuk dan kalut dok pi ulang alik klinik di Abu Dhabi buat medical check-up beratus ribu, amik passport photo, beli tiket kapal terbang… haha, doktor kata dia Egyptian Mau breed. 

 

Fakta Tentang Kucing

Ni dah lah paling lewat sampai… tapi, samsengnya ya ALLAH!

 

Mereka lain sikit dari kucing biasa. Contohnya: dulu kat Abu Dhabi, kereta Cik Lisa baru nak sampai ke depan rumah. Ada lah dalam 2-3 minit lagi. So, kalau kita yang manusia ni… memang takkan dengan anything actually.

 

Tapi, dia dari atas dah lari lelaju turun dan tunggu kat bawah depan pintu. Duduk tegak tunggu kita buka pintu. Loyalty: salah satu traits Egyptian Mau ni actually.

 

Fakta Tentang Kucing

Dia lah Queen kononnya sekarang ni! Mengarah orang sana sini. Haih!

 

Nak tahu lebih lanjut pasal Egyptian Mau, boleh baca artikel ni Egyptian Mau 

 

Acaner sekalipun, I love her for who she is. Endlessly. (Pfftt… kalau tak, takkan lah ku angkut dia dari sana! Ye dak? Haha). Okay sampai sini saja buat masa ni dan kita jumpa lagi in my next entry, inshaALLAH.

 

Fakta Tentang Kucing

Kenit! Haha.

 

Seronok dak bila dah tahu 5 Fakta Comel Tentang Kucing Yang Kita Tak Tahu ni? Best kannn? Okay lah, jumpa lagi. Terima kasih dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *