Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari?


Biasanya, kita akan hadapi hari yang berbeza beza setiap hari. Mana mungkin ada hari hari yang sama setiap masa. Mesti akan ada ketika bila ianya kadangkala tak serupa. Sebab tu hari ni Cik Lisa nak pot pet tentang Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari?

 

Kepentingan Senyuman Dalam Kehidupan

Senyum boleh buat kita lupa segala galanya kan?

 

Ada hari kita riang ria dan ceria. Senyuman tak lekang di wajah kita. Tapi, ada juga hari yang kita rasa serba tak kena dan asyik asyik nak marah saja. Muka masam mencuka, orang nak tegur kita pun fikir berkali kali sebelum elak nak betul betul lakukannya.

 

Sebab masing masing memikirkan benda yang sama di kepala;

 

“Hoih! Giler ke nak pi tegur dia muka masa mencuka gittew! Nak mati agaknya kalau aku pilih untuk tegur dia. Nanti tak pasal pasal kejap lagi aku diherdiknya!”

 

 

 

KENAPA PENTING UNTUK KITA SENYUM SETIAP HARI?

 

So, Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari agaknya? Hari ni Cik Lisa nak kongsi dengan awak tentangnya.

 

Percayalah bila awak dah baca satu satu sebabnya Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari, ia bakal buat awak tak sabar sabar untuk senyum selepas ni.

 

Dah sedia nak baca cerita di sebaliknya?

 

 

SENYUM UNTUK HAPPY

 

Setiap kali kita senyum, otak kita akan hasilkan endorfin. Proses ini terjadi akibat daripada otot otot di muka kita menghantar signal ke otak. Apabila gerakan otot otot muka berlaku akibat daripada sebuah senyuman, otak akan mentafsirkan yang kita senyum.

 

Ketika inilah ianya akan mengarahkan sistem badan untuk melepaskan endorfin dalam badan kita. Endorfin adalah hormon riang ria atau perasaan seronok dan suka bila sesuatu yang baik terjadi kat kita.

 

Kepentingan Senyuman Dalam Kehidupan

Pipi pau ke apa ke tak ada masalah bila kita senyum sepanjang masa kan?

 

Pendek kata; ianya sesuatu yang mampu untuk buat kita jadi happy.

 

Tak kira lah walaupun senyuman kita tadi tu hanya acah acah senyuman semata mata. Atau kita tak senyum dengan ikhlas tapi cuma buat buat saja… otak tetap tafsirkan yang otot otot muka membentuk sebuah senyuman.

 

Dan tetap merembeskan endorfin dalam sistem badan kita. Makin lama kita acah acah senyum pun, makin riang ria kita jadi lepas tu.

 

So, sesapa yang ada rasa tak syiok dalam hati… plis senyum dari sekarang ya? InshaALLAH boleh kembalikan rasa happy dalam hati satgi.

 

 

SENYUM ITU BERJANGKIT

 

Sila sebarkan senyuman ke merata dan kepada orang orang di sekeliling kita.

 

Mana tahu… mungkin mereka ada rasa sedih dan sayu pilu tu. Tapi kita tak berapa nak mampu kalau nak tolong bantu dengan wang saku. Mungkin dengan senyuman kita mampu legakan hati dia yang tengah gundah gulana, betul kan? Sebab setiap senyuman tu berjangkit.

 

Kepentingan Senyuman Dalam Kehidupan

Senyum dan tak perlu kata apa apa kan?

 

Cuba senyum kat orang asing yang awak jumpa di tengah jalan. Seseorang yang kita langsung tak kenal siapa dia sebenarnya. Percayalah, mesti dia akan kembali tersenyum kat kita sat lagi.

 

Cuba lah. Dan tengok hasilnya sendiri bila dah jadi.

Betul kan?

 

So, mungkin sebelum ni dia rasa tak tentu hala. Tapi lepas satu senyuman awak tadi… dia dah mula rasa happy. Best kan bila kita sedar yang kita mampu untuk ceriakan hari orang lain dengan sebuah senyuman semata mata?

 

Sekarang dah tahu kan sebabnya Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari?

 

 

SENYUM ITU SEDEKAH

 

Kan kita selalu dengar orang dok kata,

 

“Senyum itu satu sedekah.”

 

 

Dengan sebuah senyuman, kita mampu untuk gembirakan dia. Mungkin seorang sahabat, atau pasangan. Ahli keluarga ataupun a complete stranger!

 

Kenapa Kita Perlu Senyum?

Nenek pun rasa happy bila cucu cucunya riang ria senyum sentiasa! Haha.

 

Ia tak boleh nak dinilai dengan wang ringgit sebab senyuman adalah percuma. Tiada tag harga dalam sebuah senyuman tapi tetap tinggi nilainya di mata siapa siapa saja.

 

 

 

JADI, APA KATA KITA MULAKANNYA HARI INI!

 

Cuba untuk dapatkan hari hari yang lebih riang ria selepas ini? Jom kita sama sama praktis untuk senyum mulai hari ini. Dan tengok hasilnya. InshaALLAH awak akan jadi lebih gembira berbanding dengan awak yang dulu tu sebenarnya.

 

Eh! Rasa teruja nak baca tentang senyum ni lagi dan lagi? Awak dah tahu Cik Lisa ada launch e-book Cik Lisa sebelum ni bertajuk; Jom Lompat Bintang With Me.

 

Jom Lompat Bintang With Me

Dapatkan e-book Cik Lisa hari ini taww! InshaALLAH tak rugi rasa di hati lepas dah beli. 🙂

 

Dalam e-book tu Cik Lisa ada kupas lebih lagi tentang senyum dan beberapa lagi cara cara yang proven (sebab Cik Lisa dah buat setiap satunya tu taww!) untuk kita jadi lebih happy lepas ni. Cemana agaknya untuk awak dapatkannya? Sebab dah tak sabar sabar lagi nak baca cara caranya untuk jadi lebih happy selepas ni?

 

Boleh klik butang SENANG PAY di bawah ini untuk buat pembayaran menggunakan kad debit / kad kredit ataupun online banking (i.e. Maybank2u, CIMB Click, etc.).

 

 

So, toksah lah pikir panjang berjela jela ya? Haha. Mampu milik e-book Cik Lisa tu sebenarnya. Cuma RM10 saja dan InshaALLAH awak akan riang ria membacanya!

 

Terima kasih sebab sudi singgah baca pot pet Cik Lisa hari ni ya? Kita jumpa lagi soon in my next entry selepas ni. Terima kasih sekali lagi dan assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *