5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block 6


Hari ni terdetik dup dap dup dappp di hati Cik Lisa nak kongsi kongsi kong 5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block ni actually. Tapi, before tu nak kena lelaju put disclaimer kecil comel cenonet ni dulu. Haha. Ye lah kan, sekarang ni semua pun seronok sakan nak saman menyaman.

 

Salah cakap sikit je, nak sentap. Terkurang koma kat sana sini, aduhai… dah mula nak acah acah menjuih bibir berhari hari. So, dah sedia nak baca disclaimer comel cenonet kita ni dak?

 

Blogger's Block

Awal awal Cik Lisa nak put disclaimer taww!

 

DISCLAIMER:

 

=======

Cik Lisa bukan penulis buku yang femes giler atau writer ohsem yang kerjanya dok pi launching dan sign buku di sana sini pun sebenarnya.

 

Bukan juga penyajak, pemuitis or sasterawan negara. Apatah lagi yang dah menang anugerah penulisan kat mana mana. Kat suratkhabar pun tak pernah ku menjelma.

Cik Lisa cuma seorang blogger yang pot pet tanpa henti dalam blog dia sesaja je. Nama blog dia ialah Cik Lisa Wangi: The Pot Pet Teller.

 

 

 

5 TIPS TERBAIK NAK ATASI BLOGGER’S BLOCK – APA ITU BLOGGER’S BLOCK

 

Pernah dak ada moment yang tetiba kita macam tak ada idea nak tulis apa? Kot lah kalau kita cuma rasa gittew je tak apa. Tapi ni siap blank dan kosong terus fikiran kita! Mana tahu, mungkin macam minggu sebelum tu… fuhhh, idea ni dok datang mencurah curah sampai tak cukup masa.

 

Mana taknya, sakan kita menulis beria ia siap tak ingat bila waktu nak tido or nak makan kononnya. Tapi, bila sekali je dah kena sampuk dek blogger’s block ni… hoihhh!

 

Masalah Blogger's Block

Kalau dah BLANK, memang stress, emosi… semua pun ada lah!

 

Mencurah curah jugak lah kali ni. Tapi bagaikan mencurah ke daun keladi! Satu idea pun tak mai mai lagi nak hello hello mencurah kat kita. Mencurah air mata bertimba timba tu ada la! Pengsan!

 

 

 

5 TIPS TERBAIK NAK ATASI BLOGGER’S BLOCK – RASA DIRI LANGSUNG TAK BERGUNA

 

Kalau dah jadi gini, mula lah kita ngada ngada nak pikir bermacam benda yang homaigoddd over giler beria. Pada awalnya, konfem kita akan start nak rasa diri kita ni langsung tak guna.

 

Loser nau nauuu sebab nak tulis apa benda pun tak tahu. Biar benauuu?

 

Lagi perit rasanya bagaikan luka ala ala jatuh beskal masa kecik kecik dulu lah ceritanya. Sambil dituang bercawan cawan air garam apabila…?

 

Masalah Blogger's Block

Peritnya rasa hati bila BLUR dan BLANK giler tak tahu nak tulis apa. Oh!

 

Haaa. Bila apa?

 

Bila ada soraa soraaa sumbang dok seronoknya mengata ke kita depan depan muka tanpa secalit rasa pun yang mereka sepatutnya perlu nak bersopan;

 

“Hoih! Hape kebenda lah kau ni? Menulis banyak itu je pun dah jem? BENDA MUDAH JE KOT!”

 

 

Geram je rasa kan? Sikit je lagi rasa nak tuding tuding dahi mereka tu dengan telunjuk kita ni kan? Apa depa ingat kita dok tulih ABC je ka selama ni macam kat tadika?

 

Senang, senang, senanggg… haihhh!

 

Sapa rasa sama macam ni, seppp sikit plis! Kita boleh geng, obviously. Haha.

 

 

 

5 TIPS TERBAIK NAK ATASI BLOGGER’S BLOCK – BERITA BAIK! INI ADALAH NORMAL!

 

Tak kira lah kita dah tulis lapan ploh ribu naskah buku ke atau satu pun masih BELUM ada. Sebab mungkin kita masih bertatih dan still dalam fasa auuu-cakk dan auuu-cakk lagi dalam dunia penulisan… kan?

 

Well, BLOGGER’S BLOCK ADALAH NORMAL! 

 

Yayyy! Jadi, sekarang ni boleh ke kita kembali duduk depan tv sambil layan drama bersiri dan kunyah kismis Ligo berkali kali lagi?

Haha.

 

Blogger's Block

NORMAL tak bermaksud kita boleh teruskan berdondang sayang untuk idea datang bergolek kan?

 

Eh! Bukanlah gittew. Tapi kiranya bukan kita sorang je lah yang ada rasa macam tu.

 

Ianya ternyata perkara yang biasa. Sebab kekadang tu rasanya otak kita pun nak timeout lah jugak sekali sekala. Kira macam off-day dia lettew. So, chill ya dan toksah nak freak out derama bersiri lelebih pulak lepas ni. Dua tiga hari, InshaALLAH okay lah balik ni.

 

Atau, jom tengok apa 5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block yang Cik Lisa nak kongsi dengan awak ni. Nak?

 

Sapa nak, say ai?

 

Eh! Bahahahaha.

 

 

Fakta Tentang Kucing

Bahahahahaha… say AI! Kah kah kah.

 

 

 

5 TIPS TERBAIK NAK ATASI BLOGGER’S BLOCK

 

Cik Lisa dah try sendiri taww apa tips yang Cik Lisa seronok sangat nak suggest hari ni. Ada banyak option yang ada kalau awak cuba cari sendiri sebenarnya. Tapi, 5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block yang di sini adalah tips yang Cik Lisa dah pun cuba sendiri.

 

Jom kita tengok apakah tipsnya?

 

 

BERHENTI MENULIS

 

YEP! Berhenti dan dan tu jugak. Tutup laptop atau off desktop! Kenapa? Sebab lagi lama awak berteleku kat situ, lagi jem kepala otak tu.

 

Mula bila dah rasa segar semula. Sebab… percayalah! Kalau awak degil dan tulis jugak, entri awak tu konfem horror giler tak ada sapa seronok nak baca. Sebab kita tulis dalam keadaan yang terpaksa dan bukan dari hati kita… ceewah! As a matter of fact, ya. Cik Lisa selalu percaya gini.

 

Masalah Blogger's Block

Jangan paksa diri sendiri ya?

 

Tapi suka hati awak lah kalau nak kata yang ianya langsung bukan camni.

 

Kan tiada paksaan dalam perhubungan kita ni. Haha.

 

 

MAKAN

 

Kekadang, bila kita menulis… kita lupa nak makan ikut time kan? Perut kosong tak bantu idea nak curah curah macam kita nak tu.So, plis makan ikut time ya? Bukannya hanya sakan kunyah twisties or super ring berpeket peket tu je.

 

Tapi, makanan yang orang normal dok makan hari hari tu okay? Makanan ruji kita hari hari… contohnya: NASI bukannya kudap kudapan riang ria aidilfitri!

 

Masalah Seorang Blogger

Yumss tak? Ni senang je ni… 5 minit je buat. Nanti Cik Lisa share k? Ni masa bosan di Abu Dhabi. Haha.

 

Makan bakal membantu kita menulis sesuatu yang ohsem tahu dak? Sebab makan tu boleh pengaruhi cara kita membuat keputusan! Tak percaya kat Cik Lisa ke? Apa kata kalau awak pi baca entri bertajuk Your Decisions Are What You Eat

 

 

KELUAR PERGI BERJALAN JALAN

 

Sila luangkan masa untuk pi jalan jalan tengok dunia. Pi lah taman bunga ke, shopping mall ke, kedai kopi ke… asalkan tempat tu ada orang ramai giler. Sebab kekadang otak kita jem kejap since kita dok pandang laptop dan laptop dok pandang kita. Jeling jeling manja berdua macam tu je. Mana taknya!

 

So, kali ni pi lah pandang orang lain pulak ya? Pi jeling jeling manja dengan depa kat sana. Luaskan pandangan sikit boleh kan?

 

Kadang kadang, menulis di luar akan bagi kita lebih minat untuk mula menulis sebab dah bosan untuk duduk diam diam dan  menulis di rumah kan? sebab kat luar akan ada ramai orang dan kita akan rasa lebih di luar sana dan bersosial (walaupun hanya duduk diam di meja bersama secawan kopi dan laptop kan?). 

 

Delima Seorang Blogger

Digital Nomad adalah baik untuk kesihatan minda sebenarnya. Tak lah duduk sorang sorang dalam rumah je kan?

 

Sebab tu Cik Lisa amalkan lifestyle sebagai Digital Nomad sometimes. Amik angin luar, kata orang. Haha. Nak tahu apa tu? Boleh lelaju klik entri Cik Lisa bertajuk Digital Nomad: Lifestyle Masa Kini

 

Atau kembali kepada alam semulajadi seperti kata artikel dari Gretchen Reynolds dalam The New York Times bertajuk How Walking In Nature Changes The Brain

 

 

SET TIME SPECIAL UNTUK MENULIS

 

Ini benda paling payah. Cik Lisa sendiri pun hadapi masalah. ALWAYS, okeh? Haha.

 

Contohnya: mungkin awak set siap siap nak tulis blog pukul 10 pagi hari hari. Pastu spend time tak lebih dari dua jam je sehari. Ataupun, awak set siap siap dalam seminggu ni awak akan produce 3 entri sekali. So, dalam seminggu ada 3 entri gittew!

 

Delima Seorang Blogger

Sila pergi berjalan!

 

Lama lama, kurang sikit serangan blogger’s block tu nanti. Haa… cuba lah pastu cerita sikit acaner progress awak tu satgi. Buat ni taww!

 

 

KHLAS DALAM PERHUBUNGAN

 

Teori ni sama sebijik dengan teori menulis dengan hati tu tadi. Ada orang kata;

 

“Dah aku ni keje jadi editor. Nak tunggu ada rasa dalam hati baru nak tulis apa apa… kot kot lah berbulan aku tak ada hati nak menulis? Ha, acaner? Tak ke tak pasal pasal je kena buang kerja?”

 

Hoihhh! Negatif nau nauuu lah awak ni lahai. Macam ni… tapi ni teori Cik Lisa semata mata.

 

Masalah Seorang Blogger

Ikhlas tu penting sebenarnya kat memana sekali pun.

 

Ikhlas tu kiranya, kalau contoh awak nak tulis tips ke kan… niat awak menulis tu nak bantu orang atasi masalah tu dan kurangkan potensi meroyan. Ha, tu ikhlas dah kiranya. Bukanlah nak tunggu ada mood bagai… itu kena pi vacation dok senang lenang tepi pantai. Haha.

 

Faham ke agaknya teori mahal yang bernilai kita ni?

 

 

 

5 TIPS TERBAIK NAK ATASI BLOGGER’S BLOCK – APA KATA CIK LISA?

 

Macam Cik Lisa dok pot pet dari tadi… kita ni bukanlah somebody yang femes lagi.  Belum ada pun moment menikmati hari hari santai sambil lepak kat Kino KLCC untuk sesi signing buku bukuan hasil tulisan sendiri. Cuma impian dan hanya setakat angan angan je buat masa ni.

 

Delima Seorang Blogger

Okay, ni macam waktu random kan? Tetiba minum teh. I always prefer coffee sebenarnya. Ni nampak dak betapa BLOCKnya kita time ni?

 

Tapi, Cik Lisa alami Blogger’s Block tu dah beberapa kali… contohnya macam hari ni. Haha. Sebab tu Cik Lisa nak kongsi tips ni. Awak pulak cemana? Apa cerita? Ada hadapi hari hari evil macam ni? Apa yang awak buat untuk overcome moment moment curahan air mata seperti ni?

 

Cuba bagitahu Cik Lisa. Kot kot lah esok lusa nak jadi lagi.

 

 

Delima Seorang Blogger

Thank you awak sebab sudi always baca pot pet ku ini. 🙂

 

Anyway, thank you untuk yang sudi nak baca pot pet Cik Lisa hari ni. Entri kali ni mungkin lebih fokus kepada mereka yang menulis actually. Harap awak ada dapat sesuatu dari entri berjela Cik Lisa ni ya? Ada ke dapat sesuatu rasa rasanya? Share your thoughts ya? Cik Lisa super seronok kalau awak sudi sudi lah nak bagi kata dua kat Cik Lisa… kot kot lah kan? Hihi.

 

Anyway, terima kasih dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 thoughts on “5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block