Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan 2


Hari ni kami sefamili Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan taww! Awak ada ke?

 

Ceewahhh! Baca tajuk entri kali ni pun mesti dah berjejeran air liur teringin, kan? Hari ni Cik Lisa berjoget sekejap kat dapur tadi. Mama dah awal awal bagi arahan veto untuk buat pengat pisang cecepat!

 

Fakta Tentang Kucing

 

So, percaya dak ini kali pertama Cik Lisa dok acah acah nak cuba realisasikan impian Mama tu sebenarnya? Tapi akhirnya, fuhhh! Berjaya juga kami sefamili Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan ni tawww!

 

Haha. Mesti teruja kan acaner Cik Lisa boleh berjaya dengan impian nak Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan! Kan? Haaa, sebab ini pun dah masuk weekend… so Cik Lisa macam berbesar hati nak kongsi pengalaman.

 

Hari ni jugak Cik Lisa nak bagi resepi hek elehhh mudah nau nauuu lahai rupanya nak buat pengat pisang ni, tahu dak?

 

Dia punya mudahnya tu kan… haih, rasa macam nak buat hari hari lah lepas ni!

 

 

 

MINUM PETANG BERSAMA PENGAT PISANG YANG TIADA TANDINGAN – PISANG MANA MANA PUN BOLEH GUNA KE?

 

Okay, acaner Mama boleh terpikir untuk tersuruh Cik Lisa buat pengat pisang ni sebenarnya?

 

Macam ni ceritanya, adik Cik Lisa yang duduk di Nilai tu ada pokok pisang kat rumah dia. Entah cemana, kali ni berbuah bertandan tandan dengan beria ia! So, ada lah beberapa tandan kat rumah kita. Pisang ni kisahnya: bila nak masak, nak serentak gittew. Ala ala sehati sejiwa agaknya, setandan bersama – ceewah!

 

Pengat Pisang Nangka

Pisang nangka.

 

Jadi, bila memasing dah mula nak menguning – nanti lembik tak sedap sangat kan? Terpaksa lah kita buat alternatif lain untuk enjoy rasa pisang hasil tanaman titik peluh adik Cik Lisa tu tadi. Haaa.. camtu lah asal usul datangnya pisang tu actually.

 

Oh, lupa nak kata. Aktiviti Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan tadi tu adalah berasaskan pisang nangka. Tahu dak yang mana? Alaa… yang orang buat kerepek pisang tu. Atau yang kalau kita goreng, dia ada rasa masam masam nangka gittew. Tahu kann?

 

 

 

MINUM PETANG BERSAMA PENGAT PISANG YANG TIADA TANDINGAN – BAHAN BAHANNYA SENANGNYA LAHAI NAK CARI KAT MEMANA!

 

Macam Cik Lisa kata, sebab mudah lahai sesangat cara caranya… Cik Lisa nak kongsi bersama resepinya. Timing tadi masa buat ni tak sampai setengah jam pun sebenarnya. Hoih! Pengsan lah! Nak buat berkali kali lah pasni.

 

So, bahan bahannya?

  1. Pisang nangka yang hijau kulitnya still taww! Kalau dah yellow-ish tu dah lembik terlepek sangat!
  2. Santan seeloknya beli kelapa parut kat Mamak dan perah sendiri, baru ada rasa air tangan kasih sayang tu. Lagi afdol. Tapi, kalau lazy boleh je suruh Kara yang perahkan. Haha.
  3. Kapur sireh ini ikut eja bebetul dari container dia. Kedai ada jual ni.
  4. Gula melaka untuk rasa yang homaigoddd, syioknyaaa!
  5. Daun pandan dua tiga lai untuk aroma menusuk kalbu gittew!
  6. Secubit garam tapi pepandai lah rasa sendiri ya, kot lah awak ni jenis pemasin ke or acaner. Atau cubitan garam awak tu besor ke jadi sebab tangan awak tu besor sikit dari Cik Lisa ke kan? Pepandai lah ya?

 

 

 

MINUM PETANG BERSAMA PENGAT PISANG YANG TIADA TANDINGAN – RESEPI YANG SUPER MUDAH GILER RASA NAK PENGSAN!

 

 

Pengat Pisang Nangka

Blend kelapa parut tadi dengan blender secukupnya!

 

Memula, Cik Lisa blender kan kelapa parut dari kedai Mamak tadi before perah untuk dapatkan santan kasih sayang tadi tu. Kami sefamili memang klasik sikit when it comes to santan!

 

Pengat Pisang Nangka

Daun pandan tu simpul elok elok ya?

 

Haha. Prefer Mamak punya kelapa parut every single time! Klasik dak? Kecik hati Kara kalau dia baca ni kan?

 

 

Pengat Pisang Nangka

Sekapur sireh, seulas pinang. Eh!

 

Then, mula proses pisang nangka tadi. Kupas kulitnya satu persatu dan hiris tebal agak agak lah tebalnya ya? Dan rendamkan dalam air kapur. Kenapa nak rendam dalam air kapur? Sebab air kapur tu akan buatkan pisang tu keras dan tak lunyai, lembik terlepek dalam periuk satgi!

 

Pengat Pisang Nangka

Rendamkan pisang dan sekapur sireh.

 

Toskan air kapur dan pisang tu tadi (jangan lupa tawww kalau tak minum kapur lah awak nanti!). 

 

Pengat Pisang Nangka

Pisang yang dah ditoskan dengan strainer okeh?

 

 

Sekarang, masukkan santan dan pisang ke dalam periuk dan bagi mereka bersuai kenal sesama. Campakkan juga daun pandan yang dah dipintal comel bersama.

 

Pengat Pisang Nangka

Pisang cuba berkenalan dengan santan tadi, ceewah!

 

Buka api dapur, duuh! Obviously lah kan?

 

 

Now, patah patahkan sebulat gula melaka (manisan) dan buang seketul demi seketul ke dalam periuk tadi.

 

Pengat Pisang Nangka

Gula manisan yang berbentuk bulat! Patah patahkan okay?

 

Nota super penting: plis pastikan awak gigih tengok periuk dan jangan gatai nak buat benda lain selain tengok periuk tu tawww? Sebab bila apa apa yang ada kena mengena dengan santan, ianya wajib di monitor sehampir yang possible – untuk tak pecah minyak, nanti hodoh pengat awak tu nanti!

 

Pengat Pisang Nangka

Sekarang; pisang, gula manisan dan santan berkenal kenalan.

 

Dan, masukkan sedikit garam sesedap rasa.

 

Pengat Pisang Nangka

Secubit garam sesedap rasa!

 

So, sekarang ni cuma perlu tunggu dan kacau sekawan bahan bahan dalam periuk tadi dengan tenang dan santai ya?

 

Tadaaa! Dah siap.

 

 

 

MINUM PETANG BERSAMA PENGAT PISANG YANG TIADA TANDINGAN – APA KATA CIK LISA?

 

Now dah tahu resepi mudah giler dan boleh buat dalam sekelip mata je, apa kata awak buat juadah snek sihat untuk santapan malam ni bersama keluarga? Best kan?

 

Then, if termakan too much dan pipi pau semakin segar bugar bagai johan…? Tak apa. Cik Lisa kan dah pernah kongsi 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita okay?

 

Pengat Pisang Nangka

Yayyy! Dah siap and nampak super yums tdak?

 

Awak suka pengat pisang dak? Rasa mudah dak nak buat bila dah baca resepi Cik Lisa ni? Kot kot lah awak ada snek idaman hati yang lain, apa kata share dengan Cik Lisa. Nak juga cuba try yang lain pas ni.

 

Pengat Pisang Nangka

Tadaaa! Selamat menjamu selera!

 

Terima kasih sebab sudi baca entri petang ni. Jumpa lagi soon ya dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Minum Petang Bersama Pengat Pisang Yang Tiada Tandingan

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Syuhada. 🙂

      Senang sampai nak pengsan okay buat dia! Haha.
      Cik Lisa dah tua tua ni, ini first time okehhh nak buat?

      Nasib baik jadi! Lazat pulak tu.
      Syiok makan manis manis gini time hujan macam ni (sini hujan, awak hujan dak?).

      Kalau buat, mai lah share pic jugak sekali kat sini.
      Selamat berjejeran teringin… hihi. 😉