Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya 4


Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya? Memang ramai yang suka untuk pilih kopi sebagai minuman sarapan pagi. Kalau tak kopi, pilihan seterusnya mungkin teh panas agaknya. Tak kurang juga mereka yang sakan dok telan jus buah dalam kotak kan?

 

Ye lah, bukannya apa… sebab ianya sangat mudah nak dibawa. Kot lah, kalau kalau dah terlambat nak ke kelas pagi or pejabat di sana sini. Boleh keluar rumah laju laju dan bawa kotak jus tu bersama. Kalau pilih kopi, tak mungkin nak bawa teko masuk kelas sekali? Kan?

 

Rahsia Kopi

Kopi, kopi, kopi! Yums!

 

Tapi, bukan ke kopi tu tak elok untuk kesihatan kita ni sebenarnya? Kalau nak pilih or diberi option, bukan ke jus buah buahan tu lebih better pilihannya? Ye lah, kan jus tu dari buah buahan segar dari ladang kalau dibaca caption kat setiap kotaknya. Bukan ke yang dari alam semulajadi tu ternyata lagi syiok dan berbaloi baloi untuk tubuh badan kita? Ke acaner?

 

Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya?

 

 

 

ADA APA DI SEBALIK PAHIT KOPI ITU SEBENARNYA – KENAPA CIK LISA SUKA KOPI?

 

Biasanya, peminat kopi tegar akan dapatkan secawan kopi di pagi hari untuk boost energy. Macam Cik Lisa punya alasan pulak, kopi tu penting untuk mata terbukak dan terbeliak! Haha. Okay, tak lah sampai terbeliak. Tapi, lebih kurang gittew lah sebab it gives me such a kick in the morning to wake up and shine!

 

Rahsia Kopi

Tadaaa! Photo courtesy from Espresso Lab

 

Selain dari tu, Cik Lisa memang akan tewas dengan aroma kopi yang homaigoddd menusuk kalbu dan sanubari that the moment hidung kita hidu bau kopi ohsem camni… ooh, boleh jatuh hati berkali kali! Sama macam a good perfume yang boleh buat kita dibuai buai rasa setiap kali kita menghidunya? Serupa juga dengan aroma kopi yang mampu buat dup dap dup dap rasanya degupan jantung kita.

 

Tapi, kot lah Cik Lisa teruskan menaip tanpa henti dengan formula dan idea Cik Lisa sendiri… awak nanti kata Cik Lisa memandai mereka cipta alasan pulak kan? Haha. So, mai sini lepas dah berusaha dok buat kajian sana sini; Cik Lisa nak cerita antara cerita dan fakta ohsem yang ada pada kopi.

 

Basically, Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya.

 

 

 

ADA APA DI SEBALIK PAHIT KOPI ITU SEBENARNYA – 5 FAKTA TENTANG KOPI YANG BUAT CIK LISA SENANG HATI!

 

So, macam yang Cik Lisa kata tadi… now Cik Lisa nak kupaskan 3 Fakta Tentang Kopi dan verified by others okay? Bukan Cik Lisa memandai dok reka cerita sesaja! Haha… tahu lah peminat kopi tegar, tapi takkan lah Cik Lisa sanggup nak pong pang pong pang canang cerita sesuka rasa. Kan?

 

Have fun!

 

 

KOPI ADA KANDUNGAN ANTIOKSIDAN LEBIH DARI BUAH BUAHAN

 

Tahu dak yang kopi ni ada antioksidan juga sama seperti buah buahan? Tahu kan apa kelebihan antioksidan? Ia bantu kita untuk buang radikal bebas berlebihan dalam badan – yang boleh buat kita sakit berpanjangan.

 

Rahsia Kopi

Ooh! Menggoda sungguh lahai! Photo courtesy from Espresso Lab

 

Nak tahu lagi tentang antioksidan, boleh lelaju pi baca entri Cik Lisa di 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi okay?

 

But sekarang ni, based on study yang dijalankan dan jurnal dari Monash University bertajuk Stable Radical Content and Anti-Radical Activity of Roasted Arabica Coffee: From In-Tact Bean to Coffee Brew memang katanya kopi ni ohsem! (Haha… in my own word, ala ala summary Cik Lisa). 

 

Fuh! Panjang nau nauuu jurnal ni punya tajuk kan? Basically, dia cerita betapa biji kopi ni rupa rupanya ada kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Haa, so syiok ke syiok? Tak ada option kan sebab kita dua pun tahu dah apa jawapannya?

 

So, jom mengopi?

 

 

KOPI MENGUATKAN DNA KITA

 

Homaigoddd! Serius ke ni?

 

Berpandukan jurnal yang ditulis bertajuk Consumption of a dark roast coffee decreases the level of spontaneous DNA strand breaks: a randomized controlled trial, dia kata yang biasanya DNA kita ni rapuh dan semakin kita dimamah usia or tak jaga or cara kat kesihatan kita… ha, mula lah DNA nak ngada ngada jadi tak okay mana (DNA easily breaks). 

 

Tapi, lepas depa buat ujikaji… jeng jeng jeng!

 

Rahsia Kopi

Kopi tak kira di mana mana tetap jadi idaman di hati kita. 🙂

 

Sapa sapa yang minum kopi (ujikaji tu dibuat guna dark roast coffee), akan menunjukkan yang DNA kita jadi semakin kuat dan kurang potensi DNA jadi rapuh. Oh wow! Seronok ke seronok?

 

 

KOPI BOLEH CEGAH KANSER RAHIM / KANSER UTERUS

 

APA??? Biar betul? Okay, ini adalah berasaskan kajian yang dijalankan oleh Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention dan ditulis dalam jurnal kepada American Association for Cancer Research.

 

Dalam jurnal bertajuk Investigation of Dietary Factors and Endometrial Cancer Risk Using a Nutrient-wide Association Study Approach in the EPIC and Nurses’ Health Study (NHS) and NHSII (Homai homai! Perlu ke tajuk panjang sampai dah macam satu perenggan camni? Aduhai! Haha) mereka ada dok pot pet tentang ni.

 

Rahsia Kopi

Oh wow! Yums dakk nampak? Photo courtesy from Espresso Lab

 

Katanya seperti yang dipetik di laman sesawang American Association for Cancer Research dalam artikel mereka pulak yang bertajuk Coffee Intake May Lower Endometrial Cancer Risk, seorang wanita yang minum 4 cawan kopi adalah lebih berpotensi untuk mencegah kanser rahim / kanser uterus berbanding dengan wanita yang minum kurang dari separuh gelas kopi setiap hari.

 

Oh wow!!

 

Ini tentunya berita baik untuk Cik Lisa. Tak ada lah rasa bersalah sangat bila kita dok sakan menulis, wajib nak ada segelas dua kopi sebelum ni. Eh, tahu tahu… boleh minum empat gelas rupa rupanya!

 

Rahsia Kopi

Bagi je kopi, confirm Cik Lisa senang hati! Haha.

 

Apalagi, sat lagi Cik Lisa nak pot pet kat Mama Cik Lisa sekali so kami boleh dengan riang ria minum kopi sambil tengok tv malam nanti! Haha.

 

*Tapi, tentunya semua benda yang ada cuma ikhtiar dari kita semata mata dan apa yang bakal terjadi bergantung kepada Dia Yang Maha Esa, regardless apa apa sekalipun. Betul kan? 

 

 

 

ADA APA DI SEBALIK PAHIT KOPI ITU SEBENARNYA – APA KATA CIK LISA?

 

Cik Lisa seronok lah, nak kata apa lagi kan? Sebab itu dah sememangnya minuman kegemaran!

 

So, ada ke sapa sapa yang baca ni pun peminat kopi tegar macam Cik Lisa? Atau mat salleh suka refer as coffee lover? Kalau ada, yes yes and yes! Mai kita seppp sikit sesama!

 

Cik Lisa bebetoi suka kopi… daripada awak beria nak beri Cik Lisa bunga ros berkuntum kuntum yang later on akan mati, apa kata bagi sepeket fresh coffee beans yang bau dia, fuhhh! Semerbak gittew, lagi ohsem dan syiok dari sejambak bunga I tell you!

 

Haha… sapa agree, sila komen so Cik Lisa tahu lah yang bukan Cik Lisa sorang je dalam dunia khayalan!

 

Esspresso Lab Taman Melawati

Photo courtesy from Espresso Lab

 

Eh chup chup! Ingat dak hari tu Cik Lisa review Espresso Lab; Kedai Kopi Feveret Di Taman Melawati tu? Haa, kat situ kan… awak melangkah masuk dalam kedai je dah… fuhhh! Aroma kopi yang ohsem akan segera buat awak jatuh hati taww?

 

And depa dah add few more items in the menu termasuk lah Nasi Lemak hokayy? Syiok ke ohsem ke best ke? Okay, decide lah sendiri k? Haha.

 

Anyway, terima kasih sebab sudi baca dan jumpa lagi dalam next entri nanti ya? Assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya