Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni


Ini senario biasa kat kawasan perumahan (mostly) kan? Petang petang hari, pin pon pin pon bunyi hon motor mamak roti di sana sini. Tetiba terkenang pulak hadoi Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni!

 

Pin pon pin pon hon dia dok seru kita beli roti or yang lain lainnya. Masa tu jugak, sakan kanak kanak berdesup masuk umah cari mak! Mintak syiling nak beli jajan  untuk makan sesama kawan kawan taman.

 

Roti Benggali

Wahhh! So fluffy kan?

 

 

SEDAPNYA ROTI BENGGALI MAMAK JUAL ATAS MOTOR NI – SENADA SEIRAMA KITA BERPESTA BERSAMA!

 

Kot lah awak sedar or perati mamak roti; hon dia punya bunyi mesti sama je nada walau di mana dia berada! Hon mamak roti di KL tak ubah bunyinya dengan hon mamak roti di Johor atau Melaka. Malahan, kat memana pun tetap serupa!

 

Cik Lisa rasa entah entah depa ada secret group sesama sendiri dak? Tiap tiap hari dok diskas strategi nak marketing cemana nak pikat setiap penghuni rukun tetangga. Bukannya pikat apa… tapi pikat untuk beli dan terus jatuh hati pada roti benggali yummms mereka tu lah! Haha.

 

 

 

SEDAPNYA ROTI BENGGALI MAMAK JUAL ATAS MOTOR NI – MAMAK ROTI BERMOTOR

 

Serius awak tak roti benggali tu apa dia? Masa kecik kecik dulu, kawasan rumah awak memang tak ada motor mamak roti lalu? Langsung tak pernah rasa seumur hidup roti benggali ni?

 

Maksudnya; awak belum pernah lagi mengecapi rasa Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni?

 

Homaigoddd!

 

Awak dah terlepas bibit bibit keriangan di waktu muda rupanya! Eh… tak apa. Masih belum terlewat dan still sempat!

 

 

MAMAK ROTI BERMOTOR DAH LUASKAN JAJAHAN MEREKA

 

Menurut kajian Cik Lisa baru baru ni (melalui pemerhatian tajam bak helang berterbangan di kayangan!), mamak roti bermotor dah luaskan jajahan mereka kat sana sini. Awak cari je kawasan perumahan dan standby diam diam tepi jalan. Tapi bukan sebarang waktu mereka ada. Biasanya nak dekat senja, ha… mula lah mereka menjelma pin pon pin pon dari kejauhan!

 

Fuhhh! Style tu takmo kalah lah ceritanya!

 

 

SEDAPNYA ROTI BENGGALI MAMAK JUAL ATAS MOTOR NI – ROTI BENGGALI TU APA?

 

Bila adanya mamak roti bermotor ni, konfem awak akan jumpa roti benggali ada sekali. Macam ala ala pakej happy meal gittew!

 

Roti Benggali

Hello roti benggali! Come to me, nyumss!

 

Roti ni roti yang sama macam roti lain lain yang femes kat kedai tu sebenarnya. Alaa… roti femes ada plastik colourful beria; merah, biru, putih, hijau, kuning dan segala. Cuma plastik roti benggali ni biasanya tak ada warna apa apa. Plastik biasa yang nampak dalam gittew! See-through dan tak ada nak tipu tipu. Ini roti… dari luar pun nampak itu roti!

 

 

SEDAP KE ROTI BENGGALI NI?

 

Oh! Ini soalan ke?

 

Ehem! Tengok dak tajuknya tadi apa? Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni! So, WAJIB lah jawapan Cik Lisa adalah SEDAP WEH! Bukan Cik Lisa pejam mata terus kat roti yang lelain tu… Gardenia tu feveret dari zaman kanak kanak jugak! Massimo tu bebaru ni je dok sakan try, test dan rasa… syiok jugak sebenarnya!

 

Roti Benggali

Oh wow! Yumss!

 

Lepas tu?

 

Bila masanya Cik Lisa kunyah roti benggali sampai nak kata berkali kali yang Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni?

 

 

CEMANA CIK LISA ENJOY ROTI BENGGALI NI?

 

Memula, nak confess (baca: mengaku setulus hati) yang Cik Lisa adalah seorang

Anything yang bergandum, hoih! Berdondang sayang lah rasa di hati… seronok tak terperi! So, akan terciptalah bila bila masa untuk Cik Lisa makan roti. Biasanya Cik Lisa akan selang selang hari! Haha. Sistematik dak?

 

Roti Benggali

Lembut dia toksah nak kata lah… so ohsem!

 

For me, roti benggali ni tokleh nak makan begitu saja – macam kita makan Gardenia tu. Macam depa dok nyanyi nyanyi dalam iklan sejak kita zaman bayi tu lagi…

 

“Ooh… Gardeniaaa! Sungguh enak dimakan begitu sajaaa. Oohhh Gardeniaaa! Sungguh enak dimakan begitu sajaaa!”

 

 

ROTI BENGGALI BAKAR DITEPEK SRI KAYA, HOMAIGODDD!

 

HOMAIGODDD!

 

Dah pernah try ke? Uish! Rugi lah tak pernah! Tapi toksah gundah gulana. Masih boleh mencuba.

 

Roti Benggali

What? Dengan Kaya pulak? Susah susah je kan? Haha.

 

Macam sekarang ni, rumah kami ada jugak mamak roti bermotor lagi (selain dok Dublin + Abu Dhabi, kami sefamili dok pindah sana sini jugak!). Latest potgold (baca: benda ohsem giler!) adalah Sri Kaya homemade mamak roti bermotor.

 

Roti Benggali

Sedap ni tahu dak? Oh!

 

Ada je yang brand lain – kekadang Cik Lisa tukar tukar jugak. Contohnya, Gardenia sendiri ada buat kaya jugak taww!

 

Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni

Ini collection Auntie Rosie – ceewah! Haha. Ini kaya asli.

 

Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni

Another from Auntie Rosie – but yang ini kaya pandan.

 

Or Nona. Or Yeo’s.

 

Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni

Ini Nona – which Cik Lisa rasa the packaging tak praktikal. Dah buka then kena habiskan semua? Really?

 

 

Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni

Ni lagi satu. From Yeo’s. Susah bila dalam tin kan? Unless kita memang akan habiskan semuanya at one time!

 

Tapi Cik Lisa usually tukar tukar with either Gardenia (Aunty Rosie) atau mamak roti bermotor punya je. Haha.

 

Then, nak bagitahu ni… roti benggali Cik Lisa suka buat roti bakar yang aromanya menusuk kalbu dan jiwa! Sebaik saja roti dah terpelanting keluar dari toaster, cecepat Cik Lisa sapukan sri kaya! Homai homai rasa dia?

 

Hoi! The best ever!!!

 

 

 

SEDAPNYA ROTI BENGGALI MAMAK JUAL ATAS MOTOR NI – MENU MINUM PETANG KAMI ANAK BERANAK

 

So, yes!

 

Itu je lah Cik Lisa nak cerita sebenarnya. Betapa seronok rasa hati tawww bila dengar pin pon pin pon mamak roti dok hon! Dalam hati tu kiranya macam beria Cik Lisa tersengih gembira. Dok sakan lompat bintang berkali kali… nasib baik tak terseliuh kaki! Macam dalam diam diam dok bisik sendiri dan berkata;

 

“Hooyeahhh! Makanan keriangan dah tiba! Jom kita sakan menjamu selera!”

 

 

Roti Benggali

Kruk, krukk, krukkk! Hamboi! Syioknya rasa!

 

Haha.

 

But weh, seriously! Tolonglah cuba dan baru awak tahu betapa Sedapnya Roti Benggali Mamak Jual Atas Motor Ni!

 

Jadinya, ceritanya sekarang ni… Ada ke yang sama macam Cik Lisa jugak ke? Hantu roti aka hantu makanan bergandum (sebab tu lah pipi ai ni super pau agaknya)? Cuba kongsi sama dengan Cik Lisa childhood memory awak dan mamak roti bermotor. Nak tahu jugak!

 

Roti Benggali

Of course dengan secawan kopi kaww! The best ever!

 

Dan bila ada kopi tu, haihh… seronok lah kehidupan kan? Ingat dak betapa Cik Lisa syiok dengan kopi dan that day beria dah tulis entri tentang Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Itu Sebenarnya. Dah baca ke?

 

Share lah weh! Haha. Anyway, thank you sebab sudi baca pot pet Cik Lisa hari ni and jumpa lagi in my next entry InshaALLAH. Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *