Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium


Blackhead dan whitehead di wajah adalah antara sebab kenapa kulit muka kita kelihatan kusam dan hilang serinya. Hari ni Cik Lisa nak pot pet tentang kaedah rawatan untuk sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead tawww! Hanya dengan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium.

 

Medikulit Premium

Ini kaunter sebaik je kita masuk ke Medikulit Premium. Tenang tempat ni sebenarnya.

 

APA ITU BLACKHEAD DAN WHITEHEAD?

 

Mula mula, mesti nak tahu apa tu blackhead dan whitehead ni sebenarnya kan? Kot kot lah sambil baca entri blog Cik Lisa kali ni, boleh turut sama tengok cermin dan belek belek muka sendiri.

 

Blackhead ni adalah bintik hitam yang kelihatan di wajah kita. Folikel rambut yang tersumbat adalah punca yang membuatkan blackhead ni wujud kat muka. Warnanya hitam sebab tu kita panggil dia as blackhead (bintik hitam).

 

Whitehead ni pulak terbentuk hasil gabungan sel sel kulit mati, lebihan sebum / minyak dan bakteria yang terperangkap dalam liang liang pori tu sekali.

 

Pendek kata, dua dua ni bahaya kalau dah lama lama kita biarkannya. Maklumlah, lagi lama kita biarkan je, lagi kusam dan tak berseri seri lah muka kita lepas ni. Sebab tu Cik Lisa nak kongsi apakah kaedah rawatan untuk Sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead hanya dengan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium ni.

 

 

APAKAH ANTARA SEBAB SEBAB BLACKHEAD ATAU WHITEHEAD TERBENTUK?

 

Ada beberapa sebab blackhead dan whitehead terbentuk. So, hari ni jom baca apa yang Cik Lisa nak kupaskan tentangnya:

 

Medikulit Premium

Ini tangga masuk ke Medikulit Premium. Bersih dan tersusun rapi okeh!

 

BLACKHEAD

 

Ada beberapa sebab untuk wujudnya blackhead di muka kita. Antaranya adalah perubahan hormon (sila refer poin di bawah – whitehead), minyak berlebihan dihasilkan oleh badan, sel sel kulit mati yang tak berjaya dibuang dari kulit kita (so tersekat dan menghasilkan blackheads yucks!).

 

 

WHITEHEAD

 

Ada tiga sebab utama whitehead terbentuk di wajah kita dan antaranya adalah hormon, pil perancang keluarga dan faktor genetik.

 

Hormon ada banyak pulak segmennya. Whitehead akan terbentuk bila hormon kita tak stabil. Contohnya, bila kita nak datang period (Aunty Flow’s in town! Yikes!). Ha, mula lah hormon jadi tak tentu hala. Nak marah, nak emosi dan semuanya lah! So, kulit kita pun stress sesama dan muncul lah whitehead dengan tak semena mena!

 

Then, ada jugak faktor lain yang buatkan golongan wanita ni jadi monster kekadang tu sebab hormon jadi tak menentu:

 

Akil baligh (ceewah, dah masuk alam remaja gittew!)

Mengandung (don’t mess with preggy ladies ya kalau awak nak selamat sebab hormon tak tentu masa tu!)

Menopaus (bila kita menopaus, sistem dalam badan akan kurang serba serbi – kolagen, vitamin c, etc. termasuklah hormon kita. Sebab tu wajib nak jaga kesihatan dari kita muda remaja).

 

So, hari ni Cik Lisa nak kongsi Sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Di Medikulit Premium. Cuma dengan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium taww! Nanti tak ada lah kita nak bersusah payah dok picit hidung kita beria ia kan?

 

 

 

APAKAH AKIBAT BLACKHEAD DAN WHITEHEAD TIDAK DIRAWAT DENGAN CEPAT?

 

Apabila kita dok ralit je all the time dan asyik tangguh sesi rawatan untuk hilangkan blackhead dan whitehead, apa jadi agaknya?

 

Makin syiok dan seronoklah mereka duduk terkumpul dalam liang liang pori di wajah kita. Makin kusam dan tak berseri lah wajah wehhh ceritanya! Nanti lama lama dibiarkan, makin susah dan struggle beria pulak kita nak hilangkan!

 

Medikulit Premium

Ini lobi menunggu di Medikulit Premium. Musik yang lembut ada kat sini… kot lah dok sorang, mesti tertidor taww!

 

 

 

PENGALAMAN CIK LISA UNTUK PAKEJ RAWATAN MUKA TERBAIK DI MEDIKULIT PREMIUM

 

Jadi, hari ni Cik Lisa nak kongsikan sesi rawatan yang Cik Lisa buat di Medikulit Premium hari sesi rawatan tempoh hari (Rabu – 20/9/2017). 

 

Medikulit Premium sudi untuk jemput Cik Lisa mencuba sesi rawatan yang mereka ada di sana. Cik Lisa amat terharu dan berbesar hati dengan mereka. Maklumlah, tempat ni baru dibuka awal tahun hari tu – dalam bulan April 2017.

 

Medikulit ni jugak ada cawangan kat Kepong, tapi kat sana tu adalah lebih kepada rawatan kulit yang lebih serius – Poliklinik MedikulitAda macam macam rawatan kat sini sebenarnya tapi jenis mana yang kita akan terima bergantung pada masalah kulit yang kita hadapi.

 

Perunding kecantikan mereka akan membuat analisis kulit di wajah kita dan bagi suggestion rawatan mana yang kita perlukan. Dan hari sesi rawatan tu (Rabu – 20/9/2017), Cik Lisa mengikuti Sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Di Medikulit Premium.  Jom baca dan tengok video Cik Lisa tu sama sama.

 

POT PET INTRO DARI CIK LISA

 

PAKEJ RAWATAN MUKA TERBAIK DI MEDIKULIT PREMIUM

 

Lepas dah jenuh dok belek belek muka Cik Lisa, perunding kecantikan yang urus sesi Cik Lisa tadi; Ms. Ayu dan Ms. Miki akhirnya cadangkan sesi rawatan yang berikut. Ini merupakan Sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead dengan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium.

 

Rawatan pertama akan dimulakan dengan Jetpeel dan diikuti dengan rawatan LED light. Fungsi kedua rawatan ni adalah untuk buang dan hilangkan sel sel kulit mati dan ofkos lah semua tok nenek blackhead dan whitehead yang dok berkampung kat muka Cik Lisa tu kan?

 

Medikulit Premium

Bilik rawatan di Medikulit Premium ni luas!

 

 

 

DOUBLE CLEANSING UNTUK MUKA BERSIH SEBELUM RAWATAN

 

Mula mula, mereka cuci muka Cik Lisa untuk buang apa apa produk di muka. Mestilah nak muka bebas dari segala benda sebelum rawatan kan? Cik Lisa memang tak pakai apa apa kecuali moisturizer dan lipstick je, so mudahlah nak cuci muka kita. Sambil muka dicuci tadi, muka Cik Lisa juga diurut perlahan lahan untuk make sure tak ada sisa kotoran melekat kat muka.

 

Memang rasa ala ala puteri raja lah jugak tadi. Syiok je dibelai manja gittew kan sekali sekala. Haha.

 

Boleh tengok video di bawah untuk tahu cemana proses ni dijalankan tadi.

 

STEP 1 – PENCUCI DISAPU DI MUKA KITA DAN BERMULA LAH

SESI HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD DI MEDIKULIT PREMIUM UNTUK CIK LISA!

 

STEP 2 – MUKA DIURUT UNTUK CUCI SEGALA KOTORAN YANG ADA

 

STEP 3 – CUCI MUKA KITA DENGAN BERSIH TANPA SEBARANG KOTORAN YANG TINGGAL

 

 

MUKA DIWAPKAN GUNA STEAMER UNTUK BUKA LIANG LIANG PORI DI WAJAH

 

Lepas dah dicuci bersih, muka rasa segar dan sangat selesa sebenarnya! Then, steamer atau mesin wap digunakan kat atas muka. Fungsinya, nak buka liang liang pori di muka kita.

 

Cik Lisa dok expect mesin wap biasa yang panas tu kan? Alih alih, sejuk je muka ditiup angin sepoi sepoi bahasa! Macam ala ala aircond dok hembus kat muka kita. Ini adalah salah satu antara medium yang digunakan dalam Sesi Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Di Medikulit Premium sebenarnya. Ini juga merupakan antara Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium taww!

 

Bila dah diwapkan, mudah lah blackhead dan whitehead disedut keluar jap lagi!

 

Kata mereka, mesin wap kat Medikulit Premium ni ada dua jenis; satu yang keluarkan wap panas (untuk kulit normal) dan yang Cik Lisa guna ni (untuk kulit sensitif). Oohh… baru Cik Lisa tahu!

 

Boleh tengok video di bawah untuk tahu cemana proses ni dijalankan tadi.

 

STEP 4 – MUKA CIK LISA DIWAPKAN UNTUK BUKA LIANG LIANG PORI

 

 

KAEDAH JETPEEL UNTUK SEDUT BLACKHEAD DAN WHITEHEAD DI MUKA

 

Jetpeel tu apa?

 

Ha… ni mesin special kat sini dan khas untuk cuci dan hilangkan segala benda yang tersekat dan tersumbat kat muka kita. Tak kisah lah awak ada blackhead ke, whitehead ke dan termasuklah semua sisa kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liang liang pori di muka.

 

Biasanya kita ingat kalau buang blackhead dan whitehead kat spa rawatan muka, mesti ada sesi yang picit picit hidung sampai keluar air mata?

 

Nope! Kaedah ni Cik Lisa masih boleh ketawa riang ria lagi okay! Jetpeel ni guna air untuk sedut segala benda dari muka.

 

Ada dua mata untuk ‘senjata’ ni iaitu mata kristal (untuk kulit biasa) dan mata tanpa kristal (untuk kulit sensitif). Ms. Miki gunakan mata kristal tadi. Baru tahu, Cik Lisa kulit biasa lah kan?

 

Ada jugak mata kecil dan ini untuk guna kat area yang sempit dan susah nak cuci macam tepi tepi hidung tu semua.

 

Boleh tengok video di bawah untuk tahu cemana proses ni dijalankan tadi.

 

STEP 5 – SELEPAS DIWAPKAN, BERMULA PULAK SESI RAWATAN ‘JETPEEL’ UNTUK

MENYEDUT KOTORAN / BLACKHEAD / WHITEHEAD DI MUKA.

 

 

KAEDAH “LED LIGHT” UNTUK MATIKAN BAKTERIA DI MUKA

 

Teknik guna cahaya ni sangat ohsem Cik Lisa rasa sebenarnya! Lip lap lip lap macam lampu raya pun ada. Haha.

 

Mesin “LED LIGHT” ni letak bebetul atas muka kita. Tapi sebelum tu, mereka akan tutup mata kita sepenuhnya so Cik Lisa tak nampak apa apa. Ini untuk protect mata kita dari kena direct contact dengan cahaya dari mesin tu actually.

 

Fungsi cahaya ni adalah untuk mematikan bakteria evil yang dok berkampung sekeluarga dalam kulit kita. Menurut Ms. Ayu, mesin ni ada sedia dua jenis kombinasi warna rupa rupanya.

 

Biru dan merah digunakan untuk kulit biasa (normal). Macam Cik Lisa guna tadi. Manakala hijau dan kuning akan digunakan untuk mereka yang ada masalah kulit yang serius (muka berjerawat).

 

Boleh tengok video di bawah untuk tahu cemana proses ni dijalankan tadi.

 

STEP 6 – LED LIGHT NI KITA CUMA DUDUK DIAM DIAM KAT SITU DAN TUNGGU.

 

 

MASKER KOLAGEN UNTUK BERI KEANJALAN PADA KULIT WAJAH KITA SELEPAS RAWATAN

 

Cik Lisa betul betul rasa macam seorang puteri raja, tahu ke? Lagi lagi bila sebelum selesai semua sesi tadi… masker kolagen ditepek pulak kat atas muka kita ni.

 

WOW! So nice tahu ke? Mula mula bila Ms. Miki sapukan masker ni kat muka, homaigoddd! Sejuknya muka Cik Lisa!

 

Rasa sangat sangat segar dan selesa! Menurutnya, masker kolagen ni memang dibancuh dengan air sejuk untuk tutup pulak liang liang pori kita tadi. Yelah, dah buka masa cuci memula… so now kena tutup balik untuk elak pori pori tersumbat lagi.

 

Tambahan pulak, masker kolagen ni ada a hint of lavender scent – so boleh bayangkan tak betapa tenangnya suasana masa tu? Boleh je enak dibuai mimpi taww!

 

Biasanya untuk sesi ni, mereka akan tutup lampu dan biarkan customer untuk relax dan tenangkan diri sementara nak tunggu masker tu kering.

 

Ada dua pilihan masker sebenarnya; masker kolagen untuk kulit biasa (normal) dan masker charcoal (arang batu) untuk kulit bermasalah (berjerawat). 

 

Boleh tengok video di bawah untuk tahu cemana proses ni dijalankan tadi.

 

STEP 7 – BILA MASKER DITEPEK, HOMAIGOD! THE SYIOK RASA OKAY?

 

STEP 7A – MASKER DAH KERING, SO KITA KOYAK MACAM TOPENG GITTEW! BEST SANGAT RASA DIA!

 

HARGA PROMOSI UNTUK PAKEJ RAWATAN MUKA TERBAIK DI MEDIKULIT PREMIUM SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2017!!!

 

So, kalau awak berminat untuk dapatkan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium… plis toksah nak tunggu lelama dan fikir adakah patut atau tidak untuk ke sana!

 

Ini Cik Lisa tunjukkan antara harga biasa (normal price) untuk sesi rawatan di sini:

 

xxx

Trasderm – RM 300

Microderm – RM 300

Fruit Peel – RM 280

Jet Peel – RM 300

HIFU – RM 2300

IPL – RM 580

xxx

 

 

Tapi, sekarang ni sehingga akhir bulan September 2017 (30/9/2017) ni, mereka ada promosi yang syiok dan seronok untuk dilepaskan macam tu je! Pendek kata, rugi sangat kalau tak dapatkannya hari ini tawww! Promosi khas dan khusus untuk Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium lah, apa lagi!

 

 

PEREMPUAN – 3 RAWATAN HANYA UNTUK RM88 SAHAJA!

 

Ehem, ehem! Tak tahu lah nak kata cemana lagi actually. Cik Lisa bebetul rasa it’s worth it tawww. Sebab awak boleh pilih memana rawatan yang ada dalam brochure ni (termasuk Jetpeel + LED light Cik Lisa buat tadi tu ada sekali!) untuk RM88 SAHAJA! 

 

Kalau tak, kenapa Cik Lisa beria ia nak kata ianya adalah Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium kan?

 

Untuk sesi promosi sampai hujung bulan ini (30 September 2017), awak boleh dapatkan mana mana 3 rawatan macam yang awak boleh baca dalam brochure bawah ni hanya dengan RM 88 SAHAJA okay?

 

 

Medikulit Premium

Ada 3 rawatan hanya untuk RM88 tawww!

 

Best kan?

 

 

LELAKI – PILIH MANA MANA SATU RAWATAN HANYA UNTUK RM88 SAHAJA!

 

Hoih! Ini bukan untuk wanita sahaja okay? Ada jugak promosi untuk para lelaki.

 

Ada enam (6) pilihan sesi rawatan dan ia hanya untuk RM 88 SAHAJA! Siapa kata hanya wanita saja yang perlu amik peduli tentang kecantikan diri? Haa… lelaki pun boleh turut sama okay?

 

Medikulit Premium

Untuk Lelaki, pilih salah satu dari 6 pilihan cuma untuk RM88 SAHAJA!

 

 

Dan Medikulit Premium ada sediakannya untuk awak semua! Rugi kalau awak tak dapatkan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium hari ini tawww! So, jom kita cepat cepat dapatkannya!

 

 

BOOK APPOINTMENT UNTUK PAKEJ RAWATAN MUKA TERBAIK DI MEDIKULIT PREMIUM HARI INI!

 

So, apa tunggu lagi? Boleh cepat cepat book appointment hari ini untuk Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium dengan harga yang homaigoddd so berpatutan!

 

Cik Lisa rasa ni adalah moment terbaik untuk awak cuba dan rasai sendiri rawatan yang Cik Lisa dok pot pet pot pet dari tadi tentang Medikulit Premium ni kan? Rugi nau nauuu kalau tak amik peluang dengan harga promosi buat masa ni! Betul kan?

 

Nanti kalau awak ke sana, boleh juga untuk refer nama Cik Lisa – kot kot lah ada surprise untuk awak kat sana kan? Sapa tahu? Haha. Cuba lah hari ini ya?

 

Medikulit Premium

Lobi Medikulit Premium.

 

Dan bila dah ke sana tu, boleh lah awak bitau Cik Lisa pulak apa perasaan awak bila dilayan bagaikan puteri / putera raja di sana. Syiok tawww! Lagi lagi macam Cik Lisa ni yang jarang nau nauuu nak buat rawatan muka – maklumlah, biasanya untuk orang ada ada (baca: kaya raya) je kan?

 

Tapi Medikulit Premium ternyata baik hati sebab buat promosi. So, kita pun boleh cuba set rawatan muka yang mereka ada. Haih! Tunggu apa lagi? Jom kita cecepat booking sesi untuk Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium hari ni okay?

 

xxx

MEDIKULIT PREMIUM

Alamat: No 41, (1st Floor), Jalan 21/12, Seapark, 46300 PJ, Selangor

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (10am-7pm)

No Telefon : 03 7865 9191

Email: medikulit@hotmail.com

Website : www.medikulit.com.my

Facebook : Medikulit Premium

xxx

 

 

 

APAKAH PAKEJ RAWATAN MUKA TERBAIK DI MEDIKULIT PREMIUM YANG MENJADI SEBUTAN RAMAI?

 

Daripada hasil discussion dengan beautician mereka tentang kulit Cik Lisa ni… bulan depan mereka nak buat rawatan runcingkan wajah dan buang double chin Cik Lisa ni tawww! Homaigoddd! Tak sabar rasanya! Eksaited giler. Jangan pulak awak terkejut satgi tengok Cik Lisa dah berubah wajah jadi puteri raja pasni kan? Haha.

 

So, nantikan update Cik Lisa untuk sesi bulan depan jugak ok? Sementara tu apa kata awak pi cuba cuba kat Medikulit Premium ni untuk sesi rawatan yang ada tu (hint: rawatan runcingkan wajah dan buang double chin tu pun ada dalam promosi RM88 sampai hujung bulan 30 September 2017 ni tawww!). 

 

Medikulit Premium

Lagi satu kawasan menunggu yang ada di Medikulit Premium.

 

Bila dah buat sesi rawatan ni kat sini, mudah lah nak selesaikan masalah pipi super pau kita kan? Kot kot lah awak rasa 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita tu macam lama nau nauuu nak jadi, hah! Apa lagi? Mai book sesi rawatan kat sini okay?

 

Boleh jumpa Ms. Miki, Ms. Ayu ataupun Ms. Grace untuk maklumat lanjut tentang setiap rawatan yang disediakan. Mereka akan bantu awak untuk dapatkan penjelasan yang crystal clear, gittew! Okay? Cepat cepat dapatkan Pakej Rawatan Muka Terbaik Di Medikulit Premium hari ini ya?

 

Baiklah, sampai sini saja buat masa ni. Cik Lisa harap perkongsian Cik Lisa ni ada bagi manfaat untuk awak ya? Jumpa lagi dalam next entry, inshaALLAH.

 

POT PET PENUTUP DARI CIK LISA UNTUK AJAK AWAK SAMA SAMA BUAT RAWATAN MUKA DI MEDIKULIT PREMIUM!

 

Assalamualaikum dan terima kasih. Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *