Fashion For Love Kumpul Dana Bantu 400 Pelajar Miskin Bersekolah


Pada 21 September 2017 (Khamis) tempoh hari, Cik Lisa telah pertama kali dijemput oleh Ms. Ivlyn Tan; Pengarah Creight Events & Services. Ini adalah untuk sesi dialog bersama media tentang Fashion For Love Kumpul Dana Bantu 400 Pelajar Miskin Bersekolah.

 

Fashion For Love

Superheroes atau orang kuat di belakang tabir untuk Fashion For Love

 

Kalau selama ni Cik Lisa cuma terlibat untuk review makanan dan produk saja, but this time around Cik Lisa dapat peluang untuk pot pet tentang majlis amal pula!

 

 

Uish! Rasa seronok tu tak tahu dah nak cerita cemana. Memang rasa sangat terharu actually bila dapat cover cerita besar camni. Maklumlah, kita kan masih takat blogger bilis comel je lagi.

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – APAKAH SEBENARNYA FASHION FOR LOVE INI?

 

Apakah Fashion For Love ni sebenarnya?

 

Fashion For Love adalah joint venture atau collaboration di antara Creight Events & Services, The Giving Bank serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bersama mengumpul dana.

 

Fashion For Love

Volunteer Fashion For Love yang sangat riang ria dan gembira!

 

Fashion For Love adalah tema yang dipilih untuk acara amal ini dan slogan mereka adalah “Supporting Children To School”.

 

Fashion For Love

Fashion For Love

 

Selari dengan fokus utama mereka untuk membantu kanak kanak yang datang dari keluarga yang susah dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pembelajaran ke sekolah.

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – BANTUAN WUJUD DALAM PELBAGAI CARA

 

Ada pelbagai cara untuk kita beramal dan bantu mereka yang memerlukannya.

 

Contohnya; masa kat sekolah dulu, Cik Lisa ni ahli Pandu Puteri sebenarnya. Dua tahun Cik Lisa pegang jawatan Pengerusi kat sana. Maklumlah, nak bagi duit banyak banyak kat rumah anak anak yatim yang ada, masa tu Cik Lisa belum ada kerjaya. So, nak amik duit kat mana?

 

Fashion For Love

Penerangan terperinci diberikan oleh semua untuk orang ramai faham misi mereka

 

Tapi, kami buat amal dengan cara yang berbeza. Kami pilih rumah anak anak yatim yang ada dan melawat mereka kat sana. Kadang kadang, bantu cat rumah mereka. Atau beli groceries setakat yang kami mampu nak derma. Dan few others.

 

Itu cara kami masa tu sebab itu je yang kami mampu nak bantu.

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – CARA FASHION FOR LOVE BANTU BAGAIMANA?

 

Fashion For Love lain pulak caranya.

 

Ucapan pembukaan dan pengenalan untuk superheroes

kat belakang tabir Fashion For Love

 

Ucapan alu aluan oleh Dr. Janson Ang dan Ms. Ivlyn Tan

 

 

 

PEREKA FESYEN BERI SUMBANGAN MELALUI 15 GAUN YANG DIREKA EKSKLUSIF

 

Mereka telah bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen terkemuka. Antaranya; Bon Zainal, Orson Liyu, Ashley (Kapas) dan Dominique Chan.

 

Fashion For Love

Pereka fesyen yang terlibat dalam Fashion For Love turut hadir memberi sokongan

 

Dalam sesi dialog ni mereka turut umumkan acara utama yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2017 nanti! Gala Dinner atau Majlis Makan Malam Amal. Di majlis itu nanti, kutipan akan dilanjutkan untuk mencukupkan dana yang diperlukan.

 

Pada malam itu nanti, pereka fesyen ini ada sumbangkan 15 gaun rekaan mereka yang cantik dan gorgeous (of course!) untuk dilelong! Dan semua hasil kutipan akan disumbangkan sepenuhnya ke tabung Fashion For Love ni lah!

 

Fashion For Love

Pereka fesyen dan Dr. Janson Ang dari The Giving Bank

 

Seronoknya bila Cik Lisa bayangkan suasana majlis makan malam tu nanti! Ada tak agaknya sesi tari menari? Macam kisah puteri puteri dengan gaun mereka yang cantik dalam kartun Disney!

 

 

JUALAN MEJA UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM

 

Mereka yang turut serta dalam majlis makan malam tu pun turut sama beri sumbangan taww? Sebab meja meja di majlis tu pun dijual untuk dapatkan funding dan disalurkan terus ke tabung Fashion For Love.

 

Fashion For Love

Majlis penuh dengan pihak media, penganjur dan penderma. Blogger entahlah… tak ada yang Cik Lisa jumpa sebenarnya.

 

Another way untuk kita beri sumbangan dan bantu mereka yang memerlukan! Ooh, it’s so much fun, kan?

 

 

KUTIPAN DERMA SECARA ONLINE MELALUI THE GIVING BANK

 

Selain tu, Dr. Janson Ang; founder kepada The Giving Bank turut umumkan yang kutipan derma pun ada dijalankan secara online. Jadi, jika kita sibuk atau tak ada masa untuk ke majlis makan malam tu nanti… kita tetap boleh menderma secara online taww?

 

Fashion For Love

Team bersama penderma yang hadir dan pereka fesyen yang terlibat dalam Fashion For Love

 

Mudahkan dalam dunia moden sekarang ni? Apabila semuanya ada di hujung jari!

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – KENAPA PILIH PELAJAR MISKIN?

 

Dalam sesi hari tu, mereka turut menerangkan kenapa mereka pilih untuk bantu pelajar miskin untuk bersekolah.

 

Pendidikan adalah penting untuk kita berubah jadi lebih baik dari siapa kita hari ini. Tapi, tak semua yang mampu nak teruskan especially dengan keadaan ekonomi kini.

 

Fashion For Love

Kanak kanak yang kurang bernasib baik turut hadir di majlis tu taww! Mereka ada yang so kecil dan comel!

 

Apatah lagi keluarga miskin kan? Mana mereka nak cari duit untuk hidup lagi, nak cari duit untuk hantar anak ke sekolah lagi?

 

Akhirnya, ramai anak anak keluarga miskin tak dapat ke sekolah. Dan tak dapat untuk cuba ubah nasib keluarga mereka keluar dari masalah. Sebab tu mereka tekad untuk bantu dan wujudnya slogan “Supporting Children To School”! 

 

Paling sebak bagi Cik Lisa adalah bila Ms. Ivlyn sendiri mengakui yang dia pun datang dari keluarga yang susah dulunya. Dan program ini memang dekat di hatinya sebab dia tahu exactly cemana rasa susah dan struggle betul untuk belanja sara diri ke sekolah!

 

Fashion For Love

Ms. Ivlyn Tan menerangkan secara detail tentang apa yang mereka sedang lakukan dan apa yang ingin dicapai

 

Tapi, tengoklah siapa dan di mana dia sekarang. Semangat yang kuat dah buat dia jadi lebih hebat! Cik Lisa betul betul kagum dengan dia tawww!

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – SIAPAKAH PENERIMA DANA?

 

Mesti berdegup dup dap dup dap jantung nak tahu kan? Sejak mulanya projek ini, mereka dah bincang dan setuju untuk Fashion For Love Sedia Dana Bantu 400 Pelajar Miskin Bersekolah.

 

Mereka sasarkan kutipan dana khusus untuk 300 pelajar sekolah rendah dari 12 sekolah terpilih di lokasi luar bandar (RM 500 setiap sorang). Berikutnya, adalah untuk 100 pelajar lepasan SPM untuk kursus Diploma Perniagaan di kolej kolej swasta terpilih (RM 20,000 setiap sorang).

 

Fashion For Love

Bersama kanak kanak yang turut hadir

 

Selain tu jugak, mereka dah pilih 7 rumah anak anak yatim untuk terima sumbangan barang runcit dalam anggaran RM 3,000 setiap satunya.

 

Pemilihan individu dan rumah kebajikan dilakukan dengan terperinci untuk pastikan dana diterima oleh mereka yang betul betul memerlukannya.

 

Tak elok pulak nanti kalau cuma buat sambil lewa atau pukul rata. Tiba tiba mereka yang menerima tu lebih mampu pulak dari kita! Susah lah macam tu kan?

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – DANA TERKUMPUL SETAKAT NI?

 

Sejak projek bermula dari bulan Ogos 2017 lagi, Dr. Janson juga turut umumkan yang setakat hari tu (21/9/2017) kutipan melalui The Giving Bank (secara online sahaja) dah berjaya kumpul almost RM 45,000 tawww! Wahhh, seronok kan?

 

Untuk dana bagi pelajar lepasan SPM, mereka turut mendapat kerjasama dari Optopreneur College.

 

Fashion For Love

Lagi gambar bersama penderma, orang kuat di belakang tabir serta volunteer mereka

 

Jadi, boleh nak kata yang anggaran amaun sebanyak RM 20,000 bagi 100 orang pelajar dah berjaya diperolehi! Sebab mereka dah setuju untuk sponsor 100 orang pelajar terpilih ke kolej kolej swasta untuk sesi 2018 nanti. Seronoknyaaa!

 

Dan yang paling buat Cik Lisa terharu, dalam acara tu jugak… secara tetiba ada dua individu yang buat sumbangan secara spontan!

 

Fashion For Love

Mereka bersama penderma spontan yang tiba tiba menghulurkan sumbangan ribuan ringgit on the spot!

 

Kalau tak silap Cik Lisa, jumlah kutipan pada hari tu saja dah reach almost RM 5,000 tawww! Ohh! Cik Lisa pulak yang rasa gembira. Siap ada moment moment nak menitik air mata okay?

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – CARA UNTUK BUAT SUMBANGAN KE TABUNG FASHION FOR LOVE

 

Kalau awak berminat dan nak turut serta untuk menyumbang boleh hubungi atau layari website The Giving Bank seperti di bawah:

 

xxx

Dr. Janson Ang

Founder of The Giving Bank

Tel: +6012 3315757

Email: janson@thegivingbank.com

Website: www.thegivingbank.com

xxx

 

Pengalaman untuk ke sesi dialog bersama media ni buat Cik Lisa makin teruja nak menulis sebenarnya. Ianya sesuatu yang baru untuk Cik Lisa dan rasa happy giler.

 

 

 

FASHION FOR LOVE KUMPUL DANA BANTU 400 PELAJAR MISKIN BERSEKOLAH – APA KATA CIK LISA?

 

Sejak kita di bangku sekolah lagi, kita dah dipupuk oleh guru guru mahu pun ibu bapa sendiri… selagi kita mampu, kita sepatutnya turut membantu.

 

Tak kira berapa pun nilai yang kita beri, ianya tetap nilai yang mungkin sikit bagi kita tapi tentunya dapat bantu mereka yang betul betul memerlukannya.

 

Fashion For Love

One shot for the team! Yayy!

 

Perkara yang penting adalah niat kita. Niat untuk bantu mereka yang kurang bernasib baik untuk bangkit semula. Ini tentunya akan buat kita rasa lebih gembira. Kalau rasa tokleh nak gembira jugak lagi, apa kata gadaikan RM 10 untuk e-book Cik Lisa bertajuk Jom Lompat Bintang With Me. Mungkin awak boleh senyum pulak lepas ni?

 

After all, ada banyak sebab Kenapa Penting Untuk Kita Senyum Setiap Hari taww!

 

So, Cik Lisa harap perkongsian hari ini ada bagi awak manfaat dan kesedaran untuk kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang ni. Sebab masih ada lagi orang di luar sana yang tidak mampu dan kita sebagai seorang yang ada kemampuan boleh cuba bantu setakat yang kita mampu.

 

 

Fashion For Love

Itu lah dia acara majlis bersama media. Rugi betul Cik Lisa tak sempat nak berselfie dengan mereka yang hadir! Nervous agaknya, first time kan? Hihi.

 

Cik Lisa jugak nak amik kesempatan ni untuk ucapkan banyak banyak terima kasih kat Ms. Ivlyn Tan sebab sudi jemput Cik Lisa untuk turut serta dalam majlis yang gilang gemilang hari tu. Tanpa dia, Cik Lisa tak mungkin akan terlibat atau tahu menahu tentang ni. So, thank you.

 

Dan seperti biasa, Cik Lisa nak ucap terima kasih untuk awak yang sudi baca entri Cik Lisa ni dan hopefully kita jumpa lagi dalam my next entry, ya? Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *