Hati Sudah Tertawan Dengan Produk Merve Cosmetics Yang Menawan


Masa Cik Lisa dok sibuk bersiap nak keluar semalam bersama famili pi Carrefour (sekarang orang kata nama dia Aeon BIG) kan, terjeling pulak kita kat satu kotak cantik kat tepi meja solek. Ehem, ehem… itulah dia saat pertama bila Hati Sudah Tertawan Dengan Produk Merve Cosmetics Yang Menawan okeh?

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Inilah Fairytale Collection dari Merve Cosmetics!

 

Terdetik rasa nak mencuba! Awak dah tengok packagingnya? Hoi! Superwin weh! Ala ala fairytale gittew.

 

Puteri puteri kayangan, knight in shining armour, kuda, eh… tak sure kuda ada ke dak. But awak faham lah kan? Fairytale setup tu kan? Ooh! Idaman kalbu okeh?

 

Anyway, ini adalah antara set Merve Cosmetics yang Cik Lisa terima dari Cik Puan Lizsya hari tu actually. Cik adik manis ni bagi Cik Lisa untuk cuba dan kongsi rasa isi hati yang terbuku di dada.

 

 

 

HATI SUDAH TERTAWAN DENGAN PRODUK MERVE COSMETICS YANG MENAWAN – APAKAH PRODUK MERVE COSMETICS YANG LAKU KERAS?

 

Eh! Tapi, apa yang Cik Lisa terima dari cik adik manis ni actually?

 

Huntongnya Cik Lisa ni sebenarnya tawww sebab Cik Puan Lizsya ni dah hadiahkan dua bestseller products dari Merve Cosmetics ni tahu dak?

 

Cik Lisa terima Cinderevfa Blue Magic Lipstick dan Fairy Tears Potion Serum

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Comel kan packaging dia?

 

Oh wow! Memang sah sah lah dia kenai sangat and tahu betapa Cik Lisa suka nau nauuu dengan lipstick kan? Pastu face serum memang always jadi pujaan hatiku, gittew! Haha.

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Plis dapatkannya hari ini! Sebab memang berbaloi sebenarnya taww!

 

So, eksaited dak nak tahu apa kisahnya each of these products satu persatu?

 

 

 

HATI SUDAH TERTAWAN DENGAN PRODUK MERVE COSMETICS YANG MENAWAN – CINDEREVFA BLUE MAGIC LIPSTICK

 

Oh wow lagi plis! Masa memula buka packaging tu, rasa macam nak terbeliak bijik mata pun ada!

 

“What? Lipstick biru? Cik Puan Lizsya ni ingat kita gothic sangat ke? Haha… takkan nak pakai lipstick kaler biru? Seriously?”

 

 

Maklumlah, Cik Lisa kan tak pakai mekap sangat kan. So, memang fail lah bab mekap fancy fancy camni. Haha.

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Lipstick biru pujaan hati Cik Lisa sekarang ni!

 

But, ku teruskan jua. Sebab kalau nak kongsi rasa isi hati, mesti cuba sendiri dan pot pet apakah perasaan sebenar lepas kita dah experience semua tu sendiri. Kan?

 

Sekali oles di bibir kan… oh another super wow! It glides smoothly. So slick, so smooth weh! And tadaaa!

 

“WHAT? PINK? REALLYYY?”

 

I’m sold. Haha. Love this. A lot. I love this a lot!

 

 

KELEBIHAN CINDEREVFA BLUE MAGIC LIPSTICK

 

Kenapa Cik Lisa suka lipstick ni walaupun kaler dia biru and ianya mengejutkan daku sebenarnya? Haha. Bila dah tahu kelebihan dia, Cik Lisa rasa nak pakai berkali kali!

 

Okay, rasanya part segala jenis tok nenek bahan yang ada, awak boleh pi tanya Cik Puan Lizsya ni sebenarnya. Kan? But Cik Lisa lebih and eksaited nak cerita apa rasanya bila pakai lipstick ajaib ni sebenarnya.

 

Rasanya, semua orang tahu betapa Cik Lisa suka betoi pakai lipstick kan? So, apakah Kelebihan Cinderevfa Blue Magic Lipstick ni?

 

 

PELEMBAB BIBIR YANG OHSEM!

 

Pertama sekali, Cik Lisa suka betoi the fact that lipstick ni tak keringkan bibir kita! It’s so smooth taww tapi tak berminyak minyak beria.

 

So, takdok lah kita nampak macam baru lepas makan sup tulang pulak! Berlemoih abih bibir kita tu satgi tak pasai?

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Nampak dak betapa fantasi tu comel sebenarnya?

 

Nope! But ia akan jadikan bibir kita kekal lembab sepanjang hari. Uish! Superwin!

 

 

WARNA BERTUKAR PINK YANG MENARIK IKUT PH KULIT KITA

 

Dulu masa kecik kecik, kita sibuk dok main mood ring kan? Alaaa, cincin yang tukar tukar kaler tu lah. Kali ni… Cinderevfa Blue Magic Lipstick lah pulak!

 

The best thing is, once kita sapu kat bibir kita… dia akan berubah kaler ikut pH skin kita masing masing. Cik Lisa try kat diri sendiri, pastu try kat adik Cik Lisa sekali.

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Inilah kelebihan Cinderevfa Blue Magic Lipstick!

 

Syiok tawww main try try cenggini. Yelah, nak make sure it’s nothing but the truth and only the truth kan? Haa… nampak dak gigih usaha Cik Lisa?

 

Although Cik Lisa suka lipstick kaler merah terang benderang bak hang, kaler pink Merve Cinderevfa Blue Magic Lipstick ni Cik Lisa suka jugak actually. Sebab nampak natural gittew! Superwin jugak plis! Haha. Kira ala ala gadis cecomel di Korea. Comel kannn?

 

 

MESRA WUDHU

 

Ha, ni paling syiok! Bila Cik Lisa tahu tentang ni, rasa rasanya ni lah point yang paling super duper win sekali!

 

Biasanya, kalau Cik Lisa keluar dengan Mama and adik kan… kot lah masuk waktu solat, kita pi surau kan? Dah amik wudhu tu… alahai, mesti ada lipstick dok lekat degil sungguh tak hilang hilang kan?

 

Tapi, kali ni toksah nak risau… sebab Cinderevfa ni mesra wudhu! Yayyy! Kot terlekat lagi pun, solat kita sah InshaALLAH.

 

 

HATI SUDAH TERTAWAN DENGAN PRODUK MERVE COSMETICS YANG MENAWAN – FAIRY TEARS POTION SERUM

 

Hah! Nama pun dah buat Cik Lisa rasa syiok nak sapu kat muka! Bahasa Melayu ni dah macam kata,

 

“Posyen air mata si pari pari…”

 

 

Hoih! Magikal kot! Cik Lisa tak tahu awak punya preference acaner kan? But Cik Lisa membesar dengan kisah kisah tauladan puteri kayangan.

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Cantik betul setup dia… dah lah kaler purple feveret kita!

 

So, adalah cerita puteri raja, putera raja ala ala knight in shining armour tu, ada evil nenek kebayan yang susah nak lawan dan monsters sana sini menyusahkan keadaan.

 

Pendek kata: Cik Lisa suka idea produk ni sebenarnya. Yayy! Super win. Sapa geng dengan kita?

 

 

KELEBIHAN FAIRY TEARS POTION SERUM

 

Mesti nak tahu kenapa Cik Lisa suka serum ni selain dari nama dia yang ohsem tu kan? Apa agaknya yang buat Cik Lisa ada simpan cita cita bila habis ni satgi, Cik Lisa konfem nak repeat order lagi?

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Fairy Tears Potion – air mata si pari pari kayangan! Cik Lisa suka produk ni!

 

Dup dap dup dap… mesti teruja nak tahu kan?

 

 

MELEMBABKAN TAPI TAK BERMINYAK

 

Kita kat Malaysia ni, rata rata semuanya kulit minyak homaigoddd pengsan!

 

Pakai moisturiser sikit je, tetiba selambak minyak kat muka. Pengsan lagi. Pastu yang pakai mekap tu, sakan dok tepek berlapis lapis pulak kosmetik merata kan?

 

Air mata si pari pari ni lah penyelamat kita semua lepas ni taww? Lepas satu serata muka, hoih! Setitis minyak pun takdak! Serap habih masuk kat kulit kita. Cik Lisa suka. Paling suka part ni, sebab tak lekit lekit or minyak eee yucks! So, yayyy for this!

 

 

SPF 50! NAK CERITA APA LAGI?

 

YES! Sila terharu sampai titiskan air mata keriangan ya?

 

Malaysia ni dah lah panasnya homaigoddd! Kot lah pecah sebijik telur atas jalan, konfem dapat seketui sunny side up kot kan? Panas lit lit orang kata ya?

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Kelebihan Fairy Tears Potion!

 

Merve Fairy Tears Potion Serum ni bekalkan SPF50 untuk kita hadapi hari hari emosi dok berjemur bawah matahari! Hooyeah! Terjaga kulit kita lepas ni, alhamdulillah.

 

Cantik cantik jugak. Tapi, kulit rosak… nak buat apa kan? So, serum ni buat kita cantik semuanya – dalam dan luar InshaALLAH.

 

 

BUKAN SEKADAR SERUM BIASA TAPI IA MERAWAT SEGALANYA

 

Serum biasanya untuk cantik cantik je kan? Satu or dua perkara je yang nak dibantunya.

 

Tapi, punyalah syiok air mata si pari pari ni… ada 7 kelebihan produk ni untuk muka kita actually.

 

Salah satunya; ia boleh merawat dan membaikpulih parut lama lama kat muka! Ada yang berlobang lobang ke dulu gatai dok kutil kan? Habis berparut sana sini?

 

Toksah risau sebab ini bakal bantu untuk rawat dan hilangkan parut parut di muka tu. Selain tu, ia boleh juga kecilkan pori pori (so, bintik hitam susah nak muncul lagi lepas ni) dan nourish skin kita untuk kulit kekal sihat berseri!

 

Semuanya dalam satu botol ni je taww! Ohsem weh!

 

 

HATI SUDAH TERTAWAN DENGAN PRODUK MERVE COSMETICS YANG MENAWAN – CARA UNTUK BELI PRODUK MERVE COSMETICS?

 

Ha, teruja nak cuba?

 

Mudah je. Awak cuma perlu contact Cik Puan Lizsya dengan cara mana mana yang awak suka okeh?

 

Whatsapp Cik Puan Lizsya di 012-989 2972

atau

FB Profile jugak di Cik Puan Lizsya

 

Rugi tak cuba taww? Sebab Cik Lisa sendiri akui yang Hati Sudah Tertawan Dengan Produk Merve Cosmetics Yang Menawan! Siap ada rasa nak beli lagi lepas ni tahu dak?

 

Haa… ni ikhlas ni. Pengakuan ikhlas dari lubuk hati Cik Lisa sendiri!

 

 

HATI SUDAH TERTAWAN DENGAN PRODUK MERVE COSMETICS YANG MENAWAN – APA KATA CIK LISA?

 

So, rating Cik Lisa untuk produk ni?

 

CINDEREVFA BLUE MAGIC LIPSTICK

 

SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA: 4/5

 

Tokleh kasi 5/5 sebab tu terlalu banyak kan nanti kata Cik Lisa ngelat kasi bintang lebih untuk kengkawan. Haha. Tapi, Cik Lisa suka keseluruhannya. Produk best, packaging cantik dan kemas. So, yep! Definitely akan beli lagi pasni.

 

 

FAIRY TEARS POTION SERUM

 

SKALA BINTANG BINTANG BERKERLIPAN DARI CIK LISA: 4/5

 

Kasi 4/5 sebab Cik Lisa cuak memula bila tengok liquid tu biru kaler dia! Macam eh, apakah? Haha. Then packaging dia tak secomey lipstick tadi. Cik Lisa rasa packaging lipstick sangat eksklusif but serum ni biasa biasa je.

 

But anyhow, product-wise I LOVE IT! Paling win bila Cik Lisa tahu SPF50 tu. Amazinggg! Love it!

 

 

PRODUK INI SELAMAT DIGUNAKAN

 

Pernah dak baca entri Cik Lisa hari tu tajuk Krim Kilo Homaigod!

 

So, Cik Lisa cuma nak bagitahu… kalau dengan produk Merve Cosmetics ni, inshaALLAH awak tak perlu nak risau tentang itu semua dah. Sebab produk dari Merve Cosmetics ni dah diluluskan dan ada KKM untuk setiap satunya. Mereka dah buat kajian yang terperinci untuk pastikan produk ni selamat digunakan.

 

Jadi, tak ada lah isu timbang produk kat ruang tamu rumah sambil silang kaki dok tengok tv hari hari. Alaaa, macam yang Cik Lisa dok sakan pot pet kat entri Krim Kilo Homaigod! tu lah.

 

Tapi, nak tahu syiok acaner produk ni dan sama ada Hati Sudah Tertawan Dengan Produk Merve Cosmetics Yang Menawan? Well, itu awak kena cuba sendiri dan cecepat lah contact Cik Puan Lizsya hari ini okay?

 

 

CEPAT DAPATKAN KOLEKSI PRODUK MERVE COSMETICS HARI INI!

 

Ada yang dah pernah cuba? Apa pendapat awak pulak? Sila kongsikannya… Cik Lisa nak tahu jugak! Especially the ones yang Cik Lisa tak cuba lagi.

 

Sila lah jemput untuk kongsikan experience bila kali pertama pakai produk Merve Cosmetics ni. Hati Sudah Tertawan Dengan Produk Merve Cosmetics Yang Menawan dak?

 

Produk Merve Cosmetics Terbaik

Inilah dia koleksi yang super menawan!

 

Okaylah, so sampai jumpa lagi dalam my next entry dan jangan lupa pot pet kat komen kita ni ya?

 

Terima kasih untuk Cik Puan Lizsya sebab sudi hadiahkan kita produk untuk dicuba ya? Dan happy birthday jugak (yepp, birthday dia – 25/9/2017 tawww!) taww awak!

 

Terima kasih untuk yang sudi singgah jugak as always. Cik Lisa bebetoi hargainya. Jumpa lagi soon InshaAllah.

Assalamualaikum. Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *