Satu Pagi Di Lost In China Town Kuala Lumpur


Hello awak. Hari ni Cik Lisa nak pot pet sikit cerita tiga hari lepas (Selasa – 26/9/2017). That day, Cik Lisa together gether dengan Mama and adik pi spend Satu Pagi Di Lost In China Town Kuala Lumpur. And we had so much fun!

 

Chuppp! Awak pernah ke Petaling Street ke? Atau kadang kadang orang referred to as China Town kat situ. Whichever pun namanya, awak dah pernah jejak ke dak?

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Sampai sana je, terus bersedia untuk posing bersama! Haha.

 

Terkenang pulak zaman sekolah sekolah dulu. Zaman acah acah gila gila remaja lah kononnya masa tu.

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – KENA KEJAR DENGAN PARANG DI PETALING STREET?

 

Ada hari hari tertentu, ikut lah kita nak pi hari mana satu. Mesti akan pi naik bas ke KL saja jalan jalan… kekonon rasa dah besar nak keluar pi pekan kan? Haha.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Suasana di Petaling Street di awal pagi

 

Tapi, tak sah kalau orang tak kata camni;

 

“Berani sangat nak keluar pi KL tu sendiri sendiri. Bahaya kawasan sana tu, dah lah korang tu kan student lagi? Petaling Street tu lagi bahaya. Kalau haggle harga barang pastu taknak beli, tak pasal kena kejar dengan parang taww!”

 

*haggle = tawar menawar

 

 

Dulu dulu bila dengar cerita gittew, ada lah jugak rasa macam cuak tak menentu. Sapa tak takut kan kalau kena kejar dengan parang? Masa tu cemas jugak bila bas lalu tepi Petaling Street tu pulak.

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – DAH TAK MAHU BELI, TOKSAH GATAI HAGGLE PRICE BERIA PLEASE!

 

But then again, dah lama lepas tu… dan dah pandai sikit nak fikir secara rasional dan logikal. I think it makes sense lah!

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Waktu ni, suasana masih tenang lagi since penjual tengah bersiap nak buka kedai

 

Cik Lisa pun konfem akan kejar dengan parang if ada prospek gatai dok haggle price berhari hari pastu tak beli kan? Mungkin penjual tu have had enough dan rasa diperkotak katikkan sebab tu dia teremosi dan terkejar dengan parang tu actually.

 

Logik kan?

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – JALAN JALAN DI KUALA LUMPUR

 

Biasanya, asal orang dok pot pet pasal travel je… mesti nak cerita kisah pi oversea merata. Tak pun, kisah berenang macam anak ikan kat pulau memana kan?

 

Payah nau nauuu lah nak tengok orang pot pet pasal Tempat Menarik Di Kuala Lumpur ye dak? Atau memana Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur pun ya jugak. Ini semua mesti jarang dan kurang.

 

So, hari ni Cik Lisa nak pot pet pasal satu Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur! Kisah kami anak beranak Satu Pagi Di Lost In China Town Kuala Lumpur. 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Tadaaa! Lost In Chinatown Kuala Lumpur!

 

Dah bersedia nak tahu apa Lost In China Town Kuala Lumpur ni sebenarnya?

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – LOST IN CHINA TOWN TU APA?

 

Jeng, jengg, jenggg!

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Stress since tak sempat nak senyum lagi, adik dah snap pics!

 

Memula sekali, Cik Lisa nak tanya ni. Awak pernah dak dapat soalan atau dengar si polan berborak dengan another polan;

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Ha… kali ni baru siap sedia

 

“Kau ni nama je dok KL, tapi satu haprak pun tak tahu menahu! Haih, rosak anak anak KL pasni lah weh!”

 

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Wishing well pun ada okeh!

 

Haaa, sapa ada sesekali kena setepek camni… bahahaha, kita geng sehidup semati. Lost In China Town ni sebenarnya galeri untuk kita lebih mengenali China Town yang kaya budaya!

 

Tapi, selalunya bila kita dengar je the term galeri ni… sesetengah orang akan rasa;

 

“HOMAIGODDD, BORINGNYA!”

 

 

Hoi! Plis cecepat spend separuh hari cuti untuk spend Satu Pagi Di Lost In China Town Kuala Lumpur ni. Konfem persepsi awak tentang galeri berubah terus 360 degree!

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Adik beradik macam ni lah!

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – ADA APA KAT SANA?

 

Ianya merupakan satu destinasi yang bakal buat awak rasa terpesona sebab dah tambah ilmu tentang China Town ni lagi! Selama ni kita cuma tahu yang China Town is Petaling Street kan? Tempat jual macam macam barang yang ada.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Banyak benda Cik Lisa belajar kat sini taww!

 

From handbags to other things. Pakaian, dresses tie-dye yang cantik molek dan kaca mata hitam with bingkai yang macam macam.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

The Milo Truck Culture – sapa tahu angkat tangan!

 

But Lost In China Town Kuala Lumpur ni ada cerita yang tersendiri. Ada cerita di sebalik Kota Cina tu di sini. Kisah untuk jadi reference yang santai dan sempoi setiap generasi. Tak perlu kita nak buka buku je nak tahu kisah lama kan? Boleh jugak datang sini dan selami segala cerita sambil jenjalan. Betul dak?

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Baju klasik tradisi masyarakat Cina pun ada taww!

 

Harga tiket cuma RM15 saja nak dibandingkan dengan fun times yang kita dapat kat sana! So, apa kata awak cuba dan bagitahu Cik Lisa apa awak fikir tentangnya!

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – BAGAIMANA KITA NAK KE SANA?

 

Nak ke sana, mudah je cara dia. Awak cuma perlu cari Petaling Street and Waze your way there. Macam Cik Lisa tempoh hari, kami anak beranak pi dengan kereta drive sendiri.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Mungkin Cik Lisa nak tukar profession lepas ni? Ada gaya dak?

 

Kalau awak drive, ada a few parking berdekatan sana. We all dapat spot dekat parking yang caj RM4 per hour. Dan maksimum perlu bayar RM10 saja. Okay lettew dapat harga camni kat situ!

 

Kalau nak public transport, Cik Lisa suggest awak naik Putra LRT dan berhenti di stesyen Pasar Seni. Pastu gigihkan hati dan jalan kaki. Cuma 500m je dari stesyen tu tadi.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Ini Rose – salah seorang pembantu di Lost In China Town Kuala Lumpur

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Ini Mas – salah seorang pembantu di Lost In China Town Kuala Lumpur jugak

 

 

Untuk maklumat lanjut, boleh refer info di bawah ni okay?

xxx

Lost In China Town Kuala Lumpur

22, Jalan Petaling, City Centre,

50000 Kuala Lumpur

Tel: +60 16-291 3357

Opening hours: 10.00am – 8.00pm (daily)

Facebook: Lost In China Town Kuala Lumpur

Website: www.lostinchinatownkl.com 

Email: lostinchinatownkualalumpur@gmail.com

xxx

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Tak lepas untuk kami berselfie bersama! Yayyy!

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – KENAPA KITA PERLU KE SANA?

 

Cik Lisa ke sana dan Cik Lisa seronok dok bergambar sakan dengan semua. Banyak benda yang Cik Lisa tak tahu ada, kat sana baru nak discover semuanya.

 

Kalau sesapa yang rasa tak berapa nak tahu tentang a small part dalam negara kita (China Town), apa kata jemput ke sana? Banyak benda yang awak boleh tahu sebenarnya.

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Kami pun nak jugak sehelai… haha.

 

Dan tak koyak rasanya poket kita untuk labur dan gunakan nak tambah info dalam ilmu pengetahuan? It’s another way untuk belajar tradisi di KL ni dari cuma nak refer buku teks semata mata. Kan?

 

 

 

SATU PAGI DI LOST IN CHINA TOWN KUALA LUMPUR – APA KATA CIK LISA?

 

Anyway, Cik Lisa nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada Michael (on behalf of Lost In China Town Kuala Lumpur) sebab sudi jemput Cik Lisa together with Mama dan adik untuk ke sana hari tu. It was a well spent Satu Pagi Di Lost In China Town Kuala Lumpur. Sungguh ni!

 

Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Menjiwai watak penarik beca! Tahu dak, tak ada orang pun still dah berat. So, kalau ada penumpang? Tumbang terlentang agaknya!

 

We had fun. In fact, we had so much fun! (Boleh refer to our pictures kat sini dan tengok betapa happynya we all kan!). 

 

So, sesapa yang stress tu ke kan… atau yang ada masalah sama macam Cik Lisa bila buntu tak tahu nak menulis apa since dah TEPU. Dan dah refer 5 Tips Terbaik Nak Atasi Blogger’s Block yang Cik Lisa tulis haritu… but tak jadi jugak. Boleh lah lelaju ke sini sebab mungkin akan idea nak tulis apa lepas ni. Who knows?

 

Dan with that, rasanya sampai sini saja untuk hari ini dan InshaAllah kita jumpa lagi untuk entry yang seterusnya lepas ni. Terima kasih dan assalamualaikum. Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *