Seksa Nak Tunggu Berita


Aduh! Hari ni serba tak keruan. Nak buat apa pun tak tahu cemana. Dok dup dap dup dap dari tadi lah ceritanya. Camni lah Seksa Nak Tunggu Berita!

 

Awak pernah dak rasa camtu?

 

 

 

SEKSA NAK TUNGGU BERITA – BERITA JENIS APA?

 

Uish! Macam macam jenis cerita pun boleh consider sebagai berita. Contohnya; macam masa dulu kita di sekolah. Result SPM tu pun adalah sebuah kisah! Nak tahu, berdegup kencang jugak hati kita ni seminggu dua before tu kan?

 

Kata putus majikan untuk isu pertukaran tempat kerja pun satu berita kan? Kot kot lah dia kata akan diputuskan dalam masa dua minggu gittew… mahu tak dup dap dup dap rasa dalam hati tu? Berdebor sakan jugak kan?

 

Tak pun, sesi interview kerja yang mati mati awak mahukan. Sebab ini lah kiranya turning point dalam hidup selama ni. Kira inilah the one yang awak nak dari dulu lagi. Tapi dok tunggu depa call untuk kata dapat ke tidak sebenarnya. Itu pun berita jugak ya dak?

 

Tunggu Berita Interview Kerja

Cuak okeh dok tunggu like forever?

 

Or bini masuk hospital untuk deliver baby. Tapi awak ni kat oversea, sebab boss hantar pi meeting di sana sini. Mata kita tu dok mengerling sakan je kat telepon kan?

 

Memang tak ada maknanya konon nak kata kita boleh selamba je nak play it cool because I can. Sebab lazimnya, hoih! Dup dap dup dap debor tak tahu nak kata acaner!

 

See!

Ada macam macam jenis berita sebenarnya. Those kind of news yang kita memang dok tunggu tunggu nak tahu.

 

 

 

SEKSA NAK TUNGGU BERITA – SEMUA BENDA JADI TAK KENA

 

Haa… sapa yang sedang alaminya, memang tahu lah betapa Seksa Nak Tunggu Berita!

 

Inilah dia sama macam peribahasa yang orang orang tua selalu dok repeat kata,

 

“Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena”

 

 

Mata ni dok pandang ke telepon tak berkelip kan? Takut takut terlepas pandang dan missed the call yang kita harapkan.

 

Seksa Nak Tunggu Berita ni tahu dak?

 

Nak pi toilet untuk pee and poop pun cuak cuak jugak! Yelah, sedang kita dok kalut dalam toilet tu kalau ada incoming call acaner pulak? Hoih! Seksa Nak Tunggu Berita ni sebenarnya.

 

Tunggu Berita Interview Kerja

 

Kita nak buat kerja lain satu dua pun tak jadi benda. Hoih! Hati tak tenteram, dah pikir macam macam. Jadi gini lah kita bila Seksa Nak Tunggu Berita kan? Especially the one yang kita bebetul nak sesangat for it to turn out to be berita yang buat kita gembira sakan

 

Weh! Seksa Nak Tunggu Berita okeh!

 

 

 

SEKSA NAK TUNGGU BERITA – TABAHKAN HATI DAN DOA YANG BAIK BAIK AJE YA?

 

Cik Lisa tahu penantian itu memang konfem satu penyeksaan! Yes, I know. I do know. Tapi, berbaloi ke kalau kita cuak semacam beria ia dok dup dap dup dap nak tunggu berita?

 

Haha. Kononnya nak advise orang kan? Cik Lisa pun cuak jugak dok nervous beria sakan! Haha.

 

Tulah dia. Memang mencemaskan, I know, I know. Haha. So? Let’s kita sesama tabahkan hati dan tenangkan sanubari (ada ke statement camni sebenarnya?). 

 

Tunggu Berita Interview Kerja

Senyum dan tabahkan hati okay? Haha. Cakap je pandai, kita pun rasa cuak giler jugak ni!

 

Toksah dok pikir sangat, sat lagi buat nervous tak pasal pasal mudarat! Chill je okay? Now, Cik Lisa nak dok baring kat sofa dan tengok tv. Telepon tu nak letak jejauh dan cuba kononnya tak amik kisah. Ceewah! Haha. And sambil tu nak exercise guna 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita tu. Haha… mungkin bermanfaat kan?

 

Distract kan diri masing masing (baca: alih pandangan) dari nak fokus cuma kat telepon kita tu semata mata! Hoih! Stressnya lahai. Kan? Awak yang sama situasi macam Cik Lisa, tengah dok rasa Seksa Nak Tunggu Berita… jom kita sesama rilek rilek je k?

 

All the best dan sampai jumpa lagi dalam my next entry, inshaAllah. Thank you sebab sudi baca random rants Cik Lisa tengahari ni dan I guess I’ll see you soon ya? Bye! Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *