De Centrum Mall Shopping Mall Baru Di Kajang   Recently updated !


Bershopping sakan dengan kita semua ni memang dah tokleh nak dipisahkan. Asal nampak je kedai kat memana, uish… konfem dan dan tu jugak bersinar ting tingg tinggg mata kita masing masing! Gittew lah jadinya bila Cik Lisa dengar tentang De Centrum Mall Shopping Mall Baru Di Kajang!

 

De Centrum Mall

 

Hari Ahad lepas (8/10/2017), Cik Lisa dijemput untuk pi memeriahkan majlis dan mengkepochi kepochi kan diri di De Centrum Mall Shopping Mall Baru Di Kajang tu.

 

Apalagi? Haruslah eksaited dan siap lompat bintang beratus beribu kali lagi pulak lepas tu!

 

Maklumlah, ini first time untuk Cik Lisa dapat jemputan untuk event shopping mall launching. Wajiblah nak terharu beria dan ada sipi sipi moment habuk masuk mata sikit kan sekali sekala.

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG

 

Kalau nak ikut, event bermula pukul 10.30 pagi kot? Tapi, Cik Lisa keluar awal sikit dari rumah dan berjaya sampai kat sana dalam pukul 10 pagi!

 

Memula tu, menggagau jugak dok cari jalan kan? Bukannya terror dengan area belah belah sana. So, macam biasa… I just Waze my way there. Ceewah!

 

De Centrum Mall

Ramai betul cameraman kat sana taww!

 

Not bad sebenarnya (but maybe sebab pagi Ahad kan, so ramai dok berlengkar atas katil lagi?). Jalan kosong tak banyak kereta. Less than 40 minit dari Wangsa Maju ke sana.

 

Eh chuppp!

 

Although nama alamatnya kata De Centrum Mall, Kajang. Tapi, bukannya kat bandar Kajang yang ada satay merata rata tu taww! But De Centrum Mall ni dekat dengan Kolej Uniten (Bangi) tu actually.

 

Kalut jugak Cik Lisa memula tu taww? Sebab kita tak berapa nak familiar kat area tu kan? But luckily, Cik Lisa berjaya dan selamat tiba ke destinasi.

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – RASA SERONOK BILA NAMPAK ARTIS COMEL PUN ADA SEKALI!

 

Time Cik Lisa sampai tu rasanya cun cun je before mereka nak start sesi pertama; sesi bersama pihak media. Bila dah ramai tiba dan mereka pun dah sedia nak teruskan majlis kannn… Cik Lisa macam ada that ‘eh moment’ sekejap taww?

 

Nak tahu dak dari mana munculnya ‘eh moment’ tu agaknya?

 

Elfira Loy elok je came out of nowhere dan duduk bebetul kat seat depan Cik Lisa ni taww! Right before she seated, sempat pulak dia pusing belakang and cakap hello!

 

De Centrum Mall

She was so humble! Cik Lisa suka betoi lah!

 

Hoih! Humblenya kamu! Superwin okeh? Tahu kan betapa Cik Lisa adore mereka yang super famous tapi super humble macam nak pengsan macam dia tu?

 

Sebab mostly, when people dah naik ke puncak sana, they tend to forget who they were once before (lupa diri – kacang lupakan kulit). Dah lah tu, siap menindas orang lain pulak lepas tu? Sebab mendabik dada sorang sorang and kata dia je yang best all the time?

 

Anyhow, I think she’s amazing.

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – SESI BERSAMA PIHAK MEDIA

 

Sesi bersama pihak media tu mereka buat di 1957 Kopi + Makan (sebuah restoran trendy di De Centrum Mall). 

 

De Centrum Mall

Berpusu pusu orang dok amik picture taw!

 

Ada ramai jugak photographer ke hulu ke hilir dengan kamera besar gedabak mereka. Cik Lisa cuma berbekalkan satu buku nota, pen dan iPhone je. Haha.

 

 

MAJLIS TANDATANGAN LETTER OF INTENT

 

Sebenarnya, agenda tempoh hari adalah lebih kepada majlis tandatangan Letter of Intent (LoI) antara De Centrum Retail Sdn Bhd dan Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd. Ini macam partnership yang pertama di antara dua pihak berkenaan dan ini adalah permulaan kepada perjanjian untuk perkhidmatan pembangunan (development service agreement) dan pembangunan hotel (hotel management agreement) yang akan dimeterai tak lama lagi.

 

De Centrum Mall

 

Carlson Hotel, Inc (Asia Pacific) diwakili oleh Mr. Andreas Flag (Executive Vice President) dan Marc Kramer (Senior Director of Development) mewakili Carlson Hotel, Inc.

 

 

*Carlson Hotels Investments Pte Ltd adalah dimiliki sepenuhnya oleh Radisson Hotels International. 

 

 

DE CENTRUM MALL

 

Dan of course lah di samping tu, mereka amik kesempatan untuk launch sekali De Centrum Mall selepas ia dah dibuka kepada umum tak lama sebelum ni. De Centrum Mall merupakan antara shopping mall yang ada pelbagai jenis kedai sesuai untuk setiap peringkat umur di kawasan berdekatan.

 

De Centrum Mall

Semua dok ralit tengok presentation dari pihak penganjur kat tv besar kat tepi tu.

 

Macam yang Cik Lisa nampak di sana; mereka ada mempunyai Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut untuk kedai makanan segera yang menjadi feveret orang ramai di Malaysia kan? So, mudah untuk student yang ada di IUKL berdekatan. Kot kot lah memalam lapar pulak tetiba, then boleh dengan kadar segera ke sana.

 

 

Then, ada jugak Super Seven Cash & Carry untuk beli barangan runcit dengan harga yang berpatutan. Ada jugak kedai perabot dan elektrik dengan pilihan yang pelbagai. Oh, and mesti lah ada kedai buku yang menarik hati Cik Lisa hari tu actually! SPP Bookstore untuk segala jenis peralatan alat tulis dan buku buku untuk setiap peringkat umur!

 

 

HOTEL

 

Sambil Cik Lisa tekun dengar mereka dok sakan bercerita, tahulah kita yang rupa rupanya mereka akan bina hotel tiga bintang di De Centrum City tu nanti. Dengan adanya hotel tu, mudah untuk business travellers atau pun para ibu bapa yang nak melawat anak anak mereka di universiti berdekatan!

 

Park Inn by Radisson di Malaysia akan mempunyai kolam renang di aras atap (rooftop swimming pool), lounge, gymnasium, kafetaria dan restoran makanan Cina antara beberapa tarikan di hotel itu nanti.

 

Selain tu, pihak penganjur jugak dah siap sedia dengan slideshow untuk tunjuk sketches dan gambaran cemana rupa hotel tu nanti. Mudah lah jugak! Sebab kekadang kita dengar orang bercakap pun, susah jugak nak imagine rupa cemana kan?

 

Menurut mereka, dua buah hostel 9 tingkat yang kini berada di sebelah kiri De Centrum Mall tu akan direfurbish / dibaikpulih untuk dijadikan hotel tiga bintang; Park Inn by Radisson. Projek akan bermula pada tahun 2018 dan dijangka siap pada 2020. Jumlah kos pembinaan dikatakan hampir melebihi RM30 juta!

 

Wahhh! Syioklah orang sekitar tu nanti especially students yang menuntut kat IUKL tu kan? Bukan apa… bila hotel hotel tu dah siap nanti, mudah untuk ibu bapa dari luar bandar bila hari konvo nanti. Kannn?

 

Lagipun, tak ada mana mana hotel yang setanding dengan hotel Park Inn by Radisson ni dalam lingkungan 5km dari situ. Dan jaraknya dari Putrajaya cuma 11 km dan 33 km dari airport kita tu sebenarnya. Mudah kan?

 

 

PROJEK PEMBANGUNAN LAIN DARI PROTASCO BERHAD

 

Pada hari yang sama, mereka turut jugak pertontonkan beberapa slideshow yang menarik tentang projek projek pembangunan yang lain dari Protasco Berhad iaitu Blok C dan D untuk De Centrum Unipark Condominiums. Selain tu, mereka pun turut showcase kan dua lagi projek mereka iaitu; Sentrio Business Centre di Pasir Gudang, Johor dan D’Perdana (projek kondominium mewah di Telipot, Kelantan). 

 

Memang teruja bila Cik Lisa tengok presentation mereka untuk projek projek terlibat taww! Mana taknya, it looks so posh dan eksklusif. Huntong lah orang orang di Johor dan Kelantan!

 

Kalau awak berminat untuk tahu lebih lanjut tentang development mereka kat sana, boleh call mereka directly di nombor yang Cik Lisa sertakan kat bawah ni okay?

xxx

Marlisa Halidi

marlisa@millennium.net.my

012-488 0651

 

xxx

 

Junita Ali

junita.ali@protasco.com.my

012-223 5405

xxx

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – TARIAN SINGA UNTUK KASI ONG!

 

Ada lah jugak almost sejam untuk sesi bersama media. Lepas tu, pihak penganjur pun cecepat buat announcement kata kita semua kena pi depan mall sana.

 

Berduyun duyun lah kita semua jalan sesama. Masa tu Cik Lisa siap imagine kekononnya kita semua time tu macam pi lawatan sekolah gittew! Jalan berderet sesama, nasib baik tak pegang tangan je. Haha.

 

Sampai je depan sana, hah! Sudah! Banyak tiang dok terpacak selari, lain lain tinggi. Dah sudah? Apa kebenda lah agaknya?

 

 

TARIAN SINGA UNTUK KASI ONG

 

Tak lama pastu, baru nampak kelibat dua tiga kepala singa muncul lepas satu dan satu. Masing masing dok standby nak menari lettew! Ada tarian singa (lion dance) untuk grand opening rupa rupanya!

 

Setiap kali kita nak launch apa apa, macam dah wajib kan untuk kita gunting riben merah ye dak? Same goes here.

 

De Centrum Mall

Masing masing tengah bersedia nak tunggu cue untuk potong riben

 

As soon as Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen (Protasco’s Group Managing Director and Executive Vice Chairman) selesai je potong riben dan orang pun sakan dok tepuk tangan… tak lama pastu,

 

De Centrum Mall

Yayyy!

 

 

“Cong ceng cong ceng bum bam bum bam cong ceng cong ceng!!!”

 

 

 

Tarian singa pun bermula!

 

 

 

Dia naik kot sana. Pastu lompat kot sini pulak dan ke sana sini merata lah jugak. I wonder depa ni tak penat ka?

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – JAMUAN RINGAN DI 1957 KOPI + MAKAN

 

Potong riben sudah, singa menari pun sudah… kami semua akhirnya dijemput untuk jamu selera. Ha… tak tahu lah acaner dan kenapa. Tapi, masa tu Cik Lisa sendiri rasa seronok tak terkata!

 

Maklumlah, dok ke hulu ke hilir (walaupun tak perlu nak jinjing kamera besar gedabak ke sana ke mari macam abang abang photographer hari tu kan?), Cik Lisa pun rasa it’s time to refuel! Haha.

 

De Centrum Mall

Makanan semuanya sedap sedap belaka. Huntong Cik Lisa hari tu sebab pagi tu tak sempat nak makan apa apa.

 

Makanan disajikan di kafe 1957 Kopi + Makan and ehem ehem, I must tell you the food was amazingly yums! Tapi, Cik Lisa tak berapa nak sure whether makanan tu originally dari sana (kafe tu sendiri) or they cater it from some other caterers. Tapi, it surely is yummy for my tummy!

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – MAJLIS PERASMIAN SPP BOOK AGENCY

 

Mesti ingat dah tamat kan?

 

Belum lagi. Bukan ke Cik Lisa kata masa kat sana memang penuh dengan aktiviti? Lepas sendawa sekali dua, kami dijemput pulak naik ke tingkat satu untuk sesi keempat; majlis perasmian SPP Book Agency.

 

De Centrum Mall

Masing masing dok sedia nak tunggu VIP untuk potong riben.

 

Kalau tadi ada potong riben merah, sini pun sama tak mahu kalah! Kalau Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen yang solely responsible untuk potong riben tadi, now it is almost 10 orang untuk potong riben ni!

 

De Centrum Mall

 

 

Beratur panjang dan sedia dengan gunting masing masing!

 

Memula tu Cik Lisa confused jugak! Dah kenapa nak potong riben secara berjemaah kan? But bila kaki dah melangkah masuk ke SPP Bookstore tu je, baru Cik Lisa paham situasi sebenar benarnya.

 

 

SETTING KEDAI YANG BERBEZA DARI YANG LAIN

 

Kalau biasanya bila kita masuk kedai buku, akan ada satu entrance dan ruang yang besar dengan rak pelbagai genre buku yang ada. Lepas tu mesti ada rak rak untuk alat tulis di sana sini kan? Tapi SPP Bookstore ni berbeza dari kedai buku yang biasa kita tengok di mana mana tu sebenarnya.

 

De Centrum Mall

Siap ada maskot lagi taww! Ini kawan Boboboi kan?

 

Sebaik saja kita masuk entrance ke SPP Bookstore tu, ianya akan bawa kita ke ruangan yang besar dengan beberapa shop lot yang berbeza beza. Setiap satu kedai tu ada jual bermacam macam benda. Contohnya; ada kedai yang cuma jual buku buku sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

 

De Centrum Mall

All the novels untuk sapa sapa yang kaki novel tu ya?

 

Sebelah tu pulak, cuma kedai yang penuh dengan peralatan tulis dan segala tok nenek stationery dan bermacam kaler! Ada marker, ada magic colour, ada pensil warna dan macam macam lagi yang tak terfikir dek akal fikiran kita! Penuh satu kedai dengan alat tulis yang berbagai jenis!

 

De Centrum Mall

Alat tulis yang boleh buat kita gadai semua benda! Haha.

 

Then ada pulak kedai yang cuma jual file semata mata. Cakap je nak file jenis cemana, semua pun ada!

 

De Centrum Mall

More things!

 

De Centrum Mall

Nampak dak betapa colourfulnya kedai ni?

 

De Centrum Mall

Barang barang sukan pun ada jugak!

 

 

Pada hari yang sama jugak, pihak penganjur ada mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak kanak tapi Cik Lisa tak tunggu sampai mereka mula sebab masing masing masih lagi kalut di sana sini dok tengok semua benda yang ada. Weh! Rambang mata tahu tak bila tengok macam macam pun mereka ada jual kat sana! Bahaya betul untuk elak dari berbelanja taww!

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – DINOSAUR SHOW UNTUK KANAK KANAK

 

Sambil kita dok sakan tengok segala benda merata rata kat sana, dalam masa yang sama pihak penganjur ada jugak sediakan Dinosaur Show untuk kanak kanak yang hadir hari tu. Mula mula, mereka cuma keluarkan dua ekor dinosaur kecil saja. Ada T-Rex dan Triceratops

 

De Centrum Mall

Masa ni session satu; so dinosaur kecik kecik je dulu.

 

Apalagi? Menjerit keriangan lah setiap kanak kanak yang ada kat sana.

 

Then, mereka berehat seketika dan continue pulak dengan session kedua! Kali ni ada dinosaur yang besar (T-Rex katanya!) dipertontonkan kat kanak kanak yang ada. Seronok lah mereka sebab it’s more of like a storytelling thingy dengan dinosaur tu dok jalan jalan ke sana ke mari.

 

De Centrum Mall

Snap satu kali untuk bukti keseronokkan kat muka ai tu!

 

But, Cik Lisa tak sempat nak tengok dinosaur show petang tu as I had to rush back to Putrajaya for a family gathering. Tapi, ikut kata kawan kawan blogger yang lain memang menarik persembahan dinosaur session kedua tu. Aduhai, sayangnya kan?

 

 

 

DE CENTRUM MALL SHOPPING MALL BARU DI KAJANG – APA KATA CIK LISA?

 

For me, Cik Lisa rasa it is worth a visit untuk bawak family berjalan ke sana. Sebab it is not a huge shopping mall yang serabut dengan ramai orang merata rata. But setakat nak pi makan makan dan jenjalan untuk cari apa apa barang yang perlu, boleh lah cecepat ke sana. Parking pun mudah je.

 

Dan untuk the new hotel development tu, personally… Cik Lisa rasa best. Sebab hotel tiga bintang cukup lah nak cater our need untuk lelap mata kan? So, memang sesuai sangat for business travellers atau parents yang datang untuk konvo anak anak mereka.

 

Tapi, kena tunggu 2020 nanti ya? Sebab tahun depan (2018), mereka akan mulakan pembinaan / refurbishment works untuk hotel tersebut.

 

De Centrum Mall

Sempat jugak berselfie dengan blogger comel; Nana Ma.

 

Oh, dan Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur sebab sudi jemput Cik Lisa datang untuk majlis pembukaan rasmi De Centrum Mall Shopping Mall Baru Di Kajang ni. Cik Lisa bebetul enjoy hari tu dan dapat peluang untuk jumpa blogger blogger lain yang otai di hari yang sama.

 

De Centrum Mall

Another one with blogger femes ni; Uzu!

 

Oh, dan with jalan ke sana ke mari tu really shed off few pounds off me tapi kalau awak rasa nak lose weight tapi takmo jalan jalan, you can always follow my 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan CepatHaha.

 

De Centrum Mall

Okay, ni letih dah ni. Haha. It was overall a fun visit!

 

Anyway, terima kasih dan inshaALLAH I’ll see you guys soon in my next entry. Assalamualaikum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *