Azam Tahun Baru 2018 4


Happy New Year untuk semua! Setiap orang akan mula kalut nak tulis Azam Tahun Baru 2018 everytime new year menjelma. Tak kira siapa pun kita, tua atau muda dan sesiapa saja akan terdorong untuk buat benda yang sama. Mula lah berkobar kobar semangat yang membara nak cuba cipta sesuatu yang baru. Dah kata Azam Tahun Baru 2018? Mesti nak jadi lebih ohsem dari siapa kita yang dulu. Betul kan?

 

So, apa Azam Tahun Baru 2018 awak kali ni?

 

Azam Tahun Baru 2018

 

 

Azam Tahun Baru 2018 Dan Refleksi Tahun Sudah 2017

 

Sedar tak sedar, dah nak masuk setahun blog ni rupa rupanya. Sebab tiba tiba sedang Cik Lisa dok scroll email tetiba jumpa satu email notification untuk renew webhosting ciklisawangi.com. Bukanlah dan dan bulan ni, tapi untuk bulan April nanti. Pandai nau nauuu marketing strategy mereka, awal awal dah bagi hint suruh kumpul duit dari sekarang! Haha.

 

Dan sedar tak sedar, lama jugaklah Cik Lisa dah tak pot pet sakan kat blog ni kan? Dan dah bersawang jugaklah bila nampak last posting Cik Lisa was actually on the 12th October 2017! Homaigoddd! That is like 3 months back weh!

 

There was a lot going on back then yang buatkan Cik Lisa terhenti untuk menulis untuk beberapa ketika tu sebenarnya. And Cik Lisa mintak maaf dan ampun untuk yang sudi lagi singgah dan baca pot pet Cik Lisa kali ni. But inshaALLAH, as part of Azam Tahun Baru 2018 Cik Lisa kali ini… to write at least one a day adalah satu benda yang Cik Lisa nak mulakan semula. InshaALLAH.

 

So, sebelum kita pot pet tentang Azam Tahun Baru 2018, apa kata kita tengok apa jadi di tahun yang sudah?

 

 

 

Cerita Azam Tahun Sudah 2017

 

Before kita nak buat Azam Tahun Baru 2018, mesti kita nak intai intai jugak what has happened last year kan? Menjadi ke tidak, tercapai akhirnya atau masih di takuk lama? Ada yang boleh bawa ke tahun yang seterusnya? Atau elok kita biar terdampar kat persisiran je? Ceewah! Gatai nak bermadah pulak eh?

 

But seriously, tak kira apa pun yang dah jadi… kita kena spend some time untuk mengimbau perkara perkara yang lepas tu actually. Tak kira baik atau buruk pun sesuatu perkara tu, benda dah jadi. Nak atau tidak or as cliche as it has been… itulah fakta dan yang sebenar benarnya. Kan? Jadikan iktibar untuk masa depan. Tak gittew?

 

As in for me, azam Cik Lisa untuk tahun 2017 ada yang menjadi dan ada jugak yang tidak. But Cik Lisa menerima segala galanya dengan hati yang terbuka. Kalau rasa nak tahu apa yang Cik Lisa idamkan tahun lepas, boleh rajin rajinkan diri baca pot pet dulu di Azam Tahun Baru 2017 Saya. 

 

Masa tu Cik Lisa jadi Pengedar Shaklee secara full time. Dan tap tup tap tup… segala galanya berubah 360 darjah! Haha. Sebab sekarang ni Cik Lisa dah kembali bekerja kat ofis semula. But I had my own reason untuk jadi siapa Cik Lisa hari ni.

 

 

 

Refleksi Tahun Sudah 2017

 

Kalau azam tahun sudah banyak yang tak menjadi, adakah setahun yang lepas tu cuma membazir camtu je?

 

It depends on how you see things. Macam apa yang kita selalu dengar orang dok kata,

 

“Is the glass half full or half empty?”

 

Azam Tahun Baru Saya

 

 

 

Apa Yang Dah Berlaku Setahun Yang Lalu?

 

As in for me, macam macam yang dah jadi tahun lepas actually. If Cik Lisa tak berhenti kerja dan mula hidup sebagai seorang Pengedar Shaklee sepenuh masa, I wouldn’t have the chance to get to know all the wonderful people that I have met!

 

Cik Lisa takkan tahu selok belok orang berniaga kalau tak mula masuk kelas sana sini dari setiap pelosok dan ceruk di mana cikgu cikgu bisnes yang ada. Mana mungkin akan tahu cara nak tulis apa apa; ayat iklan ke, storytelling ke atau apa apa pun aje. Dulunya, bagi Cik Lisa penulisan tu kan semua tu sama je?

 

Apatah lagi nak buat kawan dengan pelbagai jenis kawan yang macam macam bisnes berlainan setiap satunya? Ada yang pangkat dah otai otai, super famous dan well-known; termasuklah yang mulanya bilis but then dah naik jauh nun di puncak pun ada tawww!

 

Dan Cik Lisa pun takkan mampu untuk keluar di luar sana dan jumpa stranger untuk pot pet tentang produk yang ada. Sebab itu semua obviously berbeza dengan dunia Cik Lisa yang sebelum ni.

 

 

 

Ada Yang Datang Dan Pergi, Biasalah Tu Kan?

 

Hari ini, ada yang masih bersama dengan Cik Lisa tapi ada jugak yang dah jauh pergi. Tapi, biasalah tu dalam kehidupan ni tak semuanya akan ada dengan kita. That is part of living sebab tak semestinya setiap mereka yang kita jumpa tu akan sehaluan dengan kita. Walaupun dah tak ada, memori dengan setiap siapa yang pernah ada dengan Cik Lisa akan kekal selamanya, inshaALLAH.

 

Pendek kata; I had such a wonderful year last year. I did. Dan sememangnya Cik Lisa tahu yang tahun ini akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

 

Terima kasih untuk awak yang pernah kenal, singgah, sapa dan lalu dalam hidup Cik Lisa tawww? Tak kisah awak masih ada, atau dah lama hilang begitu saja… Cik Lisa tetap hargainya. So, macehhhh!

 

Azam Tahun Baru Saya

 

 

 

Azam Tahun Baru 2018

 

Jadi, untuk tahun ni Cik Lisa dah tekad untuk cuba capai sebanyak yang mungkin sebelum tahun 2019 menjelma. Usia kita semakin lanjut dan bukannya semakin muda belia kan? So, apa apa yang Cik Lisa cuba capai untuk Azam Tahun Baru 2018 ni adalah yang boleh bawa kebaikan untuk diri Cik Lisa inshaALLAH:

 

Hidup Secara Sihat

Cik Lisa akan jaga makan so tak akan tambah berat badan secara berlebihan! Haha. It was awesome that I managed to lose almost 17 kilos last year before naik pulok another 5 kilos last month! Demmit! Haha. So, tahun ni Cik Lisa nak cuba capai berat idaman 48-50kg plis! Doakan okay?

 

 

Nak Travel Lagi Dan Lagi

Last year Cik Lisa cuma sempat ke Yogjakarta SAHAJA! Sangat menyedihkan although that was a fun trip with my mom and sister. So, this time around Cik Lisa plan untuk travel at least dua bulan sekali tak kisah lah kemana pun, but travel itu WAJIB! Oooh, Finland and Aurora Borealis is in the list okayyyy! Doakan jugak plis!

 

Azam Tahun Baru Saya

 

 

Masuk Kelas Violin Semula!

Yeppp! Wajib untuk masuk kelas violin semula dan berharap untuk main lebih dari 10 lagu by end of this year! Haha. And I mean it! Proper song dan bukannya Happy Birthday or Twinkle Twinkle je semata mata! Haha. The last time kelas tak pegi dah sebab macam macam hal, but hey guess what? Stop beralasan plis! So, Lindsey Stirling here I come!

 

Azam Tahun Baru 2018 Saya

 

 

Tulis Blog Sekali Sehari

Dah tahu menulis kenapa nak sia siakannya? Walaupun dah kerja full time sekarang, I was blessed to have awesome bosses and colleagues! Macam dream come true. So, the flexibilities that I have, tak ada alasan untuk tak menulis. So, bring it on! Sila hadap entri Cik Lisa di Cik Lisa Wangi: The Pot Pet Teller setiap hari. Okay?

Azam Tahun Baru Saya

 

Oh. And I got myself a new seat untuk sesi menulis blog entry sehari sekali. Fuhhh! Haha.

 

Azam Tahun Baru Saya

 

 

 

Nak Belajar Satu Bahasa Baru

I have always thought that French is sexy! Haha. Memang orang kata it is more worthwhile to know Mandarin (or Kantonis!), but can I just learn French so that I can be one of the sexy ladies who speaks French instead? Haha. Merci!

 

 

Khatam Quran 3 Kali Setahun

Adakah ini sesuatu yang tak mampu? InshaALLAH, kita akan tengok apa kisahnya nanti. Doakan Cik Lisa okeh?

 

 

 

Masih Belum Terlewat Untuk Cipta Azam Tahun Baru 2018 Okay?

 

And hey, that is my list. And trust me, the list may be added from time to time tawww? But for now, inilah antara perkara yang Cik Lisa nakkk sangat sangat lakukannya. So, we’ll see how it goes ya?

 

Dan masih belum terlewat untuk awak pun turut sama come up with a list taww! Jom kita sesama realisasikan impian kita untuk tahun ni dengan Azam Tahun Baru 2018 kita jommm!

 

So, with that I guess that ends my entry for today and my very first entry for this year; 2018. Sekali lagi Cik Lisa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 untuk awak semua. Let’s try to become better than who we were yesterday, okay?

 

Take care and I guess I’ll see you guys soon. Terima kasih untuk yang sudi singgah baca pot pet Cik Lisa hari ni although it’s been a while dah tak menulis. Cik Lisa sungguh sungguh hargainya. Thank you.

 

Bye dan assalamualaikum. Xx


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Azam Tahun Baru 2018