3 Sebab Utama Hati Tak Tenang 2


Stress. Ramai orang suka sangat nak cakap stress untuk itu dan ini. Ada je benda tak kena sikit, dah emosi tak tentu hala. Kekadang tu benda kecik je, tapi hati tak tenang macam lautan yang ombaknya sakan bergelora. Suka nau nauuu nak salahkan benda, tempat dan orang keliling kita. Entah hape hape kan? So, lepas ujikaji selidik yang beria ia… hari ni Cik Lisa nak kongsi 3 Sebab Utama Hati Tak Tenang. Haaa.. rasa teruja dak nak tahu cerita di sebaliknya?

 

Hati Tak Tenang

Happy akan jadikan kita lebih tenang nak hadapi hari hari yang mendatang tawww?

 

3 Sebab Utama Hati Tak Tenang

 

Biasalah kita kan semua ni cuma manusia biasa. Dah tu pulak, bukan semua orang tu sama. Ada yang mudah terasa dan ada pulak yang selamba gittew je. Kekadang tu kita rasa macam eh, kayu ke dia ni… tak ada rasa apa apa pun bila sesuatu tu berlaku kat dia? Tapi, tu cuma di luar je. Kita tak tahu apa yang bergelodak, bergelora kat dalam jiwa si dia.

 

Ada tu pulak yang jenis cepat nau nauuu nak terasa. Cakap sikit, monyok muka jadinya. Tegur sekali dua terus tak mahu bertegur sapa. Eh eh kau ni, dah kenapa? Tapi mudah lah kita nak tahu apa dia rasa. Sebab everything shows. So, kalau ada yang tersilap kata atau tersalah budi bicara, kita dan dan tu jugak tahu yang ada lettew yang tak kena. Bila dan dan tu jugaklah kita ni jadi musuh dia yang utama!

 

Tak kira apa pun jenis kita ni sebenarnya, akan ada moment di mana kita rasa Hati Tak Tenang semacam je. Sebab tu jugaklah Cik Lisa terdetik hati tadi nak kongsi apakah dia 3 Sebab Utama Hati Tak Tenang. Haaa… jom kita baca apakah sebab sebab utamanya tu okeh?

 

 

 

Hati Penuh Dendam Yang Dipendam

 

“Holding into anger (or grudges) is like drinking poison and expecting the other person to die”

 

 

See! Nampak dak? Bila hati awak penuh dengan rasa dendam, sakit hati, benci dan yang seangkatan dengannya… awak takkan ke mana. Akan ada je rasa tak senang dalam diri sendiri. Asyik nak marah je ceritanya. Ada je benda yang tak kena. Macam mana nak rasa tenang di jiwa? Cuba pikir elok elok. Betul ke betul?

 

Hati Tak Tenang

Lepaskan rasa dalam hati yang buat kita tak senang sendiri, okeh?

 

So, kalau rasa nakkan keriangan yang berpanjangan dalam hati kita tu… lepaskannya. Apa kata jom kita sesama memaafkan sapa sapa yang dah buat onar dengan hidup kita sebelum ni. Mungkin Cik Lisa tak paham keadaan awak sebelum ni. Atau betapa teruknya si dia tu buat kat awak dulu.

 

Tapi one thing that I know for sure, you’ll feel a lot better if you forgive and forget! So, untuk elak dari rasa huru hara dalam jiwa, lepaskan rasa dendam tu cecepat! Oprah ada suggest 8 Ways To Forgive And Forget. Boleh baca kot kot terinspirasi?

 

Let it go dan move on je sudah. Toksah nak pening kepala bagai! Nak tahu in detail, apa kata pi baca di entri Let It Go Dan Move On ni okeh?

 

 

Rasa Rendah Diri Yang Melampau

 

Ni pun adalah antara 3 Sebab Utama Hati Tak Tenang tawww!

 

“Ish, aku ni besar macam gajah! Susahlah orang nak berkawan dengan aku! Apalah nak jadi dengan nasib diri sendiri ni…”

 

 

Ada dak rasa ala ala gini dalam hati? Kalau ada, sila cubit diri sendiri sekuat hati plis! This is wrong! Buang rasa super rendah diri tu sekarang sila! Sebab tahu dak lagi banyak awak mengada ngada nak rasa rendah diri yang over giler camni… lagi kurang ketenangan dalam diri tu nanti!

 

Hati Tak Tenang

Sila riangkan hati plis!

 

Kan Cik Lisa pernah cerita yang kita ni setiap satunya berbeza beza. Dah dijadikan Allah kita tak sama atau serupa tapi setiap kita pasti ada kelebihannya. Jadi, terima keadaan diri seadanya dan sayang diri kita. Kalau dah diri sendiri benci, apatah lagi orang yang dok tengok kita asyik asyik dok kesiankan diri sendiri?

 

Kau rasa?

 

Nampak kecik je bendanya tapi percayalah sikit demi sedikit, lelama jadi bukit. Makin hari makin teruk keyakinan diri… makin tak tenang lah rasa hati. Paham dak? Cik Lisa pernah pot pet tentang Kenapa Manusia Adalah Makhluk Ciptaan ALLAH Yang Paling Sempurna. 

 

 

Kedekut Tahi Hidung Masin

 

Terkejut dak bila baca yang Kedekut Tahi Hidung Masin pun boleh jadi antara 3 Sebab Utama Hati Tak Tenang? Apa pulak kena mengena sifat kedekut dalam diri ni boleh jadi Sebab Utama Hati Tak Tenang? Tak masuk akal kata awak?

 

Hati Tak Tenang

Buat apa susah susah nak serabut kepala dan kedekut tak tentu hala, ye dak?

 

Bila kita kat kedai kopi dan Cik Lisa pi suggest untuk belanja orang belakang kita… awak rasa macam, eh membazir lah duit aku ni nak wasted to someone yang langsung kita tak kenal tu? Dah kenapa nak belanja dia. Kenal pun tak. Hishhh, tak masuk akal.

 

“Remember that the happiest people are not those getting more, but those giving more”

 

 

Pernah dengar? So, plis elak dari jadi Haji Bakhil Kedekut Tahi Hidung Masin kalau awak ada cita cita nak punyai hati yang tenang lepas ni okeh? Tak pernah ada sesiapa yang jatuh miskin papa kedana bila dia bantu orang lain yang memerlukannya.

 

Simple as.

 

 

Hati Yang Tenang Akan Buat Kita Lebih Girang

 

Mudah kan? Nampak macam benda yang biasa, tapi sebenarnya besar kan penangannya? Benda kecik camni pun boleh jadi Sebab Hati Tak Tenang. Tak perlu nak serabut kepala untuk pikir cara cemana untuk tenangkan hati dan hidup dengan happy. Cuba amalkan 3 Benda Yang Mampu Buat Hati Lebih Tenang, then mai cerita kat Cik Lisa apa hasilnya.

 

Kalau nak tambah lagi rasa tenang untuk lebih happy, jom kita sesama lompat bintang together gether. Nak tahu apa tu, boleh baca entri di Jom Lompat Bintang With Me ni. Haa, seprais sangat kannn?

 

Tak susah untuk kita lakukannya but then again it depends on you jugak sebenarnya. Antara mahu dan tidak, diri kita sendiri yang bakal mencorakkannya. Alahhh, macam canting batik jugak lah. Kita sendiri yang pegang canting batik tu… sama ada nak dapat design yang super ohsem dan cun giler boleh jual ribu riban. Atau corak batik tekap yang biasa biasa tu je, setakat buat kain sarung lepas.

 

Hati Tak Tenang

 

The choice is yours.

 

So I guess that ends my blog entry for today and I hope posting Cik Lisa hari ni sedikit sebanyak ada bagi awak manfaat untuk jadi lebih baik dari siapa kita sebelum ni, okeh?

 

Thank you dan assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “3 Sebab Utama Hati Tak Tenang

    • CikLisaWangi Post author

      Hi Zumal! Thank you drop by. Haa, betul tu… sometimes kita akan rasa benda benda tu sebab tak confident dengan diri sendiri kan? But then, semua tu boleh diubah. 🙂 Apa kata pasni instead of Zumal pikir ketidakmampuan diri tu, Zumal tukar pulak caranya. Pikir apa achievements yang Zumal dah achieve so far. Lepas tu, raikan setiap achievements tu… sebab after all, itu semua achievements kita kan?

      Hope lepas ni Zumal lebih confident dari siapa Zumal hari ni okay? 🙂