Saya Cabar Awak!


Hello! Semalam Cik Lisa baru lepas list out all the things that I wish for this year kan? Then, Cik Lisa pun ada ajak awak sesama jom kita berazam untuk buat sesuatu or macam macam benda pun tu… untuk jadi a better person than who we were before kan? So, hari ni (or malam ni) Cik Lisa nak cabar awak untuk buat sesuatu. Yeppp! Saya Cabar Awak!

 

Ada berani ke?

 

Random Act of Kindness

Stop worrying weh! It is not worth it okay?

 

 

Semua Orang Nak Berubah Jadi Lebih Better Dari Dulu Kan?

 

Each and everyone of us mesti bercita cita dan berazam untuk jadi seseorang yang lebih baik dari dulu kan? Nak berbakti kepada Mama dan Papa. Atau nak tolong tok dan nenek kat kampung kita tu bersama. Or maybe, nak ringankan tangan untuk tolong jiran tetangga kita. Eh, atau mungkin jugak nak jadi seseorang yang boleh sumbangkan tenaga, kasih sayang atau apa apa yang sewajarnya dengan masyarakat setempat?

 

Whichever it is, tentunya kita nak buat sesuatu yang bawa kebaikan untuk diri kita dan orang sekeliling kan? Takkan lah pulak cita cita kita tahun ni, sempena orang dok sibuk sakan berazam bagai kan… kita pun sesama plan untuk jadi lebih evil dari siapa kita before ni? Kalau dulu kita dah seakan syaitonnn, kali ni berazam untuk jadi kekanda syaitonnn pulak. Double evil lah kononnya?

 

Random Act of Kindness

Life needs frosting kan?

 

Mana mungkin ye dak?

 

So, kisahnya camni. Hari ni (or malam ni jugak!), Saya Cabar Awak!

 

Dah bersedia ke sebenarnya? Dup dap dup dap dakkk rasa dalam jiwa? Hati tertanya tanya seribu bahasa? Apa yang Cik Lisa rancang ni rasa rasanya? Sekali lagi Cik Lisa nak tanya, awak ni dah bersedia dak sebenarnya?

 

 

 

Surprise Kan Dia!

 

Awak mesti minum kopi kan? Tak pun air coklat ke? Or teh? Mesti ada lepak kedai kopi sekali sekala? Kalau tak the usual coffee chains (Starbucks, Coffee Bean, San Fran, etc.), mungkin awak macam Cik Lisa yang suka pi kedai kopi yang lain dari yang lain? Cik Lisa kan suka pi Kedai Kopi Feveret Di Taman Melawati and sometimes, ada je menyinggah kat Starbucks jugak kan?

 

Especially dia zaman dahulu kala masa kehidupan Cik Lisa dalam dunia Digital Nomad: Lifestyle Masa Kini kan?

 

Random Act of Kindness

 

Tak kisah memana sekali pun, apa kata awak surprise kan dia? Gadis comel / handsome boy yang tengah beratur sekali nak beli kopi… ha, belanja dia one drink! Apa salahnya kan? Or aunty yang dok dalam queue yang sama dok tunggu order, cuba surprisekan dia! Belanja air kopi dia kali ni tengok acaner.

 

Kalau tak comel or handsome pun, apa salahnya belanja mereka secawan kopi? Secawan hot latte atau iced cold latte tu bukannya mahal mana pun kan?

 

Saya Cabar Awak!

 

Random Act of Kindness

SAYA CABAR AWAK!

 

And kalau tak suka minum kopi, mai sini Cik Lisa pot pet sikit in detail pasal kopi dan Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Tu Sebenarnya? 

 

 

 

Motif “Saya Cabar Awak”?

 

Kenapa nak buat kerja giler camni? Apa motif nak belanja mereka tak pasal pasal? Buang duit je rasa nak kena belanja orang asing yang entah sapa sapa. Obviously lah tak kenal depa tu sapa. Kan ke stranger tu depa tu?

 

Alasan Cik Lisa mudah je. Nak jadikan the world a better place. Sebarkan kasih sayang kat semua. Apa salahnya ada rezeki lebih sikit, kita riangkan orang sekeliling kita. Satu senyuman yang kita bagi, akan limpahkan another senyuman dari seorang ke yang lain. Senyum tu kan jugak satu sedekah? So, apa salahnya. Kan?

 

Sekarang antara berani dan tidak je awak tu kan? Jadi, Cik Lisa cabar awak dengan kata,

 

“Saya Cabar Awak!!!”

 

 

Dan, kalau awak buat… TAHNIAH Cik Lisa ucapkan dan TERIMA KASIH sebab sudi untuk turut serta dalam acara RANDOM ACT OF KINDNESS Cik Lisa kali ni – nak spread the happiness dan love around the world. Chuppp! Kalau nak tahu apa itu random act of kindness, boleh lelaju baca entri Cik Lisa di Apa Itu “Random Act of Kindness”?

 

Random Act of Kindness

Tak rugi untuk kita buat orang rasa happy. Betul dak?

 

Dan kalau awak rasa nak share cerita / experience awak terima cabaran Cik Lisa ni, lagi syiokkk! Just let me know how it goes okay?

 

Good luck dan all the best!

 

SAYA CABAR AWAK!!!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *