5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh


Antara New Year Resolution Cik Lisa tahun ni (2018) adalah untuk travel ke merata tempat dan sebanyak yang mungkin. So, travel Cik Lisa yang pertama tahun ni adalah ke Ho Chi Minh, Vietnam! Cik Lisa ke sana on last February 2018 hari tu actually. It was amazing! Jadi, hari ni Cik Lisa eksaited nak cerita apakah dia 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh yang awak perlu tahu.

 

Bila kita nak travel ke satu satu tempat tu, kita mesti nak cari dulu all the necessary information about the place kan? Nak tahu more or less apa yang ada kat situ, places to find good food, souveniers nanti nak beli kat mana and all among other things. So, bila Cik Lisa sampai kat sana, I realized that it is different from all the other places that I have been to. And Cik Lisa terus tergerak hati nak share sekali dengan you all hari ni 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh.

 

Dah sedia?

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

 

Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat

 

Cik Lisa ke Ho Chi Minh cuma untuk 3 hari dan 2 malam saja but to me I think that is enough kot? It gives you ample time to jalan jalan di kota Ho Chi Minh as it is not that big pun sebenarnya. Lain lah kalau awak decide untuk ke pantai or other places sekitar Vietnam. But if cuma Ho Chi Minh, I would say 3 hari dan 2 malam tu dah cukup dah tau!

 

Untuk trip Ho Chi Minh kali ni, Cik Lisa pi dengan adik Cik Lisa. It was only the two of us. Ala ala sister bonding trip gittew! Kami cuma ambil Air Asia dan return ticket hanya approximately RM 350 seorang. So, it is not that bad. Sangat worth it actually! Flight pun tak lama, dalam 2 jam lebih je.

 

Sesampainya kat airport Ho Chi Minh, rasa macam kagum. There were so many people but rata ratanya orang Malaysia! Haha. Rasa rasanya, sebab time kami travel tu it was a long weekend untuk orang Malaysia. Cuti Thaipussam on Wednesday (31 Januari 2018) dan Hari Wilayah on Thursday (1 Februari 2018) kan? Sebab tu ramai Malaysian decided to take a long leave kot?

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

 

Kaunter imigresen di airport sibuk. Ramai orang beratur kat setiap kaunter. It took us about half an hour lah jugak nak sampai turn kami. But it was smooth flow. Vietnamese kat sini suka senyum, so kami pun dok sengih je lah kat kaunter tu. Sambil tunggu dia belek belek passport merah kita tu.

 

 

 

5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh

PAKEJ DATA Di Ho Chi Minh

Sebaik je selesai di kaunter imigresen, kami turun eskalator untuk cari pintu keluar dari airport tu kan? Masa tu, nampak berderet deret kiosk bersusun. Ada pakej teksi, kereta sewa dan juga sim kad. Terus terpikir, ish… nak kena amik satu ni. Takkan nak roaming line Maxis kan? Bercinta jugak nak bayar bil nanti!

 

So, kami pun heret beg beroda tu dan telek satu persatu nama nama telco mereka. Ada macam macam nama jugak sebenarnya. Last last, kami decide untuk amik pakej dari Viettel. Sebab seminggu sebelum trip ni, kami dah search dulu yang mana offer the best deal kat sini. Apparently, Viettel ni own by their Ministry of Defense dan it is claimed to be the best in town!

 

Ada banyak offered package, but we settled for the one untuk data sahaja. Sorang satu beli pakej yang sama; unlimited data untuk tempoh sebulan. Harga cuma VND 200,000 saja! Oh, lupa nak cerita. Currency kat sini guna Vietnamese Dong (VND) dan exchange rate dalam RM 1 = VND 5,800. Susah jugak lah nak berkira kira kan? But sim kad tu dalam RM 34.50 untuk seorang. Murah kannn?

 

 

Oh, but if you guys were thinking of making calls and perlukan voice package, mereka ada sediakannya. Tapi lain harga lah kisahnya. Macam Cik Lisa, we all guna data je either through Facetime atau Google Duo.

 

So, antara 5 Tips Travel ke Ho Chi Minh, sila cari Viettel untuk sim kad you all nanti okay? It is so worth it! Sebab Cik Lisa siap boleh buat Live FB lagi di sana!

 

 

TEKSI Untuk Ke Kota Ho Chi Minh

Dah puas hati dengan sim kad kami, beria pulak kami cari servis teksi nak ke kota Ho Chi Minh. By the way, awak toksah risau nak tukar sim kad Malaysia dan masuk sim kad sana tau! Sebab once dah bayar, orang kat kaunter tu akan buat semuanya. Kita cuma dok situ dan senyum je. Tak sampai 5 minit, semua pun settled! Efisyen sangat depa tu!

 

Macam Cik Lisa kata, situ berlambak kiosk beratur. Dari sim kad sampai ke servis teksi dan kereta sewa. Tapi, sebab kami malas nak berusaha lelebih, kami tanya orang sim kad tadi tu je. So, dia refer driver dari kompeni dia. Dok pikir pikir nak cari sendiri, tapi disebabkan penat naik flight segala… kami pun setuju dengan dia.

 

Mereka caj VND 250,000 so nilai dia dalam RM 43 nak sampai ke kota Ho Chi Minh tu. Kalau rajin, awak boleh ke kiosk kat luar airport tu. Ada bersepah kiosk teksi dan kereta sewa. Kami ada jugak tengok price mereka, macam lebih kurang jugak. Ada yang lagi murah, especially kalau amik Uber atau Grab. But bila dah letih, eh… apa apa aje lah kan? Haha.

 

Ini adalah antara salah satu 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh, make sure awak dah agree on the price dulu tau! Tak mahu nanti tak pasal nak kena bayar lebih pulak kan?

 

Oh! And kalau nak naik teksi di Ho Chi Minh, please jangan kena tipu macam Cik Lisa kena tawww! Always cuba untuk amik Vinasun (kompeni teksi yang baik) dan bukan yang lain! Kami terpedaya bayar teksi dari pasar Ben Thant ke apartment. Cuma 10 minutes drive tapi kami dipaksa bayar VND 325,000! Haha. Nanti Cik Lisa cerita dalam entri yang seterusnya!

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Ini rupa teksi Vinasun yang sah!

 

 

HON HON Di Jalan Tu Perkara Biasa (Jangan Cemas Tau!)

Dalam perjalanan ke kota Ho Chi Minh, aduhai… terbeliak sekejap mata Cik Lisa. Ingat nak tidur seminit dua. Tapi, dok ralit tengok beratus ratus motor kat jalan. Jadi jakun sekejap tak pasal! Mana tak nya, bila kiri kanan depan dan belakang penuh dengan motorsikal silih berganti memenuhi jalanraya.

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Ini total lebih kurang Cik Lisa berjalan seharian kat sana! 🙂

 

Sesaknya toksah nak cerita! Dalam pada tu, beria ia masing masing dok hon sana sini.

 

“Pin pinnn! Pon ponnn! Meekk, meeekkkkk!

 

Hoih! Giler weh! But, hon mereka tu bukan macam kat negara kita. Hon kat Malaysia, hon sebab kita emosi dengan driver cuba sailang jalan kita. Atau nak mengamok sebab driver lain tetiba masuk mengejut depan kita. Kan? Driver mereka ni, hon ala ala teguran manja. Macam nak kata,

 

“Oit! Aku kat belakang kau ni. Tumpang lalu.”

 

Although, sebenarnya mereka sailang sesuka hati mereka! Haha. Tapi, hon mereka ni hon bersopan santun. Baik bas, kereta atau apa apa saja, mereka ni macam bersopan santun dengan motorsikal yang lalu lalang merata.

 

Patutnya, jarak dari airport ke kota Ho Chi Minh untuk ke tempat penginapan kami tu tak lah jauh mana. Dalam kurang dari setengah jam je sebenarnya. But it took us almost that time jugak nak sampai sana. Bukan apa! Trafik macam homaigoddd! So sesak! Tambah pulak, orang dah balik kerja time tu. Dalam 5.30 petang, sama macam trafik kita kat sini lah jugak.

 

Travel Ke Ho Chi Minh

Ala ala Jalan TAR kat KL kan?

 

That is another perkara to know in Ho Chi Minh; that is honking is normal in Ho Chi Minh. So, tak perlu cuak or risau that you’ll get hit or anything. It’s cool. Itu antara 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh. Seriously weh!

 

 

KONFIDEN Itu Penting Untuk Cross Jalan Di  Ho Chi Minh

Kat Malaysia, nak cross jalan… kita tunggu green light kat traffic light. Betul dak? But it doesn’t work that way in Ho Chi Minh. NEVER! Keyword dia kat sini is: TO BE CONFIDENT AS BEST AS YOU COULD!

 

Macam Cik Lisa kata, kat sana kereta tu biasalah. Normal like in any other city in the world kan? But motorsikal? Well, it is a whole different story here! It is EVERYWHERE! Most probably, people tend to buy motorcycles just because it is handy to ciluk sana sini kot?

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Photo credit: ABC News

 

So, bayangkan bila nak cross jalan, it is like a total NIGHTMARE! Traffic light pun is not as many as we have here in KL. Ada jalan yang tak ada traffic light pun sebenarnya! Jadi, kalau awak nak cross, the trick is just to cross the road! But mesti awak kata,

 

“Acaner nak cross kalau ada banyak sangat motor on the road kan? Nak mati ke?”

 

Ha! That was my first thought jugak when I tried to cross the road the first time in Ho Chi Minh! But, lepas tengok orang depa rilek rilek je cross kan? Kita pun try lah jugak gaya yang serupa. And shockingly, yeppp! It works! So, the main point here is to be confident, baca Bismillah banyak sikit and tadaaa… cross selamba gittew je!

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Kalau datang ke Ho Chi Minh, please cari kopi susu kawww!

 

Jadi, antara 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh adalah sila konfiden kan diri before you cross the street taww! It works and boleh percaya kat Cik Lisa. Sebab if not, I wouldn’t be here typing this to you kan? Haha.

 

 

MAKAN Di Ho Chi Minh

Setiap kali nak travel, mesti kita akan risau part nak cari makan kan? To me, makan tu selalunya secondary. Sebab the main point I travel is to travel. To see places and their culture, obviously. Senang cerita; makan tu kisah seterusnya. Paling paling, kunyah roti or apa apa yang mudah.

 

Travel Ke Ho Chi Minh

Bersungguh nau nauu dia makan kan? Haha.

 

Makin susah bila tak dapat nak cari makanan HALAL kan? Usually, Cik Lisa akan cari kaki jalan (kalau nak ada travel partner lah, but dulu selalu jugak Cik Lisa travel solo) yang tak cerewet makan. As in, kalau ada food… then we eat. If tak, we settled for just bread or whatnots. Hanya untuk alas perut cukuplah, but bukan nak mentekedarah (uish, kena Google sebab tak tahu nak eja this word! Haha) kan?

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Cik Lisa pun apa kurangnya? Haha.

 

Tapi, awak toksah risau as there are many HALAL restaurant in Ho Chi Minh taww! It was so easy dan rata rata mereka siap tahu cakap Melayu weh! On my last day kat sana, kami pi shopping kat Malay Street ni. Hah, amek kau! Dah macam Jalan Tunku Abdul Rahman pun ya jugak! Haha.

 

Antara restoran yang Cik Lisa singgah, The Daun is the best restaurant which I can certainly vouch for! Tak pernah tak kosong lah ceritanya! Semua makanan yang dihidangkan super tip top. Layanan pun bagus, makanan cepat sampai… lazat tu toksah nak kata lah kan!

 

The others that I went adalah Restoran Hajjah Basiroh dan Halal Amin. It was okay but not as good as the one in The Daun! So, tak perlu nak risau pasal makan di Ho Chi Minh. Antara 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh adalah WAJIB untuk cari The Daun dan rasai sendiri the yummy food and awesome hospitality dari mereka! Tak akan menyesal! Pwomise! Haha.

 

 

Seronok Di Ho Chi Minh

So, seronok travel ke Ho Chi Minh tak? Eh, dah tentu seronok kan! Sebab selama ni, Cik Lisa asyik dok berjalan ke Europe. Tak berkesempatan nak intai intai negara Asia. Jadi, trip Cik Lisa ke Ho Chi Minh dah buka mata and made me realized that;

 

“Eh! Banyak jugak tempat syiok kat Asia ni that I have missed out!”

 

And itu adalah pembuka langkah untuk lebih berjalan lagi tahun ni. Nak tengok negara orang sana sini. InshaALLAH, diberikan peluang tubuh badan yang sihat, rezeki yang halal… why not kan?

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Ini another popiah Vietnam yang yumss with yam infill!

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

The famous Vietnamese popiah!

 

My next trip would be Seoul, Korea di hujung bulan ni – 31 Mac 2018 hingga 4 April 2018. Eksaited tu toksah nak cerita lah! Haha. Nanti Cik Lisa sambung lagi pot pet travel ni okay? (Cik Lisa post lewat entri ni. Dan dah balik dari Seoul pun! Haha. Nanti Cik Lisa share cerita di Seoul pulak okeh?)

 

Travel Ke Ho Chi Minh

Kami di The Daun menjamu selera!

 

Hopefully, input ni sedikit sebanyak dapat bantu awak nak pi Ho Chi Minh okay? Dan inshaALLAH next time around Cik Lisa pot pet pasal trip ke Korea hari tu sekali k? And… more travel talks soon!

 

Tips Travel Ke Ho Chi Minh

Next destination please!

 

Thank you sudi baca entri kali ni. Kita jumpa lagi lain kali. Muahs! Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *